27.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaInspirasiCheongsam dan Samfu adalah pakaian klasik rupanya, mengenal pakaian tradisi Cina yang...

Cheongsam dan Samfu adalah pakaian klasik rupanya, mengenal pakaian tradisi Cina yang asli

Tanggapan umum bahawa pakaian Cheongsam yang dipakai oleh wanita dan Samfu dipakai oleh lelaki, yang digayakan pada setiap perayaan Tahun Baharu Cina adalah pakaian tradisi Cina yang asli. Namun, sebenarnya Cheongsam dan Samfu adalah pakaian klasik Cina.

Ikuti perkongsian Ayman Rashdan Wong di Facebook mengenai sejarah pakaian tradisi Cina asli yang membawa kepada asal usul Cheongsam dan Samfu, sebagai pakaian klasik Cina yang popular digayakan sehingga ke hari ini.

Sebenarnya Cheongsam dan Samfu adalah pakaian klasik, bukan pakaian tradisi. Asal usulnya ialah fesyen orang Shanghai, China pada 1920-an. Selepas Parti Komunis menguasai China pada tahun 1949, ramai orang Shanghai telah berhijrah ke Hong Kong, Taiwan dan negara-negara Barat. Maka, fesyen Cheongsam turut disebarkan ke seluruh dunia.

Cheongsam yang dipakai oleh wanita dan Samfu yang dipakai oleh lelaki merupakan pakaian klasik Cina yang berasal dari fesyen orang Shanghai di China.

Cheongsam (長衫, istilah Kantonis yang bermaksud “baju panjang”) atau Qipao (旗袍, istilah Mandarin yang bermaksud “jubah Qi/Panji”). Samfu (衫褲, istilah Kantonis yang bermaksud “busana”) atau Magua (馬褂) diubah suai dari busana orang Manchu atau orang Qi (旗人, “Bannermen”) yang memerintah China dari 1644 hingga 1911.

Orang Manchu bukan etnik Cina, tetapi berasal dari kawasan Manchuria di timur laut China. Selepas menakluki China pada 1644, orang Manchu cuba mengasimilasi orang Cina dengan mengharamkan pakaian tradisi Cina yang asli iaitu Hanfu (漢服, “pakaian Han”).

Juga memaksa kaum lelaki mencukur rambut depan dan mengikat rambut belakang dalam bentuk tocang, mirip gaya rambut orang Manchu. Keengganan untuk bertocang boleh mendatangkan hukuman bunuh, dan ramai orang Cina terkorban kerana terikat dengan adat Konfusianisme yang mengharamkan mencukur rambut.

Walaupun Hanfu ini beragam mengikut perkembangan dinasti, ia mempunyai kesinambungan reka bentuk iaitu kelepak yang longgar dan terbuka, lengan yang panjang dan longgar. Berbeza dengan pakaian orang Manchu yang berkolar tertutup, dan berlengan sempit dan ketat.

Ayman Rashdan Wong / Facebook

Reka bentuk busana tradisi Korea (Hanbok) dan Jepun (Kimono) adalah berdasarkan Hanfu.

Kalau diperhatikan, ragam Hanfu pada Dinasti Ming (1368-1644) adalah mirip Baju Panjang yang dipakai oleh Nyonya di Melaka. Ini kerana Cina Peranakan Baba dan Nyonya adalah berasal dari keturunan imigran Dinasti Ming. Kaum Baba juga tidak bertocang seperti imigran Cina semasa abad ke-19.

Selepas Dinasti Qing digulingkan oleh revolusioner Cina Han yang dipimpin Sun Yat-Sen pada 1911, orang Cina terus memotong tocang sebagai tanda pembebasan dari pemerintahan Manchu. Namun gaya rambut dan busana tradisi Han yang asal tidak dikembalikan.

Sun Yat-Sen ialah seorang yang berfikiran moden dan berpaksikan Barat, dan trend intelektual ketika itu juga berpaksikan modenisme. Maka, tradisi pakaian Cina Han yang pernah berlangsung selama 2000 tahun tenggelam begitu sahaja.

Ragam Hanfu terdapat pada pakaian tradisi Cina Peranakan Baba dan Nyonya. (Gambar Twitter)

Busana tradisi bukan setakat fesyen, tetapi ia mengandungi falsafah atau pandangan dunia tentang sesebuah masyarakat. Hanfu melambangkan falsafah Konfusianisme yang mengandungi nilai-nilai kesantunan dan keadaban yang tidak dapat dibawa oleh fesyen moden.

Hari ini masih ada yang memakai Hanfu untuk menunjukkan penghargaan kepada sejarah dan budaya, namun mereka akan dipandang serong dan sinikal. Sama seperti sikap segelintir orang kita yang mempertikaikan niat seseorang untuk mengenakan busana tradisi Melayu.

Nasib Hanfu telah membuktikan bahawa kalau sesebuah bangsa tidak menghargai dan membiasakan pemakaian busana tradisi, maka ia akan pupus begitu sahaja. Jangan membiarkan busana tradisi kita menghilang ditelan oleh arus pemodenan.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI