Jarang sekali kita melihat rakyat Malaysia menghiasi pentas peragaan di pusat fesyen antarabangsa terkemuka dunia, maka itu sebabnya ia benar-benar unik apabila seorang anak tempatan mendapat tempat menjadi model bagi beberapa jenama fesyen terkenal dan paling disegani di dunia.
Terbaru ialah model muda Ridzman Zidaine berusia 22 tahun, di mana baru-baru ini beliau memperagakan jenama terkenal berprestij di pentas Paris Fashion Week.
Lebih membanggakan, Ridzman merupakan model kedua dari Asia Tenggara yang mencipta nama di Paris.
Laman Facebook Rizal Hakimm Punyer memaparkan profil yang menyerlahkan pencapaian Ridzman Zidaine sebagai model fesyen antarabangsa yang kian meningkat mencipta nama.
Mereka menulis, “Ridzman Zidaine, 22 tahun, 188cm. Model Melayu pertama catwalk di Paris Fashion Week, minggu fesyen paling berprestij di dunia.”
Apa yang menjadikan kerjaya model muda ini lebih menarik ialah Ridzman sebelum ini juga pernah catwalk untuk pelbagai jenama terkenal dan disegani.
“Apa yang lebih hebat ialah Ridzman berjalan untuk label mewah yang terkenal di dunia seperti Louis Vuitton, Hermès, Zegna (Ermenegildo Zegna) dan Issey Miyaki,”
“Beliau juga pernah catwalk untuk jenama seperti Wooyoungmi, Casablanca, Alyx dan di London Fashion Week 2022 untuk jenama Robyn Lynch, Herra dan Juoyu Wang,” tambah mereka.
Menceritakan bagaimana Ridzman boleh terjebak menjadi model menerusi majalah Men’s Folio, katanya beliau pada mulanya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang model.
Malah, Ridzman mendedahkan cita-cita sebenarnya adalah untuk menceburi kerjaya polis, selain menganggap dirinya sebagai seorang yang introvert.
Namun, semuanya berubah apabila sebuah agensi peragaan Topboi Citizen berjaya mengesan bakat pemuda ini yang berwajah unik dan beliau terus ditawarkan menjadi model pada usia 19 tahun.
Debut pertamanya adalah di Kuala Lumpur Fashion Week 2019 (KLFW 2019) sebelum pandemik COVID-19 melanda.
Rakyat Malaysia sememangnya boleh melakukan apa sahaja dan mencapai keajaiban jika anda semua memfokuskan fikiran dan bekerja keras ke arah matlamat. Tiada apa yang mustahil.
Syabas buat anak muda berusia 22 tahun Ridzman Zidaine yang berjaya mencipta nama di pentas dunia dengan wajah unik serta sudah tentu dengan kerja keras anda. Terbaik! Malaysia Boleh!
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: