31.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaInspirasiBudak lelaki berpakaian uniform sekolah pikul kayu api balik ke rumah, pemandangan...

Budak lelaki berpakaian uniform sekolah pikul kayu api balik ke rumah, pemandangan hati sayu bukti ramai orang susah di luar sana

Biasa kita melihat murid sekolah di sini akan terus balik ke rumah dengan menaiki van atau bas sekolah atau dijemput ibu bapa penjaga masing-masing selepas waktu persekolahan. Tetapi tidak semua pelajar sekolah menjalani rutin seperti itu.

Satu hantaran Facebook dari Filipina dengan paparan gambar seorang murid sekolah rendah memikul kayu api telah mengundang sebak di dada kalangan netizen.

Facebook

Gambar dalam hantaran itu yang dimuat naik kira-kira tiga tahun lalu, memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dengan memakai uniform sekolah dan berselipar kelihatan sedang memikul kayu api bersama beg sekolahnya, sambil berjalan kaki menaiki lorong berbukit kecil yang bertanah merah.

Kanak-kanak ini dikatakan dalam perjalanan ke rumah dari sekolah dan situasi yang dilihat mengenangkan bagaimana jika anak-anak kita sendiri yang melaluinya sudah terasa agak membebankan.

Facebook

Terasa sayu di hati apabila melihat kanak-kanak yang masih kecil telah diletakkan dengan tanggungjawab besar untuk meringankan beban ibu bapa mereka, dan zaman riang kanak-kanak terpaksa diketepikan buat seketika.

Gambar pikul kayu api ini dilaporkan diambil pada bulan Julai 2019, dengan pemandangan dari belakang menunjukkan kanak-kanak itu menggendong beg sekolah dan memakai uniform sekolah. 

Kelihatan anak ini bersungguh-sungguh memikul kayu api yang telah tersusun dengan baik dan diikat rapi di bahunya, dan dia dalam perjalanan ke rumah membawa keperluan asas yang penting itu. 

Facebook

Mungkin tempat tinggalnya tiada bekalan elektrik dan gas seperti rumah kita, jadi keluarganya memang memerlukan kayu api.

Biasa seperti orang-orang zaman dahulu, kayu-kayu api akan dikumpul dan dibawa ke rumah yang digunakan sebagai keperluan penting untuk memasak. Hari ini, hanya mereka yang kesempitan hidup atau mereka yang hidup di pedalaman dengan tiada akses kepada keperluan asas elektrik, air dan gas akan menggunakan kayu api ketika memasak atau menyinari malam yang gelap.

Keadaan kanak-kanak ini benar-benar menyentuh hati kerana kita memahami betapa keluarganya hidup dalam serba kekurangan, tetapi dia masih bertekad untuk ke sekolah demi masa depannya yang cerah.

Facebook

Oleh itu, di saat kita mengeluh dengan rasa sedikit perit menjalani kehidupan yang tersedia selesa dan bertambah mudah sambil berterusan mengatakan hidup tiada keadilan, ingatkan diri kita dengan melihat gambar-gambar ini.

Sentiasa bersyukur dengan kehidupan anda, dan jika berkemampuan bantu serta beramal sedaya upaya kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan beban mereka. 

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI