28.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 5, 2025
Utama Blog Laman 223

Wanita ini kena kuarantin selama 14 hari, hanya untuk menyaksikan anjingnya ‘merobohkan rumah’ setiap hari melalui CCTV

0

Seorang wanita dari Xi’an, Shaanxi dikenali Liu yang dikuarantin selama 14 hari akibat COVID-19 terpaksa melihat melalui kamera pengawasan (CCTV) di rumah apabila anjing peliharaannya yang tinggal bersendirian dengan panik ‘merobohkan rumahnya’ setiap hari.

Rakaman CCTV menunjukkan anjing peliharaan baka Labrador itu melakukan cubaan ‘meruntuhkan rumah’ yang menjadi tular di Weibo.

Tangkap Skrin / YouTube

Dia membuat kacau di dalam rumah itu dengan menyepahkan barang-barang dan perabot yang telah digigit rakus olehnya.

Selain anjing itu turut menyelongkar sarung sofa dan membuat lubang besar dengan mengeluarkan isi kusyen dan tempat duduk sofa. Pakaian, kasut dan beg tuannya juga tidak terkecuali, semuanya ditarik keluar oleh anjing nakal itu.

Tangkap Skrin / YouTube

Liu memberitahu dia tidak boleh membawa haiwan peliharaan ke pusat kuarantin, jadi terpaksa meninggalkan anjing itu di rumah. Makanan yang mencukupi telah disediakan untuk anjing itu lebih awal, dan kamera ringkas telah dipasang pada komputer lama untuk memerhatikan keadaan sehariannya.

Sepanjang 14 hari menjalani kuarantin, Liu menonton “aksi meroboh rumah” secara siaran langsung oleh anjing itu melalui kamera pengawasannya setiap hari.

Tangkap Skrin / YouTube

Katanya pada hari dia pergi memulakan kuarantin, anjing itu membuat muka sedih dan telah duduk di depan pintu menunggunya sambil menyalak penuh kasihan.

Tetapi keesokan harinya, Labrador itu memulakan “operasi merobohkan rumahnya” dalam keadaan panik. “Setiap hari dia melakukannya, dan setiap hari ada rancangan baru untuk membongkar dan meruntuhkan kesemuanya.”

“Boleh diterima pada mulanya, kerana bantal dan beberapa perkakas kecil telah dibongkar. Tetapi beberapa hari kemudian, ia agak keterlaluan. Sofa berlubang, dan pakaian serta kasut turut dirosakkan olehnya,” kata Liu yang pilu.

Tangkap Skrin / YouTube

Liu melihat anjing itu merobohkan rumahnya dalam keadaan ‘terdesak’ melalui kamera pengawasan. Selesai 14 hari, dan rumah itu hampir musnah sepenuhnya.

Bagaimanapun, Liu tidak menyalahkan anjing itu kerana terlalu sayangkannya. Katanya, tidak mengapa asalkan anjing itu kekal sihat, semua barang yang bersepah dan rosak boleh dibersihkan atau dibeli semula. Liu sudah menempah perabot baharu, dan rumah itu hampir siap dihias semula.

Tangkap Skrin / YouTube

Susah juga kalau anjing terlampau aktif begini ditinggalkan sendirian dan terkurung di dalam rumah terlalu lama, memang tidak mustahil boleh roboh rumah dibuatnya.

Bayangkan kalau si Labrador ini tinggal sendirian buat sebulan dua.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

‘Sosej terbang’ jadi umpan untuk dorong anjing jauhi kawasan air pasang di England

0

Kadang kala sedikit kreativiti perlu digunakan di kala kecemasan, seperti apa yang dilakukan oleh pasukan penyelamat dari Britain ini.

Difahamkan bahawa kumpulan terbabit mahu menyelamatkan seekor anjing yang terdampar di kawasan yang bakal dinaiki air pasang.

Anjing bernama Millie berkenaan diumpan dengan menggunakan sosej yang diikat pada dron, bagi mengumpat Millie bergerak menuju ke kawasan yang lebih tinggi dan tidak dinaiki air pasang.

Menurut laporan, anjing baka Jack Russel-whippet ini difahamkan telah hilang pada 13 Januari lalu daripada rumah pemiliknya di bahagian Selatan England.

Berikutan beberapa aduan individu yang melihat Millie berkeliaran di jalan raya, pasukan sukarelawan Denmead Drone Search and Rescue kemudian berjaya mengesannya berada di atas tanah lumpur.

Para sukarelawan pada mulanya cuba menyelamatkan Millie melalui cara konvensional dengan berjalan kaki dan berkayak di dataran lumpur.

Bantuan daripada pihak Pengawal Pantai turut diminta dalam usaha menyelamat berkenaan namun gagal, sebaliknya mendorong anjing itu ke kawasan yang jauh lebih bahaya memandangkan Millie cuba mengelak dirinya daripada ditangkap.

Denmead Drone Search and Rescue dalam catatan Facebook kemudian mendedahkan bahawa keadaan itu mungkin boleh membawa maut kepada Millie jika tiada tindakan segera diambil.

Pada ketika itulah, salah seorang sukarelawan kemudiannya mendapat idea bernas untuk menyangkutkan sosej pada dron lalu untuk digunakan sebagai umpan yang mendorong Millie bergerak ke kawasan selamat.

Syukurlah idea itu membuahkan hasil! Millie berjaya diumpan dengan ‘sosej terbang’ agar dapat bergerak ke kawasan yang tidak dinaiki air pasang.

Berikut video penuh :

Akan tetapi, Millie difahamkan sempat mengigit separuh daripada sosej lalu melarikan diri semula ke tempat yang selamat. Nasib baik!

Anjing tersebut dikatakan berlari ke kawasan perindustrian berhampiran, di mana ia menjadi lokasi Millie ditangkap pada keesokan harinya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Perhilitan minta jangan kongsi video penemuan haiwan liar, elak ancaman pemburu haram

0

Orang awam dinasihati untuk tidak berkongsi atau memuat naik sebarang video penemuan haiwan liar menerusi akaun media sosial masing-masing.

Perkara itu dinyatakan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, bertujuan untuk mengelakkan ancaman pemburu haram.

Menurut Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong sebaliknya berkata bahawa video berkenaan perlu dihantar ke pihaknya untuk tindakan lanjut.

“Perkongsian video haiwan liar menerusi media sosial berserta butiran terperinci seperti lokasi dan masa ia ditemukan hanya memberi ‘peluang’ kepada pihak tidak bertanggungjawab”.

Tambahnya, individu yang berkongsi itu kemungkinan berniat mahu memastikan orang di sekeliling berwaspada dengan kehadiran haiwan liar itu.

“Namun ada kesan negatif daripada perkongsian itu dan perkara ini mesti dihentikan”, ujarnya lagi.

Baru-baru, satu video yang berdurasi 33 saat tular menunjukkan kemunculan seekor harimau dipercaya di Santong, Paka berhampiran Dungun oleh seorang pemandu kereta.

Lelaki itu sempat merakamkan pergerakan harimau berkenaan keluar daripada kawasan semak lalu melintasi laluan yang digunakan oleh penduduk kampung.

Loo Kean Seong dalam pada itu berkata pihaknya setakat ini masih belum menerima aduan daripada mana-mana pihak berhubung penemuan harimau berkenaan.

 “Individu yang terserempak dengan harimau sepatutnya tidak berada dekat kerana bimbang ia bertindak agresif”.

“Jika mahu mengambil video, hanya dari jarak jauh dan laporkan kepada Perhilitan untuk memudahkan pemantauan dibuat”, akhirinya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Dijual ketika masih bayi, remaja 17 tahun jejaki ibu bapa kandung sebelum dia disisihkan sekali lagi

0

HEBEI- Seorang pelajar kolej berusia 17 tahun di China baru-baru ini menjejaki semula ibu bapa kandung yang menjualnya selepas dia dilahirkan. Namun, kali ini ibu bapanya sekali lagi menyisihkannya.

Menurut media China The Cover, Liu Xuezhou dari Wilayah Hebei memulakan pencarian ibu bapa kandungnya melalui dalam talian dan menemui mereka selepas mendapat nama asalnya dan nama bapa kandungnya.

Liu kemudiannya bertemu semula dengan ibu bapa kandungnya yang sudahpun bercerai dan mempunyai keluarga baru. Menurut Liu, mereka tidak mahu terus berhubung dengannya kerana bimbang akan menjejaskan hubungan dengan keluarga mereka sekarang.

Selepas pertemuan semula yang mengharukan itu, cerita itu telah bertukar menjadi lebih teruk. Ibu bapa kandung Liu menuduhnya menuntut mereka untuk membelikan rumah untuknya di Hebei, manakala Liu menafikan tuduhan itu dan mengumumkan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Semuanya bermula apabila Liu Xuezhou menyiarkan video dalam talian pada 6 Disember 2021, di mana dia merayu untuk mendapatkan maklumat tentang ibu bapa kandungnya.

Dia berkata dia “dibeli” oleh ibu bapa angkatnya ketika dia berusia kira-kira tiga bulan, tetapi mereka meninggal dunia dalam kemalangan ketika dia baru berusia empat tahun, lapor The Cover.

Selepas itu, Liu dijaga oleh saudara-mara ibu bapa angkatnya.

Ketika Liu mula untuk berputus asa dalam pencarian ibu bapa kandunganya, datuk nenek angkatnya teringat bahawa mereka mempunyai buku kecil yang mengandungi maklumat peribadi mengenai Liu.

Hanya dalam masa kurang tiga jam, Liu kemudiannya berhasil mendapatkan nombor telefon bapa kandungnya dari internet dan terus menghubunginya.

Bapa kandungnya, Ding Shuangquan, pada mulanya menganggap ia satu penipuan dan hanya percaya dengan kata-kata Liu apabila polis menghubunginya.

Selepas menjalankan ujian DNA, polis berkata Ding mungkin bapa kandung Liu.

Selepas itu, Liu dan Ding membuat panggilan video, dan Ding berkata dia mengenali Liu kerana dia kelihatan seperti adiknya.

Ding juga mendedahkan bahawa Liu dihantar ke keluarga angkat selepas kelahirannya kerana keluarga asalnya miskin, tetapi mereka kemudian baru tahu bahawa Liu telah dijual. Dia melahirkan rasa kesal dengan keadaan yang berlaku.

Liu akhirnya bertemu dengan bapa kandungnya, Ding, dalam satu majlis di Douyin yang diatur oleh polis pada 26 Disember 2021.

Dia kemudian berkongsi tentang pertemuan semula dengan ibu kandungnya pada 10 Januari, sambil menambah bahawa dia adalah “anak yang gembira” pada hari itu.

Bagaimanapun, keadaan berubah secara tiba-tiba pada 17 Januari, apabila Liu pergi ke laman media sosial China Weibo untuk mendedahkan bahawa ibu kandungnya telah menyekatnya di aplikasi WeChat.

Dalam catatan berikutnya, Liu berkata dia mendapat tahu bahawa dia dijual oleh ibu bapanya untuk membayar mas kahwin ibunya.

Dia juga mendedahkan bahawa dia mahukan “rumah”, tetapi itu tidak bermakna dia mahu ibu bapa kandungnya membelikannya sebuah rumah.

Dia kemudian berkongsi imej tempat tinggalnya sekarang, dengan kapsyen: “Ini rumah saya sekarang, bagaimana untuk saya tinggal di dalamnya?”

Dia juga menyalahkan ibu bapa kandungnya atas kehidupannya yang susah serta masalah yang dia perlu dihadapi.

Kemudian, pada 16 Januari, bapa kandung Liu, Ding, berkata dia tidak boleh bersetuju dengan tuntutan Liu untuk “membelikannya rumah di Hebei”, kerana keluarganya sekarang juga memerlukan wang.

Ding walau bagaimanapun memberitahu bahawa dia sanggup membayar yuran pengajian dan kos sara hidup Liu.

Ibu kandung Liu juga berkata bahawa Liu “mengancam” mereka untuk mendapatkan rumah, dan menekan dia dan Ding untuk bercerai dengan pasangan mereka sekarang.

Sebagai tindak balas, Liu menggunakan Weibo pada awal pagi 19 Januari untuk mengatakan ibu bapa kandungnya “memanipulasi kebenaran”, dan tidak mengakui kesilapan mereka menjualnya.

“Jumpa di mahkamah!” ujarnya kepada ibu bapa kandungnya melalui laman sosial Weibo.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Amerika Syarikat yakin tindakan PKC penjarakan 11 pengamal Falun Gong sebelum Sukan Olimpik ada agenda tertentu

0
Parti Komunis China (PKC) menerima kecaman hebat daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat gara-gara tindakan pihaknya menjatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun terhadap 11 pengamal Falun Gong. Hukuman ini dikenakan gara-gara kesemua 11 individu ini cuma mengamalkan kepercayaan agama mereka.
Jabatan Negara Amerika Syarikat yang terletak di Washington. Sumber : Alex Wong / Getty Images

“Sejak tahun 1999, PKC telah berusaha untuk menghapuskan Falun Gong secara total dengan menindas individu yang memperjuangkan hak mereka untuk mengamalkan kepercayaan tersebut. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan PKC terus menindas dan menganiaya pengamal Falun Gong”.

Tambah pegawai tersebut, “Beribu-ribu pengamal Falun Gong telah ditahan, diganggu dan diseksa setiap tahun kerana mengamalkan kepercayaan mereka secara aman”.

Sumber : Minghui.org
Majoriti pengamal yang ditangkap akan ditahan tanpa sebarang perbicaraan untuk satu jangka masa yang lama. Malah, mereka turut dinafikan hak perundangan dan akan dijatuhi hukuman berat atas tuduhan palsu yang direka oleh PKC. Sebagai contoh, menerusi kes 11 orang pengamal Falun Gong yang dijatuhkan hukuman penjara baru-baru ini, mereka telah ditahan sejak 15 bulan yang lalu dan hanya dibicarakan pada Oktober 2021. Peguam yang mewakili kes mereka juga turut menerima tempiasnya apabila lesen mereka dilucutkan gara-gara mewakili pengamal Falun Gong.

11 individu ini dilaporkan ditahan ketika menjalankan tugas mereka sebagai wartawan yang merakamkan kesan wabak COVID-19 pada peringkat awal dan berkongsi imej rakaman tersebut dengan The Epoch Times. Mahkamah Beijing telah mendakwa mereka dengan kesalahan jenayah berat iaitu “mensabotaj undang-undang dan ketenteraman”.

This image has an empty alt attribute; its file name is 230122_imprisoninnocents_02-1024x575.jpg
Xu Na, salah seorang pengamal Falun Gong yang dipenjarakan selama 8 tahun gara-gara mengamalkan kepercayaan agamanya. Sumber : The Epoch Times

Sementara itu, memetik kenyataan Senator Rick Scott (R-Fla.) kepada The Epoch Times, “PKC tidak henti-henti menentang kumpulan minoriti agama dalam kempennya. Serangan terbaru ke atas ahli Falun Gong yang cuba memberikan maklumat tentang wabak ini adalah bukti terkini serangan kasar PKC. Hal ini sekali gus memberikan banyak sebab untuk kita memutuskan hubungan dan berhenti menyokong rejim jahat ini”.

Xu Na, pelukis dari Beijing berusia 53 tahun merupakan salah seorang pengamal yang menghadapi hukuman penjara paling berat. Sepanjang 8 tahun berada dalam tahanan, Xu Na telah mengalami pelbagai bentuk penyeksaan yang dilakukan oleh anggota polis. Antaranya, kakinya ditarik sehingga 180 darjah dan tiga banduan diarahkan untuk duduk di atas kaki dan belakangnya bagi menimbulkan kesakitan yang luar biasa.

Xu Na dan Yu Zhou. Sumber: Minghui.org

Mendiang suami Xu Na iaitu Yu Zhou merupakan seorang pemuzik dan telah meninggal dunia selepas dua minggu menjadi tahanan polis menjelang Sukan Olimpik Musim Panas Beijing 14 tahun lalu.

Levi Browde, pengarah eksekutif di Pusat Maklumat Falun Dafa turut mengkritik tindakan PKC yang seolah-olah sengaja mencipta publisiti sebegini bagi menyampaikan satu mesej kepada dunia.

Sumber : Kevin Frayer / Getty Images

“Fikirkanlah, PKC mengambil keputusan untuk menghukum Xu sewaktu negaranya menjadi tumpuan dunia – tiga minggu sebelum Sukan Olimpik bermula. PKC seolah-olah sengaja ingin menunjukkan kepada dunia bahawa pihaknya akan memenjarakan pengamal Falun Gong sesuka hati dan tiada siapa yang dapat menghalang mereka. Kita tidak boleh membiarkan perkara seperti itu daripada terus berlaku”.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024 dibuka Mac 2022

0

Pendaftaran murid Tahun 1 ambilan tahun 2023 dan 2024 kini boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022 sehingga tarikh yang akan di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM – public.moe.gov.my). Justeru, mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2016 dan 2017 boleh membuat permohonan atau pendaftaran secara atas talian.

Ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak ke sesi persekolahan Tahun 1 pada 2023 dan 2024 diminta untuk membuat pendaftaran dan permohonan penempatan bagi sekolah yang dipilih.

Antara syarat yang diletakkan untuk pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023/2024 adalah seperti yang berikut:

  1. Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
  2. Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018

Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar bagi permohonan murid Tahun Satu (1) sesi 2023/2024.

  1. Layari laman SPATKPM
  2. Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan penjaga dan kata laluan bagi pengguna sedia ada. Bagi pengguna baharu, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menekan butang DAFTAR PENGGUNA
  3. Isikan maklumat peribadi seperti maklumat prasekolah/tadika, profil kesihatan dan rekod imunisasi kanak-kanak
  4. Cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta surat persetujuan kesihatan
  5. Bawa cetakan borang permohonan bersama dokumen seperti sijil lahir kanak-kanak, kad pengenalan ibu bapa/penjaga, surat nikah/cerai, salinan bil elektrik/bil air/cukai pintu, sampul surat bersaiz standard beserta stem, laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan) dan Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh ajukan soalan anda ke emel : https://public.moe.gov.my/

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Digantung daripada menyertai kejohanan antarabangsa, media sosial Zii Jia bertukar hitam

0

PETALING JAYA: Beberapa jam selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan dia digantung dua tahun daripada sebarang kejohanan antarabangsa, Lee Zii Jia mencuri tumpuan apabila menukar gambar profil media sosialnya kepada hitam.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk tidak mendaftarkan dia menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa yang diluluskan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selama dua tahun berkuatkuasa 18 Januari.

Keputusan BAM itu dibuat selepas juara Seluruh England 2021 itu memutuskan untuk meninggalkan pasukan kebangsaan dan bergerak sebagai pemain bebas menerusi surat peletakan jawatan yang dihantarnya pada 11 Januari lalu.

“BAM telah mencapai keputusan untuk tidak mendaftarkannya ke mana-mana kejohanan untuk tempoh sehingga 18 Jan 2024,” kata timbalan presiden BAM, Jaharbedeen Mohd Yunoos.

BAM juga telah memutuskan untuk tidak mendaftarkan pemain profesional Goh Jin Wei untuk tempoh dua tahun bermula 31 Oktober. Bekas pemain perseorangan wanita itu baru-baru menyertai kelab profesional KLRC.

Ekoran kepincangan yang berlaku, bekas pemain kebangsaan, Datuk Lee Chong Wei turut menzahirkan rasa sedih dengan berita peletakan jawatan Zii Jia daripada skuad badminton negara.

“Saya memberitahu Zii Jia bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Cuma nasihat saya kepadanya ialah berfikir dengan teliti sebelum membuat keputusan kerana ini melibatkan masa depannya.

“Sebagai bekas pemain yang menghabiskan dua dekad bersama pasukan kebangsaan, saya berani mengatakan bahawa tiada siapa yang sempurna.

“Persatuan tidak sempurna, saya sendiri juga tidak sempurna. Pastinya ada isu dan salah faham sepanjang saya bersama pasukan kebangsaan, tetapi saya sedar segala-galanya boleh diselesaikan dengan perbincangan yang betul.”

Menurutnya lagi dia sering menasihati pemain muda supaya jangan membandingkan diri anda dengan pemain luar kerana budaya kita berbeza.

“Di BAM, anda mempunyai perkhidmatan sokongan terbaik, kemudahan terkini dan program latihan berkualiti serta rakan sepasukan yang baik. Ia tidak begitu mudah di luar,” tambah Chong Wei lagi.

Chong Wei berkata: “Ya, Zii Jia ada menyebut kepada saya bahawa dia berasa tertekan apabila orang membandingkannya dengan saya tetapi saya memberitahunya bahawa tekanan adalah sesuatu yang akan sentiasa ada. Jika anda mahu menjadi yang terbaik di dunia, akan ada tekanan.”

Sementara itu, seorang lagi bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim menyifatkan keputusan Zii Jia itu adalah langkah berani dan pasti mempunyai sebab kukuh sehingga membuat keputusan yang mengejutkan itu.

“Pasti dia memang sudah fikir panjang tentang perkara ini, saya tidak melihat ia sebagai satu kesalahan dan perlu diletakkan di bahu Zii Jia saja, kita kena lihat secara keseluruhan apa punca sebenarnya,” kata Roslin.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Tiada lagi pemeriksaan suhu selepas ini, hanya imbas MySejahtera- KKM

0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju untuk menghapuskan pemeriksaan suhu daripada prosedur operasi standard (SOP) Covid-19. Hal ini membolehkan mereka yang ingin memasuki mana-mana premis tidak lagi perlu mengimbas suhu.

Menurut menterinya, Khairy Jamaluddin berkata cadangan tersebut akan dibawa ke mesyuarat mingguan Kuartet Menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk makluman dan kemas kini dalam dokumen SOP Pelan Pemulihan Negara.

Menteri Kesihatan itu berkata, sebaliknya setiap individu hanya perlu merekodkan butiran diri menerusi imbasan aplikasi MySejahtera.

“Kementerian telah bersetuju supaya pemeriksaan suhu dikeluarkan daripada SOP sedia ada.”

Khairy berkata setiap individu bagaimanapun tetap perlu menunjukkan sijil vaksinasi sebelum memasuki premis kedai dan restoran.

“Dan pemilik premis juga perlu memastikan pematuhan jarak fizikal dan orang ramai memakai topeng pelitup muka apabila tidak makan.

“Selepas ia dipinda dalam Mesyuarat Peringkat Menteri Kuartet Covid-19 akan datang, premis tidak lagi diwajibkan untuk melakukan pemeriksaan suhu.

“Imbas sahaja menggunakan aplikasi MySejahtera apabila memasuki premis,” katanya pada sidang media di Parlimen pada Khamis lalu.

Khairy berkata kementerian juga bercadang untuk menghapuskan buku log di premis, di mana seseorang perlu menulis butiran peribadi seperti nama dan bacaan suhu mereka..

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kesan ada mangsa terperangkap di bawah timbunan salji tebal, lihat bagaimana anjing terlatih lakukan kerja-kerja menyelamat

0

Ramai pasti bersetuju jika dikatakan haiwan peliharaan adalah teman yang sangat setia. Di mana, atau dalam keadaan apa sekalipun kehadiran mereka pasti boleh membuatkan hari menjadi lebih mengembirakan. Antara spesies yang paling disayangi ramai ialah anjing yang sememangnya bukan sahaja setia bahkan selalu bertindak sebagai penyelamat dalam apa sahaja kejadian.

Spesies ini bukan sahaja lebih berani malah mempunyai kelebihan tersendiri. Mereka kuat serta memiliki deria bau yang sangat peka. Jadi, tidak mustahil lah spesies ini diperlukan oleh pihak keselamatan dalam membantu mereka menyelesaikan kes-kes jenayah.

Memandangkan anjing memiliki deria bau yang kuat mereka boleh membantu dalam mengesan individu yang hilang. Kerja-kerja mencari dan menyelamat orang hilang atau terperangkap biasanya akan dibantu oleh mereka contohnya seperti yang berlaku di kawasan pergunungan bersalji.

Organisasi yang melatih anjing penyelamat, “Mountain Rescue Search Dogs England” ada berkongsi video yang menunjukkan bagaimana anjing yang dilatih menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah timbunan salji.

▼Untuk membantu lebih ramai orang, anjing penyelamat biasanya menjalani latihan yang lebih berat dan sukar.

Bayangkan walaupun salji tebal melitupi mangsa anjing penyelamat terlatih tetap boleh mengesan jika ada mangsa yang terperangkap. Kalau kita pasti tidak akan tahu kerana bukan sahaja pandangan kita terbatas malah deria bau kita tidak sehebat mereka.

▼Dalam video ini, orang ramai dapat melihant sendiri keadaan anjing penyelamat cuba bekerja keras dalam membantu mereka yang terperangkap di bawah timbunan salji.

▼Anjing penyelamat itu terus menyalak selepas mengesan ada mangsa yang cedera di bawah salji. Dia kemudian dengan pantas terus menggunakan kakinya untuk menggali salji yang menimbus mangsa.

Dia kelihatan tidak peduli dengan salji tebal yang menyukarkan kerja-kerjanya menyelamatkan mangsa. Apa yang dia mahu hanyalah untuk mengeluarkan mangsa daripada terus berada di bawah timbunan salji.

▼ Anjing yang diberi nama Flo itu dikatakan baru berusia empat tahun tetapi telah menyertai lebih daripada 30 misi menyelamat dan membantu mengesan orang hilang. Lihatlah bagaimana tubuh kecil ini terus kuat dan berani dalam berhadapan dengan detik cemas seperti ini.

Apa yang dilakukan oleh Flo dan kawan-kawannya yang lain pastinya bukan tugas yang mudah. Mereka bukan sahaja perlu menjalani yang lebih berat malah terpaksa berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu serta bentuk geografi yang berbeza.

Bagi mereka yang ditempatkan di pergunungan bersalji pasti berhadapan detik sukar dengan cuaca yang ekstrim sejuknya. Mereka yang bertugas di kawasan pergunungan berhutan pula berhadapan dengan cabaran dan bahaya yang tersendiri. Silap langkah mereka juga boleh terancam nyawa.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Didatangi buaya ganas di halaman rumah, sebuah keluarga berdepan dengan detik cemas yang mendebarkan sebelum dibantu pihak keselamatan

0

Rasanya tiada antara kita yang berani berhadapan dengan buaya. Seberapa berani pun seseorang itu pasti ada rasa gentar dan takut apabila berhadapan dengan pemangsa yang boleh membunuh itu. Kalau di zoo buaya yang tinggal di dalam kandang berpagar pun boleh membuatkan kita takut inikan pula jika berhadapan dengan reptilia berbahaya itu dalam jarak yang dekat. Memang kecut perut dibuatnya!

Sebuah keluarga di Carolina Selatan, Amerika Syarikat, walau bagaimanapun berhadapan dengan detik mendebarkan apabila mereka ‘dikunjungi’ oleh seorang buaya besar yang muncul di hadapan rumah mereka. Ekoran ‘kunjungan’ mengejut itu keluarga Lossada terperangkap di dalam rumah mereka. Mana tidaknya buaya yang ada di laman rumah mereka bukan sahaja besar tetapi nampaknya sangat ganas sekali.

Apa yang lebih menakutkan buaya tersebut seolah-olah sedang mengamuk dan sukar untuk tenang. Akibatnya banyak pekakas rumah yang ada di luar rumah rosak akibat ‘amukan’ tersebut.

Rupa-rupanya buaya tersebut ialah George, yang merupakan seekor buaya yang sememangnya hidup di sebuah tasik yang tidak jauh dari kejiranan itu. Kehadiran George memang membuatkan seisi rumah ketakutan. Bayangkan, mereka hanya dipisahkan dengan dinding dan tingkap rumah. Jika George melibas ekornya dengan kuat pada tingkap tidak mustahil tingkap akan boleh pecah.

Pihak keselamatan kemudian terus dihubungi untuk menangkap George. Namun, kerja-kerja menangkap George nampaknya agak sukar kerana George sangat agresif ketika itu. Mereka kemudian menyiram George dengan air paip dengan harapan supaya George dapat ditenangkan sebelum ianya dapat ditangkap.

Selepas beberapa jam akhirnya pihak keselamatan berjaya menangkap buaya besar tersebut. George berjaya diikat dan dibawa pergi dari situ. Seterusnya, pihak berkuasa akan melepaskannya kembali ke habitat yang sesuai dan selamat.

Apa yang berlaku sememangnya bahaya dan pastinya akan meninggalkan pengajaran buat semua supaya orang ramai akan terus berhati-hati selepas ini. Walau bagaimanapun mujurlah kesemua mereka selamat dan tiada yang cedera.

Sebelum ini pernah tular sebuah lagi kejadian yang melibatkan reptilia berbahaya ini dan kali ini ia berlaku kepada seorang nelayan. Apa yang berlaku ialah apabila nelayan tersebut bangun sahaja dari tidur dia mendapati ada buaya di dalam botnya.

Dia walau bagaimanapun kekal tenang dan hanya membiarkan buaya tersebut terus berada di dalam botnya. Tidak hanya itu, dia juga yakin bahawa dia akan selamat dengan jarak antaranya dengan buaya tersebut di mana buaya tersebut duduk di bahagian hadapan bot manakala dia duduk di belakang.

Walaupun apa yang dilakukan agak berisiko dia tetap tenang mengawal keadaan malah dia boleh terus membawa botnya seolah-olah mahu membawa buaya tersebut ‘berjalan-jalan’ sambil menikmati pemandangan indah ketika itu.

Tonton video di sini.