33.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024
UtamaInspirasiRemaja 18 tahun berjaya sahut cabaran ibu dengan ganjaran AS$1,800 untuk tidak...

Remaja 18 tahun berjaya sahut cabaran ibu dengan ganjaran AS$1,800 untuk tidak menyentuh media sosial selama 6 tahun

Seorang ibu dari Minnesota mencabar anak lelakinya yang berusia 12 tahun supaya tidak menggunakan media sosial sehingga hari lahirnya yang ke-18, dengan menjanjikan ganjaran AS$1,800 (RM7,931) jika dia berjaya menyelesaikan tugas itu.

Ibu kepada empat anak, Lorna Klefsaas, ejen pelancongan berusia 52 tahun dari Motley, Minnesota, mendengar di radio tentang “Cabaran 16X16,” di mana seseorang telah diberi AS$1,600 (RM7,050) untuk melakukan sesuatu sehingga mereka berusia 16 tahun, dan perhatiannya tercetus dengan idea terbaik. 

Lorna dan suaminya telah melihat tiga anak perempuan mereka yang lebih tua bergelut dengan media sosial pada tahap yang berbeza-beza semasa remaja. Salah seorang anak perempuan mereka mengalami kemurungan dan kebimbangan serius akibatnya. Lorna inginkan suatu kelainan untuk anak keempatnya, Sivert.

Lorna Klefsaas / Facebook

“Saya hanya mahu menghalang Sivert daripada perkara itu selagi yang saya boleh,” katanya kepada The Epoch Times.

Jadi pada suatu hari, ketika Sivert menjengah ke dapur, Lorna dengan santai menawarkan cabaran itu untuk disahut.

“Saya berkata, ‘Siv, adakah kamu akan mempertimbangkan untuk tidak menggunakan media sosial sehingga kamu berusia 18 tahun jika saya membayar kamu AS$1,800?'” katanya.

Sivert, yang ketika itu berusia 12 tahun, dengan segera menerima tawaran itu.

Kini, pada usia 18 tahun dan seorang pelajar senior di Staples-Motley High School, Sivert berkata, “Saya menerimanya kerana ia adalah wang yang banyak! Saya mungkin tidak pernah mempunyai lebih dari AS$10 dalam hidup saya. Jadi, AS$1,800 terdengar seperti satu kekayaan. Saya ingat ketika itu saya fikir akan mempunyai wang yang cukup untuk membeli rumah dan kereta.”

Lorna Klefsaas / Facebook

Tidak pernah berada di media sosial pada mulanya, Sivert menganggap dan percaya cabaran itu amat mudah.

“Ia tidak seperti saya terpaksa melepaskan sesuatu-saya hanya perlu tidak bermula,” kata Sivert.

Terdorong dengan janji wang itu, cabaran terbukti mudah pada mulanya. Walau bagaimanapun, apabila Sivert mencapai usia tahun junior dan senior di sekolah tinggi, ia menjadi lebih sukar. Apabila menjadi remaja semakin dewasa, Sivert menyedari AS$1,800 bukanlah jumlah yang besar seperti yang difikirkan. Tetapi kemudian, terdapat juga kesulitan sosial yang datang bersama-sama apabila seseorang menjauhkan diri dari media sosial.

“Ia amat sukar apabila saya akan bertemu orang baharu. Semua orang akan meminta Snapchat saya. Apabila saya berkata saya tidak mempunyainya, mereka tidak tahu cara lain untuk terus berhubung dengan saya,” kata Sivert.

Walaupun mungkin beberapa hubungan terlepas pada masa itu, Sivert tetap berpegang teguh dengan janjinya. Remaja ini mempunyai rakan yang tahu tentang cabaran itu dan memastikan dia mengemas kini perkara yang dia terlepas dalam talian. Akhirnya, keazamannya untuk memperjuangkan matlamatnya “adalah satu kebanggaan.”

Lorna Klefsaas / Facebook

“Dan soal berapa banyak masa yang saya telah laburkan, saya tidak mahu berputus asa apabila saya sudah berusaha menolaknya selama empat hingga lima tahun! Saya hanya benar-benar mahu menang,” kata Sivert.

Lorna menoleh ke belakang dan berpendapat impak komitmen Sivert adalah “luar biasa”. Bukan sahaja dia “menghindarkan drama” media sosial semasa tahun-tahun pembentukannya, tetapi ia memberinya masa tambahan ketika rakan-rakannya menghabiskan masa menatap skrin komputer dan telefon pintar. Anak muda ini sebaliknya menggunakan masanya untuk perkara lebih penting buat dirinya.

“Sivert ialah seorang pelajar cemerlang dan juga atlet yang hebat. Dia telah melaburkan masanya untuk menjadi pelajar sekolah tinggi terbaik yang dia boleh, dan ia telah membuahkan hasil. Saya juga fikir ia telah memberikan kemahiran ‘secara peribadi’ yang luar biasa kepadanya,” ujar Lorna.

“Dia seorang penutur perbualan yang baik, melakukan hubungan mata dengan baik, dan melibatkan diri dalam aktiviti dengan orang di sekelilingnya. Dia telah meluangkan masa berjam-jam ke dalam akademik dan sukan, dan dia mula melihat ganjarannya. Dia akan menjadi nombor 1 dalam kelasnya. Dia menjaringkan mata ke-1,000 dalam bola keranjang tahun ini, dan dia bergegas untuk memecahkan rekod 2,000 ela dalam kerjaya bola sepaknya. Saya amat berbangga dengannya,” tambah Lorna.

Lorna Klefsaas / Facebook

Pada pagi hari jadi Sivert yang ke-18, Lorna masuk ke biliknya dengan cek yang telah lama ditunggu-tunggu bernilai AS$1,800. Sivert telah menang kerana dia berpegang teguh kepada cabaran itu.

“Kami berdua ketawa mengenainya, kerana kami tahu ia tidak hampir dengan jumlah wang yang saya fikirkan ketika umur saya 12 tahun. Tetapi secara keseluruhannya saya berasa bangga dengan diri sendiri,” kata Sivert.

Sivert Klefsaas bercadang untuk membeli barang-barang keperluan untuk bilik asramanya dengan wang itu.

Lorna Klefsaas / Facebook

Pada hari itu juga, Sivert memuat turun Instagram dan Snapchat buat pertama kali. Senior sekolah tinggi ini akan mendaftarkan diri di Universiti Northwestern di St. Paul pada musim gugur kelak untuk mendapatkan ijazah pentadbiran perniagaan, sambil berkata dia hanya menyukai media sosial untuk mengikuti perkembangan rakan dan keluarganya.

Lorna berkata anak lelakinya gemar menggunakan media sosial, tetapi dia “tidak ketagihan dengannya.”

Lorna Klefsaas / Facebook

“Saya tahu dia tidak akan membenarkan media sosial untuk menentukan perasaannya tentang diri atau nilai peribadinya,” katanya.

Satu komen yang Lorna terima daripada orang ramai ialah dia sepatutnya membayar lebih banyak wang kepada anaknya untuk menyelesaikan cabaran itu. Dan Lorna bersetuju. Tetapi hasil diperolehi jauh lebih berharga daripada perbelanjaan.

“Pada masa itu, saya fikir ia hanyalah satu cabaran yang comel—AS$1,800 untuk usia 18 tahun. Jika difikirkan semula, saya akan membayar lebih banyak untuk keputusan yang kami perolehi,” katanya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI