Tanggapan umum bahawa pakaian Cheongsam yang dipakai oleh wanita dan Samfu dipakai oleh lelaki, yang digayakan pada setiap perayaan Tahun Baharu Cina adalah pakaian tradisi Cina yang asli. Namun, sebenarnya Cheongsam dan Samfu adalah pakaian klasik Cina.
Ikuti perkongsian Ayman Rashdan Wong di Facebook mengenai sejarah pakaian tradisi Cina asli yang membawa kepada asal usul Cheongsam dan Samfu, sebagai pakaian klasik Cina yang popular digayakan sehingga ke hari ini.
Sebenarnya Cheongsam dan Samfu adalah pakaian klasik, bukan pakaian tradisi. Asal usulnya ialah fesyen orang Shanghai, China pada 1920-an. Selepas Parti Komunis menguasai China pada tahun 1949, ramai orang Shanghai telah berhijrah ke Hong Kong, Taiwan dan negara-negara Barat. Maka, fesyen Cheongsam turut disebarkan ke seluruh dunia.
Cheongsam yang dipakai oleh wanita dan Samfu yang dipakai oleh lelaki merupakan pakaian klasik Cina yang berasal dari fesyen orang Shanghai di China.
Cheongsam (長衫, istilah Kantonis yang bermaksud “baju panjang”) atau Qipao (旗袍, istilah Mandarin yang bermaksud “jubah Qi/Panji”). Samfu (衫褲, istilah Kantonis yang bermaksud “busana”) atau Magua (馬褂) diubah suai dari busana orang Manchu atau orang Qi (旗人, “Bannermen”) yang memerintah China dari 1644 hingga 1911.
Orang Manchu bukan etnik Cina, tetapi berasal dari kawasan Manchuria di timur laut China. Selepas menakluki China pada 1644, orang Manchu cuba mengasimilasi orang Cina dengan mengharamkan pakaian tradisi Cina yang asli iaitu Hanfu (漢服, “pakaian Han”).
Juga memaksa kaum lelaki mencukur rambut depan dan mengikat rambut belakang dalam bentuk tocang, mirip gaya rambut orang Manchu. Keengganan untuk bertocang boleh mendatangkan hukuman bunuh, dan ramai orang Cina terkorban kerana terikat dengan adat Konfusianisme yang mengharamkan mencukur rambut.
Walaupun Hanfu ini beragam mengikut perkembangan dinasti, ia mempunyai kesinambungan reka bentuk iaitu kelepak yang longgar dan terbuka, lengan yang panjang dan longgar. Berbeza dengan pakaian orang Manchu yang berkolar tertutup, dan berlengan sempit dan ketat.
Reka bentuk busana tradisi Korea (Hanbok) dan Jepun (Kimono) adalah berdasarkan Hanfu.
Kalau diperhatikan, ragam Hanfu pada Dinasti Ming (1368-1644) adalah mirip Baju Panjang yang dipakai oleh Nyonya di Melaka. Ini kerana Cina Peranakan Baba dan Nyonya adalah berasal dari keturunan imigran Dinasti Ming. Kaum Baba juga tidak bertocang seperti imigran Cina semasa abad ke-19.
Selepas Dinasti Qing digulingkan oleh revolusioner Cina Han yang dipimpin Sun Yat-Sen pada 1911, orang Cina terus memotong tocang sebagai tanda pembebasan dari pemerintahan Manchu. Namun gaya rambut dan busana tradisi Han yang asal tidak dikembalikan.
Sun Yat-Sen ialah seorang yang berfikiran moden dan berpaksikan Barat, dan trend intelektual ketika itu juga berpaksikan modenisme. Maka, tradisi pakaian Cina Han yang pernah berlangsung selama 2000 tahun tenggelam begitu sahaja.
Ragam Hanfu terdapat pada pakaian tradisi Cina Peranakan Baba dan Nyonya. (Gambar Twitter)
Busana tradisi bukan setakat fesyen, tetapi ia mengandungi falsafah atau pandangan dunia tentang sesebuah masyarakat. Hanfu melambangkan falsafah Konfusianisme yang mengandungi nilai-nilai kesantunan dan keadaban yang tidak dapat dibawa oleh fesyen moden.
Hari ini masih ada yang memakai Hanfu untuk menunjukkan penghargaan kepada sejarah dan budaya, namun mereka akan dipandang serong dan sinikal. Sama seperti sikap segelintir orang kita yang mempertikaikan niat seseorang untuk mengenakan busana tradisi Melayu.
Nasib Hanfu telah membuktikan bahawa kalau sesebuah bangsa tidak menghargai dan membiasakan pemakaian busana tradisi, maka ia akan pupus begitu sahaja. Jangan membiarkan busana tradisi kita menghilang ditelan oleh arus pemodenan.
Kebiasaan apabila kanak-kanak sedang membesar yang baru memulakan persekolahan, ada banyak benda dia kena belajar yang bukan setakat menimba ilmu daripada guru. Tetapi termasuk belajar memahami persekitaran seperti membeli makanan dari mak cik kantin sekolah.
Mula-mula, adik-adik ini mungkin ada yang tidak tahu pinggan makan nasi lemak, nasi goreng dan semua jenis mi adalah hak milik mak cik dan pak cik kantin. Melainkan mak cik dan pak cik kantin kata, “Boleh bawalah balik!”
Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik pengguna TikTok @nieysanor dan dikongsi oleh pengguna Twitter @aemieruls_ yang memaparkan gelagat seorang murid sekolah lelaki membawa pulang nasi goreng yang dibelinya di kantin sekolah bersama pinggannya sekali.
Tindakannya yang memegang pinggan milik mak cik kantin yang berisi nasi goreng ketika menaiki kereta ibunya telah mencuit hati ramai.
Tidak diketahui sama ada mak cik kantin membenarkan adik ini membawa balik pinggan ke rumah bersama nasi goreng itu atas sebab tertentu, tetapi gelagatnya yang selamba memegang pinggan berisi nasi goreng telah mengejutkan ibunya yang datang menjemput.
Terdiam seketika dan kemudian adik Yusuff memberi jawapan, “Ni beli 2 ringgit, tapi kat kantin 1 ringgit..” Mungkin macam itulah dia faham bila membeli nasi goreng dengan pinggan sekali kot.
Kemudian ibunya memberi nasihat, bimbingan dan pengajaran, “Pinggan tu tak beli sekali. Esok hantar. Pinggan tu tak bagilah. Pinggan tu kantin punya, kena hantar balik. Esok bagi balik tau.”
Berkasutkan pembalut luka, atlet perempuan dari Filipina yang berusia 11 tahun ini berjaya merangkul tiga pingat emas. Kisahnya menjadi tular bukan kerana dia berkasutkan pembalut luka sahaja, tetapi logo Nike pada ‘kasut’ ciptaannya itu bagai ada seribu rahsia yang tersimpan rapi.
Rhea Bullos, membuktikan biarpun tanpa kasut sukan apatah lagi yang berkualiti seperti jenama Nike, kejayaan mampu diraih. Dia berjaya merangkul tiga pingat emas bagi acara 400 meter, 800 meter dan 1500 meter yang dipertandingkan. Berita tersebut dikongsi oleh jurulatih Rhea, Predirick B. Valenzuela menerusi hantaran di Facebooknya.
Dalam satu wawancara bersama CNN Filipina, Predirick menzahirkan rasa kagumnya terhadap atlet didikannya itu. “Saya gembira dia menang. Dia berlatih dengan bersungguh-sungguh. Mereka hanya berkaki ayam kerana tidak mempunyai kasut,” kata jurulatih itu mengenai Rhea dan rakan-rakannya yang lain.
Gambar Rhea tular hingga tiba ke pengetahuan Jeff Cariaso, ketua jurulatih pasukan bola keranjang profesional Filipina, Alaska Aces. Cariaso yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kedai bola keranjang Titan 22 telah meminta pengguna Twitter untuk membantunya menghubungi Rhea.
Menurut kenyataan daripada CBS SPORTS dengan kuasa Twitter akhirnya Cariaso berjaya menghubungi Rhea dan penasihatnya. Cariaso dapat menggunakan platform media sosial tersebut untuk membantu atlet yang memerlukan pertolongan.
Selain itu, menerusi Instagram Cariaso mengatakan bahawa dia mahu membantu Rhea dan pasukannya. Orang ramai dipelawa untuk turut menghulurkan bantuan kepada mereka.
Ketika sambutan Tahun Baharu Cina, ia adalah masa yang dinantikan apabila ahli keluarga berkumpul dan meraikan perayaan itu bersama-sama.
Detik penting ketika malam Tahun Baharu Cina, seisi keluarga generasi tua dan muda sama-sama berkumpul untuk memeriahkan makan besar dan meraikan ahli keluarga yang tua dengan penuh kegembiraan.
Namun, tidak semua orang tua mendapat peluang seperti itu sehingga terpaksa meraikannya sendirian dalam keadaan termenung selama bertahun.
Seorang pengguna Facebook dikenali Iris Christine Dangin dari Sabah, baru-baru ini menceritakan pertemuannya dengan seorang warga emas yang meraikan Tahun Baharu Cina di sebuah restoran secara solo tanpa ditemani sesiapa.
Pada malam Tahun Baharu Cina, Iris dan keluarganya telah ke sebuah restoran Cina yang biasa mereka kunjungi untuk meraikan makan besar bersama ahli keluarga lain, selepas pulang daripada menghadiri upacara di gereja.
Seperti kebiasaan di Sabah, masyarakat berbilang kaum dan agama akan meraikan Tahun Baharu Cina dengan penuh kemeriahan dalam suasana harmoni.
Iris Christine Dangin / Facebook
Hantaran Iris Christine Dangin amat menyentuh hati:
Selepas menghadiri Sunset Mass (Misa Senja), kami terus makan malam di restoran Cina yang biasa kami kunjungi. Kami duduk di hadapan seorang warga emas berseorangan yang makan sendirian.
Dia kelihatan sedih dan sekali-sekala mengerling ke arah pengunjung lain yang gembira menikmati hidangan bersama keluarga.
Gambar oleh Penang Foodie
Apabila dia melihat ke arah saya, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina, dia menjawab dan dengan itu bermula perbualan:
Uncle Chin: Terima kasih, dan Gong Xi Fa Cai juga kepada kamu.
Iris: Pak cik dekat sini seorang?
Uncle Chin: Ya, 4 orang anak pak cik semuanya menetap di luar negara dan mereka tidak pulang beraya bersama. Telah berlaku begitu lama selama mana yang pak cik ingat.
Iris: Maaf jika saya ganggu privasi pak cik, tetapi boleh saya bertanya di mana isteri pak cik?
Uncle Chin: Isteri pak cik sudah lama meninggal dunia, hampir 15 tahun. Jadi, sejak itu hanya tinggal pak cik.
Iris: Saya sangat bersimpati mendengarnya dan saya harap pak cik masih boleh menikmati perayaan yang menggembirakan ini. Pak cik tidak keberatan jika kami pelawa pak cik untuk menyertai kami untuk makan malam? Kami mempunyai tempat duduk tambahan di sini bersama kami.
Uncle Chin: Sudah tentu! Pak cik suka itu!
Kami makan malam bersama-sama dan suami saya akhirnya “bergaduh” siapa yang dapat membayar bil makan malam dan Uncle Chin menang akhirnya..haha..
Suatu kelainan yang membuat Uncle Chin berasa sangat gembira dan terasa meriah dalam sambutan Tahun Baharu Cina 2023 kali ini.
Semoga majlis makan malam dan perjumpaan ini telah merapatkan hubungan keluarga jauh dan dekat, sambil menghidupkan semula dan mengeratkan ikatan kekeluargaan, doa Iris Christine Dangin dan keluarganya.
Iris Christine Dangin / Facebook
Hantaran Iris Christine Dangin telah mendapat perhatian warganet yang amat bersimpati dengan keadaan Uncle Chin yang sepatutnya boleh meraikan perayaan itu dengan gembira bersama anak-anak.
Iris Christine Dangin / Facebook
Namun, apakan daya mereka berada jauh di luar negara dan mungkin sibuk dengan tugas masing-masing.
Iris Christine Dangin / Facebook
Semoga Iris Christine Dangin sekeluarga serta Uncle Chin sentiasa diberkati dengan kemurahan dan kebaikan hati anda.
Sikap saling hormat-menghormati dan bantu-membantu antara satu sama lain yang sentiasa menjadi amalan kita rakyat Malaysia, tidak kira di mana dan dalam apa juga perayaan.
Kerjaya dalam bidang kedoktoran sudah pasti menjadi cita-cita yang paling diidamkan oleh kebanyakan orang, selain menjadi peguam, akauntan dan jurutera.
Namun, kerjaya idaman itu tidaklah seindah namanya jika anda berada di Malaysia, memandangkan kerja keras anda melakukan tugas mulia menyelamatkan orang lain tidaklah segandingan dengan gaji yang diterima.
Seorang doktor dikenali Ying Hui dari Malaysia baru-baru ini mendedahkan dalam hantarannya di Facebook bahawa menjadi pegawai kesihatan dengan gelaran Dr. yang menjadi idaman semua bukanlah seindah yang disangka. Ikuti coretannya:
Baru-baru ini, gaji doktor setiap jam telah ditukar dan ia sebenarnya bukan rahsia. Terdapat dua jenis on call yang digunakan oleh institusi perubatan dan kesihatan kerajaan.
On call aktif tidak boleh keluar dari tempat kerja, masa 24 jam 8:00 am-8:00 am (nampak macam tiada rehat dan makan), jika keesokan harinya adalah hari bekerja, teruskan bekerja sehingga jam 5, dan bekerja secara berterusan untuk jumlah 33 jam.
Beberapa jabatan yang lebih baik akan membenarkan doktor pulang ke rumah selepas rehat makan tengah hari pada jam 1:00 pm, dan bekerja secara berterusan selama 29 jam dari jam 8:00 pagi hingga 1:00 petang.
On call aktif
Selalunya RM200 sehari/24 jam = RM8.30 sejam.
Hujung minggu RM220 sehari/24 jam = RM9.16 sejam.
On call pasif tidak perlu tinggal di tempat kerja, tetapi on call 8am-8am, kalau keesokan hari bekerja, terus bekerja sehingga jam 5:00, jumlah 33 jam kerja berterusan.
On call pasif
Selalunya RM80 sehari/24 jam = RM3.33 sejam
Hujung minggu RM85 sehari/24 jam = RM3.50 sejam.
Selama bertahun-tahun berkhidmat, saya telah melakukan kedua-dua on call. On call yang aktif terasa seperti pergi berkhemah. Saya pergi ke hospital dengan bagasi pada jam tujuh dan lapan pagi, saya tidak melihat matahari dan tidak tidur. Apabila pulang ke rumah pada petang keesokan harinya, saya terasa seperti ‘jet-lagged’. Saya tidak dapat berbuat apa-apa pada waktu malam tanpa tidur. Selepas kelam-kabut seketika, saya memulakan tugas semula pada waktu pagi.
Jika anda on call pada hujung minggu, bermakna anda tidak bercuti dan bekerja secara berterusan selama dua atau tiga minggu. Gaji sejam ialah RM8.30. Ada orang kata on call pasif bersedia dari rumah, duit percuma…
Saya juga pernah membuat on call pasif di klinik kerajaan. Saya bernasib baik kerana tinggal berhampiran klinik, jadi saya dapat pulang ke rumah kerana saya boleh berada di sana sebaik sahaja mendapat panggilan. Apabila on call pasif, telefon dihidupkan kepada yang paling kuat. Telefon berbunyi di tengah malam, membangunkan seluruh keluarga. Apa-apa pun, anda perlu tinggalkan segala-galanya dan keluar dengan segera. Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya beberapa jam untuk sampai.
Jika pesakit tiba satu demi satu, tidak sedar hari sudah subuh. Gaji sejam ialah RM3.33. Amat sukar bagi seorang doktor untuk membuat sebarang jadual perancangan lebih awal, sehingga jadual waktu dikeluarkan pada awal bulan, untuk mengetahui hujung minggu mana yang akan ada on call dan malam hari minggu mana yang anda boleh pulang. Kalau sudah ada rancangan awal hendak pergi ke mana, tiba-tiba ada on call baru anda boleh batalkan. Jika kedua-dua pasangan mempunyai on call, sebaik sahaja jadual keluar, jika kedua-duanya mempunyai on call pada hari yang sama dan pada masa yang sama, mereka akan meminta orang lain untuk bertukar-tukar on call. Jika tidak, apabila kedua-duanya on call, apa yang perlu dilakukan untuk anak-anak itu?
Perkara berlaku kepada salah seorang kawan saya yang dihantar bertugas di klinik kerajaan, hanya terdapat 3 orang doktor di klinik itu, 30 hari sebulan, dan seorang doktor terpaksa on call pasif 10 hari sebulan. Kadang-kadang tinggal 3 hari 2 malam (on call 2 hari), kadang-kadang 2 hari 1 malam (on call 1 hari). Disebabkan jarak rumah dengan klinik, mereka tidak boleh on call tengah malam, jadi kawan saya terpaksa tinggalkan anak di rumah dan bermalam di klinik seorang diri.
“Terpaksa bangun tengah malam untuk bawa pesakit ke hospital, dan apabila saya menaiki ambulans untuk mengiringi pesakit ke hospital, saya melihat ambulans melewati rumah saya, semakin hampir dengan rumah saya. Sudah jelas saya akan pulang, tetapi saya tidak dapat pulang pun ke rumah,” katanya. Selepas mengiringi pesakit ke hospital, kawan saya kembali ke klinik dengan ambulans. Memerhatikan kereta yang beransur menjauh dari bandar, memikirkan anak yang sudah lama tidak berjumpa di rumah, hanya mampu mengalirkan air mata dan terus bekerja.
Suami saya sendiri juga pernah bekerja di hospital yang jarak sejam setengah dari rumah. Pada masa itu, kedudukannya adalah on call pasif, tetapi jaraknya terlalu jauh untuk dipanggil. Setiap kali on call, dia keluar bermula jam 6:00 pagi dan bekerja sehingga malam, akan membuka katil perkhemahan di klinik hospital, duduk di klinik, dan menggunakan tandas klinik untuk mandi dan menyegarkan badan, kemudian bertugas semula. Tidak kira, ada atau tidak peluang untuk tidur di tengah malam, anda perlu bekerja sehingga jam 5 petang keesokan harinya sebelum pulang ke rumah. Suami saya bermalam di hospital seperti ini, dengan gajinya setiap jam ialah RM3.33.
Ada orang kata ini bayaran on call, dan gaji pokok doktor pun tinggi…
Bertahun-tahun dahulu saya baru tamat pengajian menjadi doktor pelatih dengan gaji pokok RM2700+. Saya bekerja seawal 65 jam seminggu dan sebanyak 115 jam seminggu tidak kira siang dan malam. Setiap tahun gaji saya meningkat dan cepat, bertambah RM225 setahun. Selepas menjadi doktor sepenuh masa, anda boleh menambah RM250 setahun iaitu RM25 lebih daripada doktor pelatih. Saya pernah memberitahu rakan yang dia boleh bekerja lebih daripada 100 jam seminggu semasa latihannya. Dia terkejut dan berkata bahawa saya melakukan jamnya selama sebulan penuh dalam seminggu. Bahagikan jumlah jam kerja doktor dengan gaji bulanan, berapa banyak yang boleh diperoleh oleh doktor setiap jam, mari kita fikirkan sendiri!
Doktor juga manusia, dan saya juga mempunyai keluarga. Ramai yang berkata saya tabah dan kuat boleh menjaga keluarga dengan baik. Sebenarnya, saya tidak kuat langsung. Saya benar-benar tidak peduli, terhempas berkali-kali. Saya bangun pada jam 6 setiap hari, yang memalukan dua anak kecil saya. Saya perlu dibangunkan oleh mereka setiap hari. Saya memegang dengan tangan penuh bawa mereka ke taska dan beg sekolah pada masa yang sama, memaksa mereka makan kenyang-kenyang, jaga diri sendiri dan jangan menangis anak ibu.
Kemudian semasa sedang bertugas, bapa mereka menghantar mesej, kata yang dia mungkin tidak dapat pulang hari ini dan akan masuk ke bilik pembedahan, dan hati saya separuh sejuk. Selesai tugas pada petang saya mengambil anak di taska. Saya menggunakan sepenuhnya kemahiran satu tangan saya, memegang seorang di tangan ini dan seorang lagi di tangan yang sebelah lagi, dan membawa si kecil ke kelas hobi. Membawa anak-anak seorang diri, dan tidak pulang ke rumah sehinggalah waktu lewat petang untuk memandikan anak-anak, memasak makan malam dengan dua anak, mencuci pakaian dan pelbagai kerja rumah, kemudian mengajar yang sulung berlatih piano dan membuat kerja rumah. Pada mulanya, saya akan menyimpan makanan untuk bapa mereka, tetapi selepas itu saya hanya berputus asa. Sebaik sahaja suami memasuki bilik pembedahan, dia sering pulang pada tengah malam.
Pernah sekali, pembedahan selesai pada jam 6 pagi, dan saya pula telah bergegas ke tempat kerja. Jika pembedahan memakan lebih masa atau berjaga semalaman, ia tidak dikira on call, dan gaji sejam RM0, dan tiada peluang untuk mengejar tidur selepas terus bekerja pada jam 8:00.
Walaupun tiada pembedahan, selagi suami menunggu panggilan dan telefon berdering, dia boleh keluar dengan kunci. Kadang-kadang telefon berdering sebelum kanak-kanak itu makan, kadang-kadang telefon berdering semula selepas kanak-kanak itu sudah tidur nyenyak di tengah malam.
Saya tidak tahu bila ia bermula, apabila saya mendengar nada dering telefon suami, saya secara tidak sengaja akan menjadi panas hati. Bila menoleh, dia sudah menukar pakaian kerja dan keluar, saya rasa tidak berdaya. Sekali itu on call, lepas pukul dua. Biasa, sudah hampir tengah malam, dan saya masih melipat pakaian. Kanak-kanak berlari mengelilingi saya dan ketawa, dan jika saya melipat tiga helai, satu akan dilontar. Penat keluar awal dan balik lewat, terus tiada tempat mengadu. Dengan kelopak mata yang berat, saya melipat baju dan menangis serentak.
Begitulah sifat kerja doktor. Ramai rakan sekerja, terutamanya doktor yang belajar pakar pada masa yang sama, memilih untuk membiarkan anak mereka menjadi anak yang ketinggalan. Ada juga beberapa rakan sekerja yang berkeras untuk membawa anak-anak mereka bersama dan mengatur sebaik mungkin pada setiap bulan. Pada hari yang sama, hanya seorang daripada mereka yang patut bertugas, dan seorang daripada mereka boleh menjaga anak-anak. Jika dua pasangan dalam on call, pembedahan atau syif malam pada masa yang sama, mereka akan memandu beberapa jam pulang ke kampung sebelum masuk waktu bertugas dengan meninggalkan anak-anak di rumah saudara mara, dan memandu beberapa jam pulang semula ke tempat kerja. Menjadi anak doktor bukanlah sesuatu yang baik sama sekali. Selalunya keadaan mereka dibesarkan lebih teruk berbanding kanak-kanak lain.
Ada orang menasihati saya, adalah lebih baik berhenti kerja dan menjadi ibu sepenuh masa kerana saya sangat letih dan menderita, kerana masa bersama anak-anak sedang membesar itu sangat singkat. Saya memberitahunya dengan berterus-terang gaji bapa mereka berapa sangat dan terlalu rendah untuk menampung kehidupan empat orang.
Apakah tujuan menjadi doktor selepas bertungkus lumus belajar perubatan? Kalau menilai kerana wang, memang tidak perlu menjadi doktor. Selepas saya menceburi bidang perubatan, saya tidak tahu tentang industri ini, jadi saya menulis “Being A Doctor” untuk berkongsi butiran dalam bidang perubatan, supaya semua orang dapat memahami serba sedikit sebelum memasuki bidang ini. Kehidupan anda akan berubah. Semasa saya menjadi doktor pelatih, saya menulis “Doctors Are Crazy” tentang kehidupan siang dan malam saya. Sepanjang perjalanan dalam kerjaya ini, memang ada darah dan air mata.
Namun, tiada pekerjaan yang mudah di dunia ini. Hanya sifat pekerjaan itu dan gajinya yang berbeza. Itulah yang dilakukan oleh doktor. Pelajar yang ingin belajar perubatan perlu menyiasat dan memahami dengan teliti terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan.
“Saya berharap selepas bertahun-tahun, masih ada ramai orang di negara kita yang berkobar-kobar semangatnya untuk menjadi seorang doktor,” kata doktor ini.
“Setiap murid ada cara tersendiri dalam menghargai guru mereka dan ia berbeza di bandar juga di desa,” ucap Muhammad Tarmizi kepada Harian Metro. Baru-baru ini dia memuat naik satu video yang menunjukkan anak muridnya memberikan udang kepadanya dan video tersebut tular hingga mendapat 1.2 juta tontonan.
Menurut Muhammad Tarmizi cerita sebenarnya ialah dia memesan udang itu daripada orang kampung dan bukannya pemberian oleh anak muridnya.
Namun sebelum ini anak muridnya yang bernama Muhammad Fadhlul Azdzmin itu memang pernah memberinya udang sebagai tanda menghargainya.
Katanya lagi, udang tersebut dipancing sendiri oleh anak muridnya yang berusia tujuh tahun tersebut. Walau bagaimanapun ketika itu Muhammad Tarmizi tidak merakam video.
“Walaupun udang, ia tetap bermakna kerana pemberian daripada anak didik dan tanda dia ingat serta hargai saya,” kata Muhammad Tarmizi, guru Pendidikan Islam dan bahasa Arab Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kut, Sarawak.
Ujar Muhammad Tarmizi lagi, anak muridnya itu merupakan murid yang baik dan mendengar cakap.
“Dia pernah kata kepada saya yang dia mahu jadi seperti ustaz (nama panggilan Muhammad Tarmizi).
“Mungkin kerana keikhlasannya, video dimuat naik saya tular dan ramai nampak kebaikannya.
“Jadi, saya beritahu yang itu rezeki dia berbuat baik dengan orang dan sebagai guru, sudah tentu saya berharap dia dan semua anak murid berjaya di dunia dan di akhirat,” katanya.
Tinjauan di ruang komen TikTok menunjukkan rata-rata warga siber bersetuju bahawa orang Sarawak memang pemurah dan tidak berkira dalam soal makanan.
Ujar salah seorang pengguna TikTok ketika menetap di Sarawak selama tiga tahun, mereka dihidangkan dengan lebih 20 jenis kek batik Sarawak ketika jamuan. Selain itu, lauk yang dihidangkan pula ialah ikan dan udang yang saiznya besar-besar belaka.
Masing-masing mengucapkan syukur di atas rezeki yang diperoleh. Tidak kurang juga yang mahu berkhidmat untuk orang Sarawak terutama di kawasan pedalaman.
Tidak kira walau di mana pun kita berada, budi bahasa budaya kita.
Seorang wanita moden mengaku jadi suri rumah sepenuh masa lebih membahagiakan. Begitulah pengakuan ikhlas oleh Alexia Delarosa, 29 dari San Diego. Wanita beranak dua itu mengatakan keputusannya untuk berhenti kerja adalah disebabkan dia pernah diabaikan oleh keluarganya semasa kecil dahulu.
Alexia menjalani kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa seperti memasak, mengemas dan menjaga anak-anak. Sementara suaminya pula keluar bekerja.
Menurut Alexia, semasa dia kecil dahulu ibunya bekerja dan bersuka ria ketika keluar bersama rakan-rakannya.
Alexia walau bagaimanapun sentiasa mengimpikan keluarga 50’an di mana suami keluar bekerja sementara isteri pula menguruskan rumah.
“Saya ingat menonton drama di mana isteri duduk di rumah untuk memasak dan mengemas untuk suaminya, dan saya fikir ia kehidupan yang romantik dan manis. Ia benar-benar mengujakan saya,” kata Alexia.
Ketika ramai wanita moden hari ini bertungkus lumus bekerja dan menjaga anak, Alexia percaya semuanya akan kembali kepada cara hidup tradisional iaitu sebagai suri rumah. Namun begitu, perkara itu hanya akan terjadi apabila mereka sedar yang mereka tidak mampu melakukan semuanya sekali gus.
Mengimbau kembali kenangan sewaktu bercinta dengan suaminya, Matthew, 37 Alexia berkata mereka telah berbincang untuk mencipta keluarga dan kehidupan seperti apa yang mereka mahukan.
Mereka sangat bertuah kerana impian tersebut terlaksana dengan jayanya di mana Matthew bekerja sepenuh masa sambil menitikberatkan soal kewangan. Manakala Alexia pula duduk di rumah dan melakukan tugasan-tugasan rumah tangga yang lain.
Menurut Alexia, ketika mengandungkan anak sulung mereka, Archer yang kini berusia dua tahun, mereka telah memutuskan bahawa Alexia akan duduk di rumah bersama anak mereka itu.
“Saya mempunyai perniagaan buat kuih di rumah secara sampingan, tetapi ketika saya merasakan yang saya mengandungkan anak nombor dua, Arlo, saya menjaga kedua-dua anak, Matthew dan rumah kami.
“Saya sangat suka melakukan kerja-kerja rumah dan lebih gembira melakukannya,” ujar Alexia.
Kini Matthew mempunyai dan menjalankan perniagaan kedai kopi, dan terus bekerja dengan gigih. Sementara itu, Alexia pula akan memastikan hal-hal rumah terurus dengan lancar agar suaminya itu tidak perlu bimbang atau memikirkan tentangnya.
Kata Alexia lagi, “Tiada tugasan lain untuk Matthew. Saya uruskan semua kerja-kerja rumah dan akan memastikan makan malam tersedia apabila dia pulang daripada kerja.
“Inilah masanya apabila kami dapat makan bersama-sama sekeluarga. Saya agak memilih, jadi saya juga sukakan keadaan seperti ini.
“Matthew suka bekerja dan saya suka berada di rumah untuk menguruskan segalanya. Kami berdua sama-sama menjalankan tanggungjawab masing-masing dan pengaturan ini sangat sempurna buat kami,” ujar Alexia.
Bagi Alexia, untuk menjalani kehidupan secara tradisional, amat penting untuk mengekalkan rutin harian.
“Keluarga kami bergerak mengikut rutin. Saya bangun antara pukul 5.30 dan 6 pagi, menyiapkan diri sebelum anak-anak bangun.
“Bila mereka sudah bangun, lebih kurang pukul 6.30 pagi, saya menyediakan sarapan untuk kami bertiga dan saya suka melakukan perkara dari awal. Kemudian saya mengemas dan bermain bersama mereka di rumah, kadang-kadang kami pergi ke kedai kopi untuk melihat ayah mereka atau ke taman bergantung pada masa tidur mereka.
“Kemudian saya menyediakan makan tengah hari, mereka tidur dan pada waktu ini saya akan membasuh baju dan memikirkan menu makan malam.
“Apabila saya mengejutkan mereka daripada tidur, kami bermain di sekeliling rumah, saya menyediakan makan malam, mandi, membacakan mereka buku dan menidurkan mereka pada pukul 7 malam. Apabila mereka sudah tidur, saya melakukan pembersihan terakhir agar rumah tidak bersepah pada keesokan paginya.
Alexia gemar berkongsi petua menjalani kehidupan secara tradsional di media sosial. Dan sejak daripada itu, dia kerap menerima komen negatif daripada warga siber.
Katanya, “Mereka suka sangat memberitahu saya bahawa menjadi ibu dan isteri sepenuh masa bukanlah kerja sebenar.
“Ada juga yang cakap saya kembali ke 50 tahun kebelakang.
“Walau bagaimanapun, saya tidak membenarkannya mengganggu saya kerana saya tahu kerja yang saya lakukan ini tidak ternilai dan upahnya sangat mahal jika kami mahu mengupah seseorang melakukan tugasan ini sementara saya keluar bekerja.
“Amat penting untuk ibu bapa berada di rumah melihat anak-anak. Saya pernah menjadi pengasuh dan terlalu banyak kenangan istimewa bersama anak asuhan saya.
“Detik yang sangat istimewa dan ia menyedarkan saya yang saya mahu memiliki kenangan-kenangan manis seperti itu apabila saya memiliki anak sendiri.
Menurut Alexia lagi, dalam usaha untuk memaksimumkan masa bersama anak-anak, dia memutuskan untuk menyekolahkan anak-anaknya di rumah. Dia juga percaya tindakan ini akan membantu memastikan anak-anaknya terlindung daripada ‘pengaruh luar’ negatif.
Bercakap lebih lanjut mengenai keputusannya itu, Alexia berkata, “Terlalu banyak perkara yang boleh terjadi kepada mereka ketika di luar jagaan saya. Ia amat menakutkan saya.
“Contohnya, Archer menghadiri jamuan dan bermain dengan beberapa orang kanak-kanak, dan ketika dalam perjalanan pulang, dia cakap ‘awak bodoh’ dan kami tidak pernah menyebut perkataan itu di rumah”.
Ujar Alexia, perkara tersebut boleh berlaku terlalu cepat dan menakutkan. Jadi dia mahu membimbing anak-anaknya dan memastikan anak-anaknya itu dibesarkan dengan cara yang mereka mahukan.
“Saya tidak mahu anak-anak saya berasa seperti mereka terpaksa melarikan diri dari rumah mereka, dan saya mahu mereka yakin bahawa hakikatnya ibu mereka sentiasa ada dan semuanya terjaga.
“Saya tidak dapat membayangkan keluarga kami dengan cara lain,” kata Alexia menutup bicara.
Seperti Alexia setiap keluarga pasti mempunyai corak pengendalian rumah tangga yang tersendiri. Mereka pasti telah memikirkan banyak perkara sebelum memutuskan sesuatu. Tiada sesiapa pun berhak memutuskan apa yang perlu dilakukan oleh seseorang kerana hakikatnya mereka tidak berada di situasi setiap orang.
Tiada salahnya bagi wanita moden untuk terus bekerja di luar rumah dan menghantar anak-anak ke tempat asuhan. Begitu juga tiada salahnya wanita moden memutuskan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Semuanya bergantung kepada kemampuan masing-masing.
Harus diingatkan juga bahawa satu rancangan tidak mungkin sesuai untuk semua orang. Raikan perbezaan dan hormati pendapat dan keputusan setiap orang.
Pekerja kedai mamak terharu hari lahirnya diraikan sebelum dia pulang ke tanah air. Sambutan hari lahir itu merupakan kejutan istimewa yang dirancang oleh sebuah keluarga untuk seorang pekerja di sebuah kedai mamak kegemaran mereka. Perkara yang jarang sangat berlaku ini mendapat perhatian warga siber terutama di media sosial TikTok.
Menurut @nasikerabu77, pekerja kegemaran keluarganya yang bernama Sankar itu akan pulang ke tanah airnya tidak lama lagi. Jadi mereka memutuskan untuk menyambut hari lahir Sankar sebelum Sankar pulang ke tanah airnya.
Difahamkan, Sankar sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada keluarga @nasikerabu77. Jadi tidak hairanlah jika Sankar disenangi @nasikerabu77.
Setem khas Tahun Arnab keluaran China Post telah dikecam hebat kerana disifatkan buruk dan menakutkan oleh warga siber. Mereka mengatakan lukisan arnab yang terdapat pada setem tersebut sebagai “jahat”, “menakutkan” dan “mengerikan”.
Setem tersebut telah direka oleh pelukis terkenal Huang Yongyu. Dia merupakan pencipta setem zodiak pertama negara pada tahun 1980. Salah satu karyanya terjual pada harga RM10.6 juta pada tahun 2017.
Namun begitu, setem yang penuh kontroversi tersebut telah habis dijual pada hari pertama jualan. Malah mengejutkan lagi ialah harganya meningkat tiga kali ganda seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.
Menurut China Post, dua jenis setem yang dilancarkan pada 5 Januari lalu ialah “Berkat Angin” dan “Simbiosis dengan Bulatan Yang Sama”.
Motif pada setem “Berkat Angin” menunjukkan arnab yang bijak memegang pen di tangan kanannya dan surat di tangan kirinya. Ia membawa maksud menyampaikan kegembiraan Tahun Baharu kepada orang ramai.
Manakala motif pada setem “Simbiosis dengan Bulatan Yang Sama” pula ialah tiga ekor arnab bersentuhan antara satu sama lain. Ia membawa maksud daya hidup, ketangkasan dan kehangatan hidup yang tidak akan terhenti.
Walaupun membawa maksud yang baik, namun setem tersebut telah dikecam hebat oleh warga siber. Menurut mereka arnab berbadan biru dan bermata merah itu agak pelik lebih-lebih lagi ekspresi wajahnya yang kelihatan seperti lelaki bengis.
Warga siber juga mengejek dan menggelar arnab tersebut sebagai “arnab seperti tikus”, “seperti arnab yang dijangkiti dengan kuasa jahat” dan sebagainya. Malah lebih malang lagi arnab tersebut dianggap membawa nasib tidak baik oleh segelintir warga siber.
Biarpun berdepan dengan kecaman hebat, China Post tetap menjual setem khas Tahun Arnab berkenaan seperti biasa. Pada acara kemuncak, seekor maskot arnab muncul untuk menemui orang ramai yang hadir pada hari jualan setem tersebut.
Biarpun pada rancangan asalnya adalah untuk menghiburkan orang ramai, namun terdapat ibu bapa yang berasa takut dengan kehadiran maskot arnab tersebut. Mereka juga telah meminta pihak penganjur untuk membawa keluar maskot berkenaan jauh daripada anak-anak mereka.
Pihak penganjur walau bagaimanapun menegaskan bahawa pertemuan maskot tersebut hanya diadakan di Nanning manakala kawasan lain pula hanya melakukan jualan setem sahaja.
Dalam pada itu, pemenang Hadiah Seni Olimpik oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Wong Yongyu berkata “Encik Huang Yongyu telah meneruskan lagendanya dengan pandangan hidup hampir 100 tahun dan pemahaman artistiknya.
“Arnabnya kelihatan kebudak-budakan, bersemangat, tidak terkawal dan bebas. Saya harap semua orang akan berasa bergaya, gembira dan bahagia melalui sistem zodiak Cina.”
Seorang lelaki warga Singapura berusia 25 tahun dijatuhi hukuman penjara 31 bulan selepas dia mengeksploitasi kelemahan dalam sistem platform penghantaran makanan, yang membolehkannya memesan makanan bernilai RM567,548 tanpa membayar satu sen pun.
Menurut Today Online, tertuduh, Ronny Lee Jia Jie, mengaku bersalah atas dua pertuduhan penipuan dan satu pertuduhan pemalsuan pada 19 Januari.
Jenayah dilakukan pada tahun 2020, ketika Ronny Lee menjadi kakitangan pentadbiran di syarikat pembaikan kapal milik bapanya, Hestia Marine.
Tanpa pengetahuan bapanya, dia mendaftarkan akaun korporat atas nama Hestia Marine di platform penghantaran makanan dengan menyenaraikan dirinya sebagai wakil syarikat.
Akaun korporat membenarkan tempoh kredit 30 hari yang memastikan tertuduh tidak perlu membayar serta-merta selepas penghantaran pesanan makanan. Jumlah keseluruhan semua item hanya akan dibayar pada setiap akhir bulan.
Antara 20 Januari dan 5 April 2020, tertuduh memesan makanan berjumlah RM60,819. Apabila syarikat itu mendesak pembayaran, dia hanya akan menyatakan bahawa cek pembayaran belum siap.
Selepas akaun korporat disekat pada Julai 2020, Ronnie Lee mencipta satu lagi akaun korporat atas nama Mediacorp.
Dengan menggunakan akaun ini, tertuduh memesan makanan bernilai RM506,124, pelitup muka dan barangan lain antara 14 Ogos dan 3 November 2020.
Makanan itu adalah untuk kegunaan tertuduh sendiri, manakala dia menjual semula pelitup muka di platform e-dagang untuk tujuan mengaut keuntungan diri sendiri semasa kemuncak pandemik COVID-19.
Selepas muslihatnya terbongkar, tertuduh telah dipanggil untuk hadir ke mahkamah pada 5 Disember 2020. Bagaimanapun, lelaki ini telah berjaya mengelak daripada menghadiri pendengaran di mahkamah pada tiga kali waktu yang berbeza dengan memalsukan surat dari Akademi Media Singapura, iaitu tempat di mana dia menjadi pelajar.
Tertuduh Ronnie Lee Jia Jie. (Gambar oleh The Straits Times)
Ronnie Lee menghantar surat kepada mahkamah negeri yang menyatakan dia mempunyai jadual peperiksaan untuk diduduki, dan akibatnya tidak dapat menghadiri perbicaraan.
Rentak Ronnie Lee akhirnya pincang dan semuanya terdedah selepas pegawai mahkamah akhirnya mengesahkan dengan Akademi Media Singapura bahawa surat-surat itu telah dipalsukan.