28.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaKerana terlalu kecewa anak tak tepati janji, wanita ini meninggal dunia ketika...

Kerana terlalu kecewa anak tak tepati janji, wanita ini meninggal dunia ketika tidur selepas 14 jam menunggu kehadiran anak untuk berbuka puasa bersama

Sejak kecil, ibu bapa adalah antara insan yang paling banyak memberi kasih sayang yang tiada bandingan dan sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anak. Setiap seorang anak akan ‘ditatang bagai minyak yang penuh.’ 

Walau bagaimanapun, malangnya, apabila mereka sudah tua dan uzur, ada juga sebahagian anak-anak yang tidak sanggup untuk berkorban bagi menjaga mereka, apatah lagi membahagiakan mereka di penghujung umur mereka.

Gambar hiasan. (Steven HWG)

Seperti kisah yang baru-baru ini dikongsikan di laman Facebook oleh Shafa Nizam, dia menceritakan semula tentang kisah seorang wanita yang meninggal dunia dalam kesedihan di rumah jagaan orang-orang tua setelah dimungkiri janji oleh anaknya.

Menurut kiriman itu, pada suatu hari, seorang wanita warga emas yang ditinggalkan di rumah jagaan oleh empat orang anaknya telah menerima berita bahawa anak-anaknya mahu membawa ibunya itu keluar berbuka bersama-sama. 

Justeru sebaik sahaja mendengar khabar gembira itu, wanita berkenaan berasa sangat teruja sehinggakan dia sanggup bersiap pada pukul lima pagi demi menunggu kedatangan anaknya. Sedangkan, anaknya hanya akan mengambilnya pada pukul lima petang.

Tetapi kerana terlalu gembira dan tidak sabar, wanita itu sanggup menunggu dan bersiap 12 jam lebih awal kerana “tidak mahu menyusahkan anak-anak.”

Gambar hiasan. (Dominik Lange)

Dikatakan, wanita itu juga sudah bersiap dengan pakaian yang paling cantik yang dia miliki sehinggakan ramai penjaga di rumah berkenaan memuji pakaiannya pada hari berkenaan.

Walau bagaimanapun, apabila tiba jam lima petang, kelibat anaknya masih juga belum tiba. Masuk jam enam petang, keadaannya masih tetap sama. 

Namun, si ibu masih juga tidak berputus asa pada janji anak-anak, dia setia menunggu.

Sehinggalah tibanya waktu berbuka, kehadiran anak yang ditunggu-tunggu sejak awal subuh tetap juga tidak kunjung tiba.

Facebook

Dengan rasa kecewa yang menggunung, wanita berkenaan akhirnya terus masuk ke dalam biliknya dan tidur, tanpa sebutir nasipun yang dijamah untuk berbuka.

Keesokan harinya, sewaktu penjaga rumah itu mahu mengejutkan wanita itu untuk bangun sahur, didapati wanita yang dalam kesedihan itu sudah tidak lagi bernyawa. Menurut doktor yang menjaganya, wanita itu telah meninggal dunia kerana berasa terlalu sedih dan kecewa akibat perbuatan anak-anaknya.

“Ya Tuhan, jadikanlah kisah ini sebagai satu pengajaran buatku. Janganlah Kau membolak-balikkan hati ini…” tambah penulis dengan rasa sayu.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih sehingga lebih dari 4,100 kongsian, lebih dari 1,800 reaksi dan 399 komen dari warganet yang turut berasa sayu dengan kisah ini. Malah ada antaranya yang turut memberi peringatan kepada orang ramai untuk mengambil kisah ini sebagai pengajaran.

Shafa Nizam

Memang sayu betul membaca kisah yang sangat menyayat hati ini. Semoga kita semua dijauhkan dari melakukan keputusan-keputusan buruk yang boleh melukakan hati kedua ibu bapa kita buat selamanya.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI