33.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024
UtamaBerita UtamaFilem Mat Kilau kutip RM47 juta dalam 11 hari, Fattah Amin antara...

Filem Mat Kilau kutip RM47 juta dalam 11 hari, Fattah Amin antara sebab orang ramai mahu ke pawagam!

Allahuakhbar..
Mat Kilau is the fastest film to reach Rm 47 million in just 11 days. Bakal atasi box office rekod Munafik 2 tahun 2018 (Rm 48 million)
Hilang kata..limpah kurnia dariNya. Alhamdulillah terima kasih semuanya. Majulah filem bangsa & negara.
Filem No 1 Malaysia two weeks in a row. Masih terus mengenepikan filem Hollywood untuk minggu ke 2.”

Begitulah luahan rasa syukur Syamsul Yusof menerusi Instagram miliknya apabila filem Mat Kilau arahannya itu meraih RM47 juta hanya dalam 11 hari ditayangkan. Melihatkan sambutan orang ramai yang semakin rancak ini, filem Mat Kilau dijangkakan bakal mengatasi kutipan filem Munafik 2 pada tahun 2018 iaitu sebanyak RM48 juta. Syamsul juga dalam satu kenyataan tidak menolak filem ini boleh mencecah kutipan sehingga RM50 juta dalam masa terdekat.

Instagram

Sejak mula ditayangkan pada 23 Jun lalu, Mat Kilau menjadi bualan orang ramai. Mungkin disebabkan sudah lama tidak di’saji’kan dengan cerita berunsurkan kepahlawanan, jadi filem ini seolah membangkitkan kembali semangat mempertahankan negara tercinta. Filem ini bukan sahaja menghiburkan malah mempunyai nilai-nilai murni yang dapat diambil oleh para penonton.

Rata-rata netizen memuji kehebatan jalan cerita ini sehinggakan ada yang mahu belajar bersilat kerana terpegun dengan lakonan para pelakon yang menunjukkan mutu lakonan yang mantap serta menjiwai watak. Antara pelakon yang menjadi bualan orang ramai ialah Fattah Amin yang memegang watak Awang. Netizen menyifatkan Awang adalah watak terbaik yang pernah dipegang oleh Fattah Amin sepanjang suami kepada aktres Fazura itu berlakon. Netizen berasa puas melihat lakonan Fattah Amin dalam Mat Kilau kerana mereka melihat banyak perubahan yang dilakukan Fattah Amin berbanding di awal kemunculannya sebagai pelakon.

Mungkin ramai yang tidak tahu sisi lain mengenai Fattah Amin yang sebenarnya pernah mewakili Kuala Lumpur dalam pertandingan silat olahraga peringkat kebangsaan suatu ketika dahulu. Begitulah yang dikongsikan oleh Expendables GYM menerusi satu hantaran di Facebook mereka.

Selain itu, persatuan Silat Gayung Fatani Masjid Amru Ibni Al’as Bandar Baru Sentul Kuala Lumpur turut mendedahkan bahawa Fattah Amin sememangnya seorang pesilat. Difahamkan, Fattah Amin mengangkat silat Gayung Fatani dan merupakan bekas pesilat Kuala Lumpur selain pernah menyertai kejohanan silat kebangsaan pada tahun 2010.

Fattah Amin dalam satu kenyataan bersama sidang media tayangan perdana filem Mat Kilau mengesahkan bahawa dia sememangnya pernah mewakili Kuala Lumpur dalam acara olahraga tersebut namun tidak pernah berkongsi hal berkenaan. Menurutnya, dengan memiliki asas ilmu persilatan, sedikit sebanyak mengurangkan beban ketika dia melakonkan watak Awang. Dia juga tidak menyangka bahawa kemahiran silatnya itu menjadi kelebihan buatnya lebih-lebih lagi dalam melakonkan filem aksi. “Apa yang saya belajar dulu ternyata dapat dipraktikkan dalam sebuah filem,” ujar Fattah Amin.

Menerusi filem Mat Kilau itu juga, Fattah Amin dilihat mahir memanah. Menurut Fattah Amin, dia berlatih memanah selama berbulan-bulan sebelum masuk ke dalam set penggambaran dan melakonkan sendiri babak memanah tersebut. Selain itu, Fattah Amin juga berlatih silat untuk menajamkan lagi kemahiran yang sudah lama dia tinggalkan. Tambahnya lagi, hampir semua babak berlawan didalam filem tersebut dilakonkan sendiri oleh para pelakon yang mana hanya 20 peratus sahaja menggunakan khidmat stunt man.

Fattah Amin mengakui Awang adalah antara watak yang kuat yang pernah dia bawakan. Penonton akan tahu mengapa dia berkata begitu selepas mereka menontonnya nanti. Baginya, segala penat lelah sepanjang berada di lokasi penggambaran adalah sangat berbaloi. Keyakinannya bahawa filem ini akan mendapat sambutan menjadi kenyataan apabila melihat hasil kutipan hanya selepas 11 hari ditayangkan. Memang cukup mengagumkan!

Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof, yang diterbitkan oleh Studio Kembara ini menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. Sudahkah anda menontonnya? Jika belum, segeralah ke pawagam berdekatan anda kerana anda pasti akan memperoleh satu pengalaman baharu yang belum pernah dirasai daripada mana-mana filem yang pernah anda tonton sebelum ini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI