28.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 5, 2025
Utama Blog Laman 224

Miliki 5,085 sisik tenggiling , warganegara Indonesia didenda lebih RM50 juta dan dipenjara

0

MIRI: Seorang lelaki warganegara Indonesia dijatuhi hukuman penjara satu tahun dan denda sebanyak RM50.85 juta kerana memiliki 5,058 sisik tenggiling.

Menerusi kenyataan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC), Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Agus Tallasi, 32, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

“Dia didakwa mengikut Seksyen 29(2) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 kerana memiliki 4.95 kilogram sisik tenggiling di Niah, Miri pada jam 2.15 petang, 12 Januari lalu tanpa sebarang lesen atau kebenaran sah.

“Tertuduh akan dirujuk kepada Jabatan imigresen Malaysia untuk dihantar pulang selepas menjalani hukuman,” katanya hari ini.

SFC menyatakan penghargaan kepada orang ramai dan agensi penguatkuasaan lain atas sokongan berterusan dalam memerangi jenayah hidupan liar di Sarawak.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pihak yang menangkap, memburu, berniaga atau memelihara hidupan liar yang dilindungi boleh menghubungi SFC di 019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8332737 (Bintulu) atau 019- 8290994 (Miri).

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

10 perkara positif yang perlu dilakukan untuk diri anda pada tahun baharu

0

Setiap insan mahukan yang terbaik buat diri masing-masing. Tentunya anda mahu memanfaatkan hidup anda sepenuhnya bukan?

Anda juga mahu menjadi yang terbaik, secara mental dan fizikal untuk individu di sekeliling anda. Jadi, anda perlulah kenalpasti perkara yang memberi kesan positif kepada diri anda.

Walau apa jua azam anda, pastinya keadaan tahun baharu ini bergantung kepada tahap mental anda daripada hari ke hari.

Ini bermakna kita mempunyai kuasa yang besar untuk mengubah hidup menjadi yang lebih baik, dengan hanya membuat pilihan yang bijak untuk kesejahteraan kita sendiri.

Oleh itu, berikut adalah senarai perkara yang mampu membawa positiviti dalam kehidupan kita, yang mungkin kita boleh amalkan :

#1 Mengamalkan kesedaran

Jika kita terlalu banyak menghabiskan masa dengan berfikir dan terkejar-kejar tugasan, maka kehidupan kita akan berlalu begitu sahaja tanpa kita sedari. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti pula, semuanya berlalu kerana kurangnya rasa kehadiran.

Kita akan tertanya-tanya ke mana perginya masa dan mengapa kita berasa kurang puas hati dan terputus hubungan. Menurut Richard Paterson, menjadi lebih prihatin terhadap setiap detik baharu adalah kunci kepada kedamaian, keceriaan dan hubungan yang lebih bermakna.

#2 Terima perubahan

Menurut Jess Stuart, hidup bukanlah mengenai apa yang berlaku kepada kita namun cara kita bertindak balas terhadapnya. Beberapa kekecewaan terbesar kita boleh membawa kepada perkara yang lebih baik dalam hidup – membawa kepada permulaan baru jika kita belajar untuk menyesuaikan diri dan menerima perubahan.

Hidup tidak seperti apa yang kita rancang makanya kita tidak perlulah berasa kecewa. Terima seikhlas hati, cari hikmah di sebaliknya dan sesuaikan diri. teruskan mencari yang baik dalam setiap saat serta belajar daripada setiap kesusahan.

Itulah cara manusia sepatutnya bertahan dan berkembang maju, iaitu dengan menerima apa sahaja rintangan lantas memanfaatkannya sebaik mungkin.

#3 Percaya pada diri

Lori Deschene pula menyarankan kita untuk mempercayai keupayaan diri dalam menangani apa sahaja yang berlaku. Sentiasa percayakan bahawa kita mempunyai kekuatan dan kepintaran yang diperlukan untuk menangani apa jua cabaran yang mendatang.

Ketahuilah juga bahawa anda sentiasa anda sentiasa mempunyai keupayaan untuk membuat yang terbaik. Walaupun rintangan yang datang adalah sukar dan menakutkan, kita sebenarnya boleh mendapatkan sesuatu yang baik daripadanya. Kita boleh belajar, berkembang daripadanya serta membantu orang lain melaluinya.

Walaupun anda tidak mahu atau memintanya, walaupun ia kelihatan menakutkan atau sukar atau tidak adil, anda boleh membuat sesuatu yang baik daripada sebarang kerugian atau kesukaran. Anda boleh belajar daripadanya, berkembang daripadanya, membantu orang lain melaluinya.

Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan namun apa yang pasti, apa sahaja yang mendatang, kita mampu menyelesaikannya.

#4 Jangan tergesa-gesa

Bagi Melissa Chu pula, bergerak laju (misalnya seperti sedang berlari) ternyata menjadi satu ‘ketagihan’ buat sesetengah individu. Jantung akan berdegup laju dan semua idea pada masa itu akan hadir!

Anda pula akan mengikut momentum itu dan terus menjayakan idea anda tanpa henti. Namun sebenarnya situasi itu tidak begitu sihat dan mampu menjejas kesihatan dalam jangka masa panjang.

Jika kepala terasa sakit dan tubuh keletihan, berehatlah dahulu. Kita tidak akan menjadi seorang yang malas jika berehat. Ia adalah cara tubuh memberitahu bahawa kita telah ‘bergerak’ pada kelajuan penuh terlalu lama.

#5 Komited memenuhi keperluan peribadi

Kita seringkali meremehkan keperluan diri. Jadi, cuba tanya diri anda, apakah keperluan anda? Apakah prasyarat peribadi untuk kebahagiaan? Tanya diri anda sendiri, bukan dengar daripada iklan ataupun jawapan rakan.

Apa yang jiwa anda beritahu? Adakah anda memerlukan lebih banyak kreativiti, semangat atau keseronokan? Beri perhatian pada suara hati. Menurut Kaylee Rupp, sebaik sahaja anda mula menemui keperluan anda, periksa dengan diri anda selalu. Adakah keperluan anda dipenuhi sekarang? Jika tidak, bagaimana anda boleh melakukannya?

#6 Fokus pada senarai ‘to-be’, bukan hanya pada senarai “to-do”

Nancy Daley menyarankan agar kita menulis senarai ‘to-be’ dan bukannya senarai ‘to-do’. Contohnya, esok saya akan menjadi : prihatin, tenang, individu mencari sebab untuk tersenyum dan ketawa, penyayang, pemaaf, menghargai, bertimbang rasa dan pelbagai lagi.

Kualiti hidup ditentukan oleh siapa anda sebenarnya, bukannya apa yang anda capai. Lagi pula kita semua adalah manusia biasa.

#7 Berehat daripada kesibukan dunia

Manakala Kelly Ramsdell pula berpendapat bahawa kita seharusnya memberi kebenaran untuk diri agar menjauhi ‘kebisingan’ dunia. Ini kerana, kita mempunyai pilihan untuk ‘mematikan’ notifikasi dan kurangkan masa menggunakan media sosial jika ia memberi tekanan buat nada.

Nyahikut akaun di laman media sosial yang membawa unsur negatif. Kurangkan juga hubungan anda dengan individu yang negatif dengan menetapkan sempadan. Utamakan kesihatan mental sendiri, katakana tidak kepada perkara yang anda tidak mahu lakukan.

#8 Terima tahap diri sendiri

Menurut Lindsey Lewis, tidak mengapa jika anda berada di tempat anda sekarang. Ini kerana kita sering mahu membuat kemajuan dan bergerak satu petak ke hadapan tetapi sebenarnya kita memerlukan masa untuk berhenti seketika.

#9 Tidak mengapa jika kita tidak berasa gembira

Menurut Ilene S. Cohen, perkara yang paling penting untuk diingati adalah tidak mengapa jika kita berasa tertekan, berasa kehilangan atau rasa tidak pasti.

Tidak mengapa jika kita tidak tahu melakukan sesuatu perkara. kita sering kali meletakkan banyak tekanan pada diri sendiri sepanjang masa. Jadi akui dan akurlah jika tibanya masa sukar. Tidak mengapa jika berasa cemas, walaupun ia tidak selesa.

#10 Simpan perkara dalam perspektif

Kata Perry Mazano pula, gunakan ujian senario asteroid. Ringkasnya jika asteroid melanda Bumi dan kehidupan, kita akan membuat pilihan, sama anda untuk menghabiskan hari terakhir dengan berasa bimbang tentang sesuatu yang tiada kawalan?

Atau anda akan berasa gembira dan bersyukur kerana dapat bersama-sama dengan insan tersayang di saat-saat terakhir anda hidup? Ini kerana kita perlu membuat keputusan dan bergerak ke hadapan.

Jadi belajarlah cara untuk menerima perkara yang berlaku di luar kawalan kita dan kemudian fokus kepada langkah positif yang boleh anda kawal.

Diharapkan agar kesemua saranan ini membawa kedamaian, kegembiraan dan kesembuhan buat kita semua di tahun 2022 dan berikutnya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Tun Mahathir kini dirawat di CCU, IJN

0

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahatir Mohamad disahkan berada dalam Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu dimaklumkan jurucakap bekas Perdana Menteri itu, hari ini.

“Ya, beliau dalam CCU,” katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang timbul berhubung perkembangan ahli Parlimen Langkawi itu.

“Setakat ini, tiada pelawat dibenarkan melawat kecuali ahli keluarga terdekat dan kenyataan akan dikeluarkan apabila keadaan mengizinkan,” tambahnya lagi.

Pengamal media masih lagi menanti di pekarangan IJN di sini sejak pukul 1 petang tadi bagi mengikuti perkembangan ahli Parlimen Langkawi itu.

Ia susulan timbul dakwaan Dr Mahathir berada dalam keadaan membimbangkan.

Difahamkan, satu kenyataan media dijangka dikeluarkan IJN dalam masa terdekat.

Pada 7 Januari lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenarkan keluar enam hari selepas itu.

Pada 16 Disember tahun lalu, beliau dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Isteri berjuang hentikan rawatan hospital demi memastikan suaminya terus hidup, dan menang

0

Sentimen yang diluahkan melalui panggilan telefon secara rawak untuk Anne Quiner ketika suaminya Scott berbaring tenat di katil hospital sambil bernafas melalui mesin ventilator antaranya, “Saya harap suami anda pergi ketika mati otak” diikuti dengan mesej sampah yang tidak senonoh, “Dia sepatutnya mengambil vaksin; Saya harap dia mati sahaja,” sebelum meletak telefon.

Walaupun ia bukan ungkapan drama Hallmark tradisional untuk seseorang itu cepat sembuh, Anne Quiner berkata ia adalah perasaan yang dikongsi dalam kalangan beberapa doktor di Hospital Mercy di Coon Rapids, Minnesota, tempat Scott dimasukkan ke hospital kerana komplikasi COVID-19 pada bulan November.

Dalam satu panggilan telefon yang dirakam dengan Dr. Linda Soucie di mana Quiner berjuang untuk mengekalkan Scott pada ventilator, doktor itu memberitahu Quiner, “Malangnya, jika kita boleh kembali ke masa lalu dan dia telah mendapat vaksin, maka dia tidak akan berada di sini.”

Pasangan Anne dan Scott Quiner ketika di Gooseberry Falls State Park pada tahun 2018 ( Gambar oleh Anne Quiner))

Sejurus selepas itu Dr. Soucie memberitahu Quiner, “Selepas tiga tahun, saya rasa kita sudah cukup mahir dalam menentukan siapa yang akan berjaya dan siapa yang tidak, dan malangnya Scott berada dalam lingkungan kumpulan yang tidak akan berjaya.”

Dalam panggilan sidang yang direkodkan, doktor memberitahu Quiner yang mereka akan menanggal keluar ventilator daripada Scott pada 13 Januari kerana dia tidak akan pulih kerana apa yang mereka katakan sebagai “paru-parunya telah musnah akibat radang paru-paru COVID,” dan percubaan mereka untuk mengurangkan ubat penenang sahaja juga menyebabkan dia mengalami kesakitan.

Quiner memberitahu The Epoch Times mengenai petisyennya untuk rawatan alternatif, serta memastikan Scott terus menggunakan ventilator, telah mendapat penghinaan.

Para doktor bertekad untuk mengeluarkan Scott dari ventilator, yang mengakibatkan Quiner mendapatkan nasihat undang-undang.

Memastikan suami terus hidup

Marjorie Holsten, peguam Anne Quiner, memberitahu The Epoch Times beliau memfailkan usul untuk perintah sekatan sementara yang menghalang pihak hospital daripada menanggalkan mesin bantuan pernafasan ventilator daripada Scott.

Hospital Mercy kemudian melantik firma guamannya sendiri untuk membantah perintah sekatan sementara itu atas asas kedudukan peguam Holsten dan Anne Quiner tidak “disokong oleh hujah sains perubatan.”

Atas sebab itu, hospital meminta mahkamah mengeluarkan perintah yang memberi kuasa kepada pihak hospital untuk mengeluarkan Scott daripada ventilator.

Hakim telah berpihak kepada Holsten, yang mengeluarkan perintah itu berdasarkan standard ia akan mendatangkan kemudaratan yang tidak boleh diperbaiki sekiranya perintah tidak dikeluarkan, yang Holsten berkata ia hujah mudah untuk dibuktikan kerana jika alat itu ditanggalkan daripada Scott, dia akan meninggal dunia.

Pada 15 Januari, Scott telah dipindahkan dari Hospital Mercy dan dibawa ke hospital yang tidak didedahkan di Texas, di mana Holsten berkata doktor telah melaporkan Scott mengalami kekurangan zat, kehilangan berat badan sebanyak 14 kilogram, dan kekurangan air.

Kedua-dua Holsten dan Quiner berkata doktor di Texas menyatakan perasaan “ngeri” ketika melihat keadaan Scott ketika dia tiba.

“Seorang doktor berkata dia tidak tahu bagaimana Scott berjaya bertahan dan keluar dari hospital itu hidup-hidup,” kata Quiner. “Dia melihat cartanya dan berkata, ‘Saya tidak percaya ubat-ubatan berat dan penenang yang mereka gunakan kepadanya’.”

Hospital itu mengikuti protokol rawatan-lewat COVID-19 yang keras di mana menjadi sebab “kemungkinan besar membunuh ramai orang,” kata Holsten.

Hospital Mercy adalah sebahagian daripada sistem hospital di bawah pengurusan Allina Health.

Apabila dihubungi untuk memberi komen mengenai rawatan Scott, jurucakap Allina Health memberitahu The Epoch Times bahawa Allina Health “mempunyai keyakinan besar terhadap penjagaan luar biasa yang diberikan kepada pesakit kami, yang ditadbir mengikut amalan berasaskan bukti oleh pasukan perubatan yang berbakat dan penuh belas kasihan. Disebabkan privasi pesakit, kami tidak boleh memberi komen tentang penjagaan yang diberikan kepada pesakit tertentu,” dan pihak pengurusan mendoakan “pesakit dan keluarganya sihat”.

Pada masa ini, Holsten berkata Scott “menunjukkan perkembangan yang luar biasa.”

“Semalam, Scott mula mengikuti tangan doktor dengan matanya, dan kini dia berkelip sebagai tindak balas kepada soalan. Dia dapat menganggukkan kepala dan menggerakkan kakinya kepada jururawat,” kata Holsten.

Pengalaman pahit menjadi manifestasi ketakutan terbesar keluarga Quiner untuk membawa Scott ke hospital selepas simptomnya bertambah buruk, kata Anne Quiner.

Sejak dari awal kes COVID-19 dikesan, khabar angin mengenai rawatan yang mengabaikan pesakit COVID-19 di hospital yang didorong oleh insentif kewangan telah tersebar.

‘Ia adalah ganjaran atas kehidupan rakyat’

Dr. Robert Malone, ahli virologi dan imunologi yang telah menyumbang kepada teknologi vaksin mRNA, berkata dalam temu bual The Joe Rogan Experience pada Disember 2021 berkata bahawa insentif kewangan bukanlah khabar angin.

“Jumlahnya agak besar. Ada sesuatu seperti AS$3,000 pada asas faedah kematian kepada hospital jika ia boleh dituntut sebagai COVID. Terdapat insentif kewangan untuk memanggil seseorang positif COVID,” Dr. Malone memberitahu Joe Rogan.

Hospital-hospital itu menerima bonus, tambah Dr. Malone, daripada kerajaan jika seseorang dimasukkan ke hospital dan diisytiharkan positif COVID-19.

“Mereka juga menerima bonus-saya rasa jumlahnya adalah kira-kira AS$30,000 dalam insentif-jika seseorang dimasukkan ke dalam ventilator. Kemudian mereka mendapat bonus, jika seseorang diisytiharkan meninggal dunia kerana COVID,” kata Dr. Malone.

Ia adalah podcaster Stew Peters dalam rancangan The Stew Peters Show, yang mendedahkan pengalaman Quiner dimana kemudian mendapat sokongan penonton lalu memudahkan Scott dikeluarkan dari hospital itu.

Selepas menghantar dua rakaman yang dibuat Anne Quiner mengenai perbualannya dengan doktor kepada peguam pesakitnya dan perwakilan Republikan Minnesota Shane Mekeland, mereka berdua kemudian menghubungi Stew Peters yang menurut Quiner untuk memanggilnya dengan “segera”.

“Dia memberitahu saya, ‘Jika anda tidak melibatkan media sosial dan menjadi tular, mereka akan membunuh suami anda dan anda tidak boleh bersuara sama sekali. Itulah ketikanya Stew membawa saya ke rancangannya dan dalam beberapa saat hospital mendapat kira-kira 300,000 panggilan telefon. Mereka terpaksa menutup talian mereka,” kata Quiner.

Quiner berkata Peters dan penontonnya yang bertanggungjawab “membantu menyelamatkan nyawa suami saya.”

“Tanpa tindakan mereka, Scott mungkin sudah tiada,” kata Quiner.

Pada satu ketika, terdapat begitu banyak panggilan yang Quiner kata hospital itu mula menafikan yang Scott adalah pesakit di sana.

“Penonton kami membanjiri hospital dan firma guaman Frederickson & Byron (yang mewakili Hospital Mercy) dengan panggilan, menjadikan mereka semua sedar bahawa dunia sedang memerhatikan,” kata Peters kepada The Epoch Times.

The Stew Peters Show menyusun satu pasukan merangkumi peguam Thomas Renz dan berkoordinasi dengan doktor untuk mengambil kes Scott dan juga hospital di mana Scott dipindahkan.

Dalam The Stew Peters Show, Dr. Lee Vliet, presiden dan ketua pegawai eksekutif Truth for Health, sebuah organisasi bukan keuntungan yang telah mempromosikan rawatan awal COVID-19 untuk menghalang orang ramai dikeluarkan daripada hospital, berkata Akta CARES telah mendokumenkan pembayaran insentif hospital.

“Pentadbir hospital tahu bahawa mereka akan mendapat tambahan insentif untuk melakukan ujian PCR dan keputusan ujian positif,” kata Dr. Vliet. “Diagnosis COVID bermaksud kemasukan ke hospital. Semasa kemasukan, terdapat bayaran insentif. Penggunaan remdesivir menyediakan bayaran bonus 20 peratus daripada kerajaan kita kepada hospital untuk keseluruhan bil hospital untuk pesakit COVID itu.”

Penggunaan remdesivir memberi hospital bayaran bonus 20 peratus daripada Medicare dan bukannya ubat lain, seperti ivermectin, kata Dr. Vliet.

“Ia adalah ganjaran ke atas kehidupan orang lain, pada dasarnya, untuk menggunakan remdesivir dan menghalang akses kepada ubatan lain seperti hydroxychloroquine dan ivermectin,” kata Dr. Vliet.

Dr. Vliet menyokong kenyataan Dr. Malone mengenai insentif hospital kerana meletakkan pesakit kepada ventilator dan mengisytiharkan pesakit meninggal dunia akibat COVID-19.

Selain itu, beliau berkata koroner mendapat insentif kewangan untuk diagnosis COVID-19.

Dr. Vliet menambah amalan perubatan dibayar lebih di bawah perkhidmatan Medicare dan Medicaid berdasarkan peratusan yang lebih tinggi daripada pesakit mereka yang telah menerima vaksinasi.

Secara purata, katanya, dianggarkan hospital menerima bonus minimum AS$100,000 untuk setiap pesakit COVID yang mempunyai elemen diagnosis COVID dengan rawatan remdesivir dan ventilator sebelum penyebab kematian adalah COVID-19.

Dr. Vliet memetik kajian penyelidikannya dalam editorial Association of American Physicians and Surgeons bertajuk, “Biden’s Bounty on Your Life: Hospitals’ Incentive Payments for COVID-19.”

‘Anne hanya mahu suaminya terus hidup’

Berkahwin selama 35 tahun dengan tiga anak, Anne dan Scott Quiner telah melalui pelbagai perkara bersama, katanya, dan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Anne telah menghadapi bahagian yang paling sukar tanpa suaminya.

Anne Quiner terus diserang secara lisan bukan sahaja melalui panggilan telefon tetapi melalui berita dan di media sosial, platform yang diberi amaran oleh anak-anaknya untuk dielakkan.

“Keluarga saya memberitahu untuk tidak melihat Twitter kerana mereka tidak mahu saya membaca apa yang mereka tulis tentang saya,” kata Quiner.

Namun, peguam Marjorie Holsten berkata Anne Quiner terus berjuang.

“Dia seorang pejuang, dan dia tidak mencari apa-apa daripada ini,” kata Holsten. “Dia hanya mahu memastikan suaminya terus hidup.”

Mengenai perpindahannya ke Texas, Anne Quiner berkata dia berasa lega.

“Itulah perkara pertama yang saya rasakan. Lega bahawa dia telah keluar dari hospital itu dan dalam penjagaan yang selamat,” katanya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kucing bertuksedo iring, bawa cincin pengantin curi perhatian ramai. Segak sungguh!

0

Setiap masyarakat di dunia kaya dengan budaya tersendiri, apatah lagi ketika majlis perkahwinan. Tentulah banyak adat dan tradisi yang diamalkan bukan?

Samalah juga dengan budaya masyarakat Barat sekalipun, di mana majlis perkahwinan di gereja memerlukan seseorang untuk membawa cincin perkahwinan.

Pembawa cincin ini turut bersama ‘flower girl’, mengiringi pergerakan pengantin yang bergerak pada laluan tersedia untuk dikahwinkan oleh paderi.

Namun unik buat majlis perkahwinan Diana dan Nicholas dari Amerika Syarikat ini apabila mereka memutuskan untuk melibatkan kucing kesayangan mereka.

Tugasan membawa cincin diberikan kepada seekor kucing bernama Moose. Malah kucing mereka bernama Lily pula ditugaskan untuk menjadi pengiring pengantin atau ‘flower girl’.

Lebih mencuri perhatian lagi apabila Moose kelihatan ‘segak’ mengenakan tuksedo, lengkap dengan tali leher kupu-kupu demi mengikut tema. Terbaiklah!

Inilah Moose di hari kejadian :

Moose kelihatan masih kekal tenang walaupun sedia maklum akan tugas berat yang bakal digalaskan sepanjang majlis.

Diana dan Nicholas difahamkan sudah lama merancang untuk melibatkan kedua-dua Moose dan Lily di hari bahagia mereka.

Oleh yang demikian, mereka juga sanggup berbelanja sebanyak RM170 bagi menempah tuksedo berserta tali leher kupu-kupu khas untuk Moose.

“Kami tidak menerima tetamu kanak-kanak namun saya mahu juga sertakan ‘anak bulus’ kami. Jadi saya fikir apa kata kita lakukan juga (libatkan Lily dan Moose)”, ujar Diana.

“Kemudian saya membuat carian di Google dan ternampak kereta sorong untuk haiwan. Kami memesannya beberapa bulan sebelum majlis”.

Seronoklah tu ada orang tolak~

Moose ditolak oleh Richard, abang kepada Nicholas yang turut gembira kerana dapat mengiringi kucing bertuah itu di hari bahagia adiknya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

‘Rider’ Foodpanda, Grab santuni warga emas. Perlahan, ekori langkah untuk bantu lintas jalan buat netizen terharu

0

Kita sendiri sedar bahawa tolong-menolong antara satu sama lain adalah satu amalan yang mulia dan terpuji.

Nilai ini bukan hanya memberi manfaat kepada insan yang ditolong, malah ia secara tidak langsung membuatkan kita bertambah gembira.

Dengan menolong orang, ia turut menghubungkan kita dengan orang lain, sekaligus mewujudkan komuniti yang lebih kuat serta membina masyarakat yang lebih penyayang.

Baru-baru ini tular satu video di Facebook yang memaparkan tindakan dua penunggang motosikal, yang juga penghantar makanan Grab Food dan Foodpanda di atas jalan.

Menariknya, walaupun kedua mereka datang daripada syarikat yang berbeza namun mereka dilihat membantu seorang warga emas melintas jalan.

Dengan hanya menunggang motosikal, kedua-dua mereka kelihatan mengekori langkah warga emas itu melintas jalan.

Tindakan itu bertujuan untuk memberi pandangan yang jelas buat pengguna jalan di situ akan situasi sebenar tentang apa yang sedang berlaku.

Mereka juga mahu pengguna pada waktu itu memperlahankan kenderaan masing-masing memandangkan orang tua sedang melintas.

Pengguna di sekitar itu turut memberikan kerjasama yang baik, meskipun pergerakan warga emas tersebut melintas agak perlahan dengan bertongkatkan payung di tangan.

Ternyata situasi ini menyentuh hati warga Facebook, lantas meninggalkan komen sepert :

高峰/Facebook

Perkongsian sebegini sudah tentu mengukir senyuman pada diri kita bukan? Moga-moga kita turut terinspirasi untuk melakukan perkara yang sama ya!

Saksikan video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Wanita ini berdekah tengok anak balik sekolah pakai topeng buatan sendiri, buat netizen tergelak sama

0

Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak sememangnya mempunyai banyak telatah dan ragam, yang mana ianya boleh berubah-ubah mengikut mood mereka.

Jangan bimbang kerana ianya adalah normal memandangkan mereka sedang dalam proses untuk membesar.

Kadang kala, telatah mereka itu mampu membawa senyuman malah menggelikan hati kita pula, seperti apa yang dikongsikan oleh ibu ini.

Menurut video yang dimuatnaik ibu ini di laman TikTok, dia menunjukkan gelagat anaknya sewaktu pulang daripada sekolah.

Pada ketika itu, wanita terbabit difahamkan sedang menjemput anaknya pulang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat anaknya memakai topeng muka yang begitu ‘unik’.

Difahamkan bahawa anaknya itu menghasilkan sendiri topeng muka berkenaan semasa subjek Pendidikan Seni dan bertindak memakainya sehingga pulang!

Melihatkan keadaan itu, si ibu tidak dapat menahan ketawa kerana berasa lucu. Malah, si ibu turut tidak jadi turun daripada kereta untuk menjemput anaknya.

Mana tidaknya, tatkala semua murid memakai pelitup muka, si anak bertuah ini pula dengan penuh semangat memakai topeng muka buatannya!

Anda boleh saksikan video lucu itu di sini.

Apa-apalah, dik! Asalkan adik ini gembira bukan? Keyakinan diri memakai topeng buatan sendiri melebihi segalanya~

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Sistem e-Testing JPJ: Ujian lesen memandu secara automasi bermula April 2022

0

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem e-Testing bermula April 2022 di seluruh negara.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, sistem e-Testing yang bakal dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan integriti dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu yang diadakan secara elektronik.

Facebook

Menerusi sistem itu, pegawai penguji JPJ akan memantau dari bilik kawalan dan tidak berada bersebelahan dalam kereta, manakala calon ujian memandu berada bersendirian di dalam kenderaan berkenaan.

Selain dapat mengurangkan jumlah pegawai JPJ yang bertugas, keputusan ujian memandu juga akan dijana secara terus pada hari itu juga dan boleh dicetak segera.

Sistem e-Testing masih mengekalkan enam peringkat ujian iaitu belajar dalam kelas, litar dan jalan raya.

Sekadar Gambar Hiasan

“Kebanyakan proses ujian, iaitu bahagian 1,2,3 akan dipantau sepenuhnya melalui gajet IT. Biasanya pihak JPJ paling kurang ada 6 orang satu IM (Institut Memandu) guna e-Testing kita boleh jimatkan petugas, kita boleh agih petugas lain untuk kerja-kerja penguatkuasaan sebab sistem ini hanya memerlukan 2 hingga 3 orang sahaja,” kata Datuk Zailani dalam sidang media.

Katanya, setakat ini terdapat 232 institut memandu di seluruh negara dan mereka boleh mendapatkan aplikasi e-Testing ini secara pembelian menerusi pusat penyedia yang dilantik JPJ.

Sekadar Gambar Hiasan

“JPJ akan mengadakan pemeriksaan dari masa ke masa, sama ada modul yang digunakan institut memandu dalam e-Testing itu menepati enam elemen yang ditetapkan oleh JPJ,” tambahnya.

Sistem e-Testing ini sudah lama dipraktikkan di Korea Selatan dan Jepun, sementara Malaysia baru sahaja menuju ke arah teknologi itu bagi meningkatkan kualiti kemudahan kepada orang awam yang menggunakan perkhidmatan JPJ.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Ambil sikit makan dulu, upacara potong kek kahwin bertukar lucu bila pengantin lelaki selamba tidak sabar jamah kek sedap depan mata

0

Semua orang pun tahu kek kahwin itu kek tradisi dalam upacara perkahwinan yang menjadi salah satu bab wajib dalam rakaman memori hari bersejarah penyatuan suami dan isteri.

Kek kahwin yang menjadi hiasan utama dalam majlis perkahwinan biasanya menjadi simbol tuah dan keberkatan kepada semua tetamu yang hadir dan sudah semestinya buat pasangan pengantin baru.

Facebook

Jadi dalam majlis perkahwinan, upacara memotong kek menjadi acara yang dinanti-nantikan.

Agak melucukan dalam majlis perkahwinan pasangan pengantin baru C&R ini, apabila upacara memotong keknya dimulakan dengan ‘upacara pengantin lelaki menyuap kek kahwin ke dalam mulut sendiri’ terlebih dahulu.

Facebook

Jadi pengantin perempuan pun tergamam, sambil memandang suaminya, “Tak suapkan saya dahulu kah?”

Facebook

Spontan para tetamu yang menyaksikan upacara memotong kek perkahwinan ini berdekah ketawa.

Termasuk pengantin perempuannya yang tergelak besar melihat pengantin lelaki tak sabar terus makan kek sedap depan mata yang buat diri terliur.

Facebook

Selepas menyedari dirinya tersilap protokol, si suami pun jadi daku tersipu malu dan terpaksa berhenti makan kek itu.

Lalu menyuapkan kek yang selebih ke dalam mulut isteri tercintanya.

Facebook

Yang macam ini baru betul aturan majlisnya.

Facebook

Apa pun keletah suami yang lucu telah menghiburkan para tetamu dan isterinya.

Pasti menjadi momen kekal perkahwinan mereka yang mungkin tidak dapat dilupakan. 

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Terkejut tengok murid RMT hanya dapat nasi kosong dan kuah, menteri maklum akan siasat

0

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan peruntukan pemberian makanan tambahan berzat kepada para pelajar sekolah rendah yang kurang berkemampuan bagi memperbaiki tahap kesihatan dan amalan pemakanan mereka.

Peruntukan buat seorang pelajar atau penerima RMT di Semenanjung Malaysia ialah RM2.50, sementara di Sabah dan Sarawak serta Labuan adalah RM3.00 seorang bagi tempoh 190 hari, menurut portal KPM.

Entah di mana silapnya apabila gambar yang tular di media sosial ini memaparkan makanan dari program RMT oleh seorang wanita yang mendakwa cucu saudaranya hanya mendapat nasi kosong bersama lauk kuah semata.

Facebook

Dalam perkongsian di Facebook itu, wanita ini mempersoalkan mengenai peruntukan untuk RMT sehingga sanggup dan sampai hati memberikan murid-murid yang terlibat dengan sekadar nasi putih dan kuah.

“Tidak tahu salah siapa dalam hal begini. Tapi saya rasa perlu disiasat kenapa diberi makanan seperti ini kepada penerima RMT. Sudahlah senarai nama penerima RMT wajib sekolah hari-hari tanpa penggiliran. Makanan begini yang dikatakan ‘mampu memacu pendidikan’ kita,” tulis wanita ini.

Tambahnya, sebelum ini memang ada pelajar yang mengadu makanan tidak sedap. Tetapi mereka hanya diminta menyatakan rasa bersyukur dengan rezeki yang ada.

Tetapi kali ini, isu itu agak berlainan sama sekali kerana makanan RMT yang dibekalkan langsung tidak mempunyai lauk.

Wanita ini kemudian memohon kementerian pendidikan untuk melakukan siasatan dan menyemak semula peruntukan untuk RMT, sambil menambah beliau tidak menyalahkan pihak pengusaha kantin dengan sepenuhnya.

Prihatin dengan isu yang menjadi tular itu, Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin mengarahkan siasatan lanjut akan diambil bagi mengenal pasti sekolah terbabit.

“Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenal pasti sekolah yang terlibat. KPM tidak akan berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid,” katanya dalam hantaran di Facebook dan Twitter.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: