Kebiasaan apabila kanak-kanak sedang membesar yang baru memulakan persekolahan, ada banyak benda dia kena belajar yang bukan setakat menimba ilmu daripada guru. Tetapi termasuk belajar memahami persekitaran seperti membeli makanan dari mak cik kantin sekolah.
Mula-mula, adik-adik ini mungkin ada yang tidak tahu pinggan makan nasi lemak, nasi goreng dan semua jenis mi adalah hak milik mak cik dan pak cik kantin. Melainkan mak cik dan pak cik kantin kata, “Boleh bawalah balik!”

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik pengguna TikTok @nieysanor dan dikongsi oleh pengguna Twitter @aemieruls_ yang memaparkan gelagat seorang murid sekolah lelaki membawa pulang nasi goreng yang dibelinya di kantin sekolah bersama pinggannya sekali.
Tindakannya yang memegang pinggan milik mak cik kantin yang berisi nasi goreng ketika menaiki kereta ibunya telah mencuit hati ramai.

Tidak diketahui sama ada mak cik kantin membenarkan adik ini membawa balik pinggan ke rumah bersama nasi goreng itu atas sebab tertentu, tetapi gelagatnya yang selamba memegang pinggan berisi nasi goreng telah mengejutkan ibunya yang datang menjemput.
“Yusuff itu pinggan siapa? tanya ibunya.

Terdiam seketika dan kemudian adik Yusuff memberi jawapan, “Ni beli 2 ringgit, tapi kat kantin 1 ringgit..” Mungkin macam itulah dia faham bila membeli nasi goreng dengan pinggan sekali kot.
Kemudian ibunya memberi nasihat, bimbingan dan pengajaran, “Pinggan tu tak beli sekali. Esok hantar. Pinggan tu tak bagilah. Pinggan tu kantin punya, kena hantar balik. Esok bagi balik tau.”

Kemudian adik Yusuff dengan patuh menjawab, “Ok..”

Gelagat adik comel ini membuatkan ramai netizen berasa terhibur dan geli hati dengan meninggalkan komen mereka:




Lama-lama adik Yusuff akan pandailah beli makanan di kantin. Pinggan mesti sudah pulang balik dekat mak cik kantin bukan?
Tonton video di bawah:
Pilihan Editor: