26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaBerita UtamaMalim Gunung Everest selamatkan seorang pendaki Malaysia, pikul di belakang badan selama...

Malim Gunung Everest selamatkan seorang pendaki Malaysia, pikul di belakang badan selama enam jam untuk dibawa turun ke basecamp

Gelje Sherpa, 30, yang merupakan seorang malim Gunung Everest baru-baru telah mendapat perhatian ramai warganet selepas kisahnya yang menyelamatkan seorang pendaki gunung Everest dari Malaysia mula tersebar di internet.

Menurut sumber, Gelje menyelamatkan pendaki lelaki dewasa berkenaan di sebuah kawasan gunung yang digelar “zon kematian” kerana keadaan kawasan yang sangat berbahaya di situ.

Misi menyelamat yang tidak disengajakan itu dikongsikan berlaku pada malam 18 Mei lalu pada ketinggian 29,032 kaki ketika Gelje dalam perjalanan mengiringi pelanggannya dari China untuk menawan puncak Gunung Everest. Ketika melewati “zon kematian” atau juga dipanggil sebagai “balkoni”, Gelje mendapati pendaki berkenaan sedang memegang tali dan menggigil akibat kesejukan melampau.

“Saya sedang menuju ke puncak bersama pelanggan China, sekitar 12.30 pagi hingga 1 pagi […] Saya bertemu dengannya di ‘Balkoni’. Apabila saya melihatnya, dia sedang duduk di Balkoni sambil memegang seutas tali,” kata Gelje kepada Reuters.

@gelje_sherpa_

Tidak mustahillah pendaki berkenaan diserang kesejukan melampau kerana di kawasan Balkoni berkenaan, suhunya boleh merosot sehingga ke -30 darjah celsius atau lebih rendah. Berikutan itu, misi menyelamat pendaki berkenaan sememangnya bukan satu tugas yang mudah, tambahan pula malim gunung terpaksa membawa pendaki tersebut dalam perjalanan yang sangat lama dan penuh rintangan.

Kerana tidak mahu meninggalkan pendaki yang ditemui itu seorang diri, Gelje berusaha meyakinkan pelanggannya untuk melupakan hasrat mereka untuk menawan puncak gunung Everest demi membawa turun pendaki berkenaan.

Gelje dan rakannya kemudian dengan segera membungkus pendaki Malaysia berkenaan dengan menggunakan beg tidur dan secara bergilir-gilir memikulnya turun dari gunung.

@gelje_sherpa_

“Kami terpaksa memikulnya di belakang dengan susah payah,” katanya kepada Reuters.

“Adalah penting bagi kami untuk menyelamatkannya, walaupun dari puncak. Wang boleh diperolehi bila-bila masa. Jika dibiarkan begitu, dia boleh mati. Kami telah menyelamatkan nyawanya dengan membatalkan misi menawan puncak,” tambah Gelje.

Perjalanan menyelamatkan pendaki berkenaan mengambil masa sehingga enam jam dari kem tiga yang berketinggian 23,500 kaki ke basecamp yang berketinggian 25,919 kaki sebelum pendaki tersebut diserahkan kepada pasukan penyelamat.

Sepanjang berkhidmat sebagai malim gunung, Gelje telah terlibat dalam 55 misi penyelamatan, tetapi menurutnya, misi yang ini adalah misi yang paling sukar dalam hidupnya.

@gelje_sherpa_

Menurut sumber, pendaki Malaysia yang diselamatkan itu telahpun selamat diterbangkan pulang ke Malaysia pada minggu lalu sejurus selepas keadaannya semakin pulih. Walau bagaimanapun, menurut Tashi Lakhpa Sherpa dari Syarikat Seven Summit Treks yang menyediakan logistik buat pendaki berkenaan, enggan mengulas lanjut tentang nama pendaki berkenaan untuk melindungi privasi pelanggannya.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI