Pada zaman sekarang, harga barang semua semakin menaik yang tiada menurun dari semasa ke semasa termasuk menyentuh barang-barang keperluan keluarga.
Oleh itu, adalah sesuatu yang sangat penting buat kita untuk tidak membazir dan menyimpan wang tabungan bagi tujuan kecemasan atau keperluan yang mustahak.
Menabung sememangnya satu tabiat yang baik bagi mengelakkan duit kita ‘hilang’ begitu sahaja. Hasilnya nanti mungkin boleh digunakan untuk bermacam-macam tujuan yang kita idamkan.
Baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang wanita yang berjaya mengumpul atau menabung lebih RM4,000 atau lebih tepatnya RM4,436 pada tahun 2021. Cara yang digunakannya juga kelihatan tidak sukar dan boleh diikuti oleh kebanyakan orang.
Berikut adalah perkongsian Nur Emira Mohd Arifie yang berjaya mengikut cara menabung RM4,436 setahun.
Alhamdulillah berjaya konsisten 2021.
JUMLAH RM 4,436.00
Caranya:
- RM2 – setiap hari
- RM5 – setiap kali dapat
- RM10 – 2 helai seminggu
- RM20 – 1 helai seminggu
- RM50 – Februari, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember.
- RM 100 – Januari, Mac, Mei, Julai, September, November.
Jumlah setiap bulan tak sama sebab duit RM5, bergantung pada banyak mana duit RM5 yang dapat.
Saya mula lambat sikit, pertengahan Februari hingga 31 Disember. Nampak orang kongsi dekat Facebook waktu itu.
Selamat berjaya dan bertuah kepada sesiapa yang sedang buat macam ini pada tahun 2022.
Dapat pegang duit tunai macam ni, rasa sayang nak masukkan dalam bank.
Bagi sesiapa yang pening kepala sedang fikir bagaimana cara hendak menabung duit, mungkin anda boleh guna cara yang dikongsikan oleh Nur Emira. Selamat mencuba semoga berjaya!