25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGaya HidupRutin bermula 1 pagi, remaja gigih buat kuih sendiri di rumah dan...

Rutin bermula 1 pagi, remaja gigih buat kuih sendiri di rumah dan jual di sekolah untuk cukupkan belanja hariannya

Ketika rakan sebayanya sedang nyenyak tidur dibuai mimpi indah, remaja lelaki ini sudah bangkit daripada tidurnya pada awal pagi untuk membuat adunan kuih-muih yang akan dijualnya di siang hari. 

Kisah seorang pelajar sekolah menengah di Indonesia menunjukkan rutin hariannya yang bangun tidur seawal pukul 1 pagi untuk menyiapkan kuih jualannya menjadi tumpuan warganet negara jiran itu baru-baru ini.

Facebook

Pelajar bernama Derlin Ilham Wahyudi dari Banten kerap berkongsi video mengenai rutin hariannya menerusi laman TikTok @wahyu.d.i.w.

Berdasarkan perkongsian video itu, dilihat Derlin sudah bangun awal pagi untuk membuat pelbagai jenis kuih yang akan dijual kepada rakan-rakan dan guru-guru di sekolahnya.

Facebook

Kata Derlin, dia tidak pernah berasa malu untuk menjual kuih di sekolah.

“Ya, sudah pukul 1 pagi, kalau tidak bangun takut terlajak tidur, lebih-lebih lagi bila buat donut dan roti, kena tunggu doh naik dulu,” kata Derlin.

Facebook

Remaja ini mengakui, adakalanya dia tidak boleh lari daripada tertidur di dalam kelas kerana terlalu penat kerana dia hanya dapat tidur 4 hingga 5 jam sehari.

“Saya pernah tertidur semasa pelajaran Matematik, apabila bangun, muka saya penuh dengan penanda pen guru,” katanya sambil ketawa.

Facebook

Walaupun melalui liku-liku kehidupan yang agak sukar sejak kecil, Derlin pelajar cemerlang di sekolah yang bercita-cita ingin menjadi usahawan, tetap ceria dan tidak pernah mengeluh.

Malah, Derlin amat gembira dapat menunjukkan dirinya bekerja keras dan menyemai sikap bertanggungjawab pada usia yang sangat muda.

Facebook

Derlin memberitahu media Bangka Pos, keuntungan daripada jualan tersebut akan disimpan dan digunakan untuk membeli makanan ringan di sekolahnya, selain membeli beras dan belanja keperluan harian lain dalam rumahnya.

Derlin anak sulung daripada dua beradik berkata dia tinggal seorang diri di rumah kerana ibu bapa bekerja di kilang arang di Depok, dan adiknya yang berusia 7 tahun mengikut mereka merantau.

Facebook

“Saya ingin berdikari dengan berusaha berniaga sendiri dan tidak mahu selalu bergantung kepada ibu bapa yang merantau,” katanya yang tinggal tidak berapa jauh dari rumah neneknya.

Kegigihan Derlin dalam mencari rezeki dipandang tinggi oleh rakan-rakan dan guru-gurunya serta memberi inspirasi kepada semua.

Facebook

Semoga cerah masa depannya dalam mengejar cita-cita menjadi usahawan berjaya suatu hari nanti.

Tonton video di sini.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI