Seorang wanita dari Xi’an, Shaanxi dikenali Liu yang dikuarantin selama 14 hari akibat COVID-19 terpaksa melihat melalui kamera pengawasan (CCTV) di rumah apabila anjing peliharaannya yang tinggal bersendirian dengan panik ‘merobohkan rumahnya’ setiap hari.
Rakaman CCTV menunjukkan anjing peliharaan baka Labrador itu melakukan cubaan ‘meruntuhkan rumah’ yang menjadi tular di Weibo.

Dia membuat kacau di dalam rumah itu dengan menyepahkan barang-barang dan perabot yang telah digigit rakus olehnya.
Selain anjing itu turut menyelongkar sarung sofa dan membuat lubang besar dengan mengeluarkan isi kusyen dan tempat duduk sofa. Pakaian, kasut dan beg tuannya juga tidak terkecuali, semuanya ditarik keluar oleh anjing nakal itu.

Liu memberitahu dia tidak boleh membawa haiwan peliharaan ke pusat kuarantin, jadi terpaksa meninggalkan anjing itu di rumah. Makanan yang mencukupi telah disediakan untuk anjing itu lebih awal, dan kamera ringkas telah dipasang pada komputer lama untuk memerhatikan keadaan sehariannya.
Sepanjang 14 hari menjalani kuarantin, Liu menonton “aksi meroboh rumah” secara siaran langsung oleh anjing itu melalui kamera pengawasannya setiap hari.

Katanya pada hari dia pergi memulakan kuarantin, anjing itu membuat muka sedih dan telah duduk di depan pintu menunggunya sambil menyalak penuh kasihan.
Tetapi keesokan harinya, Labrador itu memulakan “operasi merobohkan rumahnya” dalam keadaan panik. “Setiap hari dia melakukannya, dan setiap hari ada rancangan baru untuk membongkar dan meruntuhkan kesemuanya.”
“Boleh diterima pada mulanya, kerana bantal dan beberapa perkakas kecil telah dibongkar. Tetapi beberapa hari kemudian, ia agak keterlaluan. Sofa berlubang, dan pakaian serta kasut turut dirosakkan olehnya,” kata Liu yang pilu.

Liu melihat anjing itu merobohkan rumahnya dalam keadaan ‘terdesak’ melalui kamera pengawasan. Selesai 14 hari, dan rumah itu hampir musnah sepenuhnya.
Bagaimanapun, Liu tidak menyalahkan anjing itu kerana terlalu sayangkannya. Katanya, tidak mengapa asalkan anjing itu kekal sihat, semua barang yang bersepah dan rosak boleh dibersihkan atau dibeli semula. Liu sudah menempah perabot baharu, dan rumah itu hampir siap dihias semula.

Susah juga kalau anjing terlampau aktif begini ditinggalkan sendirian dan terkurung di dalam rumah terlalu lama, memang tidak mustahil boleh roboh rumah dibuatnya.
Bayangkan kalau si Labrador ini tinggal sendirian buat sebulan dua.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: