29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGlobalPemuda ini eksploitasi kelemahan sistem aplikasi penghantaran makanan dengan memesan makanan percuma...

Pemuda ini eksploitasi kelemahan sistem aplikasi penghantaran makanan dengan memesan makanan percuma bernilai lebih RM567,000

Seorang lelaki warga Singapura berusia 25 tahun dijatuhi hukuman penjara 31 bulan selepas dia mengeksploitasi kelemahan dalam sistem platform penghantaran makanan, yang membolehkannya memesan makanan bernilai RM567,548 tanpa membayar satu sen pun.

Menurut Today Online, tertuduh, Ronny Lee Jia Jie, mengaku bersalah atas dua pertuduhan penipuan dan satu pertuduhan pemalsuan pada 19 Januari.

Gambar Hiasan / Pexels

Jenayah dilakukan pada tahun 2020, ketika Ronny Lee menjadi kakitangan pentadbiran di syarikat pembaikan kapal milik bapanya, Hestia Marine.

Tanpa pengetahuan bapanya, dia mendaftarkan akaun korporat atas nama Hestia Marine di platform penghantaran makanan dengan menyenaraikan dirinya sebagai wakil syarikat.

Akaun korporat membenarkan tempoh kredit 30 hari yang memastikan tertuduh tidak perlu membayar serta-merta selepas penghantaran pesanan makanan. Jumlah keseluruhan semua item hanya akan dibayar pada setiap akhir bulan.

Antara 20 Januari dan 5 April 2020, tertuduh memesan makanan berjumlah RM60,819. Apabila syarikat itu mendesak pembayaran, dia hanya akan menyatakan bahawa cek pembayaran belum siap.

Gambar Today Online

Selepas akaun korporat disekat pada Julai 2020, Ronnie Lee mencipta satu lagi akaun korporat atas nama Mediacorp.

Dengan menggunakan akaun ini, tertuduh memesan makanan bernilai RM506,124, pelitup muka dan barangan lain antara 14 Ogos dan 3 November 2020.

Makanan itu adalah untuk kegunaan tertuduh sendiri, manakala dia menjual semula pelitup muka di platform e-dagang untuk tujuan mengaut keuntungan diri sendiri semasa kemuncak pandemik COVID-19.

Selepas muslihatnya terbongkar, tertuduh telah dipanggil untuk hadir ke mahkamah pada 5 Disember 2020. Bagaimanapun, lelaki ini telah berjaya mengelak daripada menghadiri pendengaran di mahkamah pada tiga kali waktu yang berbeza dengan memalsukan surat dari Akademi Media Singapura, iaitu tempat di mana dia menjadi pelajar.

Tertuduh Ronnie Lee Jia Jie. (Gambar oleh The Straits Times)

Ronnie Lee menghantar surat kepada mahkamah negeri yang menyatakan dia mempunyai jadual peperiksaan untuk diduduki, dan akibatnya tidak dapat menghadiri perbicaraan.

Rentak Ronnie Lee akhirnya pincang dan semuanya terdedah selepas pegawai mahkamah akhirnya mengesahkan dengan Akademi Media Singapura bahawa surat-surat itu telah dipalsukan.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI