27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaNasionalAPMM tahan kapal China didakwa bertanggungjawab menjarah kapal karam Perang Dunia Kedua...

APMM tahan kapal China didakwa bertanggungjawab menjarah kapal karam Perang Dunia Kedua di perairan Malaysia

Pihak berkuasa maritim dan tentera laut Malaysia telah menahan sebuah kapal asing yang didakwa dikehendaki kerana mencuri artifak dari kapal karam Perang Dunia Kedua di seluruh Asia Tenggara.

Pada 28 Mei, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkata pihaknya menemui dan menahan sebuah kapal kargo kerana berlabuh secara haram di 20.1 batu nautika timur Tanjung Siang di luar pantai Johor.

Sebuah kapal milik warga China itu ditemui membawa artifak, termasuk besi buruk, peluru artileri, dan kira-kira 100 bebola meriam, dipercayai dari kapal British, HMS Repulse dan HMS Prince of Wales, yang tenggelam di perairan Malaysia pada 1941.

Facebook

Pengarah APMM Johor Laksamana Pertama Nurul Hizam Zakaria berkata pihaknya menahan kapal itu pada 12.45 tengah hari kerana berlabuh secara haram apabila anak kapal gagal mengemukakan dokumen kebenaran.

Beliau berkata kapal itu, yang didaftarkan di Fuzhou, China, yang mempunyai 32 anak kapal, termasuk warga China, Bangladesh dan seorang warganegara Malaysia.

Facebook

Pemeriksaan lanjut ke atas peluru meriam dan bebola meriam menyebabkan pegawai APMM mengesyaki kapal kargo itu ada kaitan dengan satu lagi insiden, di mana sebuah kapal melarikan diri selepas didapati memunggah artifak yang dirompak di limbungan Tanjung Belungkor di Johor pada awal bulan lalu.

“Kami tidak pernah berhenti mencari kapal itu. Kami telah menyisir perairan sepanjang masa, dan terus memburu mereka. Mereka hilang dari radar dengan mematikan sistem GPS dan WiFi,” kata Nurul Hizam kepada New Straits Times.

Facebook

Tambah Nurul Hizam, pihaknya juga sedang menyiasat jika terdapat kapal yang lebih besar berlabuh di luar perairan Malaysia untuk kapal kargo itu menurunkan barang curi.

Artifak tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Warisan Negara untuk mengesahkan sama ada ianya adalah dari bangkai kapal perang British berkenaan.

Facebook

Kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana berlabuh tanpa kelulusan terlebih dahulu.

New Straits Times turut melaporkan sumber yang mendakwa kapal itu bertanggungjawab merompak 90% kapal karam Perang Dunia II yang lain di rantau ini, termasuk di perairan Singapura, Kemboja dan Vietnam.

Facebook

Ia juga didakwa dikehendaki oleh pihak berkuasa Indonesia kerana merompak mayat dalam kapal perang Belanda HNLMS De Ruyter, HNLMS Java, dan HNLMS Kortenaer di Laut Jawa.

Nurul Hizam berkata APMM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dari Indonesia berhubung kes berkenaan.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI