27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 24, 2025
Utama Blog Laman 95

Fenomena ‘Bulan Merah Jambu’ yang dapat disaksikan beberapa negara pada 5 dan 6 April

0

Fenomena bulan penuh atau bulan purnama pertama pada musim bunga, ‘Pink Moon’ atau Bulan Merah Jambu akan dapat disaksikan di beberapa negara bermula 5 hingga 6 April.

Di Amerika Syarikat, walaupun bulan tidak akan penuh secara rasmi sehingga 12:34 pagi Khamis, 6 April, ia masih kelihatan penuh apabila ia terbit di atas ufuk timur pada petang Rabu, 5 April.

Bulan merah jambu juga akan kelihatan agak penuh apabila ia terbit pada petang 6 April.

Sekadar Gambar Hiasan / Twitter

Malangnya, kecuali beberapa fenomena atmosfera yang tidak dijangka, bulan tidak akan kelihatan merah jambu pada mata manusia. Sebaliknya, bulan sepatutnya “berwarna keemasan biasa berhampiran ufuk dan pudar kepada putih terang apabila ia meluncur di atas kepala,” menurut The Old Farmer’s Almanac.

Bagaimana fenomena ‘Bulan Merah Jambu’ berlaku?

Menurut Space, fenomena bulan penuh, termasuk Bulan Merah Jambu, berlaku apabila Matahari dan Bulan berada di sisi bertentangan Bumi.

Pada masa itu, orbit Bulan akan condong sedikit ke satah orbit Bumi, supaya Bulan tidak melalui bayang-bayang Bumi setiap kali ia melengkapkan orbit Bumi.

Oleh itu, kita akan melihat bahagian satelit semula jadi Bumi kelihatan terang sepenuhnya.

USA Today

Mengapa dipanggil bulan merah jambu?

Selama beribu tahun, masyarakat di seluruh dunia, termasuk Orang Asli Amerika, menamakan bulan-bulan sempena petunjuk alam semula jadi. Setiap bulan penuh mempunyai namanya yang tersendiri.

Menurut NASA, Maine Farmers’ Almanac mula menerbitkan nama sempena panggilan Orang Asli Amerika untuk bulan purnama pada tahun 1930-an dan nama-nama ini kini dikenali dan digunakan secara meluas.

Space

Menurut almanak ini, bulan purnama pada bulan April dikenali sebagai bulan “merah jambu”, dinamakan sempena herba lumut merah jambu, juga dikenali sebagai phlox menjalar, phlox lumut atau phlox gunung. Ini adalah tumbuhan yang berasal dari timur Amerika Syarikat yang merupakan salah satu bunga terawal yang tumbuh mekar meluas pada musim bunga.

The Old Farmer’s Almanac bersetuju dengan NASA, mengatakan “Bulan purnama April selalunya sepadan dengan bunga mekar awal musim bunga, sejenis bunga liar merah jambu yang berasal dari timur Amerika Utara: Phlox subulata yang biasanya dipanggil phlox menjalar atau phlox lumut, juga dikenali dengan nama “lumut merah jambu”

Phlox tanah yang menjalar tumbuh subur di tanah berpasir atau berbatu, dan sering digunakan sebagai penutup tanah, kata The Old Farmer’s Almanac.

Sekadar Gambar Hiasan / Twitter

NASA berkata nama lain untuk bulan ini termasuk bulan rumput bertunas, bulan telur, dan antara suku pantai di Amerika Utara, bulan ikan, kerana ini adalah ketika ikan shad berenang ke hulu untuk bertelur.

Bulan Purnama Merah Jambu atau ‘Pink Moon’ ini hanya dapat disaksikan paling dekat di Indonesia bermula pada 6 April 2023. Antara negara lain yang dapat menyaksikan fenomena ini ialah Paris, Perancis dan Melbourne, Australia.

Tidak berkelip mata menyaksikan nyanyian Anuar Zain, gelagat budak lelaki ini mencuit hati sesiapa sahaja yang melihatnya!

0

Nama Anuar Zain bukanlah satu nama yang asing lagi dalam industri seni di tanah air kita. Sejak mula berkecimpung dalam bidang nyanyian pada tahun 1985, Anuar Zain kini sudah berjaya menawan hati jutaan peminatnya tidak kira dalam negara mahupun luar negara.

Namun nampaknya, baru-baru ini kita dapat saksikan bahawa sebenarnya bukan sahaja orang dewasa yang begitu mengagumi suara emas penyanyi tersohor ini. Terbukti, budak yang masih bayi pun rupa-rupanya boleh terpesona dengan kemerduan suara Anuar Zain!

@rizalhakimm1

Menerusi sebuah video pendek berdurasi 38 saat yang dimuatnaik di media sosial, dapat dilihat bagaimana seorang budak lelaki bernama Efraim yang terkesima sebaik sahaja mendengar nyanyian yang dilontarkan oleh Anuar Zain.

Bukan itu sahaja, mata Efraim juga tidak berkelip-kelip melihat kehebatan penyanyi itu yang menyampaikan lagu bertajuk Lelaki Ini. 

@rizalhakimm1

Mungkin dalam fikiran Efraim tertanya-tanya tentang siapakah gerangan lelaki yang mempunyai wajah yang tampan dan suara yang begitu merdu ini.

Comel betul!

Kerana tidak jemu menjadi peminat kecil yang tidak putus-putus memberi sepenuh perhatian kepada Anuar Zain sepanjang ‘persembahan’, di akhir video dapat dilihat penyanyi itu mula menoleh ke arah Efraim dan memberi ciuman tanda kasih kepada budak lelaki itu. 

@rizalhakimm1

Dengan bakat yang begitu mengagumkan ini, tidak hairanlah bagaimana Anuar Zain boleh menjadi seorang selebriti yang sangat berjaya di Malaysia dan mempunyai begitu ramai peminat. Mana tidaknya, suara Anuar Zain diakui tidak lapuk ditelan zaman. Anuar Zain dengan mudahnya boleh membuat sesiapa sahaja yang menyaksikan persembahannya untuk terpesona, malah terkesima, sama seperti apa yang terjadi kepada adik Efraim ini!

Pilihan Editor:

Kerana terlalu kecewa anak tak tepati janji, wanita ini meninggal dunia ketika tidur selepas 14 jam menunggu kehadiran anak untuk berbuka puasa bersama

0

Sejak kecil, ibu bapa adalah antara insan yang paling banyak memberi kasih sayang yang tiada bandingan dan sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anak. Setiap seorang anak akan ‘ditatang bagai minyak yang penuh.’ 

Walau bagaimanapun, malangnya, apabila mereka sudah tua dan uzur, ada juga sebahagian anak-anak yang tidak sanggup untuk berkorban bagi menjaga mereka, apatah lagi membahagiakan mereka di penghujung umur mereka.

Gambar hiasan. (Steven HWG)

Seperti kisah yang baru-baru ini dikongsikan di laman Facebook oleh Shafa Nizam, dia menceritakan semula tentang kisah seorang wanita yang meninggal dunia dalam kesedihan di rumah jagaan orang-orang tua setelah dimungkiri janji oleh anaknya.

Menurut kiriman itu, pada suatu hari, seorang wanita warga emas yang ditinggalkan di rumah jagaan oleh empat orang anaknya telah menerima berita bahawa anak-anaknya mahu membawa ibunya itu keluar berbuka bersama-sama. 

Justeru sebaik sahaja mendengar khabar gembira itu, wanita berkenaan berasa sangat teruja sehinggakan dia sanggup bersiap pada pukul lima pagi demi menunggu kedatangan anaknya. Sedangkan, anaknya hanya akan mengambilnya pada pukul lima petang.

Tetapi kerana terlalu gembira dan tidak sabar, wanita itu sanggup menunggu dan bersiap 12 jam lebih awal kerana “tidak mahu menyusahkan anak-anak.”

Gambar hiasan. (Dominik Lange)

Dikatakan, wanita itu juga sudah bersiap dengan pakaian yang paling cantik yang dia miliki sehinggakan ramai penjaga di rumah berkenaan memuji pakaiannya pada hari berkenaan.

Walau bagaimanapun, apabila tiba jam lima petang, kelibat anaknya masih juga belum tiba. Masuk jam enam petang, keadaannya masih tetap sama. 

Namun, si ibu masih juga tidak berputus asa pada janji anak-anak, dia setia menunggu.

Sehinggalah tibanya waktu berbuka, kehadiran anak yang ditunggu-tunggu sejak awal subuh tetap juga tidak kunjung tiba.

Facebook

Dengan rasa kecewa yang menggunung, wanita berkenaan akhirnya terus masuk ke dalam biliknya dan tidur, tanpa sebutir nasipun yang dijamah untuk berbuka.

Keesokan harinya, sewaktu penjaga rumah itu mahu mengejutkan wanita itu untuk bangun sahur, didapati wanita yang dalam kesedihan itu sudah tidak lagi bernyawa. Menurut doktor yang menjaganya, wanita itu telah meninggal dunia kerana berasa terlalu sedih dan kecewa akibat perbuatan anak-anaknya.

“Ya Tuhan, jadikanlah kisah ini sebagai satu pengajaran buatku. Janganlah Kau membolak-balikkan hati ini…” tambah penulis dengan rasa sayu.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih sehingga lebih dari 4,100 kongsian, lebih dari 1,800 reaksi dan 399 komen dari warganet yang turut berasa sayu dengan kisah ini. Malah ada antaranya yang turut memberi peringatan kepada orang ramai untuk mengambil kisah ini sebagai pengajaran.

Shafa Nizam

Memang sayu betul membaca kisah yang sangat menyayat hati ini. Semoga kita semua dijauhkan dari melakukan keputusan-keputusan buruk yang boleh melukakan hati kedua ibu bapa kita buat selamanya.

Pilihan Editor:

Warganet gesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pantau makanan yang dijual di bazar Ramadan selepas beberapa kiriman makanan basi menjadi tular

0

Bagi sesetengah peniaga, mereka cenderung untuk menjual semula baki makanan yang tidak habis dijual pada satu-satu hari dan akan ‘memanaskan’ semula makanan tersebut pada keesokan harinya untuk dijual. Hal ini dipercayai adalah untuk mengelakkan pembaziran, mengurangkan kos dan dalam masa yang sama masih lagi dapat mengaut keuntungan.

Walau bagaimanapun, tindakan menjual semula ‘saki-baki’ makanan yang tidak habis ini boleh mengakibatkan makanan menjadi rosak, walaupun rupa luarannya kelihatan masih elok untuk dimakan.

Baru-baru ini, beberapa pengguna di laman sosial ada memuat naik aduan mengenai makanan yang telah basi dan rosak yang dijual di bazar Ramadan. Salah satunya adalah aduan yang dikirim oleh Emma Razali di laman Facebook yang menunjukkan keadaan karipap yang telah basi, berkulat dan berbau masam.

Noonafz Isml

“Hari ini saya ada membeli dua paket karipap, tetapi karipap yang telah berkulat,” tulis kiriman itu.

Menceritakan tentang pengalamannya, Emma berkongsi bahawa ibu dan kakaknya telah termakan karipap itu sebanyak satu gigitan namun kerana rasa karipap itu yang pahit telah membuatkan mereka membuka bahagian inti karipap dan mendapati bahawa bahagian inti dalam karipap itu telah rosak sepenuhnya.

Noonafz Isml

Keadaan inti itu telah berkulat, berlendir, mempunyai rasa basi dan berbau busuk. Disamping itu, Emma juga percaya bahawa karipap itu telah banyak kali digoreng semula kerana keadaan kulit karipap yang lebih berminyak daripada biasa.

“Seumur hidup saya inilah makanan yang paling teruk yang pernah saya beli. (Karipap ini) bukan sahaja berlendir, berasa masam atau basi, tetapi sudah sampai tahap berkulat seperti karipap yang tidak terjual dalam tempoh 3 ke 4 hari yang lalu,” luah Emma dalam sebuah kumpulan di Facebook.

Noonafz Isml

Tambah Emma lagi, para peniaga perlu ada rasa ikhlas dan bertanggungjawab ketika berniaga kerana makanan yang rosak boleh menyebabkan pelanggan mereka sengsara dengan keracunan makanan.

Dalam satu lagi kiriman yang berasingan, seorang lagi pengguna laman Facebook ada memuatnaik aduan mengenai makanan yang telah rosak yang turut dibeli dari bazar Ramadan.

Menurut Noonafz Isml, lauk ikan yang dibelinya di bazar telah rosak dan berulat. Tambah malang buatnya lagi adalah kerana dia hanya menyedari tentang keadaan ikan itu setelah dia hampir selesai makan.

Noonafz Isml

“Sudah hampir habis makan baru (saya) perasan (ikan itu) berulat. Bukan seekor dua tetapi berpuluh-puluh ekor di bahagian perut ikan. (Saya) fikir ianya beras yang tidak masak tetapi rupa-rupanya ulat,” tulisnya di laman kumpulan Warga Sentul Batu.

Keadaan ini seterusnya membuatkan dia berasa bimbang kerana dirinya yang sedang mengandung dan makanan yang telah rosak ini berpotensi untuk menjejaskan kesihatannya.

Noonafz Isml

Tambah Noonafz lagi, dia berharap agar para peniaga mempunyai niat yang ikhlas dalam berniaga dan tidak memilih untuk menganiaya pelanggan. 

Kedua-dua kiriman tentang aduan jualan makanan yang telah rosak di bazar Ramadan ini seterusnya membuatkan ramai warganet berasa marah dan bimbang akan kesihatan masing-masing. Malah ada antaranya yang menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melakukan pemeriksaan secara kerap di bazar-bazar Ramadan yang ada supaya insiden begini tidak lagi berulang.

Noonafz Isml

Diharapkan selepas ini pihak KKM dapat memberi lebih perhatian pada kes-kes sebegini kerana hal ini sudah melibatkan kesihatan awam. Dan semoga para peniaga juga mempunyai rasa tanggungjawab dan ikhlas dalam meniaga serta tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Pilihan Editor:

Menggunakan biskut Marie sebagai bahan utama, resipi biskut bersalut coklat tanpa bakar ini pasti jadi rebutan kanak-kanak di Hari Raya nanti!

0

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, pasti ada antara kita yang sudah mula tercari-cari idea kuih raya yang mudah dan sedap untuk dibuat sendiri di rumah. Disebabkan itu, entri pada kali ini akan memperkenalkan anda dengan satu resipi biskut yang sangat mudah untuk dihasilkan, dan dalam masa yang sama tidak memerlukan kos bahan yang terlalu tinggi. Penggunaan oven juga tidak diperlukan!

Iedaa Jahaya

Berdasarkan perkongsian resipi oleh Iedaa Jahaya, biskut yang dinamakan Bebola Kek Coklat Berkeju ini mempunyai tekstur yang hampir sama dengan kek, walaupun sebenarnya dihasilkan menggunakan biskut Marie. Dengan bahan-bahan yang dinyatakan, adunan ini boleh menghasilkan lebih kurang 50 biji biskut.

Jom kita lihat resipinya:

Bahan-bahannya:

  1. 1 paket biskut Marie (asli atau coklat)
  2. 250g krim keju
  3. 2 cawan coklat masakan
  4. Gula aising secukupnya (jika mahu manis)

Cara-caranya:

  1. Kisar halus semua biskut Marie.
  1. Campurkan krim keju ke dalam biskut Marie yang telah hancur. Tambahkan gula aising secukupnya jika mahukan biskut yang lebih manis.
  1. Adun sehingga menjadi doh dan gumpalkan doh menjadi bebola kecil. Ketepikan seketika.
  1. Dalam satu bekas yang berlainan, cairkan coklat masakan dengan menggunakan kaedah double boil.
  1. Celupkan setiap satu bebola biskut ke dalam coklat masakan yang telah cair dan terus letakkan biskut ke dalam cawan kertas biskut. Jika mahu, boleh hiaskan biskut dengan bahan tambahan seperti badam panggang dan sebagainya.
  1. Masukkan kesemua biskut yang telah siap ke dalam peti sejuk untuk dibekukan.
  1. Setelah coklat mengeras, biskut sudah boleh dimakan.
Iedaa Jahaya

Mudah betul, selamat mencuba!

Pilihan Editor:

Gelagat Oyen yang tidak hairan ‘dimasak’ hidup-hidup dalam pan ini buat ramai warganet terhibur. Comel betul!

0

Gelagat kucing peliharaan bukan sahaja boleh menghiburkan pemiliknya, tetapi jika dirakam gelagat mereka itu, sesiapa yang menontonnya juga secara automatik akan turut berasa terhibur dan berasa geram dengan telatah mereka.

Seperti gelagat seekor kucing berwarna oren, atau nama manjanya, Oyen, yang dilihat sedang berehat dengan santai dalam sebuah pan yang kemudiannya di letak atas dapur.

Apakes

(Jangan bimbang, apinya pasti tidak akan dibuka – tiada apa-apa jenis haiwan yang teraniaya dalam video ini ya!)

Menerusi kiriman oleh Apakes di laman Facebook yang telah mendapat perhatian ramai ini, pemilik kucing yang comel itu dilihat seperti mahu “menggoreng” kucing kesayangannya itu. Sambil memegang sebatang sudip untuk ‘mengacau masakan’, pemilik kucing itu berkata “hai semua, hari ini kita nak masak Oyen celup tepung ya!”

Apakes

Kemudian, dengan mengakui bahawa ‘bahan masakannya’ pada hari itu sememangnya dalam keadaan yang segar, pemilik kucing itu turut menepuk-nepuk bahagian perut kucing itu dengan menggunakan sudip, lalu berkata bahawa ‘bahannya’ pada hari itu mempunyai lemak yang banyak, “selambak dia punya (lemak) ini,”

Apakes

“Besar betul!” tambahnya lagi.

Amboi, kesian Oyen diumpat begitu tau!

Apakes

Yang lucunya, selepas babak itu, pemiliknya itu dilihat cuba untuk menterbalikkan ‘bahan masakannya’ itu dengan menggunakan sudip, “kita cuba lipatkan (kucing ini),” katanya. Tetapi kerana saiz Oyen yang terlalu besar, misinya itu tidak berjaya.

“Ha jika tidak boleh (menggunakan sudip), kita akan gunakan tangan (untuk melipatkannya),” gurau pemilik kucing itu.

Apakes

Memang lucu betul video yang comel ini. Oyen itu pula dilihat begitu tenang, langsung tidak berasa marah walau diusik sebegitu oleh pemiliknya. Mungkin ia bertahan demi makanan agaknya!

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telah meraih lebih dari 61,000 tontonan, lebih dari 1,600 reaksi dan 254 komen dari warganet yang terhibur dengan gelagat lucu Oyen ini. Ada antaranya juga dilihat turut menokok-tambah gurauan pemilik Oyen ini!

Apakes

Bersabarlah wahai Oyen, selepas habis ‘penggambaran’ ini pasti ada hadiah (makanan kucing kegemaran) yang akan diberi.

Tonton video di sini.

Pilihan Editor:

Kehadiran pengantin lelaki ke majlis pernikahan dengan hanya memakai kemeja-T dengan seluar jean ini undang persoalan ramai.

0

Bagi kebanyakan orang, majlis pernikahan adalah salah satu upacara suci yang akan diraikan dengan meriah dan bersungguh-sungguh kerana ia adalah salah satu titik permulaan kepada sebuah kehidupan yang baharu buat pasangan pengantin. Disebabkan itu, kebiasaannya pada hari majlis perkahwinan, pengantin akan bersiap dengan cantik dan segak serta mengenakan busana yang baharu.

Gambar hiasan. (Samantha Gades/Unsplash)

Walau bagaimanapun, lain pula halnya yang terjadi kepada sepasang pasangan pengantin ini yang kedua-duanya kelihatan sangat berbeza di hari pernikahan mereka.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, pengantin perempuan dilihat begitu jelita dengan menggayakan gaun berwarna putih, wajah yang siap disolek dengan manis serta memakai aksesori rambut yang ringkas tetapi tetap menaikkan seri pengantin. Namun yang menarik perhatian, penampilan pengantin perempuan itu nampaknya tidak selari dengan penampilan pasangannya. 

Era Baru

Menerusi gambar, dapat dilihat bagaimana tenangnya pengantin lelaki menghadiri majlis pernikahannya sambil memakai baju kemeja-T berwarna putih, dan memadankannya dengan seluar jean. Berbeza dengan penampilan yang biasanya dipakai oleh pengantin lelaki ketika meraikan hari bahagia, lelaki ini kelihatan seperti hari tersebut adalah hari yang tiada bezanya dengan hari-hari sebelumnya. 

Walaupun tidak diketahui alasan disebalik gaya luar biasa pengantin lelaki ini, tetapi usahanya untuk tetap hadir ke hari pernikahannya juga adalah satu perkara yang sepatutnya dipuji. 

Mungkin, pengantin lelaki itu berdepan dengan masalah sebelum sampai ke dewan pernikahan…

Era Baru

Menerusi gambar-gambar yang dikongsi, raut wajah pengantin lelaki juga kelihatan dalam keadaan yang keletihan, seolah-olah tidak sempat untuk berehat sebelum pergi menandatangani sijil pernikahan antara dirinya dengan kekasih yang dicintainya.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman yang dimuatnaik semula oleh laman Good Times ini telahpun meraih lebih dari 1,300 reaksi, 44 perkongsian dan 53 komen daripada warganet yang kebanyakannya meninggalkan ucapan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat pasangan yang secocok ini.

“Apa yang penting adalah… pengantin lelaki tetap hadir dan mengucapkan ‘saya sudi”

Good Times

“Pakaian apa yang pengantin lelaki pakai adalah tidak penting. Dia kelihatan lebih kacak dengan pakaiannya dan pengantin perempuan sudah lebih dari gembira. Tahniah dan selamat. Nikmatilah!”

Good Times

“Dikatakan adalah lebih baik untuk kita tidak menghakimi seseorang melainkan kita sendiri yang melalui jalan hidupnya.

Kita tidak tahu keadaan pengantin lelaki mahupun kita tahu apa yang sebenarnya dia sedang lalui, justeru kita tidak mempunyai hak untuk menghakiminya.”

Good Times

“Apa yang penting adalah dia (pengantin lelaki) hadir.”

Good Times

Apa-apapun, didoakan semoga hubungan perkahwinan pasangan ini kekal selamanya walaupun mereka mempunyai gambar hari majlis pernikahan yang sangat unik!

Pilihan Editor:

Bantu tutup aurat peminat ketika sesi bergambar, tindakan spontan Song Ji Hyo ketika di Kuala Lumpur raih pujian ramai

0

Nama pelakon Song Ji Hyo yang merupakan salah seorang selebriti dari Korea Selatan bukanlah satu nama yang asing lagi di Malaysia. Song Ji Hyo sebelum ini mula dikenali ramai melalui salah satu program hiburan keluarga, Running Man, yang disertainya sejak tahun 2010 lagi.

@sheilabcdefghi

Baru-baru ini, menerusi sebuah program bersama salah satu rantaian kedai penjagaan kesihatan dan kecantikan terbesar di Malaysia, Song Ji Hyo telah dijemput datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan peminat-peminatnya di sini. 

Yang menarik perhatian orang ramai bagaimanapun adalah apabila tingkah-laku spontan Song Ji Hyo ketika berhadapan dengan salah seorang peminatnya yang beragama Islam.

@sheilabcdefghi

Menerusi kiriman video oleh @sheilabcdefghi di laman TikTok pada 24 Mac lalu, dapat dilihat seorang wanita bertuah telah berjaya memenangi hadiah percutian ke Korea Selatan dan untuk menerima hadiah berkenaan, dia dijemput naik ke pentas utama untuk bertemu dengan Song Ji Hyo.

@sheilabcdefghi

Walau bagaimanapun, ketika mereka berdua mahu mula bergambar, secara tiba-tiba kain tudung wanita berkenaan telah terselak di bahagian dada akibat angin yang kuat. Kemudian, dengan spontan, Song Ji Hyo dilihat dengan segera telah menutup semula bahagian dada wanita itu dengan menarik tudungnya dan meletakkan tangannya di bahagian dada wanita itu untuk menahan tudung itu daripada terus-terusan ditiup angin lagi.

@sheilabcdefghi

Reaksinya spontan, tetapi sudah cukup memberi bayangan tentang rasa hormat dan sikap sopannya terhadap para peminat!

Selepas melakukan beberapa gaya untuk bergambar, Song Ji Hyo juga tidak lokek untuk memberi pelukan untuk wanita itu walaupun pada mulanya dapat dillihat bahawa wanita itu sudah mahu beredar dari pentas. Beruntung betul wanita itu!

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih lebih dari 3.5 juta tontonan, lebih dari 343,800 sukaan dan 2,284 komen dari warganet yang majoritinya berasa terharu dengan reaksi spontan pelakon kesayangan ramai ini.

“(Lihatlah) cara dia melihat semula (keadaan) tudung kakak itu (kerana) bimbang ditiup angin lagi.”

@sheilabcdefghi

“Macam manalah peminatnya tidak menyayanginya, tengok sahajalah cara dia melayan para peminatnya dan (cara) dia menyayangi peminatnya. (Dia) antara selebriti yang tidak sombong langsung”

@sheilabcdefghi

“Saya memang sedia tahu bahawa dia adalah seorang yang bijak tetapi (video) ini menunjukkan satu sisi baharunya yang baik”

@sheilabcdefghi

“Jihyo adalah seorang wanita yang sangat cantik dalaman dan luaran”

@sheilabcdefghi

“Caranya yang masih melihat tudung (peminat) itu ketika gambar diambil menunjukkan bahawa dia benar-benar ambil berat”

@sheilabcdefghi

“Ada sebabnya dia masih disayangi oleh orang ramai setelah bertahun-tahun menjalani kariernya”

@sheilabcdefghi

Dengan tindakan yang Song Ji Hyo paparkan ini, tidak hairanlah bagaimana pelakon ini boleh mengecap populariti yang sangat mengagumkan bukan sahaja di negara kelahirannya sendiri, malah di negara kita juga. 

Pilihan Editor:

MetMalaysia maklumkan gempa bumi di Laut China Selatan berdekatan Kota Kinabalu tidak hasilkan gegaran permukaan

0

Gempa bumi yang berlaku di Laut China Selatan pada awal pagi semalam tidak menghasilkan sebarang gegaran di permukaan, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada 4 April.

MetMalaysia memaklumkan perkara ini kerana gempa bumi itu berlaku terlalu dalam iaitu 611 kilometer (km), malah pemantauan yang dijalankan secara dekat mendapati tiada sebarang gempa susulan berlaku.

Menurut kenyataan itu, Sistem Rangkaian Seismik MET Malaysia mengesan gempa bumi itu berlaku pada pukul 3.32 pagi dengan 4.4 pada skala Richter di kedudukan 6.45° Utara 115.87° Timur di Laut China Selatan.

“Sehubungan itu, maklumat gempa bumi tersebut telah direkodkan dan tidak dihebahkan kepada pihak awam semalam, namun MetMalaysia akan terus menjalankan pemantauan kejadian gempa bumi.

“Kedudukan gempa bumi berkenaan berada di kedudukan yang secara amnya di luar zon aktif gempa iaitu di luar lingkaran api Pasifik,” menurut kenyataan itu.

Semalam, tular dalam media sosial mendakwa satu kejadian gempa bumi magnitud 5.5 yang berlaku di Laut China Selatan kira-kira 53 kilometer dari Kota Kinabalu.

Menurut kenyataan MetMalaysia, berdasarkan peta seismotektonik edisi kelima pada 2009 yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains, gempa bumi itu berada di kawasan inactive thrust fault.

U.S Geological Survey

“Oleh yang demikian, gempa bumi yang berlaku di laut dengan magnitud kurang daripada lima dan kedalaman melebihi 300 km tidak memberi kesan di permukaan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, gempa bumi kuat magnitud 6.2 berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 10.59 malam Isnin turut menjadi tular ekoran mereka di Malaysia menerima notifikasi menerusi Google Play.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa itu terletak 84 kilometer (km) barat daya dari Padang Sidempuan, Indonesia pada kedalaman 86 km.

“Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

“Gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” katanya.

Sementara itu, beberapa netizen berkongsi mengenai situasi dialami berhubung gegaran gempa bumi tersebut.

Pengguna Facebook bernama John Mohamed menyatakan merasai gegaran berkenaan sehingga di Cameron Highlands, Pahang.


Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Kuala Lumpur turut mengesahkan menerima panggilan berhubung gegaran yang dirasai seorang penduduk Pangsapuri Pudu Impian 1 di Jalan Cheras.

Menurut jurucakap JPBM KL, sepasukan bomba bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi untuk pemantauan dan pemeriksaan lanjut.

Twitter

Antara reaksi termasuk mendapatkan pengesahan mengenai kejadian itu selepas merasakan tanah bergegar.

Selain itu, pengguna Facebook bernama Suhana Abdul Samad memaklumkan menerima notifikasi berkenaan situasi gempa itu menerusi aplikasi Google Play.

“Dapat notifikasi dekat Google Play tadi. Terkejut saya ingatkan dekat Malaysia tapi bagus juga sebab diberitahu,” katanya.

Pilihan Editor:

Budak lelaki 4 tahun hiburkan hati pekerja baru bentuk aiskrim lembut  terjadi bengkok dengan berkata ia “cantik seperti bunga ros”

0

Melihat kanak-kanak dengan hati mereka yang suci bersama tutur kata dan penampilan yang jujur, membuatkan si kecil sentiasa sangat comel, malahan kita boleh menerima semangat untuk bertahan daripada mereka!

Seorang ibu @NatsuTagu berkongsi di Twitter di mana pada satu hari, dia membawa anak lelakinya yang berusia 4 tahun untuk membeli aiskrim.

Namun pada hari itu, mereka dilayani pekerja baru yang nampaknya sangat kekok dengan operasi mesin ais krim, dan tentu sekali dia gagal membentuk tekstur aiskrim yang lembut ke dalam kon dengan baik.

Twitter

Aiskrim itu sendiri agak berbeza lembut, jadi ia menjadi sangat tidak teratur sempurna apabila dibentuk, menjadikan alirannya tidak stabil dan bergoyang di atas kon, maka penampilannya nampak agak hodoh membengkok dan tidak kemas.

Sesiapa yang melihatnya pasti akan merasakan kemahiran pekerja baru itu perlu dipertingkatkan.

Namun tanpa disangka, selepas menerima aiskrim tersebut, budak lelaki berusia 4 tahun itu berkata dengan manis, “Ia cantik nampak macam bunga ros!” 

Warna merah jambu berperisa strawberi membuatkan aiskrim bengkok itu kelihatan seperti bunga ros yang sedang mekar, si kecil ini bukan sahaja penuh dengan imaginasi, malahan dia juga membuatkan pekerja gerai aiskrim itu berasa tenang apabila mendengar kata-katanya.

Nasib baik si kecil memahami dan tidak kisah dengan bagaimana rupa bentuk aiskrim, asalkan rasanya kekal sedap. Apa yang penting dia berasa seronok menerima aiskrim itu, yang dibelanja oleh ibunya.

Twitter

Sikap jujur kanak-kanak ini mengundang komen netizen:

“Pemikiran indah yang sangat berharga, dia benar-benar budak yang baik.”

“Dunia yang lembut terasa suci.”

“Walaupun bentuknya hodoh, rasa aiskrim tetap sama.”

“Kemurnian hatinya menerima aiskrim itu terasa hangat, menjadikan dunia ini penuh dengan kebaikan.”

“Saya juga mahu menjadi seperti kanak-kanak ini.”

“Kanak-kanak yang genius, dia boleh nampak jalan lain..”

Pilihan Editor: