31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024
UtamaBerita UtamaFenomena awan Arcus di Kota Kinabalu amat jarang berlaku, kata pakar klimatologi

Fenomena awan Arcus di Kota Kinabalu amat jarang berlaku, kata pakar klimatologi

Fenomena awan dikenali Arcus yang berlaku di Kota Kinabalu, Sabah pada pagi 1 Julai telah menggemparkan penduduk di sana dan menjadi tular di media sosial dengan rata-rata berkongsi gambar keunikan bentuk awan tersebut.

Seorang pengguna Facebook Mohd Fhais Salim berkongsi gambar awan tersebut di Sabah Info dengan kapsyen, “Keadaan awan pagi ini di Kota Kinabalu. Hujan lebat dan angin kencang ketika ini. Seram dan cantik pada masa yang sama.”

Facebook

Pakar Klimatologi, Dr. Ramzah Dambul menjelaskan fenomena tersebut sememangnya amat jarang berlaku di Kota Kinabalu.

Fenomena Awan Arcus hanya direkodkan sebanyak tiga kali dalam tempoh satu dekad iaitu pada tahun 2012, 2016 dan 2022.

Facebook

“Awan rendah yang memanjang seperti ombak tsunami ini, sebenarnya ada hubungan sepupu dengan awan kumulonimbus. 

“Kedua-dua awan ini terbentuk akibat pertembungan udara panas dan sejuk, satu situasi atmosfera yang tidak stabil. Sebab itu, cuaca biasanya akan disusuli angin kencang, hujan lebat dan ribut petir, dengan kehadiran awan-awan begini,” jelas Dr. Ramzah. 

Facebook

“Cuma bezanya, kumulonimbus yang kelihatan macam cendawan kubis, mirip letusan bom atom Hiroshima, berada pada tahap lebih tinggi. Awan kumulonimbus ini juga, merupakan fenomena yang amat lazim di negara tropika seperti Malaysia. Biasa-biasa saja,” tambahnya.

“Kemunculan awan Arcus adalah sangat-sangat jarang berlaku. Jika mengikut rekod yang dirakam di media sosial, fenomena awan ini pernah muncul di Kota Kinabalu pada Jun 2012 dan Jun 2016. Namun kali ini, ia berlaku selepas bulan Jun,” kata Dr. Ramzah.

Facebook

“Di Queensland, Australia, ia berlaku pada bulan Oktober setiap tahun, kebarangkalian untuk awan ini muncul ialah 40 peratus. Maksudnya, 4 kali dalam 10 hari, pada bulan Oktober sahaja. Tempat ini dianggap paling biasa berlaku untuk pembentukan awan Arcus, di seluruh dunia,” tambahnya lagi.

Menurut Dr. Ramzah, walaupun fenomena awan Arcus adalah petanda cuaca kurang baik, namun ia tidaklah membahayakan seperti akan berlaku kejadian taufan atau puting beliung dan orang ramai tidak perlu panik.

Facebook

“Jadi nikmati kecantikan alam dan tanda keagungan Tuhan yang amat jarang-jarang berlaku ini,” katanya.

Bertuahlah semua yang berada di Kota Kinabalu, Sabah kerana dapat menyaksikan awan Arcus jarang berlaku dan jika berkesempatan berpeluang pula merakamnya.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI