31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, October 14, 2024
UtamaBerita UtamaSetem khas Tahun Arnab dikecam hebat kerana disifatkan buruk dan menakutkan

Setem khas Tahun Arnab dikecam hebat kerana disifatkan buruk dan menakutkan

Setem khas Tahun Arnab keluaran China Post telah dikecam hebat kerana disifatkan buruk dan menakutkan oleh warga siber. Mereka mengatakan lukisan arnab yang terdapat pada setem tersebut sebagai “jahat”, “menakutkan” dan “mengerikan”.

ettoday

Setem tersebut telah direka oleh pelukis terkenal Huang Yongyu. Dia merupakan pencipta setem zodiak pertama negara pada tahun 1980. Salah satu karyanya terjual pada harga RM10.6 juta pada tahun 2017.

Namun begitu, setem yang penuh kontroversi tersebut telah habis dijual pada hari pertama jualan. Malah mengejutkan lagi ialah harganya meningkat tiga kali ganda seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.

Menurut China Post, dua jenis setem yang dilancarkan pada 5 Januari lalu ialah “Berkat Angin” dan “Simbiosis dengan Bulatan Yang Sama”.

ettoday

Motif pada setem “Berkat Angin” menunjukkan arnab yang bijak memegang pen di tangan kanannya dan surat di tangan kirinya. Ia membawa maksud menyampaikan kegembiraan Tahun Baharu kepada orang ramai.

Manakala motif pada setem “Simbiosis dengan Bulatan Yang Sama” pula ialah tiga ekor arnab bersentuhan antara satu sama lain. Ia membawa maksud daya hidup, ketangkasan dan kehangatan hidup yang tidak akan terhenti.

BBC

Walaupun membawa maksud yang baik, namun setem tersebut telah dikecam hebat oleh warga siber. Menurut mereka arnab berbadan biru dan bermata merah itu agak pelik lebih-lebih lagi ekspresi wajahnya yang kelihatan seperti lelaki bengis.

Warga siber juga mengejek dan menggelar arnab tersebut sebagai “arnab seperti tikus”, “seperti arnab yang dijangkiti dengan kuasa jahat” dan sebagainya. Malah lebih malang lagi arnab tersebut dianggap membawa nasib tidak baik oleh segelintir warga siber.

Biarpun berdepan dengan kecaman hebat, China Post tetap menjual setem khas Tahun Arnab berkenaan seperti biasa. Pada acara kemuncak, seekor maskot arnab muncul untuk menemui orang ramai yang hadir pada hari jualan setem tersebut.

ettoday

Biarpun pada rancangan asalnya adalah untuk menghiburkan orang ramai, namun terdapat ibu bapa yang berasa takut dengan kehadiran maskot arnab tersebut. Mereka juga telah meminta pihak penganjur untuk membawa keluar maskot berkenaan jauh daripada anak-anak mereka.

Pihak penganjur walau bagaimanapun menegaskan bahawa pertemuan maskot tersebut hanya diadakan di Nanning manakala kawasan lain pula hanya melakukan jualan setem sahaja.

Dalam pada itu, pemenang Hadiah Seni Olimpik oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Wong Yongyu berkata “Encik Huang Yongyu telah meneruskan lagendanya dengan pandangan hidup hampir 100 tahun dan pemahaman artistiknya.

“Arnabnya kelihatan kebudak-budakan, bersemangat, tidak terkawal dan bebas. Saya harap semua orang akan berasa bergaya, gembira dan bahagia melalui sistem zodiak Cina.”

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI