30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaDijual ketika masih bayi, remaja 17 tahun jejaki ibu bapa kandung sebelum...

Dijual ketika masih bayi, remaja 17 tahun jejaki ibu bapa kandung sebelum dia disisihkan sekali lagi

HEBEI- Seorang pelajar kolej berusia 17 tahun di China baru-baru ini menjejaki semula ibu bapa kandung yang menjualnya selepas dia dilahirkan. Namun, kali ini ibu bapanya sekali lagi menyisihkannya.

Menurut media China The Cover, Liu Xuezhou dari Wilayah Hebei memulakan pencarian ibu bapa kandungnya melalui dalam talian dan menemui mereka selepas mendapat nama asalnya dan nama bapa kandungnya.

Liu kemudiannya bertemu semula dengan ibu bapa kandungnya yang sudahpun bercerai dan mempunyai keluarga baru. Menurut Liu, mereka tidak mahu terus berhubung dengannya kerana bimbang akan menjejaskan hubungan dengan keluarga mereka sekarang.

Selepas pertemuan semula yang mengharukan itu, cerita itu telah bertukar menjadi lebih teruk. Ibu bapa kandung Liu menuduhnya menuntut mereka untuk membelikan rumah untuknya di Hebei, manakala Liu menafikan tuduhan itu dan mengumumkan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Semuanya bermula apabila Liu Xuezhou menyiarkan video dalam talian pada 6 Disember 2021, di mana dia merayu untuk mendapatkan maklumat tentang ibu bapa kandungnya.

Dia berkata dia “dibeli” oleh ibu bapa angkatnya ketika dia berusia kira-kira tiga bulan, tetapi mereka meninggal dunia dalam kemalangan ketika dia baru berusia empat tahun, lapor The Cover.

Selepas itu, Liu dijaga oleh saudara-mara ibu bapa angkatnya.

Ketika Liu mula untuk berputus asa dalam pencarian ibu bapa kandunganya, datuk nenek angkatnya teringat bahawa mereka mempunyai buku kecil yang mengandungi maklumat peribadi mengenai Liu.

Hanya dalam masa kurang tiga jam, Liu kemudiannya berhasil mendapatkan nombor telefon bapa kandungnya dari internet dan terus menghubunginya.

Bapa kandungnya, Ding Shuangquan, pada mulanya menganggap ia satu penipuan dan hanya percaya dengan kata-kata Liu apabila polis menghubunginya.

Selepas menjalankan ujian DNA, polis berkata Ding mungkin bapa kandung Liu.

Selepas itu, Liu dan Ding membuat panggilan video, dan Ding berkata dia mengenali Liu kerana dia kelihatan seperti adiknya.

Ding juga mendedahkan bahawa Liu dihantar ke keluarga angkat selepas kelahirannya kerana keluarga asalnya miskin, tetapi mereka kemudian baru tahu bahawa Liu telah dijual. Dia melahirkan rasa kesal dengan keadaan yang berlaku.

Liu akhirnya bertemu dengan bapa kandungnya, Ding, dalam satu majlis di Douyin yang diatur oleh polis pada 26 Disember 2021.

Dia kemudian berkongsi tentang pertemuan semula dengan ibu kandungnya pada 10 Januari, sambil menambah bahawa dia adalah “anak yang gembira” pada hari itu.

Bagaimanapun, keadaan berubah secara tiba-tiba pada 17 Januari, apabila Liu pergi ke laman media sosial China Weibo untuk mendedahkan bahawa ibu kandungnya telah menyekatnya di aplikasi WeChat.

Dalam catatan berikutnya, Liu berkata dia mendapat tahu bahawa dia dijual oleh ibu bapanya untuk membayar mas kahwin ibunya.

Dia juga mendedahkan bahawa dia mahukan “rumah”, tetapi itu tidak bermakna dia mahu ibu bapa kandungnya membelikannya sebuah rumah.

Dia kemudian berkongsi imej tempat tinggalnya sekarang, dengan kapsyen: “Ini rumah saya sekarang, bagaimana untuk saya tinggal di dalamnya?”

Dia juga menyalahkan ibu bapa kandungnya atas kehidupannya yang susah serta masalah yang dia perlu dihadapi.

Kemudian, pada 16 Januari, bapa kandung Liu, Ding, berkata dia tidak boleh bersetuju dengan tuntutan Liu untuk “membelikannya rumah di Hebei”, kerana keluarganya sekarang juga memerlukan wang.

Ding walau bagaimanapun memberitahu bahawa dia sanggup membayar yuran pengajian dan kos sara hidup Liu.

Ibu kandung Liu juga berkata bahawa Liu “mengancam” mereka untuk mendapatkan rumah, dan menekan dia dan Ding untuk bercerai dengan pasangan mereka sekarang.

Sebagai tindak balas, Liu menggunakan Weibo pada awal pagi 19 Januari untuk mengatakan ibu bapa kandungnya “memanipulasi kebenaran”, dan tidak mengakui kesilapan mereka menjualnya.

“Jumpa di mahkamah!” ujarnya kepada ibu bapa kandungnya melalui laman sosial Weibo.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI