26 C
Kuala Lumpur
Friday, July 18, 2025
Utama Blog Laman 147

Remaja rempit beraksi ‘Superman’ atas motosikal sehingga tidak perasan dirakam polis berjaya ditahan selepas terbabas sendiri

0

Seorang remaja lelaki yang melakukan aksi berbahaya ala ‘Superman’ ketika menunggang motosikalnya di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) telah ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas dia enggan berhenti dan melakukan aksinya dengan lebih teruk lagi.

Malahan remaja itu berani mencabar polis untuk melakukan aksi kejar-mengejar secara liar, untuk meloloskan dirinya.

Twitter

Insiden yang menjadi tular di media sosial berikutan tindakan melulu remaja lelaki itu yang melakukan aksi zig-zag dari kiri ke kanan secara berulang kali di lebuh raya.

Dan kemudian bertindak menjadi ‘superman’ sehingga tidak perasan kereta polis sedang mengekori dan merakam aksi berbahayanya itu.

Twitter

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 18 tahun dari Bandar Jengka, Pahang itu ditahan selepas dikesan menunggang motosikal secara melulu kira-kira jam 10.30 pagi pada 27 Ogos 2022, lapor Astro Awani.

Hanyan menjelaskan, remaja itu sedang melakukan aksi zig-zag dan ‘superman’ ketika menaiki motosikal Honda EX5 miliknya sejauh kira-kira dua kilometer di Kilometer 248 hingga Kilometer 250 LPT 1 sebelum dia menyedari kehadiran polis sedang memerhatikannya.

Twitter

Anggota polis yang berada di tempat kejadian kemudian mengarahkan suspek berhenti tetapi dia enggan malah memecut lebih laju menuju ke arah Plaza Tol Jabor. 

Ini mendorong polis mengejar suspek tetapi remaja itu kemudian membuat pusingan U dan memecut melawan arus lalu lintas menghala ke Kuantan, sebelum sekali lagi membuat pusingan U ke Plaza Tol Jabor.

Twitter

Ketika cuba melarikan diri daripada polis, motosikal remaja itu terbabas dengan sendiri kira-kira 50 meter dari plaza tol tersebut. Suspek mengalami kecederaan ringan akibat rempuhan dan kemudiannya berjaya ditahan. 

Remaja itu kini disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ujian awal air kencing ke atas suspek menunjukkan dia tidak positif dadah.

Pilihan Editor:

Apa abang ini cerita sampai semua ikan dalam akuarium itu terpesona ternganga mendengar

0

Kelakuan haiwan tidak kira spesies apa walaupun bukan yang comel macam kucing dan anjing, mampu menjadi terapi untuk kita berasa terhibur dan spontan tergelak.

Contoh seperti ikan-ikan dalam akuarium, dengan kolaborasi abang ini.

TikTok

Gelagat abang ini yang seronok bercerita depan ikan-ikan dalam akuarium sehingga mereka itu jadi khusyuk mendengar telah membuat para netizen rasa geli hati ketika menontonnya.

Semuanya bermula apabila rakaman TikTok memaparkan lelaki yang berasal dari Indonesia itu kelihatan berbual selamba di hadapan akuarium dengan sekumpulan ikan.

TikTok

Dan reaksi ikan-ikan itu apabila mendengar seakan mereka semua faham biji butir cerita amat melucukan.

Perkongsian video TikTok itu kemudian menjadi tular dikalangan pengguna TikTok dan platform media sosial lain.

TikTok

Video pendek itu memaparkan abang ini berada di hadapan akuarium dengan beberapa ekor ikan yang bersaiz besar di dalamnya sedang memerhatikan dia bercerita.

Apa yang melucukan, ikan-ikan itu dengan mulut ternganga mendengar abang ini bercerita dengan penuh minat.

TikTok

“Faham? Faham kan!” katanya sambil rakan abang ini yang berada di belakang tergelak sakan menyaksikan gelagat ikan-ikan itu dengan mulut ternganga mereka semacam terpesona mendengar cerita paling menarik pernah didengar.

TikTok

Layankan sahaja abang ini bercerita, kasihan dia tengah sunyi tu.

Eloklah ada ikan-ikan itu buat teman jadi pendengar setia masalah abang..

Pilihan Editor:

Lubang misteri muncul satu persatu di Siberia, saintis mula bimbang dan terus menyelidik

0

Perubahan iklim dan pemanasan global tidak dinafikan telah menyebabkan pelbagai fenomena alam yang luar biasa terus berlaku. Apabila cuaca semakin panas, glasier serta ais di kutub utara dan selatan semakin mencair, juga sungai yang dalam semakin mengering, sehingga menyebabkan kemunculan pelbagai fenomena misteri yang sebelum ini tersembunyi selama berabad-abad lamanya.

Kemunculan lubang gergasi yang misteri di sebuah semenanjung terpencil di atas lingkaran Artik di Siberia yang disyaki disebabkan oleh letupan bawah tanah telah dilaporkan pada awal tahun lalu, dan ia berterusan sehingga kini.

Di sekitar lubang itu, akar-akar tanaman yang tumbuh mengelilinginya telah hangus, menunjukkan betapa hebat dan dalam lubang di tengah-tengah Artik Siberia ini terbentuk.

Seorang ahli geologi Rusia, Evgeny Chuvilin dari Institut Sains dan Teknologi Skolkovo, Moscow memberitahu BBC Future yang beliau mengunjungi lokasi lubang itu pada September 2020 untuk membuat penyelidikan.

Katanya, lubang itu dipercayai terbentuk daripada letupan gas metana dan karbon dioksida yang terperangkap di dalam tanah bersama ais. Apabila cuaca semakin panas, ais tersebut akan mencair menyebabkan berlaku fenomena alam yang biasa di kawasan sejuk seperti berlakunya letupan.

Penemuan ini adalah salah satu daripada beberapa lubang misteri yang terdapat di Kutub Utara Siberia, Rusia yang pertama kali ditemui pada tahun 2014.

Para penyelidik telah mengenal pasti 16 kawah lain yang dianggap berasal daripada letupan semula jadi.

Susulan itu, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Minyak dan Gas Rusia, Vasily Bogoyavlensky berkata sekurang-kurangnya tujuh lubang misteri telah muncul dan kelihatan.

Gambar-gambar satelit mendedahkan salah satu lubang itu mempunyai kawah kecil di dalamnya.

“Saya membandingkan penemuan ini seperti cendawan. Apabila anda menjumpai satu cendawan, pastinya akan terdapat cendawan lain di kawasan sekitar, saya meramalkan akan muncul 20 hingga 30 lubang lagi,” kata Vasily.

Vasily mendesak para penyelidik untuk mencegah bencana yang berkaitan dengan penemuan lubang itu.

Beliau mengatakan pelepasan gas yang berkaitan dengan perubahan iklim adalah penyebab lubang itu terbentuk.

“Kajian mendalam diperlukan untuk mengetahui punca dan penyebab kemunculan lubang misteri itu. Kita juga harus tahu terdapat lubang lain akan muncul lagi di kawasan itu,” kata penyelidik ini.

Bencana lubang besar mampu memberi kesan negatif terhadap infrastruktur minyak di wilayah Siberia, sambil Vasily mendedahkan perubahan iklim memberi impak yang besar kepada perubahan alam semula jadi, juga penyebab lubang misteri itu terbentuk.

Dalam pada itu, Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) merekodkan gambar satelit Sentinel pada Jun tahun lalu yang menunjukkan sesuatu yang luar biasa berlaku di permukaan lingkaran Artik Siberia dengan rekod suhu terpanas sehingga 48 darjah celsius di kawasan yang sepatutnya bersuhu sejuk ekstrem itu.

Para saintis dan penyelidik kini sedang mengawasi suhu permukaan bumi kerana berlaku peningkatan suhu pada landskap bumi.

Mereka mengkaji kesan peningkatan suhu permukaan bumi terhadap cuaca bumi dan kesan gas rumah hijau terhadap glasier, ais dan ekosistem bumi secara keseluruhannya.

Pilihan Editor:

Peguam murah hati terima bayaran khidmat guaman berupa ketam daripada anak guamnya yang tidak mempunyai wang

0

Tidak semua anak guam yang mendapatkan khidmat guaman untuk menguruskan kes mereka di mahkamah mempunyai wang untuk membayar peguam mereka. Itulah yang berlaku kepada seorang peguam dari Filipina.

Peguam Noel Allen Bose dari bandar Sorsogon, Filipina menjadi tular tahun lalu selepas membantu anak guamnya yang miskin dan tiada wang dalam menyelesaikan kesnya di mahkamah.

Satu gambar yang memaparkan dirinya memegang ketam hidup, sambil membuat pendedahan bahawa beliau menerima ketam itu sebagai bayaran selepas mewakili anak guamnya di mahkamah.

Facebook

Anak guam itu katanya seorang yang susah serta tidak mempunyai wang dan sebaik sahaja selesai perbicaraan di mahkamah, peguam Noel Allen dimaklumkan bahawa hanya ketam hidup yang mampu dibayar olehnya sebagai ganti yuran khidmat guaman.

Peguam ini kemudian dengan kemurahan hati menerima sahaja ketam yang ditawarkan kepadanya dengan tidak meletakkan apa-apa syarat dan bayaran tambahan selepas itu.

Noel Allen berkata beliau sememangnya sedia maklum dengan keadaan kewangan anak guamnya sejak dari mula sebelum bersetuju menerima kesnya itu.

Walau bagaimanapun, kejutan menerima ketam hidup daripada anak guamnya seperti tidak pula dijangka, tetapi beliau berbesar hati menerimanya sebagai bayaran khidmat guaman bersama perasaan gembira.

Facebook

Noel yang memuat naik gambarnya itu di Facebook meluahkan rasa bangga kerana dapat membantu golongan memerlukan, serta berterima kasih kepada para netizen yang memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk terus berbakti kepada masyarakat.

“Makan ketam ini amat mengenyangkan, tetapi reaksi anda semua dengan hantaran ini lebih lagi membuatkan hati saya berasa kekenyangan,” tulisnya.

Facebook

“Saya juga ingin berterima kasih kepada semua peguam yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta. Mereka biasanya tidak membuat hantaran di media sosial mengenai pekerjaan mereka dan cabarannya, tetapi semuanya bekerja keras dan berdedikasi dengan segala janji mereka untuk saling membantu sesama warga Filipina,” tambahnya.

Peguam Noel Allen turut mengemas kini hantarannya di Facebook dengan memuat naik gambar ketam-ketam itu yang telah dimasak.

Pilihan Editor:

Kucing comel ini dipanggil ‘unik’ kerana terlalu obses dengan rutin mandiannya

0

Tidak menyukai air adalah sifat yang biasa dikenali dalam kebanyakan kucing peliharaan di rumah. Walau bagaimanapun, seekor kucing dari New York telah memecahkan stereotaip dengan obsesinya untuk mandi.

Pym ialah nama seekor kucing domestik baka shorthair berusia 7 1/2 tahun yang tinggal bersama pemiliknya, Katie Behr, seorang jururawat yang berasal dari sebuah bandar kecil antara Syracuse dan Binghamton.

Behr, 31 tahun mengalu-alukan Pym yang telah menjadi kucing tular besar di TikTok kerana rutin mandinya—semasa dia hanya anak kucing berusia 6 atau 8 minggu. Sejak itu Pym tinggal bersama Katie Behr.

Pym the Shower Cat / TikTok

Mengimbas kembali bagaimana obsesi Pym yang suka mandi bermula, Behr berkata, “Saya percaya dia berumur kira-kira 10 minggu … Saya sungguh tidak melakukan apa-apa untuk membuatnya mahu berbuat demikian.”

Pym hanya secara kebetulan melompat masuk ke dalam bilik mandi, membuatkan Behr ketawa kerana dia menyangka kucingnya hanya bergurau dan mahu bermain. Keliru tentang apa yang sebenarnya berlaku tetapi dia juga ingin merakam detik itu, Behr mengambil telefonnya dan mula merakam.

“Terang-terang, saya fikir ia pelik,” katanya. “Saya tahu kucing tidak suka air. Saya tahu itu bukan perkara biasa. Jadi, saya tahu saya mempunyai teman yang unik di sisi saya.”

Pym the Shower Cat / TikTok

Nampaknya kelakuan luar biasa Pym terus kekal. Sejak itu, dia suka mandi bersama Behr hampir setiap hari.

Behr, yang juga memiliki seekor anjing baka Siberian husky, menggambarkan Pym sebagai “kucing yang sangat bersosial.”

Pym the Shower Cat / TikTok

“Terdapat banyak stereotaip tentang kucing, bagaimana mereka membenci air, dan ramai orang mengatakan mereka jahat, dan mereka rimas,” kata Behr. “Tetapi tiada satu pun perkara ini terpakai kepadanya. Dia sangat, sangat mesra dan penyayang.”

Pym juga berkongsi ikatan yang luar biasa dengan Behr yang mahu berada bersamanya pada kebanyakan masa.

Pym the Shower Cat / TikTok

Berkongsi lebih lanjut mengenai rutin mandi kucing yang terkenal itu, Behr berkata sebelum dia sendiri bersedia untuk mandi, Pym sudah menunggunya di dalam bilik mandi.

“Dia tahu rutin saya pada ketika ini; Saya mandi pada masa yang sama setiap hari,” kata Behr. “Dia hanya akan berada di sana menunggu dengan begitu sabar.” Selepas Behr membuka tirai, Pym mengiau kepadanya, menandakan sudah tiba masanya untuk dia masuk mandi.

Selepas mandi, Pym biasanya bergegas pergi, meninggalkan jejak yang besar dan kucar-kacir.

Sebab Behr membenarkan Pym kering sendiri ialah kerana dia cuba mengeringkannya dengan pengering rambut atau tuala tetapi Pym nampaknya tidak menyukainya.

“Jika dia sangat membenci tuala itu, saya rasa mempunyai lantai basah adalah harga paling murah untuk membayar kebahagiaannya,” kata Behr.

Pym the Shower Cat / TikTok

Behr pada mulanya merakam Pym sedang mandi kerana dia fikir ia pelik dan luar biasa, tetapi tidak lama kemudian melihat kucingnya tahu langkah dan corak. Dia kemudiannya sengaja menyediakan telefonnya pada setiap kali supaya jika Pym melakukan sesuatu yang baharu dan lucu, dia tidak akan terlepas daripada merakamnya.

Menyedari kucing terkenal kerana membenci air, Behr memutuskan untuk berkongsi obsesi luar biasa Pym kepada dunia. Tidak lama kemudian, videonya menjadi tular, dengan beberapa daripadanya mencapai sejuta tontonan.

Pym the Shower Cat / TikTok

“Ramai orang pasti fikir ia lucu dan comel,” kata Behr. “Ramai orang mengikuti kami sekarang dan mengatakan mereka menantikan jenis rutin mandian hariannya kerana saya cuba memuat naik hampir setiap hari pada ketika ini.”

Behr juga turut menerima kasih sayang yang luar biasa kerana membuat hantaran video Pym, sesuatu yang dia katakan tidak pernah jangka.

“Saya tidak tahu bagaimana saya begitu bertuah,” katanya.

Pilihan Editor:

Rupa-rupanya anak mula jadi raja pada ibu ayah apabila 5 tanda ini wujud

0

Anak adalah permata bagi setiap keluarga. Tambah-tambah lagi jika keluarga tersebut hanya dikurniakan seorang anak, pasti seluruh perhatian dan kasih sayang dicurahkan kepada anak tersebut. Apa sahaja yang anak mahukan, ibu bapa pasti akan cuba penuhinya. Namun, menerusi catatan Dr.Taufiq Razif di Facebook, disebabkan terlalu kasih dan sayang kepada anak, ada ibu bapa yang sebenarnya tidak sedar rupa-rupanya anak mula jadi raja pada ibu ayah apabila 5 tanda ini wujud.

PEXELS

1. Ibu ayah mula menjadi lindung lampau (overprotective).

Ibu ayah lindung lampau sentiasa memastikan anak-anak mereka dilindungi daripada kesakitan fizikal, mental dan emosi. Mereka mahu anak-anak mereka berjaya tetapi mereka yang tentukan apa yang boleh atau tidak anak mereka lakukan. Tanpa disedari, sifat ibu ayah yang terlalu melindungi ini membuatkan anak-anak tidak mampu melakukan apa-apa perkara sendiri sebaliknya hanya bergantung pada ibu bapa sahaja. Inilah yang dikatakan Helicopter Parenting. Akibatnya anak akan menjadi terlalu manja, tidak pandai berdikari dan mudah mengalami masalah cemas (anxiety) apabila dewasa nanti.

2. Ibu ayah tidak pernah cakap TAK BOLEH pada anak.

Apabila anak meragam, ibu ayah akan memenuhi permintaan anak. Akibatnya apabila ibu ayah sering memenuhi permintaan anak, anak akan meragam kerana mereka tahu setiap kali mereka meragam, ibu ayah akan memenuhi permintaan mereka dan tidak akan cakap ‘tak boleh’.

3. Ibu ayah sentiasa memberikan apa sahaja makanan yang diminta oleh anaknya.

Apabila ibu bapa kerap memberikan makanan ringan pada anak-anak, anak-anak akan naik tocang (rujukan PRPM: besar kepala / lupa diri / menjadi manja dan melampau perbuatan). Pergi ke mana-mana pun mesti hendak makanan ringan. Jika tidak dibelikan, anak-anak akan mengamuk, merajuk dan buat perangai. Sudahnya, ibu bapa akan memastikan bekalan makanan ringan sentiasa ada di rumah kerana ibu bapa tidak mampu menolak kemahuan anak-anak.

PEXELS

4. Anak selalu pegang telefon pintar ibu ayah.

Lazimnya ibu bapa akan memberikan telefon pintar mereka kepada anak-anak supaya anak-anak tidak meragam tidak kira sama ada di rumah atau di tempat awam. Kesannya, anak-anak akan ketagih dengan telefon pintar ibu ayah sehingga menyebabkan emosi mereka terganggu sekiranya tidak dapat bermain dengan telefon pintar tersebut.

5. Ibu ayah tidak boleh mendengar anak menangis.

Ibu ayah akan menjadi tidak senang duduk apabila mendengar anak menangis. Akhirnya, ibu ayah terpaksa menunaikan permintaan dan kemahuan anak. Padahal tangisan anak itu berada dalam kategori tangisan manipulatif. Tangisan manipulatif bermaksud tangisan palsu, tangisan yang dibuat-buat kerana anak tahu tangisan itu akan membuatkan ibu bapanya patuh dan tunduk pada segala kemahuan mereka.

PEXELS

Tidak salah memanjakan anak tetapi berpada-padalah. Ada permintaan dan kemahuan anak yang ibu bapa boleh turutkan dan ada yang tidak.

Ibu bapa juga perlu belajar untuk bercakap ‘TIDAK’ pada sesuatu kemahuan anak agar tidak mendatangkan kesan buruk pada masa akan datang.

Filem Anakku Sazali yang dihasilkan oleh P.Ramlee dahulu sebenarnya banyak memberi pengajaran kepada kita. Antaranya ialah sayangkan anak bukan bermaksud memenuhi semua permintaannya. Walaupun kita mungkin berharta tetapi ketahuilah memberikan harta benda semata-mata kepada anak-anak bukanlah didikan yang baik. Sebaliknya, didiklah anak-anak dengan ilmu agama.

Selain itu, ibu bapa harus mengawasi pergerakan anak-anak, ambil tahu dengan siapa mereka berkawan dan tidak menerima cakap anak bulat-bulat.

Berhati-hatilah dalam mendidik anak-anak, jangan sampai terjadi seperti dalam sedutan Filem Anakku Sazali ini.

Pilihan Editor:

Budak lelaki bertandang ke kedai elektronik setiap hari, pinjam tablet pameran untuk buat kerja sekolah

0

Seorang pelajar berusia 10 tahun yang dikenali sebagai Guilherme Santiago berasal dari keluarga yang miskin di Recife, Brazil dan dia tidak mempunyai apa-apa gajet moden untuk membuat kerja sekolah seperti yang dikehendaki gurunya.

Oleh kerana di sekolahnya para pelajar memerlukan akses internet dan komputer, laptop ataupun tablet untuk membuat kerja sekolah, tetapi disebabkan keluarga Guilherme yang miskin, kanak-kanak itu tidak mempunyai kelengkapan sedemikian di rumah.

Guilherme yang merupakan salah seorang pelajar pintar di sekolah bagaimanapun tidak berputus asa dan berusaha untuk mendapatkan akses internet. Ternyata budak lelaki berusia 10 tahun ini sememangnya cerdas dan mempunyai idea yang bijak, tanpa memberi alasan untuk tidak menyiapkan kerja sekolah.

Setiap hari, Guilherme akan pergi ke sebuah kedai elektronik berhampiran dan menggunakan tablet yang dipamerkan di situ untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Kehadiran Guilherme menggunakan tablet di situ memang disedari oleh para pekerja di kedai berkenaan.

Satu hari, ketika dia sedang asyik menyiapkan kerja sekolahnya, seorang pengunjung kedai telah merakam video aksinya yang gigih membuat kerja sekolah menggunakan tablet Samsung di kedai berkenaan.

Video itu kemudiannya dimuat naik di media sosial sebelum dikongsi di Twitter dan menjadi tular sehingga mencecah lebih 12 juta tontonan pada tahun 2019.

“Budak ini tiada akses internet, pergi ke pusat beli-belah dan gunakan tablet di sini untuk membuat kerja sekolahnya. Pujian kepada kakitangan kedai itu yang membenarkan dia menggunakannya selama mana yang dia perlukan,” ciapan di Twitter itu berbunyi.

Salah seorang pekerja kedai memberitahu pada mulanya Guilherme menggunakan telefon pintar untuk membuat kerja sekolahnya, namun kemudian mereka mempelawa Guilherme untuk menggunakan tablet yang dipamerkan demi keselesaannya.

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan memuji tindakan pekerja kedai elektronik berkenaan yang begitu prihatin dan baik hati kerana sudi menolong kanak-kanak ini.

Namun begitu, tidak kurang juga yang mengkritik pihak sekolah kerana gagal menyediakan komputer secukupnya untuk kegunaan pelajar melakukan tugasan.

Difahamkan Guilherme bersekolah di Sekolah Bandaraya Abilio Gomes yang mempunyai pelajar seramai 278 orang, namun sekolah itu hanya mempunyai 12 komputer jenis tablet untuk kegunaan para pelajar.

Kisah Guilherme yang menggunakan tablet Samsung ini menjadi tular sehingga mendapat perhatian pihak Samsung yang kemudian bermurah hati mendermakan dua buah tablet kepada Guilherme Santiago dengan segala urusan pembayaran dan insurans ditanggung oleh mereka.

Cara mudah bermula simpan RM2 sehari untuk duit menabung cecah RM4,400 setahun

0

Pada zaman sekarang, harga barang semua semakin menaik yang tiada menurun dari semasa ke semasa termasuk menyentuh barang-barang keperluan keluarga.

Oleh itu, adalah sesuatu yang sangat penting buat kita untuk tidak membazir dan menyimpan wang tabungan bagi tujuan kecemasan atau keperluan yang mustahak.

Menabung sememangnya satu tabiat yang baik bagi mengelakkan duit kita ‘hilang’ begitu sahaja. Hasilnya nanti mungkin boleh digunakan untuk bermacam-macam tujuan yang kita idamkan.

Nur Emira Mohd Arifie / Facebook

Baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang wanita yang berjaya mengumpul atau menabung lebih RM4,000 atau lebih tepatnya RM4,436 pada tahun 2021. Cara yang digunakannya juga kelihatan tidak sukar dan boleh diikuti oleh kebanyakan orang.

Berikut adalah perkongsian Nur Emira Mohd Arifie yang berjaya mengikut cara menabung RM4,436 setahun.

Alhamdulillah berjaya konsisten 2021.

Nur Emira Mohd Arifie / Facebook

JUMLAH RM 4,436.00

Caranya:

  • RM2 – setiap hari
  • RM5 – setiap kali dapat
  • RM10 – 2 helai seminggu
  • RM20 – 1 helai seminggu
  • RM50 – Februari, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember.
  • RM 100 – Januari, Mac, Mei, Julai, September, November.
Nur Emira Mohd Arifie / Facebook

Jumlah setiap bulan tak sama sebab duit RM5, bergantung pada banyak mana duit RM5 yang dapat.

Saya mula lambat sikit, pertengahan Februari hingga 31 Disember. Nampak orang kongsi dekat Facebook waktu itu.

Selamat berjaya dan bertuah kepada sesiapa yang sedang buat macam ini pada tahun 2022.

Nur Emira Mohd Arifie / Facebook

Dapat pegang duit tunai macam ni, rasa sayang nak masukkan dalam bank.

Bagi sesiapa yang pening kepala sedang fikir bagaimana cara hendak menabung duit, mungkin anda boleh guna cara yang dikongsikan oleh Nur Emira. Selamat mencuba semoga berjaya!

Dulu bekerja di tempat timbunan sampah, gadis cantik ini tidak bersekolah sehingga usia 11 tahun kini menyambung ijazah sarjana muda

0

Setiap orang pasti mempunyai cita-cita dan impian walaupun kadangkala mereka melihat jalan yang agak mustahil mengejar impian itu gara-gara kemiskinan. Namun nasib setiap orang adalah berbeza. Yang miskin tidak semestinya terus miskin dan yang kaya tidak semestinya terus kaya.

Takdir dalam kehidupan seseorang juga telah ditentukan Maha Esa. Walaupun begitu usaha seseorang juga memainkan peranan penting dalam mencapai impian.

Seorang gadis bertuah bernama Sophy Ron tidak bersekolah pada mulanya sehinggalah beliau berusia sebelas tahun, yang ketika kecil bekerja dan tidur di tempat timbunan sampah di Phnom Penh, Cambodia bersama keluarganya.

Gambar Cambodian Children’s Fund

Gadis cantik ini bekerja sebagai pengutip sampah seperti ibu bapanya dengan pendapatan AS$1 (RM4.46) sehari dan hanya dapat makan sisa makanan dalam timbunan sampah untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Sophy Ron yang bijak menangkap pembelajaran dengan pantas telah diselamatkan oleh salah seorang guru bernama Scott Neeson dari Cambodian Children’s Fund (CCF) iaitu sebuah organisasi pendidikan yang diasaskan di daerah termiskin di Cambodia.

Gambar Cambodian Children’s Fund

Lebih mengagumkan apabila Sophy Ron telah diberikan biasiswa penuh tajaan CCF bagi melanjutkan pengajian asasi di Trinity College, University of Melbourne, Australia dan kini diterima masuk untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Antarabangsa di University of Melbourne.

Gambar Cambodian Children’s Fund

Pelajar cemerlang Sophy Ron diberikan penghormatan sebagai valedictorian untuk menyampaikan ucapannya di upacara penutup majlis graduasi Trinity College.

Gambar Cambodian Children’s Fund

Pencapaiannya begitu membanggakan untuk seorang yang tidak mendapat pendidikan formal di sekolah sempurna sehinggalah di usia sebelas tahun.

Sophy Ron yang dahulunya menghabiskan masa 7 hari seminggu dengan mengutip dan mengasingkan sampah bagi mendapatkan wang membantu ibu bapanya kini telah berjaya mengejar cita-cita yang diidamkan.

Gambar Cambodian Children’s Fund

Kisah Sophy Ron sesungguhnya menjadi sumber inspirasi buat kita semua. Tiada impian yang mustahil untuk dicapai asalkan kita percaya dengan kebolehan diri sendiri dan berusahalah bersungguh-sungguh tanpa pernah mengenal erti berputus asa.

Gambar Cambodian Children’s Fund

Pujian dan penghargaan juga harus diberikan kepada organisasi dan pihak yang prihatin membantu golongan kurang bernasib baik dalam memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki kehidupan. 

Bakat yang terbaik itu selalunya datang daripada golongan yang pernah mengenal erti kesusahan dan mereka yang berusaha gigih bermula dari bawah.

Tonton video di bawah:

Budak lelaki berpakaian uniform sekolah pikul kayu api balik ke rumah, pemandangan hati sayu bukti ramai orang susah di luar sana

0

Biasa kita melihat murid sekolah di sini akan terus balik ke rumah dengan menaiki van atau bas sekolah atau dijemput ibu bapa penjaga masing-masing selepas waktu persekolahan. Tetapi tidak semua pelajar sekolah menjalani rutin seperti itu.

Satu hantaran Facebook dari Filipina dengan paparan gambar seorang murid sekolah rendah memikul kayu api telah mengundang sebak di dada kalangan netizen.

Facebook

Gambar dalam hantaran itu yang dimuat naik kira-kira tiga tahun lalu, memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dengan memakai uniform sekolah dan berselipar kelihatan sedang memikul kayu api bersama beg sekolahnya, sambil berjalan kaki menaiki lorong berbukit kecil yang bertanah merah.

Kanak-kanak ini dikatakan dalam perjalanan ke rumah dari sekolah dan situasi yang dilihat mengenangkan bagaimana jika anak-anak kita sendiri yang melaluinya sudah terasa agak membebankan.

Facebook

Terasa sayu di hati apabila melihat kanak-kanak yang masih kecil telah diletakkan dengan tanggungjawab besar untuk meringankan beban ibu bapa mereka, dan zaman riang kanak-kanak terpaksa diketepikan buat seketika.

Gambar pikul kayu api ini dilaporkan diambil pada bulan Julai 2019, dengan pemandangan dari belakang menunjukkan kanak-kanak itu menggendong beg sekolah dan memakai uniform sekolah. 

Kelihatan anak ini bersungguh-sungguh memikul kayu api yang telah tersusun dengan baik dan diikat rapi di bahunya, dan dia dalam perjalanan ke rumah membawa keperluan asas yang penting itu. 

Facebook

Mungkin tempat tinggalnya tiada bekalan elektrik dan gas seperti rumah kita, jadi keluarganya memang memerlukan kayu api.

Biasa seperti orang-orang zaman dahulu, kayu-kayu api akan dikumpul dan dibawa ke rumah yang digunakan sebagai keperluan penting untuk memasak. Hari ini, hanya mereka yang kesempitan hidup atau mereka yang hidup di pedalaman dengan tiada akses kepada keperluan asas elektrik, air dan gas akan menggunakan kayu api ketika memasak atau menyinari malam yang gelap.

Keadaan kanak-kanak ini benar-benar menyentuh hati kerana kita memahami betapa keluarganya hidup dalam serba kekurangan, tetapi dia masih bertekad untuk ke sekolah demi masa depannya yang cerah.

Facebook

Oleh itu, di saat kita mengeluh dengan rasa sedikit perit menjalani kehidupan yang tersedia selesa dan bertambah mudah sambil berterusan mengatakan hidup tiada keadilan, ingatkan diri kita dengan melihat gambar-gambar ini.

Sentiasa bersyukur dengan kehidupan anda, dan jika berkemampuan bantu serta beramal sedaya upaya kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan beban mereka.