28.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaGaya HidupLubang misteri muncul satu persatu di Siberia, saintis mula bimbang dan terus...

Lubang misteri muncul satu persatu di Siberia, saintis mula bimbang dan terus menyelidik

Perubahan iklim dan pemanasan global tidak dinafikan telah menyebabkan pelbagai fenomena alam yang luar biasa terus berlaku. Apabila cuaca semakin panas, glasier serta ais di kutub utara dan selatan semakin mencair, juga sungai yang dalam semakin mengering, sehingga menyebabkan kemunculan pelbagai fenomena misteri yang sebelum ini tersembunyi selama berabad-abad lamanya.

Kemunculan lubang gergasi yang misteri di sebuah semenanjung terpencil di atas lingkaran Artik di Siberia yang disyaki disebabkan oleh letupan bawah tanah telah dilaporkan pada awal tahun lalu, dan ia berterusan sehingga kini.

Di sekitar lubang itu, akar-akar tanaman yang tumbuh mengelilinginya telah hangus, menunjukkan betapa hebat dan dalam lubang di tengah-tengah Artik Siberia ini terbentuk.

Seorang ahli geologi Rusia, Evgeny Chuvilin dari Institut Sains dan Teknologi Skolkovo, Moscow memberitahu BBC Future yang beliau mengunjungi lokasi lubang itu pada September 2020 untuk membuat penyelidikan.

Katanya, lubang itu dipercayai terbentuk daripada letupan gas metana dan karbon dioksida yang terperangkap di dalam tanah bersama ais. Apabila cuaca semakin panas, ais tersebut akan mencair menyebabkan berlaku fenomena alam yang biasa di kawasan sejuk seperti berlakunya letupan.

Penemuan ini adalah salah satu daripada beberapa lubang misteri yang terdapat di Kutub Utara Siberia, Rusia yang pertama kali ditemui pada tahun 2014.

Para penyelidik telah mengenal pasti 16 kawah lain yang dianggap berasal daripada letupan semula jadi.

Susulan itu, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Minyak dan Gas Rusia, Vasily Bogoyavlensky berkata sekurang-kurangnya tujuh lubang misteri telah muncul dan kelihatan.

Gambar-gambar satelit mendedahkan salah satu lubang itu mempunyai kawah kecil di dalamnya.

“Saya membandingkan penemuan ini seperti cendawan. Apabila anda menjumpai satu cendawan, pastinya akan terdapat cendawan lain di kawasan sekitar, saya meramalkan akan muncul 20 hingga 30 lubang lagi,” kata Vasily.

Vasily mendesak para penyelidik untuk mencegah bencana yang berkaitan dengan penemuan lubang itu.

Beliau mengatakan pelepasan gas yang berkaitan dengan perubahan iklim adalah penyebab lubang itu terbentuk.

“Kajian mendalam diperlukan untuk mengetahui punca dan penyebab kemunculan lubang misteri itu. Kita juga harus tahu terdapat lubang lain akan muncul lagi di kawasan itu,” kata penyelidik ini.

Bencana lubang besar mampu memberi kesan negatif terhadap infrastruktur minyak di wilayah Siberia, sambil Vasily mendedahkan perubahan iklim memberi impak yang besar kepada perubahan alam semula jadi, juga penyebab lubang misteri itu terbentuk.

Dalam pada itu, Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) merekodkan gambar satelit Sentinel pada Jun tahun lalu yang menunjukkan sesuatu yang luar biasa berlaku di permukaan lingkaran Artik Siberia dengan rekod suhu terpanas sehingga 48 darjah celsius di kawasan yang sepatutnya bersuhu sejuk ekstrem itu.

Para saintis dan penyelidik kini sedang mengawasi suhu permukaan bumi kerana berlaku peningkatan suhu pada landskap bumi.

Mereka mengkaji kesan peningkatan suhu permukaan bumi terhadap cuaca bumi dan kesan gas rumah hijau terhadap glasier, ais dan ekosistem bumi secara keseluruhannya.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI