29 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaBerita UtamaDigantung daripada menyertai kejohanan antarabangsa, media sosial Zii Jia bertukar hitam

Digantung daripada menyertai kejohanan antarabangsa, media sosial Zii Jia bertukar hitam

PETALING JAYA: Beberapa jam selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan dia digantung dua tahun daripada sebarang kejohanan antarabangsa, Lee Zii Jia mencuri tumpuan apabila menukar gambar profil media sosialnya kepada hitam.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk tidak mendaftarkan dia menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa yang diluluskan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selama dua tahun berkuatkuasa 18 Januari.

Keputusan BAM itu dibuat selepas juara Seluruh England 2021 itu memutuskan untuk meninggalkan pasukan kebangsaan dan bergerak sebagai pemain bebas menerusi surat peletakan jawatan yang dihantarnya pada 11 Januari lalu.

“BAM telah mencapai keputusan untuk tidak mendaftarkannya ke mana-mana kejohanan untuk tempoh sehingga 18 Jan 2024,” kata timbalan presiden BAM, Jaharbedeen Mohd Yunoos.

BAM juga telah memutuskan untuk tidak mendaftarkan pemain profesional Goh Jin Wei untuk tempoh dua tahun bermula 31 Oktober. Bekas pemain perseorangan wanita itu baru-baru menyertai kelab profesional KLRC.

Ekoran kepincangan yang berlaku, bekas pemain kebangsaan, Datuk Lee Chong Wei turut menzahirkan rasa sedih dengan berita peletakan jawatan Zii Jia daripada skuad badminton negara.

“Saya memberitahu Zii Jia bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Cuma nasihat saya kepadanya ialah berfikir dengan teliti sebelum membuat keputusan kerana ini melibatkan masa depannya.

“Sebagai bekas pemain yang menghabiskan dua dekad bersama pasukan kebangsaan, saya berani mengatakan bahawa tiada siapa yang sempurna.

“Persatuan tidak sempurna, saya sendiri juga tidak sempurna. Pastinya ada isu dan salah faham sepanjang saya bersama pasukan kebangsaan, tetapi saya sedar segala-galanya boleh diselesaikan dengan perbincangan yang betul.”

Menurutnya lagi dia sering menasihati pemain muda supaya jangan membandingkan diri anda dengan pemain luar kerana budaya kita berbeza.

“Di BAM, anda mempunyai perkhidmatan sokongan terbaik, kemudahan terkini dan program latihan berkualiti serta rakan sepasukan yang baik. Ia tidak begitu mudah di luar,” tambah Chong Wei lagi.

Chong Wei berkata: “Ya, Zii Jia ada menyebut kepada saya bahawa dia berasa tertekan apabila orang membandingkannya dengan saya tetapi saya memberitahunya bahawa tekanan adalah sesuatu yang akan sentiasa ada. Jika anda mahu menjadi yang terbaik di dunia, akan ada tekanan.”

Sementara itu, seorang lagi bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim menyifatkan keputusan Zii Jia itu adalah langkah berani dan pasti mempunyai sebab kukuh sehingga membuat keputusan yang mengejutkan itu.

“Pasti dia memang sudah fikir panjang tentang perkara ini, saya tidak melihat ia sebagai satu kesalahan dan perlu diletakkan di bahu Zii Jia saja, kita kena lihat secara keseluruhan apa punca sebenarnya,” kata Roslin.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI