25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupRupa-rupanya anak mula jadi raja pada ibu ayah apabila 5 tanda ini...

Rupa-rupanya anak mula jadi raja pada ibu ayah apabila 5 tanda ini wujud

Anak adalah permata bagi setiap keluarga. Tambah-tambah lagi jika keluarga tersebut hanya dikurniakan seorang anak, pasti seluruh perhatian dan kasih sayang dicurahkan kepada anak tersebut. Apa sahaja yang anak mahukan, ibu bapa pasti akan cuba penuhinya. Namun, menerusi catatan Dr.Taufiq Razif di Facebook, disebabkan terlalu kasih dan sayang kepada anak, ada ibu bapa yang sebenarnya tidak sedar rupa-rupanya anak mula jadi raja pada ibu ayah apabila 5 tanda ini wujud.

PEXELS

1. Ibu ayah mula menjadi lindung lampau (overprotective).

Ibu ayah lindung lampau sentiasa memastikan anak-anak mereka dilindungi daripada kesakitan fizikal, mental dan emosi. Mereka mahu anak-anak mereka berjaya tetapi mereka yang tentukan apa yang boleh atau tidak anak mereka lakukan. Tanpa disedari, sifat ibu ayah yang terlalu melindungi ini membuatkan anak-anak tidak mampu melakukan apa-apa perkara sendiri sebaliknya hanya bergantung pada ibu bapa sahaja. Inilah yang dikatakan Helicopter Parenting. Akibatnya anak akan menjadi terlalu manja, tidak pandai berdikari dan mudah mengalami masalah cemas (anxiety) apabila dewasa nanti.

2. Ibu ayah tidak pernah cakap TAK BOLEH pada anak.

Apabila anak meragam, ibu ayah akan memenuhi permintaan anak. Akibatnya apabila ibu ayah sering memenuhi permintaan anak, anak akan meragam kerana mereka tahu setiap kali mereka meragam, ibu ayah akan memenuhi permintaan mereka dan tidak akan cakap ‘tak boleh’.

3. Ibu ayah sentiasa memberikan apa sahaja makanan yang diminta oleh anaknya.

Apabila ibu bapa kerap memberikan makanan ringan pada anak-anak, anak-anak akan naik tocang (rujukan PRPM: besar kepala / lupa diri / menjadi manja dan melampau perbuatan). Pergi ke mana-mana pun mesti hendak makanan ringan. Jika tidak dibelikan, anak-anak akan mengamuk, merajuk dan buat perangai. Sudahnya, ibu bapa akan memastikan bekalan makanan ringan sentiasa ada di rumah kerana ibu bapa tidak mampu menolak kemahuan anak-anak.

PEXELS

4. Anak selalu pegang telefon pintar ibu ayah.

Lazimnya ibu bapa akan memberikan telefon pintar mereka kepada anak-anak supaya anak-anak tidak meragam tidak kira sama ada di rumah atau di tempat awam. Kesannya, anak-anak akan ketagih dengan telefon pintar ibu ayah sehingga menyebabkan emosi mereka terganggu sekiranya tidak dapat bermain dengan telefon pintar tersebut.

5. Ibu ayah tidak boleh mendengar anak menangis.

Ibu ayah akan menjadi tidak senang duduk apabila mendengar anak menangis. Akhirnya, ibu ayah terpaksa menunaikan permintaan dan kemahuan anak. Padahal tangisan anak itu berada dalam kategori tangisan manipulatif. Tangisan manipulatif bermaksud tangisan palsu, tangisan yang dibuat-buat kerana anak tahu tangisan itu akan membuatkan ibu bapanya patuh dan tunduk pada segala kemahuan mereka.

PEXELS

Tidak salah memanjakan anak tetapi berpada-padalah. Ada permintaan dan kemahuan anak yang ibu bapa boleh turutkan dan ada yang tidak.

Ibu bapa juga perlu belajar untuk bercakap ‘TIDAK’ pada sesuatu kemahuan anak agar tidak mendatangkan kesan buruk pada masa akan datang.

Filem Anakku Sazali yang dihasilkan oleh P.Ramlee dahulu sebenarnya banyak memberi pengajaran kepada kita. Antaranya ialah sayangkan anak bukan bermaksud memenuhi semua permintaannya. Walaupun kita mungkin berharta tetapi ketahuilah memberikan harta benda semata-mata kepada anak-anak bukanlah didikan yang baik. Sebaliknya, didiklah anak-anak dengan ilmu agama.

Selain itu, ibu bapa harus mengawasi pergerakan anak-anak, ambil tahu dengan siapa mereka berkawan dan tidak menerima cakap anak bulat-bulat.

Berhati-hatilah dalam mendidik anak-anak, jangan sampai terjadi seperti dalam sedutan Filem Anakku Sazali ini.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI