26.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaInspirasiPeguam murah hati terima bayaran khidmat guaman berupa ketam daripada anak guamnya...

Peguam murah hati terima bayaran khidmat guaman berupa ketam daripada anak guamnya yang tidak mempunyai wang

Tidak semua anak guam yang mendapatkan khidmat guaman untuk menguruskan kes mereka di mahkamah mempunyai wang untuk membayar peguam mereka. Itulah yang berlaku kepada seorang peguam dari Filipina.

Peguam Noel Allen Bose dari bandar Sorsogon, Filipina menjadi tular tahun lalu selepas membantu anak guamnya yang miskin dan tiada wang dalam menyelesaikan kesnya di mahkamah.

Satu gambar yang memaparkan dirinya memegang ketam hidup, sambil membuat pendedahan bahawa beliau menerima ketam itu sebagai bayaran selepas mewakili anak guamnya di mahkamah.

Facebook

Anak guam itu katanya seorang yang susah serta tidak mempunyai wang dan sebaik sahaja selesai perbicaraan di mahkamah, peguam Noel Allen dimaklumkan bahawa hanya ketam hidup yang mampu dibayar olehnya sebagai ganti yuran khidmat guaman.

Peguam ini kemudian dengan kemurahan hati menerima sahaja ketam yang ditawarkan kepadanya dengan tidak meletakkan apa-apa syarat dan bayaran tambahan selepas itu.

Noel Allen berkata beliau sememangnya sedia maklum dengan keadaan kewangan anak guamnya sejak dari mula sebelum bersetuju menerima kesnya itu.

Walau bagaimanapun, kejutan menerima ketam hidup daripada anak guamnya seperti tidak pula dijangka, tetapi beliau berbesar hati menerimanya sebagai bayaran khidmat guaman bersama perasaan gembira.

Facebook

Noel yang memuat naik gambarnya itu di Facebook meluahkan rasa bangga kerana dapat membantu golongan memerlukan, serta berterima kasih kepada para netizen yang memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk terus berbakti kepada masyarakat.

“Makan ketam ini amat mengenyangkan, tetapi reaksi anda semua dengan hantaran ini lebih lagi membuatkan hati saya berasa kekenyangan,” tulisnya.

Facebook

“Saya juga ingin berterima kasih kepada semua peguam yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta. Mereka biasanya tidak membuat hantaran di media sosial mengenai pekerjaan mereka dan cabarannya, tetapi semuanya bekerja keras dan berdedikasi dengan segala janji mereka untuk saling membantu sesama warga Filipina,” tambahnya.

Peguam Noel Allen turut mengemas kini hantarannya di Facebook dengan memuat naik gambar ketam-ketam itu yang telah dimasak.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI