25 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 6, 2025
Utama Blog Laman 173

Restoran makanan Malaysia di Melbourne cari ‘cef roti canai’, tawar gaji cecah RM200,000 setahun

0

Adakah anda mempunyai pengalaman melambung dan menebar roti canai dengan baik? Dan berimpian tinggal di luar negara seperti terbuka hati kepada idea untuk tinggal di Australia? Jika ya, mungkin anda boleh mempertimbangkan kekosongan jawatan dengan gaji lumayan yang sedang ditawarkan oleh restoran RotiBar dari Malaysia yang berpangkalan di Melbourne, Australia. 

Seperti yang dikongsi melalui laman pencari kerja Seek 25 hari lalu, restoran itu kini sedang mencari calon yang sesuai sebagai ‘Cef Roti Canai’ memandangkan rancangan pengembangan perniagaan restoran makanan Malaysia itu baru-baru ini, dan sanggup membayar antara AUD$60,000 (RM191,297) hingga AUD$63,000 (RM200,862) setahun untuk jawatan itu.

Tangkap Skrin Seek

Jika anda membuat kiraan, gaji yang ditawarkan adalah AUD$5,000 (RM15,941) hingga AUD$5,416.58 (RM17,269) sebulan. Anggaran gaji Seek sendiri menunjukkan gaji sebulan itu adalah sepadan dengan kadar pasaran semasa yang ditawarkan untuk chef yang bekerja di kawasan Melbourne, dengan gaji tahunan antara AUD$55,000 (RM175,355) hingga AUD$70,000 (RM223,180).

Bukan setakat gaji yang besar, restoran ini juga akan menyediakan penginapan dan makanan untuk kakitangan, di samping menawarkan penajaan yang berpotensi kepada pemohon yang layak. 

Instagram

Mengikut penyenaraian, calon sepatutnya mempunyai pengalaman sebagai ‘penebar roti canai’, kemahiran yang ditekankan oleh restoran itu sebagai sangat penting. Memandangkan skop kerja yang spesifik, maka boleh difahami ia satu tugas yang sangat serius berkemahiran tinggi.

Latihan akan disediakan untuk meningkatkan kepakaran pembuat roti yang memohon dan berjaya, supaya ia boleh mencapai ‘standard’ yang ditetapkan oleh restoran.

Instagram

Restoran RotiBar menyajikan makanan asli dari Malaysia yang menerima pengiktirafan dan reputasi baik oleh masyarakat setempat dan warga tempatan Australia.

Mendakwa menyajikan beberapa ‘masakan Malaysia terbaik’ di sepanjang Little Collins Street, semakan pantas di laman Instagram RotiBar menunjukkan restoran itu menawarkan pelbagai hidangan kegemaran warga Malaysia, termasuk Nasi Daun Pisang dan juga Nasi Minyak Ayam Masak Merah untuk bulan Ramadan.

Instagram

Pemilik restoran juga merupakan rakyat Malaysia, yang telah mengambil tanggungjawab untuk berkongsi budaya makanan Malaysia dengan warga Australia, sambil giat mempromosikan makanan Malaysia di platform media sosial mereka.

Instagram

Jadi, bagi mereka yang berkemahiran boleh melambung tinggi dan menebar roti canai dengan baik atau terbaik, bolehlah mencuba temu duga iklan jawatan kosong ini di Australia. Lumayan gajinya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Guru dedikasi tetap gigih mengajar walaupun alami masalah kesihatan, sentuh hati semua

0

Tugas guru dipandang mulia kerana ia bukan profesion yang mudah kerana golongan ini mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna.

Pengorbanan dan jasa guru amat besar ertinya yang sememangnya tidak ternilai harganya.

Baru-baru ini tular sebuah video TikTok yang memaparkan seorang guru dari Kota Tinggi, Johor sedang mengendalikan kelas dan mengajar para pelajarnya dalam keadaannya yang kurang sihat dengan memakai alat bantuan pernafasan.

TikTok

Walaupun klip asal 13 saat video itu telah dipadamkan, video itu telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna Twitter dikenali rulduff, sebelum ia juga turut dipadamkan.

Mengenal pasti guru terbabit sebagai ibu saudaranya, Syaria’h Abdullah, rulduff berkongsi guru ini menghidap asma kronik dan baru sembuh daripada COVID-19.

“Video ini asalnya diambil oleh salah seorang anak muridnya dan mak cik saya minta anak muridnya itu padamkan, sebab maklumlah kerja kerajaan, takut kena tindakan tata tertib atau hal yang berbangkit. Tetapi sebelum ia dipadam, video dah viral,” ciap rulduff.

“Mak cik saya terus mengajar walaupun terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan, kerana bimbang pelajar Tingkatan Enam Atas yang diajarnya akan ketinggalan. Saya sangat tabik dengan dedikasi mak cik saya,” tambah rulduff di Twitter.

Rulduff berkata video itu dirakam oleh seorang pelajar sejurus selepas Cikgu Syaria’h keluar dari hospital, di mana beliau jatuh sakit kerana COVID-19, lapor Malay Mail.

Tambahnya lagi, Cikgu Syaria’h telah lama menjadi sumber sokongan yang besar kepada anak-anak saudaranya, menawarkan mereka dengan sesi tutor dan mengajar percuma.

“Malahan mak cik saya juga telah memberi kami semua sokongan mental dan kewangan, terutama ketika kami pelajar universiti yang tidak banyak wang.”

“Setahu saya, beliau turut menjalankan sesi kelas tambahan dan tutor percuma di sekolahnya untuk pelajar yang memerlukan bantuan,” katanya.

“Beliau adalah inspirasi buat kita semua,” kata rulduff.

Tambahnya, pengorbanan setiap guru adalah berbeza-beza tetapi masih mempunyai matlamat yang sama iaitu memberi ilmu kepada para pelajar di sekolah.

TikTok

Bekas pelajar dan para pelajarnya turut berkongsi di Twitter dengan menceritakan jasa baik guru ini dan mendoakan kesihatannya supaya kembali sihat dan pulih seperti sedia kala.

“Sekolah saya, guru dengan berkerusi roda, tetapi masih usaha untuk mengajar dan datang ke kelas. Semoga diberikan kesembuhan dengan cepat.”

“Besar perjuangan cikgu yang ingin mendidik anak bangsa. Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan cikgu dan memberi kesembuhan buat cikgu.”

“Hargai guru yang mengajar kita, semua guru hendak tengok kita berjaya di dunia dan akhirat. Doakan kesembuhannya.”

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Jalani hidup selama 8 tahun di atas pokok, lelaki ini digelar ‘Tarzan Of Karachi’

0

Memiliki tempat tinggal yang selesa dan lengkap adalah idaman setiap orang. Tidak semua orang mampu memiliki banglo besar atau kondominium mewah namun memiliki tempat tinggal yang boleh menjadi tempat berteduh terkadang sudah cukup bagi sesetengah orang.

Sesukar mana pun hidup, rasanya tiada antara kita yang pernah terfikir untuk tinggal di atas pokok. Namun, bagi lelaki berusia 28 tahun ini tinggal di atas pokok adalah jalan penyelesaian kepada masalah kewangan yang dialami.

Percaya atau tidak lelaki dari Pakistan yang dikenali sebagai Tarzan of Karachi ini telah menghabiskan lapan tahun hidupnya tinggal di dalam pondok yang terletak di atas sebuah pokok di bandar itu.

Nama Farman Ali dikatakan mula menjadi perbualan ramai terutama di media sosial selepas rakaman vieo mengenai rumahnya yang lain daripada yang lain itu telah menjadi tular di media sosial sejak beberapa minggu lalu.

Menurut berita yang dilaporkan oleh Oddity Central, kehidupan Farman yang sangat miskin bermula selepas dia kehilangan kedua ibu bapanya. Ketika itu dia tidak mampu untuk membeli sebarang jenis rumah biasa.

Ekoran hal itu dia terpaksa tinggal di jalanan sebelum akhirnya memutuskan untuk membina rumahnya sendiri di atas sebuah pokok di kawasan awam supaya tidak diganggu atau dihalau.

BEKERJA MENGAMBIL UPAH UNTUK TERUSKAN KEHIDUPAN

Walaupun hidup dalam kemiskinan Farman menegaskan dia tidak pernah mencuri. Dia bahkan menyara kehidupannya dengan mengambil upah mencuci kereta, menyapu dan membersihkan di luar rumah penduduk. Dia turut mengambil upah untuk membelikan barangan runcit.

Kebanyakan pelanggan, membayarnya dengan memberikan air sejuk dan makanan. Memandangkan bayaran atau upah yang diterima masih sedikit, dia tidak mampu untuk mendapatkan rumah yang lebih baik.

Agensi berita Ruptly yang menemu bual Farman melaporkan bahawa keputusan lelaki itu untuk menetap di atas pokok merupakan pilihan terakhir.

Sebelum itu, Farman pernah meminta bantuan daripada saudara-maranya serta kenalan untuk mendapatkan bantuan. Namun begitu, tiada siapa yang mahu membantu atau berurusan dengannya kerana kemiskinannya.

Gagal mendapatkan bantuan, dia akhirnya memutuskan untuk membina rumah di atas sebuah pokok. Rumah tersebut dibina dengan menggunakan buluh, kayu dan pintu lama. Dia juga menggunakan kain untuk berlindung daripada tiupan angin dan tempias hujan.

Di rumahnya terdapat sebuah katil dan dia juga berhasil mencipta singki untuk mencuci muka. Selain itu, terdapat juga ketuar kecil ketuhar kecil untuk memasak dan memanaskan air. Dia juga mampu menyediakan lampu kecil menggunakan bateri dan pengecas untuk telefon bimbitnya.

Sebelum mengakhiri video tersebut Farman sempat meminta bantuan sesiapa yang mahu membantunya- tidak kira siapa, pihak kerajaan, pihak pembangkang mahupun orang awam. Mereka boleh terus menghubungi untuk membantunya supaya dia boleh keluar dari rumah pokoknya itu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Jangan guna bekas makanan ‘styrofoam’ di rumah, boleh datangkan bahaya kepada kesihatan

0

Amalan membungkus makanan menggunakan styrofoam adalah sesuatu yang sangat biasa dilakukan di negara kita. Jangan kata bekas makanan sahaja, ada juga yang turut menggunakan pinggan, piring, mangkuk mahupun cawan yang diperbuat daripada bahan ini.

Jika di luar para peniaga sering menggunakan bahan ini kerana harganya yang murah dan mudah untuk didapati. Jika di rumah pula, semasa kenduri atau apa sahaja majlis bekas makanan dan cawan styrofoam banyak digunakan kerana ianya mudah untuk diuruskan. Tuan rumah atau penganjur hanya perlu membuang bekas styrofoam yang sudah digunakan dan tidak perlu susah-susah untuk membasuhnya.

Ya, menggunakan styrofoam memang lebih murah dan mudah tetapi sebenarnya di sebalik itu terdapat bahaya yang tersembunyi. Hal ini kerana bahan styrofoam boleh memberi kesan negatof kepada tahap kesihatan seseorang.

Perkara ini telah diulas dan dikongsikan oleh seorang doktor, Dr Mazliana Mazlan di laman Facebooknya. Berikut adalah penerangan lanjut tentang bagaimana styrofoam boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan kita.

JANGAN GUNA BEKAS MAKANAN STRYOFOAM INI DI RUMAH

Jelas Dr Mazliana, bekas Styrofoam yang sering digunakan ketika ada sambutan hari lahir, kenduri atau jamuan di rumah kerana ianya senang untuk digunakan memandangkan tidak perlu dibasuh terlebih dan hanya boleh terus dibuang.

Bekas makanan styrofoam macam ni, tak boleh ada kat rumah kita.

Kadang ada jamuan harijadi anak, kita guna. Kadang buat kenduri, kita beli untuk tetamu guna. Karang pergi berkelah, kita guna makan tepi pantai. Kadang kita tapau dari kedai, makanan letak dalam ni.

Dalam styrofoam, ada styrene. Tak kisah makanan dan minuman panas, sejuk, atau suhu bilik sekalipun, tetap akan berlaku tindak balas dengan permukaan styrofoam bila ia digunakan.

BOLEH MENGANGGU HORMON DAN KITARAN HAID WANITA

Walaubagaimanapun, styrene yang ada di dalam stryofoam akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon terutamanya oleh kaum wanita.

Ia akan menyebabkan masalah kitaran haid tidak teratur dan seawal usia 10 tahun akan mengalami masalah tersebut. Jadi, adalah lebih baik jika semua ornag lebih berhati-hati dan perka dalam pemilihan bekas makanan meskipun ia nampak mudah.

Badan kita ni main banyak sangat dengan hormon sebenarnya, terutama yang wanita.

Masalah paling utama buat kanak-kanak perempuan yang beri kesan seumur hidup, haid yang tak teratur.

Terlalu ramai. Tak kira umur. Dari seawal usia 10 tahun pun dah ada masalah haid tak regular.

Perhatikan, bukan setakat makanan yang anak-anak makan. Tapi bekas makanan yang kita guna untuk letak makanan anak pun, sangat penting untuk diambil kira.

Kita cuba sama-sama ya, cari ilmu baru setiap hari, untuk sediakan yang terbaik buat anak-anak dan keluarga.

Sumber: Facebook

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Rupa-rupanya gel silika boleh menghapuskan kulat yang terdapat pada perabot

0

Selain daripada sistem pengudaraan, habuk kayu yang bersifat memerangkap kelembapan merupakan faktor membiaknya kulat yang kebiasaannya dapat dilihat pada perabot. Namun tidak semua perabot akan mengalami masalah seperti ini. Hanya perabot yang dibuat daripada habuk kayu sahaja. Cara terpantas untuk menyedut habuk-habuk ini sudah tentu dengan menggunakan vakum. Namun, sekerap mana anda hendak memvakum perabot? Selepas diperiksa, rupa-rupanya gel silika boleh menghapuskan kulat yang terdapat pada perabot.

Bijen Mohd melalui catatannya di Facebook mengatakan bahawa kulat memang biasa tumbuh lebih-lebih lagi pada musim hujan. Jika anda menyidai pakaian di ampaian di dalam rumah, kulat akan membiak pada permukaan perabot yang dibuat daripada habuk kayu dengan lebih cepat. Untuk mengatasi masalah tersebut, Bijen Mohd telah menggunakan gel silika sebagai alternatif kepada dehumifier yang bertindak menyerap kelembapan.

Galeri Hidayah

Gel silika dalam pek biasanya ditemui dalam kotak kasut, botol vitamin, beg yang baharu dibeli dan sebagainya. Siapa sangka pek gel silika ini berfungsi untuk menyerap kelembapan sekali gus menghalang kulat membiak.

Galeri Hidayah

Anda boleh dapatkan gel silika secara timbang kilo melalui belian atas talian seperti di Lazada, Shopee dan sebagainya. Jika anda hendak cepat, anda bolehlah membeli gel silika di kedai barangan kucing. Beritahu pembantu kedai itu bahawa anda mahu membeli ‘kristal najis kucing’. Kristal ini adalah alternatif kepada pasir kucing yang dibuat daripada gel silika yang mana berfungsi memerangkap air dari najis kucing. Jadi, najis kucing tidak berbau kerana ia kering dengan cepat.

Selepas anda membeli ‘kristal najis kucing’ itu, masukkan kristal tersebut ke dalam bekas ‘tupperware’ plastik. Anda juga boleh masukkan kristal-kristal tersebut ke dalam bekas-bekas lain mengikut jumlah yang diperlukan. Jangan lupa untuk tebuk lubang pada penutup bekas itu. Nanti tidak menyerap kelembapan pula.

Selepas itu, bolehlah anda meletakkan bekas tersebut di tempat yang sering dijangkiti kulat. Selain daripada memasukkan kristal ke dalam bekas, anda juga boleh menggunakan stoking yang sudah tidak digunakan. Masukkan kristal ke dalam stoking dan jerutkannya. Kemudian letakkanlah stoking yang berisi kristal itu di mana-mana pun seperti di dalam bagasi, di tempat letak kasut atau dalam kotak simpanan barang. Selain itu, anda juga boleh memasukkan kristal itu ke dalam beg plastik yang ditutup. Jangan lupa untuk tebuk lubang pada plastik tersebut bagi membolehkan proses penyerapan air berlaku.

Sebagai langkah pencegahan, gunakan semburan pembasmi kuman seperti gambar di bawah ini. Lap pada permukaan perabot atau tempat yang dijangkiti kulat dan bersihkan semua kulat itu.

Berapa kali perlu tukar kristal ini? Terpulang kepada anda, setahun sekali atau setahun dua kali anda kumpulkan semula kristal-kristal ini untuk menyahkan air yang berjaya diperangkap. Caranya ialah dengan memanaskan kristal-kristal ini kerana kristal-kristal ini boleh dikitar semula. Jimat belanja! Semoga dengan perkongsian ini, anda tidak lagi dihantui dengan masalah kulat pada perabot anda.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Makmal Wuhan dibenarkan untuk memusnahkan ‘fail rahsia’ berkaitan Covid-19

0

Institut Virologi Wuhan (WIV) mempunyai hak untuk menyuruh rakan kongsi makmalnya di A.S. untuk menghapuskan semua data yang dikumpul hasil daripada kerjasama mereka, dedah satu dokumen undang-undang.

Memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani antara makmal Wuhan dan Makmal Kebangsaan Galveston di Universiti Perubatan Cawangan Texas, mewajibkan setiap satu daripada dua makmal untuk memadam “fail rahsia” atau bahan yang dibuat atas permintaan pihak lain.

“Pihak tersebut berhak meminta pihak lain untuk memusnahkan dan/atau memulangkan fail rahsia, bahan dan peralatan tanpa sebarang dokumen sokongan,” kata MOU yang diperoleh oleh ‘A.S. Right to Know’, sebuah kumpulan penyelidik penyiasatan NGO yang memberi tumpuan kepada kesihatan awam.

MOU itu memberi tumpuan kepada galakkan kerjasama penyelidikan dan latihan antara kedua-dua makmal. Ia telah ditandatangani pada 2017 dan kekal berkuat kuasa sehingga Oktober ini. Walau bagaimanapun, terma kerahsiaan akan kekal mengikat walaupun selepas tempoh lima tahun perjanjian itu tamat.

Dokumen itu seterusnya mentakrifkan secara meluas tentang bahan yang akan dianggap sebagai “rahsia”, membuka kepada kemungkinan semua dokumen dan data daripada sebarang kerjasama tertakluk kepada permintaan untuk dipadam.

“Semua kerjasama dan pertukaran dokumen, butiran dan bahan hendaklah dianggap sebagai maklumat sulit oleh semua pihak,” kata MOU itu.

WIV telah menjadi pusat kontroversi ekoran spekulasi yang semakin meningkat tentang virus yang menyebabkan COVID-19, yang kini telah membunuh jutaan manusia di seluruh dunia, mungkin telah bocor dari makmal tersebut.

Makmal itu walau bagaimanapun telah menafikan dakwaan berkenaan tetapi Beijing telah menyekat penyiasat antarabangsa untuk mendapatkan data dan rekod daripada kemudahan itu sekali gus menghalang sebarang siasatan lebih terperinci untuk dilakukan.

WIV dan Makmal Kebangsaan Galveston secara rasmi mengisytiharkan perkongsian mereka pada tahun berikutnya untuk “memperkemaskan kerjasama saintifik dan operasi masa depan mengenai patogen berbahaya.”

Christopher Smith, jurucakap Universiti Perubatan Cawangan Texas (UTMB), memberitahu bahawa makmal itu “dibina oleh Institut Kesihatan Nasional untuk membantu memerangi ancaman kesihatan global.”

“Sebagai entiti yang dibiayai kerajaan, UTMB dikehendaki untuk mematuhi kewajipan undang-undang maklumat awam yang terpakai, termasuk pemeliharaan semua dokumentasi penyelidikan dan penemuannya.”

Epoch Times kemudian telah menghubungi UTMB dan makmal tersebut.

Di bawah Penelitian

Makmal Kebangsaan Galveston merupakan salah satu daripada dua makmal biosekuriti peringkat tertinggi berasaskan universiti yang dibiayai oleh persekutuan di Amerika Syarikat. Ia mula bekerjasama dengan WIV pada 2013, kerjasama yang memerlukan latihan saintis WIV dan menjalankan program penyelidikan bersama.

Pengarah makmal Galveston ketika itu James Le Duc, yang bersara tahun lepas dikatakan telah melakukan beberapa kali perjalanan selama bertahun-tahun ke WIV.

Makmal Galveston juga merupakan antara fasiliti pertama di dunia yang menerima sampel SARS-CoV-2 (virus yang menyebabkan COVID-19) daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S., hampir tiga minggu selepas Le Duc menggesa rakan sejawatannya dari China untuk berkongsi bahan.

Pendedahan yang terkandung dalam MOU 2017 nampaknya bercanggah dengan dakwaan saintis WIV bahawa mereka tidak akan sesekali memadam maklumat penyelidikan yang penting.

Pakar virologi China, Shi Zhengli, yang mengetuai Pusat Penyakit Berjangkit Muncul di WIV, memberitahu bahawa makmalnya akan memadam data sedemikian atas alasan ianya “tidak berasas dan mengerikan.”

“Walaupun kami memberi mereka semua rekod, mereka masih akan mengatakan kami telah menyembunyikan sesuatu atau kami telah memusnahkan bukti,” katanya dalam temu bual Februari dengan MIT Technology Review.

Pada September 2019, beberapa bulan sebelum beberapa penyelidiknya didakwa jatuh sakit akibat simptom seperti COVID, fasiliti tersebut telah mengambil alih pangkalan data utama yang mengandungi sampel virus secara luar talian.

Piawaian keselamatan makmal Wuhan juga telah menarik perhatian sejak wabak itu meletus dari bandar itu. Rakaman pada tahun 2017 menunjukkan bahawa beberapa penyelidik dari fasiliti itu telah memberi makan kelawar dengan hanya memakai sarung tangan pembedahan. Seorang lagi penyelidik hanya memakai sepasang cermin mata biasa dan pelitup muka ketika keluar mengumpul sampel kelawar.

Pada April 2020, Jabatan Pendidikan melancarkan siasatan ke atas hubungan Makmal Kebangsaan Galveston dengan makmal Wuhan. The Epoch Times telah menghubungi jabatan itu untuk mendapatkan komen.

Pada bulan yang sama, Le Duc telah meminta Shi untuk menyemak draf taklimat yang disediakannya untuk universiti dan kakitangan Kongres yang menyiasat isu itu.

Smith, pengarah perhubungan media UTMB, telah memberitahu kumpulan penyiasat bahawa “maklumat yang Dr. Le Duc mahu Dr. Shi semak adalah penerangan tentang penyelidikannya mengenai Koronavirus seperti yang dia fahami.”

Le Duc walau bagaimanapun mengakui bahawa dia menganggap kemalangan makmal adalah punca sebenar kepada wabak itu.

“Adalah sebuah kemungkinan yang kemalangan makmal adalah punca wabak itu dan saya juga bersetuju bahawa kita tidak boleh mempercayai kerajaan China,” tulisnya pada 10 April 2020, menurut satu lagi e-mel yang diperoleh oleh kumpulan itu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Menyamar jadi pekerja TNB, ‘scammer’ masuk rumah warga emas dan potong getah gas

0

Sehingga hari ini isu tipu atau ‘scam’ semakin banyak berlaku. Hampir setiap hari media melaporkan tentang janayah ini yang berlaku di mana-mana dan mangsa yang terkena juga datangnya daripada pelbagai latar belakang. Medium dan modus operandi yang digunakan juga banyak dan licik sehingga akhirnya membuatkan ramai yang tertipu dengan apa yang mereka katakan.

Baru-baru ini sebuah lagi kes jenayah ‘scam’ berlaku kepada sebuah keluarga. Seorang netizen di Facebook, Nor Zaina Zanariah yang juga merupakan seorang guru telah berkongsi bagaimana ibunya telah ditipu RM600 oleh orang yang tidak dikenali.

Menurut Nor Zaina kejadian tersebut berlaku di Kg Sg Terap, Batu Gajah, Perak pada kira-kira jam 2 petang, 14 April lalu. Ketika itu, seorang lelaki berpakaian seragam TNB dan menunggang motosikal tiba di depan pintu rumahnya. Ketika itu hanya ada ibunya sahaja di rumah.

Lelaki itu kemudian meminta untuk memeriksa meter di hadapan dan ingin mengetahui nombor siri tong gas mereka. Alasan yang diberikan oleh lelaki itu ialah terdapat kejadian tong gas meletup di sebuah rumah di kampung sebelah, jadi dia mahu memeriksa nombor siri tong gas. Tidak hanya itu, dia juga bertanya sama ada dia boleh masuk ke rumah untuk menyemak nombor siri tersebut.

Apa yang lebih mencemaskan, ibunya seperti telah dipukau ketika itu. Dia hanya terus membuka pintu apabila diminta. Tambahan lagi, ibunya pula tinggal seorang diri dan dia pula balik lewat memandangkan ada mesyuarat di sekolah.

Apabila lelaki itu masuk ke rumah dia terus menuju ke dapur dan melihat tong gas. Tiba-tiba lelaki itu meminta pisau dan meminta wanita tua itu mengalihkan kualai yang ada dan meletakkannya di tempat lain.

Rupa-rupanya ketika itulah lelaki itu memotong paip getah pada tong gas tersebut. Dia kemudian memberitahu bahawa terdapat kebocoran pada paip gas dan terus menggantikannya dengan yang baru tanpa meminta kebenaran.

Selesai semuanya, lelaki itu meminta bayaran sebanyak RM600 daripada wanita tua itu dan tanpa mengetahui harga yang diminta terlalu mahal wanita tua itu terus membayar jumlah yang diminta. Lelaki itu kemudian meminta wanita tua itu untuk menandatangi resit tetapi resit tersebut dibawa bersamanya.

Selepas lelaki itu pergi, barulah wanita itu menyedari yang dia telah dipukau dan harga yang dibayar adalah sangat mahal. Tidak hanya itu, getah gas yang diganti itu juga sebenarnya masih baru ditukar bulan lepas.

Wanita itu kemudian terus menghubungi ahli keluarga yang bekerja di TNB dan menceritakan apa yang berlaku dan ketika itulah baru dia tahu bahawa pihak TNB tidak ada menyuruh pekerja untuk menukar getah gas di rumah pelanggan. Ketika itu barulah dia sedar yang dia telah dipukau dan ditipu oleh lelaki tersebut.

Menurut wanita itu lagi, lelaki yang menipunya itu memiliki kulit cerah, berbadan gempal dan agak berusia. Orang ramai terutama golongan tua dinasihati untuk berhati-hati dengan individu tersebut.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Elon Musk jual rumah terakhir demi mengumpul dana untuk ke Marikh

0

Tahukah anda, wujud orang yang kaya, malah terkenal di dunia tetapi tidak miliki rumah sendiri. Kedengaran agak pelik bukan? Tetapi itulah Elon Musk, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX yang kini hidup tanpa rumah sendiri selepas dia menjual rumah terakhirnya di Amerika Syarikat. Hasrat untuk menjual sebahagian besar hartanya termasuklah rumah adalah demi mengumpul dana untuk menjayakan misi ke Marikh.

DailyMail

Menurut laporan Business Insider, hartanah milik Elon Musk yang seluas 47 ekar di Hillsborough di San Francisco Bay Area itu dijual pada 2 Disember 2021 dengan harga $30 juta seperti yang dimaklumkan oleh MLSListings.com. Mansion Global pertama kali melaporkan penjualan itu. Walau bagaimanapun, identiti pelanggan tersebut tidak didedahkan atas permintaan pelanggan itu sendiri. Dengan terjualnya rumah itu, Elon Musk kini tidak memiliki rumah sendiri dan menjalani kehidupan ‘mengembara’ di rumah kawannya.

Kata Elon Musk, jika dia pergi ke Bay Area di mana terletaknya kebanyakan projek Testla, dia akan bermalam di bilik tidur rakannya yang tidak digunakan. “Jika saya pergi ke Bay Area pada dasarnya secara bergilir-gilir saya akan tidur di bilik tidur kawan yang tidak digunakan,” kata Elon Musk.

DailyMail

Terdahulu, Senator Amerika Syarikat, Warren mengkritik bilionair seperti Elon Musk kerana mengelak cukai dan membayar cukai yang sangat sedikit. Dalam satu temu bual, Elon Musk berkata penggunaannya sebenarnya tidak tinggi, “jika saya menghabiskan berbilion dolar setahun untuk penggunaan peribadi, ia sangat bermasalah, tetapi ia tidak berlaku.”

Tambah Elon Musk lagi, selain jet peribadi, dia tidak memiliki kapal layar yang didaftarkan atas namanya sendiri malah dia tidak pergi bercuti pun. Menurutnya, jet peribadi yang dimilikinya itu bukanlah lambang kekayaan tetapi keperluan untuknya ke mana-mana, kerana jika tidak menggunakan jet peribadi, banyak masanya akan terbuang.

Elon Musk adalah bilionair yang hidup secara sederhana. Pernah suatu ketika dahulu bekas kekasihnya mengatakan Elon Musk hidup di bawah paras kemiskinan kerana dia berpengalaman menyaksikan sendiri Elon Musk tidak mahu membeli tilam baharu walaupun terdapat lubang pada tilam itu.

Sebelum ini, Elon Musk memberitahu bahawa dia tinggal di rumah modular berkeluasan 375 kaki persegi yang dibina oleh syarikat Boxabl. Katanya, sewa rumah tersebut lebih kurang $50,000. Walaupun Elon Musk belum mengesahkan nama syarikat yang membina rumahnya itu, sebuah unit Boxabl boleh dilihat di tapak di Google Earth.

DailyMail

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Gangguan elektrik Hospital Queen Elizabeth: 28 pembedahan bukan kecemasan ditunda

0

Gangguan bekalan elektrik di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu sejak Selasa, 19 April menyebabkan 28 pembedahan bukan kecemasan yang dijadualkan pada Rabu, 20 April ditunda ke tarikh lain, kata Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Rose Nani Mudin.

Dr Rose Nani berkata perkhidmatan dewan bedah di HQE terpaksa ditutup pada Rabu dan Khamis (21 April) bagi memastikan bekalan elektrik ke wad dan unit rawatan rapi sentiasa mencukupi serta stabil, manakala kes yang memerlukan pembedahan kecemasan pula akan dilakukan di HQE II.

Facebook

“Pada masa ini syarikat konsesi masih berusaha untuk membaiki kabel elektrik yang rosak agar bekalan elektrik pulih seperti sediakala,” katanya menerusi satu kenyataan pada 20 April.

Dr Rose Nani berkata gangguan bekalan elektrik itu berlaku pada 11.54 pagi Selasa di HQE melibatkan melibatkan menara berkembar, klinik pakar dan blok bangunan lama perubatan HQE.

Facebook

“Sepanjang gangguan bekalan, dua ‘set generator’ di HQE menampung bekalan elektrik bagi bangunan terlibat. Pihak hospital, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah serta syarikat konsesi telah melakukan tindakan segera mendapatkan generator tambahan sebagai sokongan,” katanya.

Beliau berkata bagi memastikan perkhidmatan perubatan HQE tidak terjejas, pelan kontigensi telah dilaksanakan dengan memindahkan sebahagian pesakit lebih memerlukan, dan kes memerlukan pembedahan kecemasan ke HQE II.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Vaksin mRNA hasilkan spike protein berterusan, kemungkinan sebabkan pembekuan, keradangan jantung dan kanser: Dr. Ryan Cole

0

Menurut Dr. Ryan Cole, vaksin messenger RNA (mRNA) menghasilkan spike protein yang berterusan yang boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kesihatan penerima, seperti pembekuan darah luar biasa, keradangan jantung atau kanser.

Vaksin Pfizer dan Moderna adalah satu-satunya vaksin mRNA yang diluluskan atau dibenarkan untuk kegunaan dos penggalak di Amerika Syarikat. Vaksin COVID-19 Johnson & Johnson menggunakan vektor virus, versi virus yang diubah suai, untuk mengarahkan sel menghasilkan antibodi.

Dr. Ryan Cole adalah ahli patologi yang telah mengendalikan makmal selama 18 tahun. Beliau telah melihat, kebanyakannya melalui mikroskop, kira-kira 500,000 pesakit dalam kerjayanya.

Dr. Ryan Cole (Gambar oleh York Du/The Epoch Times)

“[Dalam] mRNA normal, anda mempunyai sel yang membuat mesej sepanjang hari … mRNA biasanya dipecahkan dalam beberapa minit hingga mungkin satu atau dua jam. mRNA tidak sepatutnya berterusan,” Dr. Cole memberitahu program Facts Matter terbitan EpochTV semasa Sidang Kemuncak COVID Global yang diadakan di Houston, Texas, pada 8 April.

Dr. Cole berkata mRNA ialah mesej yang memberitahu sel anda untuk membuat protein tertentu bagi tindak balas badan yang berbeza.

“Tetapi apabila anda meletakkan pseudouridine sintetik ini dalam badan anda, tubuh badan tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengannya, dan ia melihatnya dan berkata, ‘Hmm, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Jadi saya tidak akan memecahkannya.’ Jadi ia mengelak proses pemecahan itu, dan ia juga mengelak tindak balas imun. Tetapi ia juga menolak sistem imun kita, yang bukan perkara baik kerana perkara lain-kanser, virus- kena bangun,” jelas Dr. Cole.

Dalam temu bual pada bulan Februari bersama The Epoch Times, Dr. Cole berkata beliau telah melihat peningkatan dalam kanser yang tidak sepatutnya beliau lihat. Di samping itu, beliau telah melihat peningkatan dan faktor pembekuan berterusan untuk masa yang lama selepas vaksinasi. Bagaimanapun, apabila beliau menyuarakan kebimbangannya, tiada agensi kerajaan yang sanggup meneliti penemuan ini.

Pada masa ini, Dr. Cole memeriksa kira-kira 40,000 biopsi setahun.

Pandangan Dr. Cole sejajar dengan pandangan Dr. Robert Malone, penyumbang utama kepada teknologi vaksin mRNA. Dr. Malone, dalam artikel yang diterbitkan oleh The Epoch Times pada 11 April, berkata “mRNA” daripada vaksin Pfizer dan Moderna bukanlah mRNA sebenarnya. 

“Molekul ini mempunyai unsur genetik yang serupa dengan mRNA semula jadi, tetapi mereka jelas jauh lebih tahan terhadap enzim yang biasanya merendahkan mRNA semula jadi, nampaknya mampu menghasilkan tahap protein yang tinggi untuk tempoh yang lama, dan nampaknya mengelak mekanisme imunologi normal untuk menghapuskan sel-sel yang menghasilkan protein asing yang tidak biasanya diperhatikan dalam badan,” kata Dr. Malone.

Dr. Robert Malone (Gambar oleh Zhen Wang/The Epoch Times)

Dr. Joseph Mercola, seorang doktor osteopatik, juga berkata spike protein daripada vaksin COVID-19 adalah penyebab kerosakan organ yang teruk.

“Sains menunjukkan bukan virus yang menyebabkan kerosakan ‘endothelial’ yang membawa kepada kerosakan organ, seperti yang terdapat pada jantung, hati dan buah pinggang pesakit COVID-19. Sebaliknya, ia adalah spike protein yang disuntik dalam program suntikan terapi genetik,” tulis Dr. Mercola dalam satu artikel baru-baru ini.

Beberapa kajian menunjukkan spike protein yang dihasilkan oleh vaksin berterusan dalam tubuh manusia, kata Dr. Cole, tetapi “kami tidak tahu berapa lama urutan sintetik itu berterusan.”

Kajian Universiti Stanford oleh Katharina Röltgen dan lain-lain menunjukkan bahawa urutan sintetik berterusan selama sekurang-kurangnya 60 hari. Kajian Universiti Harvard oleh Alana Ogata dan lain-lain menunjukkan spike protein boleh beredar selama berminggu-minggu.

Dr. Cole berkata seorang profesor Jerman, Dr. Arne Burkhardt, mendapati dalam kajian bedah siasatnya bahawa spike protein boleh bertahan dalam tubuh manusia selama 128 hari.

“Dan spike [protein] yang dibuat oleh [vaksin mRNA] mendorong perubahan patologi dalam badan. Ia boleh menyebabkan pembekuan,” kata Dr. Cole. “Kami mendengar anak muda ini meninggal dunia akibat bekuan darah, bekuan mikro, yang bukan jenis bekuan biasa. Ini adalah jenis bekuan unik yang berterusan, menyekat oksigen badan, menjerut bahagian badan, meradang jantung, menyebabkan serangan jantung, menyebabkan strok, menyebabkan kanser dalam kumpulan umur muda … Perkara luar biasa yang tidak sepatutnya berlaku dan sedang berlaku. Berkemungkinan berkaitan dengan urutan sintetik yang diubah suai secara genetik yang kami masukkan ke dalam badan berbilion-bilion orang.”

Dr. Cole berkata sel kita mempunyai mekanisme pembaikan DNA, tetapi DNA tidak dapat membaiki dirinya apabila spike protein memasuki ke dalam nukleus sel T, salah satu sel darah putih penting yang memainkan peranan penting dalam sistem imun.

“Kajian dari Sweden menunjukkan ini,” kata Dr. Cole yang merujuk kepada kajian terbaru yang menunjukkan bahawa mRNA daripada vaksin COVID-19 Pfizer boleh memasuki sel hati manusia dan ditukar kepada DNA di dalam nukleus. “Sekarang sel itu, DNA itu tidak boleh membaiki dirinya sendiri. Jadi sel akan melakukan satu daripada dua perkara, ia sama ada akan meletupkan dirinya sendiri, itu dipanggil apoptosis, atau ia akan bermutasi. Dan kini ia menjadi sel malignan atipikal.”

“Untuk persoalan itu juga, penindasan imun kerana spike [protein], atas sebab pseudouridine, ia mengubah corak reseptor pada sel,” kata Dr. Cole, sambil menambah reseptor ini mungkin membolehkan sel T melawan semua jenis virus.

“Kini, anda tidak mempunyai sistem pertahanan. Sel kanser ini boleh menyerang dinding. Patogen ini boleh menyerang dinding kerana sistem imun anda telah ditindas ke tahap yang membolehkan perkara itu berlaku. Bilakah itu berhenti? Kami tidak tahu. Bagaimana kita membalikkannya? Kami tidak tahu. Adakah ia berlaku kepada semua orang? Tidak, terima kasih Tuhan. Adakah ia berlaku pada tahap yang membimbangkan? Anda sendiri bertaruh.”

Kajian semakan sejawat yang diterbitkan pada 15 April juga mendapati bahawa vaksin mRNA “menggalakkan sintesis spike protein SARS-CoV-2 yang berterusan” dan “spike protein adalah neurotoksik, dan ia menjejaskan mekanisme pembaikan DNA.”

Baik Pfizer mahupun Moderna tidak memberi maklum balas atas permintaan untuk mendapatkan komen.

Di laman webnya, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menyatakan vaksin mRNA COVID-19 tidak akan menjejaskan atau berinteraksi dengan DNA, begitu juga mRNA dan spike protein tidak akan bertahan lama di dalam badan.

“mRNA tidak pernah memasuki sel nukleus di mana DNA (bahan genetik) kita berada, jadi ia tidak boleh mengubah atau mempengaruhi gen kita,” kata CDC. “Sel-sel kita memecahkan mRNA dan menyingkirkannya dalam masa beberapa hari selepas vaksinasi. Para saintis menganggarkan spike protein, seperti protein lain yang dihasilkan oleh badan kita, mungkin kekal di dalam badan sehingga beberapa minggu.”

Jalinan kepentingan kerajaan-korporat

Dr. Cole berkata pengeluar vaksin dan agensi kesihatan kerajaan mengetahui tentang masalah vaksin mRNA tetapi menyembunyikannya kerana kepentingan yang saling berkaitan.

“Kami telah mengetahui masalah modulasi imun sejak 2006, sekurang-kurangnya terdapat beberapa kertas di sana,” kata Dr. Cole. “Ada sebab mengapa Moderna tidak pernah membawa produk mRNA ke pasaran. Dan mereka mempunyai ujian untuk gangguan genetik. Mereka akan menggunakan modaliti ini untuk pengubahsuaian gen. Ia tidak pernah sampai ke pasaran kerana selalu terdapat terlalu banyak kesan sampingan ke atas model haiwan. Mereka tahu tentang ini. Adakah Pfizer tahu tentang ini? Ya.”

“[Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA)] ditawan oleh syarikat. Hampir separuh daripada pendapatan FDA dan hasil yang mengasyikkan datang daripada Pharma,” kata Dr. Cole. “CDC mempunyai 57, 58 paten vaksin … Adakah anda fikir mereka mempunyai minat untuk bercakap yang buruk tentang mana-mana vaksin? Sudah tentu tidak.”

“[Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)] memegang paten spike protein dan jujukannya, dan mereka melesenkannya kepada Moderna. Setiap bilion yang diperoleh oleh tabung Moderna, begitu juga dengan NIH. Adakah itu jalinan kepentingan kerajaan-korporat? Anda pertaruhkan.”

The Epoch Times telah menghubungi FDA, CDC, dan NIH untuk mendapatkan komen.

Menurut helaian fakta FDA, untuk tahun fiskal 2019, 54 peratus daripada belanjawan yang disediakan diluluskan dalam belanjawan persekutuan. Baki 46 peratus, atau AS$2.8 bilion, telah dibayar oleh yuran pengguna industri.

CDC menyenaraikan lebih 60 teknologi “calon vaksin dan terapeutik” untuk pelesenan dan kerjasama di laman webnya. FDA turut mempunyai program pemindahan teknologi sendiri.

“Setiap tahun, beratus-ratus ciptaan baharu dibuat di makmal NIH dan CDC. Sembilan Institut atau Pusat (IC) NIH memindahkan ciptaan NIH dan CDC melalui lesen kepada sektor swasta untuk penyelidikan dan pembangunan lanjut dan untuk tujuan pengkomersilan akhirnya,” kata NIH.

Perjanjian pelesenan model menunjukkan agensi kesihatan ini menerima royalti untuk pemindahan teknologi mereka.

Menurut Axios, pada Mei 2020, Pengarah NIH ketika itu Dr. Francis Collins berkata, “Kami mempunyai beberapa kepentingan tertentu dalam harta intelek” di sebalik vaksin Moderna.

“Bercakap dengan syarikat, saya tidak mendengar mana-mana daripada mereka mengatakan mereka fikir [vaksin] ini adalah penghasil wang,” kata Dr. Collins. “Tiada siapa yang melihat ini sebagai cara untuk menghasilkan berbilion dolar.”

Dr. Francis Collins (Gambar oleh Saul Loeb-Pool/Getty Images)

“Jadi tiada siapa yang akan mengundi diri mereka keluar daripada pekerjaan di agensi ini,” kata Dr. Cole. “Dengan menafikan permohonan dan yuran permohonan dan semakan ubat-ubatan untuk semua syarikat besar ini, mereka tidak akan mempunyai hasil yang mencukupi untuk memastikan agensi mereka beroperasi juga. Ia benar-benar paradoks yang kalah-kalah.”

“Kebenaran ditambah ketelusan bersamaan kepercayaan,” kata Dr. Cole. Bagaimanapun, agensi kerajaan “memusnahkan kepercayaan orang ramai” terhadap mereka.

Malahan New York Times yang berhaluan kiri, baru-baru ini melaporkan bahawa CDC menahan data kritikal COVID-19 mengenai dos penggalak, kemasukan ke hospital dan analisis lain.

Dr. Cole berkata jika beliau bertanggungjawab, beliau akan menguruskan tindak balas COVID selaras dengan Deklarasi Great Barrington.

“Kami melindungi mereka yang terdedah. Kami tahu siapa yang terjejas serta-merta. Kami memastikan sekolah terbuka luas. Kami tidak mengunci sesiapa. Kami fokus pada rawatan awal. Kami tahu daripada SARS COVID-1 bahawa ‘chloroquines’ berfungsi melawan keluarga virus ini. Kami kembali mengguna ubat yang lama semula seperti yang selalu kami lakukan dengan mana-mana penyakit baru dan baru muncul. Kami merawat awal. Kami mengiktiraf mereka yang telah pulih COVID-19 dengan imuniti semula jadi. Dan kami tidak melakukan lagi apa yang kami telah lakukan. Anda tidak akan pernah membiarkan penawarnya menjadi lebih buruk daripada penyakit itu sendiri.”

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: