28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 11, 2024
UtamaInspirasiSedih perhati pak cik makan malam Tahun Baharu Cina sendirian, keluarga ini...

Sedih perhati pak cik makan malam Tahun Baharu Cina sendirian, keluarga ini pelawanya sertai meja makan besar bersama

Ketika sambutan Tahun Baharu Cina, ia adalah masa yang dinantikan apabila ahli keluarga berkumpul dan meraikan perayaan itu bersama-sama.

Detik penting ketika malam Tahun Baharu Cina, seisi keluarga generasi tua dan muda sama-sama berkumpul untuk memeriahkan makan besar dan meraikan ahli keluarga yang tua dengan penuh kegembiraan. 

Namun, tidak semua orang tua mendapat peluang seperti itu sehingga terpaksa meraikannya sendirian dalam keadaan termenung selama bertahun.

Gambar Hiasan / Pixabay

Seorang pengguna Facebook dikenali Iris Christine Dangin dari Sabah, baru-baru ini menceritakan pertemuannya dengan seorang warga emas yang meraikan Tahun Baharu Cina di sebuah restoran secara solo tanpa ditemani sesiapa.

Pada malam Tahun Baharu Cina, Iris dan keluarganya telah ke sebuah restoran Cina yang biasa mereka kunjungi untuk meraikan makan besar bersama ahli keluarga lain, selepas pulang daripada menghadiri upacara di gereja.

Seperti kebiasaan di Sabah, masyarakat berbilang kaum dan agama akan meraikan Tahun Baharu Cina dengan penuh kemeriahan dalam suasana harmoni.

Iris Christine Dangin / Facebook

Hantaran Iris Christine Dangin amat menyentuh hati:

Selepas menghadiri Sunset Mass (Misa Senja), kami terus makan malam di restoran Cina yang biasa kami kunjungi. Kami duduk di hadapan seorang warga emas berseorangan yang makan sendirian.

Dia kelihatan sedih dan sekali-sekala mengerling ke arah pengunjung lain yang gembira menikmati hidangan bersama keluarga.

Gambar oleh Penang Foodie

Apabila dia melihat ke arah saya, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina, dia menjawab dan dengan itu bermula perbualan:

Uncle Chin: Terima kasih, dan Gong Xi Fa Cai juga kepada kamu.

Iris: Pak cik dekat sini seorang?

Uncle Chin: Ya, 4 orang anak pak cik semuanya menetap di luar negara dan mereka tidak pulang beraya bersama. Telah berlaku begitu lama selama mana yang pak cik ingat.

Iris: Maaf jika saya ganggu privasi pak cik, tetapi boleh saya bertanya di mana isteri pak cik?

Uncle Chin: Isteri pak cik sudah lama meninggal dunia, hampir 15 tahun. Jadi, sejak itu hanya tinggal pak cik.

Iris: Saya sangat bersimpati mendengarnya dan saya harap pak cik masih boleh menikmati perayaan yang menggembirakan ini. Pak cik tidak keberatan jika kami pelawa pak cik untuk menyertai kami untuk makan malam? Kami mempunyai tempat duduk tambahan di sini bersama kami.

Uncle Chin: Sudah tentu! Pak cik suka itu!

Kami makan malam bersama-sama dan suami saya akhirnya “bergaduh” siapa yang dapat membayar bil makan malam dan Uncle Chin menang akhirnya..haha..

Gambar Hiasan / Pixabay

Suatu kelainan yang membuat Uncle Chin berasa sangat gembira dan terasa meriah dalam sambutan Tahun Baharu Cina 2023 kali ini. 

Semoga majlis makan malam dan perjumpaan ini telah merapatkan hubungan keluarga jauh dan dekat, sambil menghidupkan semula dan mengeratkan ikatan kekeluargaan, doa Iris Christine Dangin dan keluarganya.

Iris Christine Dangin / Facebook

Hantaran Iris Christine Dangin telah mendapat perhatian warganet yang amat bersimpati dengan keadaan Uncle Chin yang sepatutnya boleh meraikan perayaan itu dengan gembira bersama anak-anak.

Iris Christine Dangin / Facebook

Namun, apakan daya mereka berada jauh di luar negara dan mungkin sibuk dengan tugas masing-masing.

Iris Christine Dangin / Facebook

Semoga Iris Christine Dangin sekeluarga serta Uncle Chin sentiasa diberkati dengan kemurahan dan kebaikan hati anda.

Sikap saling hormat-menghormati dan bantu-membantu antara satu sama lain yang sentiasa menjadi amalan kita rakyat Malaysia, tidak kira di mana dan dalam apa juga perayaan.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI