27.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupWanita moden mengaku jadi suri rumah sepenuh masa lebih membahagiakan

Wanita moden mengaku jadi suri rumah sepenuh masa lebih membahagiakan

Seorang wanita moden mengaku jadi suri rumah sepenuh masa lebih membahagiakan. Begitulah pengakuan ikhlas oleh Alexia Delarosa, 29 dari San Diego. Wanita beranak dua itu mengatakan keputusannya untuk berhenti kerja adalah disebabkan dia pernah diabaikan oleh keluarganya semasa kecil dahulu.

Alexia menjalani kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa seperti memasak, mengemas dan menjaga anak-anak. Sementara suaminya pula keluar bekerja.

Menurut Alexia, semasa dia kecil dahulu ibunya bekerja dan bersuka ria ketika keluar bersama rakan-rakannya.

Alexia walau bagaimanapun sentiasa mengimpikan keluarga 50’an di mana suami keluar bekerja sementara isteri pula menguruskan rumah.

“Saya ingat menonton drama di mana isteri duduk di rumah untuk memasak dan mengemas untuk suaminya, dan saya fikir ia kehidupan yang romantik dan manis. Ia benar-benar mengujakan saya,” kata Alexia.

Ketika ramai wanita moden hari ini bertungkus lumus bekerja dan menjaga anak, Alexia percaya semuanya akan kembali kepada cara hidup tradisional iaitu sebagai suri rumah. Namun begitu, perkara itu hanya akan terjadi apabila mereka sedar yang mereka tidak mampu melakukan semuanya sekali gus.

Mengimbau kembali kenangan sewaktu bercinta dengan suaminya, Matthew, 37 Alexia berkata mereka telah berbincang untuk mencipta keluarga dan kehidupan seperti apa yang mereka mahukan.

Mereka sangat bertuah kerana impian tersebut terlaksana dengan jayanya di mana Matthew bekerja sepenuh masa sambil menitikberatkan soal kewangan. Manakala Alexia pula duduk di rumah dan melakukan tugasan-tugasan rumah tangga yang lain.

Menurut Alexia, ketika mengandungkan anak sulung mereka, Archer yang kini berusia dua tahun, mereka telah memutuskan bahawa Alexia akan duduk di rumah bersama anak mereka itu.

“Saya mempunyai perniagaan buat kuih di rumah secara sampingan, tetapi ketika saya merasakan yang saya mengandungkan anak nombor dua, Arlo, saya menjaga kedua-dua anak, Matthew dan rumah kami.

“Saya sangat suka melakukan kerja-kerja rumah dan lebih gembira melakukannya,” ujar Alexia.

Kini Matthew mempunyai dan menjalankan perniagaan kedai kopi, dan terus bekerja dengan gigih. Sementara itu, Alexia pula akan memastikan hal-hal rumah terurus dengan lancar agar suaminya itu tidak perlu bimbang atau memikirkan tentangnya.

Kata Alexia lagi, “Tiada tugasan lain untuk Matthew. Saya uruskan semua kerja-kerja rumah dan akan memastikan makan malam tersedia apabila dia pulang daripada kerja.

“Inilah masanya apabila kami dapat makan bersama-sama sekeluarga. Saya agak memilih, jadi saya juga sukakan keadaan seperti ini.

“Matthew suka bekerja dan saya suka berada di rumah untuk menguruskan segalanya. Kami berdua sama-sama menjalankan tanggungjawab masing-masing dan pengaturan ini sangat sempurna buat kami,” ujar Alexia.

Bagi Alexia, untuk menjalani kehidupan secara tradisional, amat penting untuk mengekalkan rutin harian.

“Keluarga kami bergerak mengikut rutin. Saya bangun antara pukul 5.30 dan 6 pagi, menyiapkan diri sebelum anak-anak bangun.

“Bila mereka sudah bangun, lebih kurang pukul 6.30 pagi, saya menyediakan sarapan untuk kami bertiga dan saya suka melakukan perkara dari awal. Kemudian saya mengemas dan bermain bersama mereka di rumah, kadang-kadang kami pergi ke kedai kopi untuk melihat ayah mereka atau ke taman bergantung pada masa tidur mereka.

“Kemudian saya menyediakan makan tengah hari, mereka tidur dan pada waktu ini saya akan membasuh baju dan memikirkan menu makan malam.

“Apabila saya mengejutkan mereka daripada tidur, kami bermain di sekeliling rumah, saya menyediakan makan malam, mandi, membacakan mereka buku dan menidurkan mereka pada pukul 7 malam. Apabila mereka sudah tidur, saya melakukan pembersihan terakhir agar rumah tidak bersepah pada keesokan paginya.

Alexia gemar berkongsi petua menjalani kehidupan secara tradsional di media sosial. Dan sejak daripada itu, dia kerap menerima komen negatif daripada warga siber.

Katanya, “Mereka suka sangat memberitahu saya bahawa menjadi ibu dan isteri sepenuh masa bukanlah kerja sebenar.

“Ada juga yang cakap saya kembali ke 50 tahun kebelakang.

“Walau bagaimanapun, saya tidak membenarkannya mengganggu saya kerana saya tahu kerja yang saya lakukan ini tidak ternilai dan upahnya sangat mahal jika kami mahu mengupah seseorang melakukan tugasan ini sementara saya keluar bekerja.

“Amat penting untuk ibu bapa berada di rumah melihat anak-anak. Saya pernah menjadi pengasuh dan terlalu banyak kenangan istimewa bersama anak asuhan saya.

“Detik yang sangat istimewa dan ia menyedarkan saya yang saya mahu memiliki kenangan-kenangan manis seperti itu apabila saya memiliki anak sendiri.

Menurut Alexia lagi, dalam usaha untuk memaksimumkan masa bersama anak-anak, dia memutuskan untuk menyekolahkan anak-anaknya di rumah. Dia juga percaya tindakan ini akan membantu memastikan anak-anaknya terlindung daripada ‘pengaruh luar’ negatif.

Bercakap lebih lanjut mengenai keputusannya itu, Alexia berkata, “Terlalu banyak perkara yang boleh terjadi kepada mereka ketika di luar jagaan saya. Ia amat menakutkan saya.

“Contohnya, Archer menghadiri jamuan dan bermain dengan beberapa orang kanak-kanak, dan ketika dalam perjalanan pulang, dia cakap ‘awak bodoh’ dan kami tidak pernah menyebut perkataan itu di rumah”.

Ujar Alexia, perkara tersebut boleh berlaku terlalu cepat dan menakutkan. Jadi dia mahu membimbing anak-anaknya dan memastikan anak-anaknya itu dibesarkan dengan cara yang mereka mahukan.

“Saya tidak mahu anak-anak saya berasa seperti mereka terpaksa melarikan diri dari rumah mereka, dan saya mahu mereka yakin bahawa hakikatnya ibu mereka sentiasa ada dan semuanya terjaga.

“Saya tidak dapat membayangkan keluarga kami dengan cara lain,” kata Alexia menutup bicara.

Seperti Alexia setiap keluarga pasti mempunyai corak pengendalian rumah tangga yang tersendiri. Mereka pasti telah memikirkan banyak perkara sebelum memutuskan sesuatu. Tiada sesiapa pun berhak memutuskan apa yang perlu dilakukan oleh seseorang kerana hakikatnya mereka tidak berada di situasi setiap orang.

Tiada salahnya bagi wanita moden untuk terus bekerja di luar rumah dan menghantar anak-anak ke tempat asuhan. Begitu juga tiada salahnya wanita moden memutuskan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Semuanya bergantung kepada kemampuan masing-masing.

Harus diingatkan juga bahawa satu rancangan tidak mungkin sesuai untuk semua orang. Raikan perbezaan dan hormati pendapat dan keputusan setiap orang.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI