26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 2, 2025
Utama Blog Laman 82

Malim Gunung Everest selamatkan seorang pendaki Malaysia, pikul di belakang badan selama enam jam untuk dibawa turun ke basecamp

0

Gelje Sherpa, 30, yang merupakan seorang malim Gunung Everest baru-baru telah mendapat perhatian ramai warganet selepas kisahnya yang menyelamatkan seorang pendaki gunung Everest dari Malaysia mula tersebar di internet.

Menurut sumber, Gelje menyelamatkan pendaki lelaki dewasa berkenaan di sebuah kawasan gunung yang digelar “zon kematian” kerana keadaan kawasan yang sangat berbahaya di situ.

Misi menyelamat yang tidak disengajakan itu dikongsikan berlaku pada malam 18 Mei lalu pada ketinggian 29,032 kaki ketika Gelje dalam perjalanan mengiringi pelanggannya dari China untuk menawan puncak Gunung Everest. Ketika melewati “zon kematian” atau juga dipanggil sebagai “balkoni”, Gelje mendapati pendaki berkenaan sedang memegang tali dan menggigil akibat kesejukan melampau.

“Saya sedang menuju ke puncak bersama pelanggan China, sekitar 12.30 pagi hingga 1 pagi […] Saya bertemu dengannya di ‘Balkoni’. Apabila saya melihatnya, dia sedang duduk di Balkoni sambil memegang seutas tali,” kata Gelje kepada Reuters.

@gelje_sherpa_

Tidak mustahillah pendaki berkenaan diserang kesejukan melampau kerana di kawasan Balkoni berkenaan, suhunya boleh merosot sehingga ke -30 darjah celsius atau lebih rendah. Berikutan itu, misi menyelamat pendaki berkenaan sememangnya bukan satu tugas yang mudah, tambahan pula malim gunung terpaksa membawa pendaki tersebut dalam perjalanan yang sangat lama dan penuh rintangan.

Kerana tidak mahu meninggalkan pendaki yang ditemui itu seorang diri, Gelje berusaha meyakinkan pelanggannya untuk melupakan hasrat mereka untuk menawan puncak gunung Everest demi membawa turun pendaki berkenaan.

Gelje dan rakannya kemudian dengan segera membungkus pendaki Malaysia berkenaan dengan menggunakan beg tidur dan secara bergilir-gilir memikulnya turun dari gunung.

@gelje_sherpa_

“Kami terpaksa memikulnya di belakang dengan susah payah,” katanya kepada Reuters.

“Adalah penting bagi kami untuk menyelamatkannya, walaupun dari puncak. Wang boleh diperolehi bila-bila masa. Jika dibiarkan begitu, dia boleh mati. Kami telah menyelamatkan nyawanya dengan membatalkan misi menawan puncak,” tambah Gelje.

Perjalanan menyelamatkan pendaki berkenaan mengambil masa sehingga enam jam dari kem tiga yang berketinggian 23,500 kaki ke basecamp yang berketinggian 25,919 kaki sebelum pendaki tersebut diserahkan kepada pasukan penyelamat.

Sepanjang berkhidmat sebagai malim gunung, Gelje telah terlibat dalam 55 misi penyelamatan, tetapi menurutnya, misi yang ini adalah misi yang paling sukar dalam hidupnya.

@gelje_sherpa_

Menurut sumber, pendaki Malaysia yang diselamatkan itu telahpun selamat diterbangkan pulang ke Malaysia pada minggu lalu sejurus selepas keadaannya semakin pulih. Walau bagaimanapun, menurut Tashi Lakhpa Sherpa dari Syarikat Seven Summit Treks yang menyediakan logistik buat pendaki berkenaan, enggan mengulas lanjut tentang nama pendaki berkenaan untuk melindungi privasi pelanggannya.

Pilihan Editor:

Perhimpunan terbesar Spider-Man di Kuala Lumpur pecah rekod dunia

0

Sebuah perhimpunan yang melibatkan 685 orang penggaya kostum watak Spider-Man secara rasminya telah memecahkan rekod dunia Guinness.

Sukan Star TV

Dalam acara tersebut yang diadakan pada 3 Jun lalu di AEON Mall Bukit Tinggi, semua peserta yang hadir diminta untuk terus berada di ruang yang disediakan selama lima minit bagi mendapatkan pengesahan daripada Pengadil Rasmi rekod dunia, Kazuyoshi.

Sukan Star TV

Sukan Star TV

Berikutan itu, rekod berkenaan secara rasminya disahkan tepat jam 4.40 petang dan sijil penghargaan kemudiannya diserahkan kepada Pengarah Urusan Sony Pictures Malaysia, Simon Foo dan Ketua Pegawai Harta AEON, Lee Beng Beng.

Sukan Star TV

Terdahulu, rekod tertinggi bagi jumlah kehadiran perhimpunan penggaya kostum Spider-Man adalah sebanyak 601 orang peserta yang dianjurkan di India pada bulan Disember 2021. 

Sukan Star TV

Pilihan Editor:

Ibu bantu anak buka gerai ‘Milo RM2’, ajar mereka menilai kepentingan mencari wang

0

Seorang ibu dari Sungai Long, Kajang, Selangor menjadikan aktiviti yang menyeronokkan sebagai pengajaran praktikal dalam celik kewangan untuk anak-anaknya dengan membuka gerai menjual Milo pada harga RM2.

Dalam satu hantaran di laman XHS, ibu bernama Stella berkongsi dia membantu anak-anaknya menyediakan gerai kecil Milo yang menjual minuman popular itu pada harga RM2 secawan, bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga orang yang lalu lalang, tetapi yang lebih penting, untuk mengajar anak-anaknya tentang nilai wang.

Stella menjelaskan anak-anaknya telah mencetuskan idea itu selepas mereka menghadiri jualan amal, menyedari mereka boleh memperolehi wang dengan menjual barangan.

Facebook

“Mereka mahu mencuba membuka gerai dan menjana wang sendiri. Sebab utamanya ialah, anak perempuan saya agak mementingkan wang, dan anak lelaki saya suka menyertai aktiviti sedemikian,” katanya kepada WeirdKaya.

“Dialah penggerak sebenar di sebalik operasi perniagaan itu, senang hati mengiklan dan mempromosikan dengan cerianya,” tambahnya.

Gerai kecil Milo RM2 mereka terletak di Bukit Sungai Long dan kanak-kanak itu  bertanggungjawab ke atas semua aspek perniagaan mereka, daripada menyediakan Milo sehinggalah menguruskan kewangan gerai tersebut.

Facebook

Stella seterusnya memberitahu dia perlu menolak kos daripada pendapatan dan hasil jualan itu sebelum memberikan bakinya kepada mereka.

“Tetapi saya memotong sedikit hanya untuk membuat penjelasan dan membiarkan mereka memahami untuk mendapatkan wang memerlukan pelaburan awal,” kata Stella.

Selain itu, gerai itu bukan sahaja terhad kepada keluarganya, malah ia telah bertukar menjadi aktiviti kemasyarakatan.

Facebook

“Sesetengah kanak-kanak dalam gambar itu adalah anak saya, ada juga anak kawan saya. Kita semua mengambil bahagian dalam aktiviti ini bersama-sama. Semasa kami menjual Milo, yang lain menjual sandwic telur mayo dan kek cawan.

“Kami ibu bapa menyediakan bahan dan mencari tempat untuk mendirikan gerai, manakala anak-anak pula menguruskan perniagaan. Tumpuan tidak banyak pada kuantiti makanan yang kami sediakan tetapi lebih kepada membiarkan mereka merasai keseronokan berniaga kecil-kecilan menjual barangan,” jelas Stella.

Sambutan masyarakat setempat terhadap inisiatif ini amat menyokong dan menggalakkan, dengan ramai yang singgah ke gerai itu untuk menikmati secawan Milo yang menyegarkan, makan sandwic telur mayo atau kek cawan, sambil mengagumi pendekatan pengajaran praktikal yang telah diguna pakai oleh Stella untuk kanak-kanak itu.

Pilihan Editor:

Rutin bermula 1 pagi, remaja gigih buat kuih sendiri di rumah dan jual di sekolah untuk cukupkan belanja hariannya

0

Ketika rakan sebayanya sedang nyenyak tidur dibuai mimpi indah, remaja lelaki ini sudah bangkit daripada tidurnya pada awal pagi untuk membuat adunan kuih-muih yang akan dijualnya di siang hari. 

Kisah seorang pelajar sekolah menengah di Indonesia menunjukkan rutin hariannya yang bangun tidur seawal pukul 1 pagi untuk menyiapkan kuih jualannya menjadi tumpuan warganet negara jiran itu baru-baru ini.

Facebook

Pelajar bernama Derlin Ilham Wahyudi dari Banten kerap berkongsi video mengenai rutin hariannya menerusi laman TikTok @wahyu.d.i.w.

Berdasarkan perkongsian video itu, dilihat Derlin sudah bangun awal pagi untuk membuat pelbagai jenis kuih yang akan dijual kepada rakan-rakan dan guru-guru di sekolahnya.

Facebook

Kata Derlin, dia tidak pernah berasa malu untuk menjual kuih di sekolah.

“Ya, sudah pukul 1 pagi, kalau tidak bangun takut terlajak tidur, lebih-lebih lagi bila buat donut dan roti, kena tunggu doh naik dulu,” kata Derlin.

Facebook

Remaja ini mengakui, adakalanya dia tidak boleh lari daripada tertidur di dalam kelas kerana terlalu penat kerana dia hanya dapat tidur 4 hingga 5 jam sehari.

“Saya pernah tertidur semasa pelajaran Matematik, apabila bangun, muka saya penuh dengan penanda pen guru,” katanya sambil ketawa.

Facebook

Walaupun melalui liku-liku kehidupan yang agak sukar sejak kecil, Derlin pelajar cemerlang di sekolah yang bercita-cita ingin menjadi usahawan, tetap ceria dan tidak pernah mengeluh.

Malah, Derlin amat gembira dapat menunjukkan dirinya bekerja keras dan menyemai sikap bertanggungjawab pada usia yang sangat muda.

Facebook

Derlin memberitahu media Bangka Pos, keuntungan daripada jualan tersebut akan disimpan dan digunakan untuk membeli makanan ringan di sekolahnya, selain membeli beras dan belanja keperluan harian lain dalam rumahnya.

Derlin anak sulung daripada dua beradik berkata dia tinggal seorang diri di rumah kerana ibu bapa bekerja di kilang arang di Depok, dan adiknya yang berusia 7 tahun mengikut mereka merantau.

Facebook

“Saya ingin berdikari dengan berusaha berniaga sendiri dan tidak mahu selalu bergantung kepada ibu bapa yang merantau,” katanya yang tinggal tidak berapa jauh dari rumah neneknya.

Kegigihan Derlin dalam mencari rezeki dipandang tinggi oleh rakan-rakan dan guru-gurunya serta memberi inspirasi kepada semua.

Facebook

Semoga cerah masa depannya dalam mengejar cita-cita menjadi usahawan berjaya suatu hari nanti.

Tonton video di sini.

Pilihan Editor:

APMM tahan kapal China didakwa bertanggungjawab menjarah kapal karam Perang Dunia Kedua di perairan Malaysia

0

Pihak berkuasa maritim dan tentera laut Malaysia telah menahan sebuah kapal asing yang didakwa dikehendaki kerana mencuri artifak dari kapal karam Perang Dunia Kedua di seluruh Asia Tenggara.

Pada 28 Mei, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkata pihaknya menemui dan menahan sebuah kapal kargo kerana berlabuh secara haram di 20.1 batu nautika timur Tanjung Siang di luar pantai Johor.

Sebuah kapal milik warga China itu ditemui membawa artifak, termasuk besi buruk, peluru artileri, dan kira-kira 100 bebola meriam, dipercayai dari kapal British, HMS Repulse dan HMS Prince of Wales, yang tenggelam di perairan Malaysia pada 1941.

Facebook

Pengarah APMM Johor Laksamana Pertama Nurul Hizam Zakaria berkata pihaknya menahan kapal itu pada 12.45 tengah hari kerana berlabuh secara haram apabila anak kapal gagal mengemukakan dokumen kebenaran.

Beliau berkata kapal itu, yang didaftarkan di Fuzhou, China, yang mempunyai 32 anak kapal, termasuk warga China, Bangladesh dan seorang warganegara Malaysia.

Facebook

Pemeriksaan lanjut ke atas peluru meriam dan bebola meriam menyebabkan pegawai APMM mengesyaki kapal kargo itu ada kaitan dengan satu lagi insiden, di mana sebuah kapal melarikan diri selepas didapati memunggah artifak yang dirompak di limbungan Tanjung Belungkor di Johor pada awal bulan lalu.

“Kami tidak pernah berhenti mencari kapal itu. Kami telah menyisir perairan sepanjang masa, dan terus memburu mereka. Mereka hilang dari radar dengan mematikan sistem GPS dan WiFi,” kata Nurul Hizam kepada New Straits Times.

Facebook

Tambah Nurul Hizam, pihaknya juga sedang menyiasat jika terdapat kapal yang lebih besar berlabuh di luar perairan Malaysia untuk kapal kargo itu menurunkan barang curi.

Artifak tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Warisan Negara untuk mengesahkan sama ada ianya adalah dari bangkai kapal perang British berkenaan.

Facebook

Kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana berlabuh tanpa kelulusan terlebih dahulu.

New Straits Times turut melaporkan sumber yang mendakwa kapal itu bertanggungjawab merompak 90% kapal karam Perang Dunia II yang lain di rantau ini, termasuk di perairan Singapura, Kemboja dan Vietnam.

Facebook

Ia juga didakwa dikehendaki oleh pihak berkuasa Indonesia kerana merompak mayat dalam kapal perang Belanda HNLMS De Ruyter, HNLMS Java, dan HNLMS Kortenaer di Laut Jawa.

Nurul Hizam berkata APMM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dari Indonesia berhubung kes berkenaan.

Pilihan Editor:

Suami terkejut bil perubatan tidak sampai RM20 selepas isteri menginap di hospital kerajaan selama 4 hari 3 malam

0

Seorang suami terkejut menerima bil perubatan isterinya di sebuah hospital kerajaan di Putrajaya, yang hanya berjumlah RM17.

Menerusi hantaran Facebook, dia berkongsi sebelum isterinya keluar dari Hospital Putrajaya pada hari itu, dia diingatkan untuk membayar bil rawatan terlebih dahulu.

“Saya mengeluarkan RM400 daripada ATM, malah membawa kad debit bersama sekiranya tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi,” katanya.

Facebook

Dia agak terkejut apabila mendapati kos rawatan isterinya yang menginap empat hari tiga malam di hospital itu hanya berjumlah RM17.

Dalam keadaan tidak percaya, lelaki itu bertanya kepada isterinya tentang tahap penjagaan yang diberikan oleh kakitangan hospital.

Dia memberitahunya mereka menyediakan makanan lima kali sehari dan jururawat memeriksanya setiap jam.

Lelaki itu meminta isterinya meneka kos bil tersebut, dan dia menganggarkan sebanyak RM300.

“Ia hanya RM17 sahaja,” kata lelaki itu kepada isterinya.

Dia juga bertanya dengan rakan sekerjanya berapa banyak yang mereka kena bayar secara kebiasaan apabila saudara atau kenalan dimasukkan ke hospital.

Sekadar Gambar Hiasan / Pixabay

“Terpulang. Kadang-kadang, tak sampai RM10,” kata salah seorang rakan sekerjanya.

Sejak hari itu, lelaki itu berkata dia mengembangkan penghargaan dan penghormatan ke atas sistem penjagaan kesihatan di Malaysia.

“Walaupun tempoh menunggu yang lama, ia tetap satu pilihan yang berbaloi berbanding membayar ribuan ringgit untuk perkhidmatan dan rawatan serupa di kemudahan swasta,” tambahnya.

Beberapa netizen bersetuju dengan hantaran lelaki itu dan memuji sistem penjagaan kesihatan negara.

Facebook

Seorang pengguna Facebook memberi komen ketika menjalani pembedahan pintasan jantung empat kali ganda di Hospital Sultanah Aminah (HSA), mereka dimasukkan ke hospital selama tiga hari dua malam dan hanya menelan belanja RM360.

“Walaupun saya mempunyai perlindungan insurans, saya lebih suka di hospital kerajaan. Untuk pembedahan besar pertama saya di HSA, saya terpaksa membayar lebih RM900 tetapi saya boleh menuntutnya semula daripada insurans saya nanti. Untuk pembedahan besar kedua, saya hanya perlu membayar kira-kira RM150, tinggal lima hari di Hospital Sultan Ismail (HSI), makanan sedap, mempunyai bilik yang selesa, dan kakitangan semuanya baik. Kita patut bersyukur kerana tinggal di Malaysia, kerajaan banyak membantu,” katanya.

“Saya dimasukkan ke hospital selama 28 hari kerana COVID-19 tahap lima. Apabila tiba masa discaj, saya memberitahu suami saya untuk menyediakan sedikit wang tambahan kerana saya menjalani imbasan CT semasa di hospital. Syukur, penginapan di hospital adalah percuma malah saya menerima RM700 daripada mySalam,” komen seorang yang lain.

Seorang netizen mengakui sistem penjagaan kesihatan di Malaysia adalah baik dan berpatutan tetapi perkhidmatan itu bergantung kepada hospital serta kakitangan mereka.

Pilihan Editor:

Isteri OKU penglihatan ini mohon kesedaran orang ramai selepas suaminya terpaksa mengalihkan sendiri motosikal yang menghalang laluan tactile

0

Bagi orang kelainan upaya (OKU) khususnya bagi yang buta penglihatan, yang mahu menggunakan perkhidmatan awam, kebiasaannya mereka akan menggunakan laluan tactile yang disediakan untuk menunjukkan arah buat mereka ke tempat yang ingin dituju.

Gambar hiasan. (Kelly Clark)

Walau bagaimanapun, nampaknya kegunaan laluan bercorak timbul yang lazimnya dijumpai di tempat awam ini masih lagi belum diketahui ramai kerana masih terdapat lagi segelintir masyarakat yang sewenang-wenangnya meletakkan ‘halangan’ di atas laluan itu tanpa memikirkan fungsinya kepada individu yang memerlukan.

@mrranggapnnadia

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang wanita telah merakam situasi yang dialami oleh suaminya yang merupakan OKU penglihatan ketika mahu berjalan di sebuah stesen MRT di ibu kota. Menerusi video yang dimuatnaik oleh @mrranggapnnadia pada 29 Mei lalu, dapat dilihat bahawa laluan tactile yang sepatutnya digunakan untuk memberi panduan kepada OKU telah dihalang oleh sebuah motosikal yang diletakkan melintanginya. Disebabkan itu, suami wanita itu dirakam berusaha untuk mengalihkan motosikal itu ke tepi supaya tidak lagi menghalang laluan tactile tersebut.

@mrranggapnnadia

Sambil mengepit tongkat di bawah lengan, suami wanita itu kelihatan berusaha untuk mengubah kedudukan motosikal itu seorang diri. 

Disebabkan kejadian yang sempat dirakam itu, wanita itu sempat memberikan peringatan kepada orang ramai untuk sama-sama menyediakan laluan tactile yang selamat dan bebas dari halangan untuk keselamatan orang buta yang menggunakannya.

@mrranggapnnadia

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telah meraih sehingga lebih dari 165,900 sukaan dan 4,368 komen daripada ramai warganet yang berkongsi pandangan masing-masing berkenaan isu ini.

@mrranggapnnadia

Oleh itu, sama-samalah kita menjadi masyarakat yang lebih prihatin dengan keperluan pengguna lain dan tidak lagi mementingkan diri sendiri.

Pilihan Editor:

Temui bendasing menyerupai cacing halus dalam sardin tin, warganet ini ingatkan orang ramai untuk berhati-hati

0

Lauk ikan sardin dalam tin merupakan salah satu menu yang digemari ramai. Mana tidaknya, dengan cara memasak yang mudah, mudah didapati di mana-mana kedai runcit dan tempoh ketahanannya yang lama membuatkan ramai orang memilih untuk menikmatinya apabila mereka tidak tahu apa yang mahu dimakan.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini sebuah video di media sosial berkaitan dengan tin sardin yang didakwa mengandungi cacing-cacing halus telah menarik perhatian ramai.

@masak_apa_tak_jadi_arini

Menerusi video yang dimuatnaik oleh @masak_apa_tak_jadi_arini di laman TikTok, didapati bahawa pemilik video telah menemui banyak ekor cacing halus yang berada dalam sardin tin yang mahu ingin dimasak olehnya.

@masak_apa_tak_jadi_arini

Menurut kapsyen dalam video yang turut memberi peringatan kepada orang ramai untuk turut sama berhati-hati sebelum memasak sardin dalam tin, pemilik video itu turut mendakwa bahawa dia hanya menyedari tentang kewujudan bendasing dalam makanan tersebut apabila dia mahu mula memasak makanan itu.

@masak_apa_tak_jadi_arini

Nasib yang baik berpihak padanya, dia sempat menyedarinya sebelum makanan itu sempat dimasak dan lebih buruk lagi dimakan oleh dia dan keluarga.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih sehingga lebih dari 101,100 sukaan, 7,720 perkongsian dan 4,540 komen dari warganet yang memberi pelbagai pandangan masing-masing berkenaan isu sardin dalam tin ini.

@masak_apa_tak_jadi_arini

Selain itu, ada juga antara warganet yang berpendapat bahawa bendasing yang ditemui itu bukanlah cacing halus seperti yang disangka, sebaliknya adalah serat tulang ikan sardin yang sudah lembut dan hampir hancur akibat proses penghasilan sardin dalam tin.

@masak_apa_tak_jadi_arini

Justeru, marilah kita menjadi lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan makanan sebelum kita mula makan, tidak kiralah di rumah, di kedai makan atau dimana-mana sahajapun.

Pilihan Editor:

Atap rumahnya sudah berlubang, video warga emas yang tinggal seorang diri dalam rumah usang undang hiba netizen

0

Satu paparan video oleh seorang wanita yang mendedahkan warga emas wanita yang tinggal bersendirian di dalam rumah usang telah menyentak hati netizen menjadi hiba.

Video perkongsian Nurhidaya Mahmud itu pada mulanya memaparkan beliau membawa pulang seorang nenek, yang menjual kerepek sebagai punca pendapatannya di sekitar bandar Tawau di Sabah.

Tangkap Skrin YouTube

Apabila tiba di rumah kayunya di Kinabutan Ria, Nurhidaya telah bertanya kepada warga emas itu, “Mak cik tinggal di sini seorang dirikah? Siapa ada lagi di dalam?”

Wanita itu menjawab yang dia tinggal seorang sendiri dan tiada sesiapa di dalam.

Tangkap Skrin YouTube

Semasa dia membuka pintu ruang tamunya, Nurhidaya terkejut melihat keadaan rumah yang sangat uzur itu sehingga kedengaran suaranya sebak dan terus menangis.

Rakaman video itu menunjukkan bumbung zink rumah telah rosak akibat karat dan lantai simen semuanya telah retak dan pecah, dengan keadaan perabot yang kebanyakannya telah usang.

Tangkap Skrin YouTube

“Mak cik tinggal sini kah? Tinggal sorang-sorang di sini? Mak cik tidur di mana?” tanya Nurhidaya sambil menangis.

Dalam hantarannya, Nurhidaya menulis yang beliau tidak dapat menahan air mata daripada terus mengalir.

Tangkap Skrin YouTube

Katanya, beliau berharap sesiapa yang melalui kawasan berkenaan dapat menghulurkan bantuan dan menderma beberapa keperluan asas kepada warga emas itu.

Video meruntun jiwa yang kemudiannya telah mendapat perhatian ribuan netizen dengan ramai yang menyatakan rasa simpati dan bersedia untuk menawarkan bantuan.

Tangkap Skrin YouTube

Nurhidaya kemudian dalam kemas kininya memberitahu ramai yang telah menghantar mesej kepadanya bertanyakan tentang bagaimana mereka boleh membantu ‘mak cik’ warga emas itu.

Tangkap Skrin YouTube

“Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh terus ke Kinabutan Ria berhampiran masjid,” kata Nurhidaya.

Pilihan Editor:

Graduan pentadbiran perniagaan yang dulunya introvert diinobat Miss Petite Global 2023

0

Darsha Nair dinobat Miss Petite Global 2023 pada majlis yang berlangsung dalam suasana gemilang di Genting Highlands, Pahang.

Peserta yang mewakili Malaysia berusia 23 tahun itu bersaing dengan 11 finalis lain dari seluruh dunia untuk memenangi edisi kedua Miss Petite Global pada 13 Mei lalu di Geo Resort & Hotel.

Facebook

Menurut The Borneo Post, anak kelahiran Selangor itu membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 bersama tajaan lain.

Selain itu, Darsha turut memenangi ‘Darling of the Crowd’, ‘Best in Evening Gown’, ‘Best in Resort Wear’, dan anugerah khas ‘Best in Welcoming Dinner Outfit’.

Seorang lagi peserta Malaysia, Alya Abdul, merangkul naib juara ketiga dalam pertandingan itu.

Facebook

Graduan pentadbiran perniagaan itu berkata beliau berasa amat gembira kerana tidak menyangka akan memenangi pertandingan ratu cantik berkenaan.

“Ketika dunia memuji kejayaan saya, saya menerima hakikat bahawa kecantikan sebenar bukan sahaja terletak pada penampilan tetapi juga pada kekuatan, seri dan kasih sayang yang terpancar dari dalam,” katanya.

Darsha, yang memenangi pertandingan awal Miss Petite Global Malaysia 2022 pada tahun lalu, berkongsi pertandingan itu meningkatkan keyakinannya kerana dia pernah menjadi seorang introvert dan sangat pemalu.

Facebook

“Saya percaya pengalaman menyertai pertandingan ratu cantik sejak memenangi gelaran kebangsaan telah membantu saya menjadi wanita seperti hari ini,” tambahnya.

Menerusi Instagram, Darsha mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan serta peminat setianya atas kasih sayang dan sokongan mereka.

“Kita berjaya Malaysia!! Kita mencipta sejarah!!!” katanya dalam hantaran itu.

Beliau juga mendedahkan bapanya membantunya memilih pakaian mempesonakan yang membantunya memenangi anugerah khas ‘Best in Evening Gown’.

Facebook

Advokasi Darsha berkisar kepada semangatnya untuk menghapuskan stigma yang menyelubungi kesihatan mental.

“Stigma kesihatan mental berleluasa di Malaysia, malah sehingga hari ini. Kita boleh mengubahnya dan menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk semua,” jelasnya.

Darsha juga ingin memberi inspirasi, memperkasa, dan menjadi suara mewakili mereka yang tidak dapat bersuara.

Tahniah diucapkan kepada Miss Petite Global 2023 Darsha Nair!

Pilihan Editor: