30.2 C
Kuala Lumpur
Monday, July 21, 2025
Utama Blog Laman 162

Elak penggunaan minyak masak lebih 3 kali demi kesihatan diri

0

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan minyak masak peket bersubsidi dijangka pulih dalam masa terdekat. Hal ini berlaku ekoran pembelian panik yang dilakukan oleh pengguna lantaran pemansuhan subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram sejak 1 Julai lalu. Susulan peningkatan harga minyak masak yang terlalu tinggi ketika ini (hampir RM43 bagi 5kg minyak masak), Public Health Malaysia menerusi hantaran diFacebook rasmi mereka mengingatkan para peniaga agar tidak akan menggunakan minyak masak berulang kali sebagai langkah penjimatan.

Menurut Public Health Malaysia, semasa menggoreng minyak masak melepaskan sisa toksik yang dipanggil aldehydes yang mana sisa toksik ini akan tertinggal di dalam minyak. Makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak yang diguna semula ini pula akan menyerap sisa toksik tersebut. Inilah bahan bahaya yang menyebabkan kanser!

Facebook

Selain itu, radikal bebas yang dihasilkan akan menyebabkan radang dalam tubuh. Akibatnya, seseorang itu boleh mendapat penyakit seperti masalah kegemukan, kencing manis, strok dan jantung.

Jika diperhatikan semula, tekak akan berasa perit dan pedih selepas makan makanan bergoreng yang menggunakan minyak masak berulang. Ini adalah disebabkan keadaan berasid minyak masak terpakai. Oleh itu, sila elakkan penggunaan minyak masak lebih 3 kali. Minyak terpakai itu boleh dijual atau diproses untuk menjadi lilin, sabun atau bahan-bahan lain.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Filem Mat Kilau kutip RM47 juta dalam 11 hari, Fattah Amin antara sebab orang ramai mahu ke pawagam!

0

Allahuakhbar..
Mat Kilau is the fastest film to reach Rm 47 million in just 11 days. Bakal atasi box office rekod Munafik 2 tahun 2018 (Rm 48 million)
Hilang kata..limpah kurnia dariNya. Alhamdulillah terima kasih semuanya. Majulah filem bangsa & negara.
Filem No 1 Malaysia two weeks in a row. Masih terus mengenepikan filem Hollywood untuk minggu ke 2.”

Begitulah luahan rasa syukur Syamsul Yusof menerusi Instagram miliknya apabila filem Mat Kilau arahannya itu meraih RM47 juta hanya dalam 11 hari ditayangkan. Melihatkan sambutan orang ramai yang semakin rancak ini, filem Mat Kilau dijangkakan bakal mengatasi kutipan filem Munafik 2 pada tahun 2018 iaitu sebanyak RM48 juta. Syamsul juga dalam satu kenyataan tidak menolak filem ini boleh mencecah kutipan sehingga RM50 juta dalam masa terdekat.

Instagram

Sejak mula ditayangkan pada 23 Jun lalu, Mat Kilau menjadi bualan orang ramai. Mungkin disebabkan sudah lama tidak di’saji’kan dengan cerita berunsurkan kepahlawanan, jadi filem ini seolah membangkitkan kembali semangat mempertahankan negara tercinta. Filem ini bukan sahaja menghiburkan malah mempunyai nilai-nilai murni yang dapat diambil oleh para penonton.

Rata-rata netizen memuji kehebatan jalan cerita ini sehinggakan ada yang mahu belajar bersilat kerana terpegun dengan lakonan para pelakon yang menunjukkan mutu lakonan yang mantap serta menjiwai watak. Antara pelakon yang menjadi bualan orang ramai ialah Fattah Amin yang memegang watak Awang. Netizen menyifatkan Awang adalah watak terbaik yang pernah dipegang oleh Fattah Amin sepanjang suami kepada aktres Fazura itu berlakon. Netizen berasa puas melihat lakonan Fattah Amin dalam Mat Kilau kerana mereka melihat banyak perubahan yang dilakukan Fattah Amin berbanding di awal kemunculannya sebagai pelakon.

Mungkin ramai yang tidak tahu sisi lain mengenai Fattah Amin yang sebenarnya pernah mewakili Kuala Lumpur dalam pertandingan silat olahraga peringkat kebangsaan suatu ketika dahulu. Begitulah yang dikongsikan oleh Expendables GYM menerusi satu hantaran di Facebook mereka.

Selain itu, persatuan Silat Gayung Fatani Masjid Amru Ibni Al’as Bandar Baru Sentul Kuala Lumpur turut mendedahkan bahawa Fattah Amin sememangnya seorang pesilat. Difahamkan, Fattah Amin mengangkat silat Gayung Fatani dan merupakan bekas pesilat Kuala Lumpur selain pernah menyertai kejohanan silat kebangsaan pada tahun 2010.

Fattah Amin dalam satu kenyataan bersama sidang media tayangan perdana filem Mat Kilau mengesahkan bahawa dia sememangnya pernah mewakili Kuala Lumpur dalam acara olahraga tersebut namun tidak pernah berkongsi hal berkenaan. Menurutnya, dengan memiliki asas ilmu persilatan, sedikit sebanyak mengurangkan beban ketika dia melakonkan watak Awang. Dia juga tidak menyangka bahawa kemahiran silatnya itu menjadi kelebihan buatnya lebih-lebih lagi dalam melakonkan filem aksi. “Apa yang saya belajar dulu ternyata dapat dipraktikkan dalam sebuah filem,” ujar Fattah Amin.

Menerusi filem Mat Kilau itu juga, Fattah Amin dilihat mahir memanah. Menurut Fattah Amin, dia berlatih memanah selama berbulan-bulan sebelum masuk ke dalam set penggambaran dan melakonkan sendiri babak memanah tersebut. Selain itu, Fattah Amin juga berlatih silat untuk menajamkan lagi kemahiran yang sudah lama dia tinggalkan. Tambahnya lagi, hampir semua babak berlawan didalam filem tersebut dilakonkan sendiri oleh para pelakon yang mana hanya 20 peratus sahaja menggunakan khidmat stunt man.

Fattah Amin mengakui Awang adalah antara watak yang kuat yang pernah dia bawakan. Penonton akan tahu mengapa dia berkata begitu selepas mereka menontonnya nanti. Baginya, segala penat lelah sepanjang berada di lokasi penggambaran adalah sangat berbaloi. Keyakinannya bahawa filem ini akan mendapat sambutan menjadi kenyataan apabila melihat hasil kutipan hanya selepas 11 hari ditayangkan. Memang cukup mengagumkan!

Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof, yang diterbitkan oleh Studio Kembara ini menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. Sudahkah anda menontonnya? Jika belum, segeralah ke pawagam berdekatan anda kerana anda pasti akan memperoleh satu pengalaman baharu yang belum pernah dirasai daripada mana-mana filem yang pernah anda tonton sebelum ini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Model Melayu pertama ‘catwalk’ di pentas ‘Paris Fashion Week’

0

Jarang sekali kita melihat rakyat Malaysia menghiasi pentas peragaan di pusat fesyen antarabangsa terkemuka dunia, maka itu sebabnya ia benar-benar unik apabila seorang anak tempatan mendapat tempat menjadi model bagi beberapa jenama fesyen terkenal dan paling disegani di dunia.

Terbaru ialah model muda Ridzman Zidaine berusia 22 tahun, di mana baru-baru ini beliau memperagakan jenama terkenal berprestij di pentas Paris Fashion Week.

Facebook

Lebih membanggakan, Ridzman merupakan model kedua dari Asia Tenggara yang mencipta nama di Paris.

Laman Facebook Rizal Hakimm Punyer memaparkan profil yang menyerlahkan pencapaian Ridzman Zidaine sebagai model fesyen antarabangsa yang kian meningkat mencipta nama.

Facebook

Mereka menulis, “Ridzman Zidaine, 22 tahun, 188cm. Model Melayu pertama catwalk di Paris Fashion Week, minggu fesyen paling berprestij di dunia.”

Apa yang menjadikan kerjaya model muda ini lebih menarik ialah Ridzman sebelum ini juga pernah catwalk untuk pelbagai jenama terkenal dan disegani.

Facebook

“Apa yang lebih hebat ialah Ridzman berjalan untuk label mewah yang terkenal di dunia seperti Louis Vuitton, Hermès, Zegna (Ermenegildo Zegna) dan Issey Miyaki,”

Facebook

“Beliau juga pernah catwalk untuk jenama seperti Wooyoungmi, Casablanca, Alyx dan di London Fashion Week 2022 untuk jenama Robyn Lynch, Herra dan Juoyu Wang,” tambah mereka.

Facebook

Menceritakan bagaimana Ridzman boleh terjebak menjadi model menerusi majalah Men’s Folio, katanya beliau pada mulanya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang model. 

Instagram

Malah, Ridzman mendedahkan cita-cita sebenarnya adalah untuk menceburi kerjaya polis, selain menganggap dirinya sebagai seorang yang introvert.

Instagram

Namun, semuanya berubah apabila sebuah agensi peragaan Topboi Citizen berjaya mengesan bakat pemuda ini yang berwajah unik dan beliau terus ditawarkan menjadi model pada usia 19 tahun.

Debut pertamanya adalah di Kuala Lumpur Fashion Week 2019 (KLFW 2019) sebelum pandemik COVID-19 melanda.

Instagram

Rakyat Malaysia sememangnya boleh melakukan apa sahaja dan mencapai keajaiban jika anda semua memfokuskan fikiran dan bekerja keras ke arah matlamat. Tiada apa yang mustahil.

Facebook

Syabas buat anak muda berusia 22 tahun Ridzman Zidaine yang berjaya mencipta nama di pentas dunia dengan wajah unik serta sudah tentu dengan kerja keras anda. Terbaik! Malaysia Boleh!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Bermula 4 Julai, warganegara Malaysia yang pulang ke tanah air tidak perlu mengisi Pas Pengembara

0

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan media berkata, warganegara Malaysia yang akan pulang ke negara ini tidak perlu lagi mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera mereka. Arahan tersebut berkuat kuasa mulai 4 Julai 2022.

Katanya, kelonggaran ini bagi memudahkan warganegara Malaysia kembali ke tanah air, disamping keadaan sistem kesihatan negara yang kini berada pada tahap yang baik dan memuaskan.

Walau bagaimanapun, pemansuhan ini belum dibuat secara menyeluruh di mana ia hanya terpakai kepada warganegara sahaja. Oleh yang demikian, para pengembara bukan warganegara Malaysia tetap perlu melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera sebelum memasuki negara ini.

Bagi pemegang-pemegang pas sosial, pas pelajar dan penduduk tetap pula, mereka akan turut diberi kelonggaran pemansuhan keperluan mengisi pas pengembara ini pada masa depan yang akan diumumkan kelak.

Selain pemantauan kes-kes COVID-19 dalam kalangan pengembara luar, ciri-ciri Pas Pengembara tersebut perlu dilengkapkan oleh mereka supaya Kementerian Kesihatan Malaysia berupaya membuat pemantauan rapi ke atas penyakit berjangkit lain dari luar negara seperti cacar monyet.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Sungai Chandong di Klang bertukar merah jambu, dipercayai tercemar akibat pembuangan sisa haram

0

Penduduk Klang dikejutkan dengan pemandangan luar biasa pada pagi 29 Jun lalu apabila Sungai Chandong bertukar warna ke merah jambu semalaman.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada lewat petang Rabu, 29 Jun.

Facebook

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian dalam satu kenyataan berkata tinjauan dan semakan mendapati warna air sungai kembali normal selepas air pasang.

Ini menyebabkan mereka percaya air sungai itu telah dicemari pada awal pagi.

Facebook

Pembuangan sisa haram di kawasan perindustrian Pulau Indah, Klang, disyaki menjadi punca air sungai tercemar.

“Cecair berwarna merah itu dipercayai dilepaskan ke dalam longkang dan dialirkan ke kawasan tadahan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) seterusnya memasuki Sungai Chandong,” kata Hee.

Facebook

Anggaran jarak longkang tersebut ke lokasi pencemaran adalah sekitar 1.32 kilometer.

Facebook

Pasukan penyiasat LUAS telah mengambil sampel air untuk analisis lanjut di makmal bagi mengenal pasti kualiti dan kandungan pencemaran.

Facebook

Katanya, pihak LUAS juga akan memantau dengan rapi kualiti air bagi memastikan sumber air di Selangor terpelihara dengan baik.

Sementara itu, LUAS juga sedang berusaha mencari suspek yang menyebabkan pencemaran air tersebut.

Facebook

Kerajaan negeri Selangor berkata mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan jenayah pencemaran sumber air dan tindakan tegas akan diambil selaras dengan peruntukan Enakmen LUAS 1999.

Facebook

Pihak berkuasa juga menggesa mereka yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti tersebut supaya melaporkan kepada LUAS supaya tindakan segera dapat diambil.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Remaja 18 tahun berjaya sahut cabaran ibu dengan ganjaran AS$1,800 untuk tidak menyentuh media sosial selama 6 tahun

0

Seorang ibu dari Minnesota mencabar anak lelakinya yang berusia 12 tahun supaya tidak menggunakan media sosial sehingga hari lahirnya yang ke-18, dengan menjanjikan ganjaran AS$1,800 (RM7,931) jika dia berjaya menyelesaikan tugas itu.

Ibu kepada empat anak, Lorna Klefsaas, ejen pelancongan berusia 52 tahun dari Motley, Minnesota, mendengar di radio tentang “Cabaran 16X16,” di mana seseorang telah diberi AS$1,600 (RM7,050) untuk melakukan sesuatu sehingga mereka berusia 16 tahun, dan perhatiannya tercetus dengan idea terbaik. 

Lorna dan suaminya telah melihat tiga anak perempuan mereka yang lebih tua bergelut dengan media sosial pada tahap yang berbeza-beza semasa remaja. Salah seorang anak perempuan mereka mengalami kemurungan dan kebimbangan serius akibatnya. Lorna inginkan suatu kelainan untuk anak keempatnya, Sivert.

Lorna Klefsaas / Facebook

“Saya hanya mahu menghalang Sivert daripada perkara itu selagi yang saya boleh,” katanya kepada The Epoch Times.

Jadi pada suatu hari, ketika Sivert menjengah ke dapur, Lorna dengan santai menawarkan cabaran itu untuk disahut.

“Saya berkata, ‘Siv, adakah kamu akan mempertimbangkan untuk tidak menggunakan media sosial sehingga kamu berusia 18 tahun jika saya membayar kamu AS$1,800?'” katanya.

Sivert, yang ketika itu berusia 12 tahun, dengan segera menerima tawaran itu.

Kini, pada usia 18 tahun dan seorang pelajar senior di Staples-Motley High School, Sivert berkata, “Saya menerimanya kerana ia adalah wang yang banyak! Saya mungkin tidak pernah mempunyai lebih dari AS$10 dalam hidup saya. Jadi, AS$1,800 terdengar seperti satu kekayaan. Saya ingat ketika itu saya fikir akan mempunyai wang yang cukup untuk membeli rumah dan kereta.”

Lorna Klefsaas / Facebook

Tidak pernah berada di media sosial pada mulanya, Sivert menganggap dan percaya cabaran itu amat mudah.

“Ia tidak seperti saya terpaksa melepaskan sesuatu-saya hanya perlu tidak bermula,” kata Sivert.

Terdorong dengan janji wang itu, cabaran terbukti mudah pada mulanya. Walau bagaimanapun, apabila Sivert mencapai usia tahun junior dan senior di sekolah tinggi, ia menjadi lebih sukar. Apabila menjadi remaja semakin dewasa, Sivert menyedari AS$1,800 bukanlah jumlah yang besar seperti yang difikirkan. Tetapi kemudian, terdapat juga kesulitan sosial yang datang bersama-sama apabila seseorang menjauhkan diri dari media sosial.

“Ia amat sukar apabila saya akan bertemu orang baharu. Semua orang akan meminta Snapchat saya. Apabila saya berkata saya tidak mempunyainya, mereka tidak tahu cara lain untuk terus berhubung dengan saya,” kata Sivert.

Walaupun mungkin beberapa hubungan terlepas pada masa itu, Sivert tetap berpegang teguh dengan janjinya. Remaja ini mempunyai rakan yang tahu tentang cabaran itu dan memastikan dia mengemas kini perkara yang dia terlepas dalam talian. Akhirnya, keazamannya untuk memperjuangkan matlamatnya “adalah satu kebanggaan.”

Lorna Klefsaas / Facebook

“Dan soal berapa banyak masa yang saya telah laburkan, saya tidak mahu berputus asa apabila saya sudah berusaha menolaknya selama empat hingga lima tahun! Saya hanya benar-benar mahu menang,” kata Sivert.

Lorna menoleh ke belakang dan berpendapat impak komitmen Sivert adalah “luar biasa”. Bukan sahaja dia “menghindarkan drama” media sosial semasa tahun-tahun pembentukannya, tetapi ia memberinya masa tambahan ketika rakan-rakannya menghabiskan masa menatap skrin komputer dan telefon pintar. Anak muda ini sebaliknya menggunakan masanya untuk perkara lebih penting buat dirinya.

“Sivert ialah seorang pelajar cemerlang dan juga atlet yang hebat. Dia telah melaburkan masanya untuk menjadi pelajar sekolah tinggi terbaik yang dia boleh, dan ia telah membuahkan hasil. Saya juga fikir ia telah memberikan kemahiran ‘secara peribadi’ yang luar biasa kepadanya,” ujar Lorna.

“Dia seorang penutur perbualan yang baik, melakukan hubungan mata dengan baik, dan melibatkan diri dalam aktiviti dengan orang di sekelilingnya. Dia telah meluangkan masa berjam-jam ke dalam akademik dan sukan, dan dia mula melihat ganjarannya. Dia akan menjadi nombor 1 dalam kelasnya. Dia menjaringkan mata ke-1,000 dalam bola keranjang tahun ini, dan dia bergegas untuk memecahkan rekod 2,000 ela dalam kerjaya bola sepaknya. Saya amat berbangga dengannya,” tambah Lorna.

Lorna Klefsaas / Facebook

Pada pagi hari jadi Sivert yang ke-18, Lorna masuk ke biliknya dengan cek yang telah lama ditunggu-tunggu bernilai AS$1,800. Sivert telah menang kerana dia berpegang teguh kepada cabaran itu.

“Kami berdua ketawa mengenainya, kerana kami tahu ia tidak hampir dengan jumlah wang yang saya fikirkan ketika umur saya 12 tahun. Tetapi secara keseluruhannya saya berasa bangga dengan diri sendiri,” kata Sivert.

Sivert Klefsaas bercadang untuk membeli barang-barang keperluan untuk bilik asramanya dengan wang itu.

Lorna Klefsaas / Facebook

Pada hari itu juga, Sivert memuat turun Instagram dan Snapchat buat pertama kali. Senior sekolah tinggi ini akan mendaftarkan diri di Universiti Northwestern di St. Paul pada musim gugur kelak untuk mendapatkan ijazah pentadbiran perniagaan, sambil berkata dia hanya menyukai media sosial untuk mengikuti perkembangan rakan dan keluarganya.

Lorna berkata anak lelakinya gemar menggunakan media sosial, tetapi dia “tidak ketagihan dengannya.”

Lorna Klefsaas / Facebook

“Saya tahu dia tidak akan membenarkan media sosial untuk menentukan perasaannya tentang diri atau nilai peribadinya,” katanya.

Satu komen yang Lorna terima daripada orang ramai ialah dia sepatutnya membayar lebih banyak wang kepada anaknya untuk menyelesaikan cabaran itu. Dan Lorna bersetuju. Tetapi hasil diperolehi jauh lebih berharga daripada perbelanjaan.

“Pada masa itu, saya fikir ia hanyalah satu cabaran yang comel—AS$1,800 untuk usia 18 tahun. Jika difikirkan semula, saya akan membayar lebih banyak untuk keputusan yang kami perolehi,” katanya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Fenomena awan Arcus di Kota Kinabalu amat jarang berlaku, kata pakar klimatologi

0

Fenomena awan dikenali Arcus yang berlaku di Kota Kinabalu, Sabah pada pagi 1 Julai telah menggemparkan penduduk di sana dan menjadi tular di media sosial dengan rata-rata berkongsi gambar keunikan bentuk awan tersebut.

Seorang pengguna Facebook Mohd Fhais Salim berkongsi gambar awan tersebut di Sabah Info dengan kapsyen, “Keadaan awan pagi ini di Kota Kinabalu. Hujan lebat dan angin kencang ketika ini. Seram dan cantik pada masa yang sama.”

Facebook

Pakar Klimatologi, Dr. Ramzah Dambul menjelaskan fenomena tersebut sememangnya amat jarang berlaku di Kota Kinabalu.

Fenomena Awan Arcus hanya direkodkan sebanyak tiga kali dalam tempoh satu dekad iaitu pada tahun 2012, 2016 dan 2022.

Facebook

“Awan rendah yang memanjang seperti ombak tsunami ini, sebenarnya ada hubungan sepupu dengan awan kumulonimbus. 

“Kedua-dua awan ini terbentuk akibat pertembungan udara panas dan sejuk, satu situasi atmosfera yang tidak stabil. Sebab itu, cuaca biasanya akan disusuli angin kencang, hujan lebat dan ribut petir, dengan kehadiran awan-awan begini,” jelas Dr. Ramzah. 

Facebook

“Cuma bezanya, kumulonimbus yang kelihatan macam cendawan kubis, mirip letusan bom atom Hiroshima, berada pada tahap lebih tinggi. Awan kumulonimbus ini juga, merupakan fenomena yang amat lazim di negara tropika seperti Malaysia. Biasa-biasa saja,” tambahnya.

“Kemunculan awan Arcus adalah sangat-sangat jarang berlaku. Jika mengikut rekod yang dirakam di media sosial, fenomena awan ini pernah muncul di Kota Kinabalu pada Jun 2012 dan Jun 2016. Namun kali ini, ia berlaku selepas bulan Jun,” kata Dr. Ramzah.

Facebook

“Di Queensland, Australia, ia berlaku pada bulan Oktober setiap tahun, kebarangkalian untuk awan ini muncul ialah 40 peratus. Maksudnya, 4 kali dalam 10 hari, pada bulan Oktober sahaja. Tempat ini dianggap paling biasa berlaku untuk pembentukan awan Arcus, di seluruh dunia,” tambahnya lagi.

Menurut Dr. Ramzah, walaupun fenomena awan Arcus adalah petanda cuaca kurang baik, namun ia tidaklah membahayakan seperti akan berlaku kejadian taufan atau puting beliung dan orang ramai tidak perlu panik.

Facebook

“Jadi nikmati kecantikan alam dan tanda keagungan Tuhan yang amat jarang-jarang berlaku ini,” katanya.

Bertuahlah semua yang berada di Kota Kinabalu, Sabah kerana dapat menyaksikan awan Arcus jarang berlaku dan jika berkesempatan berpeluang pula merakamnya.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Langgar kenderaan JPJ guna pengorek kaut, polis tahan seorang lelaki

0

Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 60-an bagi membantu siasatan kes menghalang dan menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam iaitu anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika melaksanakan kewajipannya, dalam kejadian di Keningau, Sabah pada petang Khamis, 30 Jun.

Ketua Polis Daerah Keningau DSP Nor Rafidah Kasim berkata polis menerima laporan kejadian itu pada jam 6.32 petang dan siasatan awal mendapati anggota JPJ Cawangan Keningau telah menahan dan membuat pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan berat jenis pengorek kaut (backhoe) yang mencurigakan.

Twitter

“Pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat kesalahan. Semasa saman hendak dikeluarkan pemandu tidak berpuas hati dan marah, lalu bertindak melanggar kenderaan pasukan JPJ yang dinaiki petugas hingga menyebabkan kerosakan pada kenderaan tersebut.

“Petugas (JPJ) sempat menyelamatkan diri dan tiada kecederaan terhadap petugas semasa kejadian. Polis menahan pemandu lelaki tempatan itu dan merampas kenderaan ‘backhoe’ tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Twitter

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 186/353 dan 427 Kanun Keseksaan.

Nor Rafidah turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai video kejadian tersebut yang tular di media sosial, yang akan mengganggu siasatan pihak polis.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Buah kelapa luruh di tengah jalan cederakan seorang wanita sedang membonceng motosikal anaknya di Pulau Pinang

0

Seorang pembonceng motosikal mengalami kecederaan serius selepas ditimpa buah kelapa yang tiba-tiba luruh di tengah jalan raya mengakibatkan wanita itu terjatuh dari motosikal yang ditunggang anak perempuannya.

Kemalangan itu telah berjaya dirakam kamera papan pemuka salah seorang pengguna Jalan Teluk Kumbar, di Georgetown, Pulau Pinang, lokasi di mana insiden berlaku.

Facebook

Video berdurasi 28 saat menunjukkan pembonceng motosikal sedang bergerak dengan motosikal anaknya apabila tiba-tiba sebiji buah kelapa luruh dari pokoknya dan menimpa ke atas kepalanya yang memakai topi keledar.

Hentakan kuat buah kelapa telah menyebabkan wanita itu terjatuh dari motosikal dengan topi keledarnya terlucut dari kepala dan dia dilihat terjatuh lalu berguling di atas jalan raya.

Facebook

Anak perempuan mangsa kemudian dengan segera memberhentikan motosikal lalu bergegas untuk menyelamatkan ibunya, bersama beberapa orang awam lain yang telah menahan dan memberhentikan kenderaan lain di jalan terbabit.

New Straits Times melaporkan kejadian itu berlaku pada 26 Jun lalu.

Salah seorang anak perempuan mangsa, Yaya Gani memaklumkan menerusi hantaran Facebook, ibunya telah patah bahu kanan dan tangan kiri serta dua rusuk akibat kemalangan itu.

Facebook

Mangsa yang pengsan ketika kejadian juga sudah sedarkan diri tetapi masih berada di dalam pemerhatian pihak hospital kerana keadaannya agak teruk, kata Yaya.

Ibunya yang dikenali sebagai Puan Anita kini sedang menjalani rawatan di Hospital Besar Pulau Pinang (HPP), dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih.

“Keadaan adik perempuan saya yang dilihat berlari ke arah ibu selepas kejadian itu, dia tidak apa-apa kecuali trauma,” tambahnya.

Yaya turut memohon semua untuk mendoakan kesembuhan ibunya.

Facebook

Saksi kejadian, seorang peniaga durian yang gerainya berada berdekatan tempat kemalangan berkata, dia telah biasa melihat buah kelapa jatuh di atas jalan di situ.

Md Ghazali Shahari, 62 tahun berkata ini pertama kali berlaku kemalangan yang mengancam nyawa membabitkan buah kelapa luruh.

“Selalunya buah luruh di tempat yang tiada orang malah pernah menghempap ​​kenderaan dan bumbung gerai saya. Tetapi, tiada kerosakan serius dan sebatang pokok kelapa berhampiran gerai saya telah ditebang sebelum ini,” katanya.

Ghazali juga antara orang awam yang bergegas membantu mangsa.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan memutuskan untuk menebang semua pokok kelapa di sepanjang jalan berkenaan bagi mengelak kejadian itu berulang.

Facebook

ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz berkata kepada Harian Metro, “Kejadian ini sama sekali tidak dijangka dan kami amat bersimpati..”

“Jadi bagi mengelak kejadian seperti itu berulang, pihak MBPP (Majlis Bandaraya Pulau Pinang) telah menjalankan kerja-kerja menebang 11 pokok kelapa bermula jam 2 petang 27 Jun, sambil mencari pokok berisiko lain di sepanjang jalan,” katanya.

Azrul menambah, pokok yang berisiko dan membahayakan orang awam akan ditebang menggunakan jentera angkat atau ‘skylift’.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Gara-gara mayonis diletak terlalu banyak dalam sandwic, pekerja Subway maut ditembak pelanggan berang

0

Satu insiden tembakan maut yang mengejutkan berlaku di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat pada 26 Jun lalu apabila seorang pelanggan lelaki tidak berpuas hati dengan pekerja restoran Subway hanya kerana meletak terlalu banyak mayonis di dalam sandwicnya. 

Seorang lagi pekerja wanita turut cedera parah.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika seorang pelanggan lelaki berusia 36 tahun memasuki restoran sandwic terkenal Subway dan memesan sandwicnya.

Gambar Hiasan / Unsplash

Tanpa menyangka apabila mendapat hidangannya, lelaki itu naik berang apabila mendapati terlalu banyak mayonis diletakkan oleh pekerja wanita itu di dalam sandwic kegemarannya.

Dalam keadaan marah, lelaki itu mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah restoran dan mengena seorang pekerja wanita berusia 26 tahun dan dia terbunuh di tempat kejadian.

Tangkap Skrin / YouTube

Seorang lagi pekerja wanita berusia 24 tahun juga mengalami kecederaan parah dan dikejarkan di hospital berdekatan.

Ketika kejadian berlaku, anak lelaki kepada pekerja yang cedera parah berusia 24 tahun itu turut berada di lokasi kejadian. Pengurus restoran cuba membalas tembakan tetapi malangnya telah gagal mengena suspek.

Walau bagaimanapun, suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan telah ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Tangkap Skrin / YouTube

Ketua Polis Darin Schierbaum mengesahkan kejadian itu berlaku yang berpunca daripada pertelingkahan yang membabitkan senjata api sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian.

“Kita boleh banteras operasi dadah yang menjadi punca jenayah membiak, kita boleh banteras organisasi kongsi gelap, kita boleh halang rompakan, tetapi kita tidak boleh menghalang seseorang yang marah hanya disebabkan terlalu banyak mayonis di dalam sandwicnya. Perkara begini kita tidak boleh nampak tanda-tanda emosi sebelum ia tiba-tiba meletus,” katanya.

Pemilik cawangan Subway berkenaan, Willie Glenn berkata dua pekerja itu adalah bersaudara dan mereka baru bekerja di restoran itu selama beberapa minggu, dan menyifatkan kedua-duanya sebagai pekerja yang menepati masa dan cemerlang.

Gambar Hiasan / Pexels

“Percaya atau tidak, kejadian itu berlaku hanya kerana terlalu banyak mayonis dalam sandwic dia. Saya tidak faham mengapa pembunuh itu tidak meminta pekerja kami mengurangkan sedikit mayonis, atau membuat yang baharu, atau meminta bayaran balik,” katanya.

“Saya tidak tahu apa hendak jadi dengan golongan belia sekarang. Mereka sangat baran. Semua orang hendak membawa senjata, semua orang hendak menakutkan orang lain dengan senjata, ia betul-betul menakutkan,” tambah Willie Glenn dengan rasa kecewa.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: