Kelakuan haiwan tidak kira spesies apa walaupun bukan yang comel macam kucing dan anjing, mampu menjadi terapi untuk kita berasa terhibur dan spontan tergelak.
Contoh seperti ikan-ikan dalam akuarium, dengan kolaborasi abang ini.

Gelagat abang ini yang seronok bercerita depan ikan-ikan dalam akuarium sehingga mereka itu jadi khusyuk mendengar telah membuat para netizen rasa geli hati ketika menontonnya.
Semuanya bermula apabila rakaman TikTok memaparkan lelaki yang berasal dari Indonesia itu kelihatan berbual selamba di hadapan akuarium dengan sekumpulan ikan.

Dan reaksi ikan-ikan itu apabila mendengar seakan mereka semua faham biji butir cerita amat melucukan.
Perkongsian video TikTok itu kemudian menjadi tular dikalangan pengguna TikTok dan platform media sosial lain.

Video pendek itu memaparkan abang ini berada di hadapan akuarium dengan beberapa ekor ikan yang bersaiz besar di dalamnya sedang memerhatikan dia bercerita.
Apa yang melucukan, ikan-ikan itu dengan mulut ternganga mendengar abang ini bercerita dengan penuh minat.

“Faham? Faham kan!” katanya sambil rakan abang ini yang berada di belakang tergelak sakan menyaksikan gelagat ikan-ikan itu dengan mulut ternganga mereka semacam terpesona mendengar cerita paling menarik pernah didengar.

Layankan sahaja abang ini bercerita, kasihan dia tengah sunyi tu.
Eloklah ada ikan-ikan itu buat teman jadi pendengar setia masalah abang..
Pilihan Editor: