26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaWarganet gesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pantau makanan yang dijual di bazar...

Warganet gesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pantau makanan yang dijual di bazar Ramadan selepas beberapa kiriman makanan basi menjadi tular

Bagi sesetengah peniaga, mereka cenderung untuk menjual semula baki makanan yang tidak habis dijual pada satu-satu hari dan akan ‘memanaskan’ semula makanan tersebut pada keesokan harinya untuk dijual. Hal ini dipercayai adalah untuk mengelakkan pembaziran, mengurangkan kos dan dalam masa yang sama masih lagi dapat mengaut keuntungan.

Walau bagaimanapun, tindakan menjual semula ‘saki-baki’ makanan yang tidak habis ini boleh mengakibatkan makanan menjadi rosak, walaupun rupa luarannya kelihatan masih elok untuk dimakan.

Baru-baru ini, beberapa pengguna di laman sosial ada memuat naik aduan mengenai makanan yang telah basi dan rosak yang dijual di bazar Ramadan. Salah satunya adalah aduan yang dikirim oleh Emma Razali di laman Facebook yang menunjukkan keadaan karipap yang telah basi, berkulat dan berbau masam.

Noonafz Isml

“Hari ini saya ada membeli dua paket karipap, tetapi karipap yang telah berkulat,” tulis kiriman itu.

Menceritakan tentang pengalamannya, Emma berkongsi bahawa ibu dan kakaknya telah termakan karipap itu sebanyak satu gigitan namun kerana rasa karipap itu yang pahit telah membuatkan mereka membuka bahagian inti karipap dan mendapati bahawa bahagian inti dalam karipap itu telah rosak sepenuhnya.

Noonafz Isml

Keadaan inti itu telah berkulat, berlendir, mempunyai rasa basi dan berbau busuk. Disamping itu, Emma juga percaya bahawa karipap itu telah banyak kali digoreng semula kerana keadaan kulit karipap yang lebih berminyak daripada biasa.

“Seumur hidup saya inilah makanan yang paling teruk yang pernah saya beli. (Karipap ini) bukan sahaja berlendir, berasa masam atau basi, tetapi sudah sampai tahap berkulat seperti karipap yang tidak terjual dalam tempoh 3 ke 4 hari yang lalu,” luah Emma dalam sebuah kumpulan di Facebook.

Noonafz Isml

Tambah Emma lagi, para peniaga perlu ada rasa ikhlas dan bertanggungjawab ketika berniaga kerana makanan yang rosak boleh menyebabkan pelanggan mereka sengsara dengan keracunan makanan.

Dalam satu lagi kiriman yang berasingan, seorang lagi pengguna laman Facebook ada memuatnaik aduan mengenai makanan yang telah rosak yang turut dibeli dari bazar Ramadan.

Menurut Noonafz Isml, lauk ikan yang dibelinya di bazar telah rosak dan berulat. Tambah malang buatnya lagi adalah kerana dia hanya menyedari tentang keadaan ikan itu setelah dia hampir selesai makan.

Noonafz Isml

“Sudah hampir habis makan baru (saya) perasan (ikan itu) berulat. Bukan seekor dua tetapi berpuluh-puluh ekor di bahagian perut ikan. (Saya) fikir ianya beras yang tidak masak tetapi rupa-rupanya ulat,” tulisnya di laman kumpulan Warga Sentul Batu.

Keadaan ini seterusnya membuatkan dia berasa bimbang kerana dirinya yang sedang mengandung dan makanan yang telah rosak ini berpotensi untuk menjejaskan kesihatannya.

Noonafz Isml

Tambah Noonafz lagi, dia berharap agar para peniaga mempunyai niat yang ikhlas dalam berniaga dan tidak memilih untuk menganiaya pelanggan. 

Kedua-dua kiriman tentang aduan jualan makanan yang telah rosak di bazar Ramadan ini seterusnya membuatkan ramai warganet berasa marah dan bimbang akan kesihatan masing-masing. Malah ada antaranya yang menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melakukan pemeriksaan secara kerap di bazar-bazar Ramadan yang ada supaya insiden begini tidak lagi berulang.

Noonafz Isml

Diharapkan selepas ini pihak KKM dapat memberi lebih perhatian pada kes-kes sebegini kerana hal ini sudah melibatkan kesihatan awam. Dan semoga para peniaga juga mempunyai rasa tanggungjawab dan ikhlas dalam meniaga serta tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI