25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024
UtamaGlobalGara-gara mayonis diletak terlalu banyak dalam sandwic, pekerja Subway maut ditembak pelanggan...

Gara-gara mayonis diletak terlalu banyak dalam sandwic, pekerja Subway maut ditembak pelanggan berang

Satu insiden tembakan maut yang mengejutkan berlaku di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat pada 26 Jun lalu apabila seorang pelanggan lelaki tidak berpuas hati dengan pekerja restoran Subway hanya kerana meletak terlalu banyak mayonis di dalam sandwicnya. 

Seorang lagi pekerja wanita turut cedera parah.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika seorang pelanggan lelaki berusia 36 tahun memasuki restoran sandwic terkenal Subway dan memesan sandwicnya.

Gambar Hiasan / Unsplash

Tanpa menyangka apabila mendapat hidangannya, lelaki itu naik berang apabila mendapati terlalu banyak mayonis diletakkan oleh pekerja wanita itu di dalam sandwic kegemarannya.

Dalam keadaan marah, lelaki itu mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah restoran dan mengena seorang pekerja wanita berusia 26 tahun dan dia terbunuh di tempat kejadian.

Tangkap Skrin / YouTube

Seorang lagi pekerja wanita berusia 24 tahun juga mengalami kecederaan parah dan dikejarkan di hospital berdekatan.

Ketika kejadian berlaku, anak lelaki kepada pekerja yang cedera parah berusia 24 tahun itu turut berada di lokasi kejadian. Pengurus restoran cuba membalas tembakan tetapi malangnya telah gagal mengena suspek.

Walau bagaimanapun, suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan telah ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Tangkap Skrin / YouTube

Ketua Polis Darin Schierbaum mengesahkan kejadian itu berlaku yang berpunca daripada pertelingkahan yang membabitkan senjata api sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian.

“Kita boleh banteras operasi dadah yang menjadi punca jenayah membiak, kita boleh banteras organisasi kongsi gelap, kita boleh halang rompakan, tetapi kita tidak boleh menghalang seseorang yang marah hanya disebabkan terlalu banyak mayonis di dalam sandwicnya. Perkara begini kita tidak boleh nampak tanda-tanda emosi sebelum ia tiba-tiba meletus,” katanya.

Pemilik cawangan Subway berkenaan, Willie Glenn berkata dua pekerja itu adalah bersaudara dan mereka baru bekerja di restoran itu selama beberapa minggu, dan menyifatkan kedua-duanya sebagai pekerja yang menepati masa dan cemerlang.

Gambar Hiasan / Pexels

“Percaya atau tidak, kejadian itu berlaku hanya kerana terlalu banyak mayonis dalam sandwic dia. Saya tidak faham mengapa pembunuh itu tidak meminta pekerja kami mengurangkan sedikit mayonis, atau membuat yang baharu, atau meminta bayaran balik,” katanya.

“Saya tidak tahu apa hendak jadi dengan golongan belia sekarang. Mereka sangat baran. Semua orang hendak membawa senjata, semua orang hendak menakutkan orang lain dengan senjata, ia betul-betul menakutkan,” tambah Willie Glenn dengan rasa kecewa.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI