Seekor oyen yang nakal memutuskan untuk menghadiahkan ‘ketakutan’ kepada pemiliknya apabila menenggekkan dirinya di belebas sebuah pangsapuri sempena Hari Kekasih pada 14 Februari lalu.
Kucing itu yang bernama Fanta, entah bagaimana menemui jalan keluar dari tingkap rumahnya dan merayau ke kawasan seberang yang kelihatan seperti belebas terletak di luar pangsapuri itu.
Oleh kerana pemiliknya @pmqq tidak berjaya memanggil si oyen Fanta untuk kembali masuk ke rumahnya, jadi dia telah menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas untuk mendapatkan bantuan.
Menurut @pmqq menerusi video TikTok tular dengan lebih 2 juta tontonan yang merakam detik cemas itu, anggota bomba tiba dalam masa 15 minit dan mereka dengan tangkas segera bertindak.
Dalam video itu, dilihat dua anggota bomba bekerjasama dengan mengikat salah seorang rakan sekerja yang lain dengan peralatan khas mereka sebagai langkah keselamatan, dan selepas itu dia melompat keluar ke belebas itu untuk mengambil si oyen yang nakal.
Perlahan-lahan badannya digerakkan bagi membolehkan Fanta tidak melarikan diri secara tiba-tiba, abang bomba akhirnya berjaya menangkapnya dengan pantas di leher dan segera meletakkannya ke dalam bekas pengangkut bagi memastikan keselamatan Fanta.
Menerusi gambar yang dikongsikan oleh Balai Bomba Sri Hartamas dalam hantaran Facebook mereka, dapat dilihat abang bomba hanya mempunyai ruang kecil untuk dipijak dan berdiri dalam misi menyelamatkan Fanta.
Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen berkata yang mereka tidak terkejut dengan perangai luar jangka oyen kerana mereka ini memang terkenal sebagai si bulus yang paling nakal.
“Tak oyen la kan kalau tak buat hal..”
“Selalunya oyenlah. Terima kasih abang bomba!!”
“Boleh pula dia buat muka tak bersalah tengok kamera.. Oyen..Oyen..”
Sebelum ini, insiden seekor tapir yang tersesat telah berjaya ditangkap di sebuah hotel di Melaka dan kali ini berlaku di Dungun, Terengganu pula.
Tapir jantan tersesat berkenaan dilihat kelibatnya sedang melakukan ‘jelajah’ Dungun, apabila ia menjadi insiden haiwan liar tersesat yang paling banyak didokumentasikan di bandar itu ekoran beberapa gambar dan videonya heboh tular di media sosial.
Dalam beberapa rakaman video, tapir yang dianggarkan seberat 250 kilogram itu boleh dilihat berkeliaran di sekitar bandar Dungun sebelum akhirnya terjatuh ke dalam parit besar di Kampung Alor Tembesu dan terperangkap di situ.
Terdapat paparan video mengenai tapir itu melarikan diri daripada seorang lelaki yang cuba menangkap dan berusaha menyelamatkannya. Ketika lelaki itu memegang tali yang diikat pada tapir berkenaan, dia malahan terpaksa berlari mengejar haiwan liar itu.
Beliau juga berkata haiwan itu tidak sepatutnya berkeliaran di kawasan penempatan manusia kerana ia dikategorikan sebagai spesies terancam, sambil menambah “perkara akan jadi membahayakan sekiranya dia dilanggar kenderaan.”
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, tapir itu telah ditangkap dan akan dirawat kerana mengalami beberapa kecederaan ringan sebelum dilepaskan ke hutan simpan berhampiran.
“Tapir itu berjaya ditangkap oleh PERHILITAN dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan orang awam,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Pang Xun, hos Stesen Penyiaran Rakyat Sichuan, merupakan pengamal Falun Gong yang telah menyebarkan kebenaran tentang Falun Gong. Beliau diculik pada Julai 2020 dan dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun. Pang Xun diseksa sehingga maut di Penjara Jiazhou di Leshan pada 2 Disember 2022 dan mendiang baru berusia tiga puluh tahun. Ibunya dilaporkan kini sedang berusaha mendapatkan penjelasan.
Sumber dalaman memberitahu: Pegawai penjara memukulnya hingga mati. Pelbagai luka dan lebam ditinggalkan di seluruh badan, dan terdapat tanda-tanda renjatan elektrik, ikatan, dan pukulan di seluruh badan, dan beliau mengalami inkontinen. Alasan yang diberikan oleh pihak penjara ialah Pang Xun menghidap hipertiroid, tetapi rakan-rakan yang biasa mengenalinya berkata beliau berada dalam keadaan sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit yang boleh menyebabkan kematian.
Minghui.org
“Kawan saya dipukul sehingga mati di penjara Parti Komunis…namanya Pang Xun, baru berumur 30 tahun, seorang pemuda yang sangat cerdas dan kacak, hos penyiar, beliau seorang yang paling tulen dan terbaik pernah saya kenali, telah ditangkap. Sebabnya ialah beliau mengamalkan Falun Gong … Ini pastinya bukan alasan untuk PKC membunuhnya!” tulis seorang rakan.
Pada pagi Ahad, 26 Julai 2020, Pang Xun berada di rumahnya di Chengdu, Sichuan, apabila mendengar orang yang tidak dikenali mengetuk pintu, tetapi Pang Xun tidak mengendahkannya. Tidak lama kemudian, ketua unitnya turut menelefon bertanyakan di mana beliau berada dan memintanya datang ke unit bertugas dengan segera.
Pang Xun merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan meminta maaf. Kemudian, seseorang mengetuk pintu dan berkata terdapat kebocoran air dari tingkat atas hingga ke tingkat bawah, kemudian bekalan elektrik terputus, dan kedengaran orang ramai menunggu di koridor.
Pada hari Isnin, 27 Julai 2020, Pang Xun telah ditangkap ketika beliau dipaksa pergi bekerja. Sehari sebelum itu, pada 26 Julai, polis telah menyerbu rumah pengamal Falun Gong Wang Youping di Chengdu, menyelongkar rumahnya dan menahannya.
Minghui.org
Wang Youping, wanita berusia dalam lingkungan lima puluhan, menetap di Taman Yifeng berhampiran Pusat Konvensyen dan Pameran Yifeng; di mana unit kerjanya ialah Biro Hal Ehwal Etnik dan Agama Perbandaran Chengdu, seorang kader peringkat bahagian.
Pang Xun dan Wang Youping bertemu secara kebetulan di sebuah taman di Chengdu. Pada masa itu, Wang Youping sedang berehat di taman. Pang Xun memberitahu Wang Youping tentang kebenaran mengamalkan Falun Gong, dan kedua-duanya mengenali antara satu sama lain. Kemudian mereka pergi ke bangunan komuniti untuk mengedarkan terbitan berkala yang memberi penjelasan akan kebenaran Falun Gong.
Pang Xun disyaki dipantau dan dijejaki pihak berkuasa, ditahan secara salah oleh polis, dan dijatuhi hukuman secara menyalahi undang-undang. Pang Xun telah dianiaya di penjara sehingga membawa kepada kematiannya.
Penjara Jiazhou terletak di Bandar Quanfu, Bandar Leshan, Wilayah Sichuan. Ia merupakan gabungan Ladang Pembaharuan Buruh Wumaping di Wilayah Sichuan dan Penjara Shawan di Leshan. Menggunakan seksaan renjatan baton elektrik, pukulan kejam, makan secara paksa, serta lain-lain penyeksaan, juga memaksa banduan bekerja berjam-jam untuk mendapatkan keuntungan. Kawalan khas diberikan kepada pengamal Falun Gong yang telah dijatuhkan hukuman penjara dengan tuduhan palsu, dan mereka tidak dibenarkan bercakap antara satu sama lain.
Minghui.org
Sun Renzhi, seorang pengamal Falun Gong dari Bandar Mianyang, telah diculik dan dibawa ke Penjara Jiazhou bagi tujuan penganiayaan pada 9 Ogos 2018. Pada 5 September, anggota polis Shao memanggil Sun Renzhi keluar dari barisan di stadium untuk membacakan peraturan penjara. Di sebuah tempat tanpa kamera pengawasan, apabila dia duduk, mereka telah menyembur air lada ke muka Sun Renzhi. Serta-merta, seluruh mukanya menjadi panas, dengan air mata, air liur, dan hingus mengalir keluar. Shao mengugut: Saya ada cara untuk berurusan dengan anda. Apabila Sun Renzhi dibebaskan dari penjara pada 2020, keadaannya begitu kurus dan dia meninggal dunia pada 25 Jun 2022.
Cheng Huaigen mengamalkan Falun Gong di Daerah Tianfu, Chengdu, terselamat daripada situasi terdesak. Pada 13 Mei 2015, dia menggantung sepanduk dalam komunitinya dengan mengatakan, “Dunia memerlukan Sejati, Baik, Sabar” Cheng telah diculik dan dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan dianiaya sehingga mati pada 29 Mei 2017, pada usia 54 tahun.
Mendayung di tengah-tengah kehidupan kota kedengaran agak mustahil dan pelik sebenarnya, apatah lagi jika tujuannya ialah ke tempat kerja. Namun itulah yang dilakukan oleh seorang pekerja pejabat di Chongqing, China yang nekad mendayung kanu ke tempat kerja kerana dia tidak sanggup lagi menghadapi kesesakan lalu lintas.
Rumah Liu Fucao terletak di Jalan Chenjiaba, selatan Sungai Yangtze. Walaupun jarak dari rumah ke pejabatnya hanyalah satu kilometer, namun Liu terpaksa memandu kereta selama satu jam setiap hari untuk sampai ke pejabatnya. Disebabkan sudah tidak tahan lagi menghadapi kesesakan lalu lintas, akhirnya Liu memutuskan untuk menukar medium pengangkutan iaitu dengan mendayung kanu.
Liu nekad untuk mendayung kanu menyeberangi Sungai Yangtze untuk ke tempat kerja. Berbanding menghabiskan masa selama dua hingga tiga jam di atas jalan raya, Liu hanya perlu mendayung selama beberapa minit sahaja untuk tiba di pejabatnya yang terletak di seberang sungai.
Walaupun segak berkemeja dan berbeg galas, Liu tidak sedikit pun berasa terbeban untuk mendayung kanu.
Menurut Liu, kedudukan pejabat yang berhampiran dengan limbungan memberikan faedah buat dirinya. Jika sebelum ini masanya banyak terbuang di atas jalan raya, kini masa yang terluang itu digunakan untuk melakukan perkara yang lebih penting.
Setiap kali ke tempat kerja, Liu akan mendayung kanu kecuali pada hari hujan atau hari cuti.
Walau bagaimanapun, menurut Liu dia mempunyai kemahiran profesional untuk mendayung kanu. Dia turut mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mendayung tanpa kelayakan dan ilmu pengetahuan.
Apa yang dilakukan oleh Liu ini sangat memberi inspirasi. Berbanding sakit kepala mengenangkan nasib kerana terperangkap di dalam kesakaan lalu lintas, Liu telah memikirkan cara lain untuk ke tempat kerja.
Jika anda juga menghadapi masalah seperti Liu, mungkin anda pun boleh mencuba cara lain untuk ke tempat kerja.
Berikut adalah panduan menghadapi kesesakan lalu lintas ke tempat kerja:
Menukar medium pengangkutan. Jika sebelum ini anda memandu sendiri ke tempat kerja, mungkin kali ini anda boleh menaiki pengangkutan awam ataupun menunggang motosikal.
Menggunakan laluan alternatif. Mungkin laluan alternatif agak jauh berbanding jalan biasa yang anda lalui ke tempat kerja, tetapi jika laluan alternatif itu tidak sesak dan anda pun dapat sampai ke tempat kerja dengan selamat, kenapa tidak anda mencubanya?
Berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Berkongsi kenderaan ke tempat kerja adalah idea yang bernas kerana dapat mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya. Apabila kenderaan berkurang, kesesakan lau lintas pun berkurangan.
Rakyat Malaysia memang terkenal boleh bertutur dalam sekurang-kurangnya dua bahasa, dan apabila mereka berusaha untuk belajar dan bertutur bahasa asing lain, maka ia merupakan satu kelebihan dalam apa juga bidang yang mereka ceburi.
Agak mengagumkan apabila melihat bagaimana penjual makanan tempatan dan pekerja restoran berinteraksi dengan pelanggan asing yang mungkin tidak fasih bertutur dalam bahasa ibunda kita.
Seorang penjual ayam bakar dari Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini tular di Instagram selepas videonya sedang berkomunikasi dengan pelanggan Korea Selatan dalam bahasa ibunda mereka berjaya mencuri perhatian.
Bukan sahaja pelanggan asing yang kagum, malahan kita juga orang tempatan.
Menerusi klip video berdurasi 29 saat yang disiarkan semula oleh pengguna Instagram @myweekendplan, kakak penjual ayam bakar itu dilihat menerangkan makanan yang dijualnya kepada pelanggan Korea.
Dia menjelaskan kepada pelanggannya mengenai harga ayam bakar semasa sedang membungkus pesanan mereka dalam beg plastik, dan kemudian mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana membeli makanan yang dijualnya.
“RM6 untuk lima kepak ayam. Hendak bungkus macam mana?” tanyanya kepada pelancong asing itu dalam bahasa Korea.
Rata-rata pengguna Instagram terhibur dan kagum dengan kemahiran berbahasa penjual ayam bakar ini dan meninggalkan komen mereka:
Kata mereka adalah satu perkara yang biasa untuk melihat peniaga di Pasar Besar Kota Kinabalu bercakap dalam bahasa Korea dan bahasa asing lain.
“Setiap peniaga di Pasar Besar Kota Kinabalu boleh bertutur dalam bahasa Korea, Jepun, Cina, dan Inggeris kerana kebanjiran pelancong asing yang datang berkunjung,” tulis seorang pengguna.
New Zealand dikejutkan dengan kejadian gempa bumi berukuran magnitud 6.1 pada 15 Februari selepas bencana Taufan Gabrielle telah mengakibatkan kerosakan besar di seluruh Pulau Utara.
Pusat gempa berlaku kira-kira 7.30 petang waktu tempatan berhampiran bandar Wellington pada kedalaman 48 kilometer dengan pusat gempa terletak kira-kira 50 kilometer daripada bandar Paraparaumu, menurut pusat pemantauan aktiviti seismik kerajaan, Geonet.
Gegaran tersebut diklasifikasikan sebagai “kuat” dengan gempa berlarutan selama 30 saat.
Namun, tiada amaran tsunami dikeluarkan, juga tiada kerosakan harta benda yang dilaporkan di kawasan terlibat setakat ini.
Lebih 61,000 orang dilaporkan merasai gegaran itu di pulau utara dan selatan.
Mereka menggambarkan gempa bumi tersebut sebagai ‘kuat’ dan ‘menakutkan’.
“Ia seperti kereta api barang melintasi rumah kami. Saya bersama isteri dan dua anak kami kemudian segera berkumpul berdekatan pintu dan menunggu gegaran tersebut reda.
“Rasanya ia berlangsung kira-kira 30 saat. Jantung kami semua berdegup kencang sepanjang waktu itu,” kata salah seorang penduduk kepada New Zealand Herald.
A M6.1 earthquake caused a long and strong shake felt widely across the North Island and Marlborough region. We received over 61k felt reports.
No tsunami is expected.
Remember, drop, cover hold in the event of aftershocks.
Sebuah pesawat dalam penerbangan dari Auckland juga dilaporkan terpaksa membatalkan pendaratan di Lapangan Terbang Wellington susulan kejadian gempa itu.
Darurat bencana ribut taufan diumumkan sehari sebelum kejadian gempa bumi melanda negara itu.
Kerajaan New Zealand mengisytiharkan darurat peringkat kebangsaan berikutan banjir besar dan kerosakan teruk akibat Taufan Tropika Gabrielle.
Taufan berkenaan telah menyebabkan kerosakan di sepanjang Pulau Utara pada minggu ini yang mengorbankan empat orang.
Manakala, ribuan penduduk di kawasan terjejas telah kehilangan tempat tinggal.
New Zealand terletak di ‘Lingkaran Api Pasifik’ yang aktif secara seismik dan merupakan lengkok gunung berapi aktif sepanjang 40,000 km dan parit lautan yang melingkari sebahagian besar Lautan Pasifik.
Pada 2011, kejadian gempa bumi yang berlaku di Christchurch, yang terletak di Pulau Selatan telah meragut kira-kira 185 nyawa dan memusnahkan ribuan rumah.
Dalam temu bual tersebut, Chef Wan berkongsi tentang kerjayanya dan kejayaan perniagaan kedai makannya. Sehinggalah mereka menyentuh tentang ibu bapa, suasana bertukar pilu. Putaran lagu ‘Kasihnya Ibu’ menambahkan lagi suasana pilu pada segmen Bicara Petang itu.
Kata Chef Wan, bukan mudah untuknya menerima kenyataan bahawa ibunya telah tiada di dunia ini apatah lagi apabila rasa rindu bertandang di jiwa.
Namun kata Chef Wan, dia harus bangkit dan tidak terhanyut dalam kesedihan kerana masih ramai orang yang memerlukan perhatiannya termasuklah para pekerjanya.
Katanya lagi semua orang akan merasai kehilangan ibu bapa suatu hari nanti, jadi jangan terlalu ikutkan perasaan sedih.
Chef Wan juga memujuk hatinya dengan mengingati bahawa dia telah lakukan yang terbaik untuk ibunya sepanjang hayat ibunya. Kerana tidak semua orang berpeluang berkhidmat untuk ibu bapa hingga akhir hayat mereka.
Lumrah hidup ini memang ada perkara yang menggembirakan dan ada perkara yang menyedihkan berlaku kepada kita. Namun yang lebih penting menurut Chef Wan ialah apa yang kita pelajari daripadanya untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik.
Antara pesanan yang Chef Wan titipkan ialah:
Setiap orang hendaklah menjalankan tanggungjawab mengikut peranan masing-masing. Tidak kira sama ada anak, bapa, suami.
Suami isteri janganlah berebut hak penjagaan anak jika sudah bercerai.
Suami tidak berkahwin lebih sekiranya tidak mampu. (dalam konteks menyakiti hati isteri pertama).
Jangan berhenti buat kebaikan kerana apa yang dinilai Tuhan bukanlah pangkat tetapi amalan baik kita di dunia ini.
Apabila melihat Chef Wan menangis menerusi sedutan temu bual yang boleh didapati di Instagram Chef Wan dan Buletin FM, ramai warga siber yang mengatakan Chef Wan telah melakukan perkara yang terbaik untuk arwah ibunya.
Mereka juga mendoakan agar Chef Wan diberikan kekuatan untuk mendepani hari-hari mendatang tanpa ibu di sisi.
Untuk rekod, ibu Che Wan, Allahyarham Noraini atau lebih dikenali Che Ani meninggal dunia pada 12 Januari lalu pada usia 93 tahun.
Selain itu, Chef Wan juga menjaga bekas isterinya sehingga akhir hayat kerana menurutnya dia ialah ibu terbaik buat anak-anaknya. Kata Chef Wan, apa yang dia lakukan itu adalah atas dasar rasa tanggungjawab sebagai manusia.
Apabila memiliki impian yang ingin dicapai, anda akan memecahkan semua halangan dan mengharungi setiap cabaran untuk mencapainya.
Seorang pengguna Twitter berkongsi perjalanan perniagaan yang diusahakan bersama abangnya yang bermula sejak beberapa tahun lalu.
Afiqah menghidap skoliosis iaitu keadaan lengkung tulang belakang yang tidak normal, menceritakan bagaimana beliau dan abangnya memulakan ‘Perkhidmatan Pembersihan Anak Ibu’ iaitu perkhidmatan pembersihan karpet, tilam, kereta, sofa dan lain-lain.
Dalam video yang dikongsi Afiqah, wanita kuat dan tabah ini mempamerkan dirinya mengangkat permaidani besar dengan selamba. Tulisnya dalam bebenang, “Setiap kali saya pergi ke rumah pelanggan untuk hantar dan ambil karpet, ramai yang penuh keraguan kerana saya ini perempuan, tambah keding pula tu.”
“Karpet pula berat. Tetapi saya sudah biasa. Mana yang saya tidak boleh lakukan, ada orang lelaki yang akan kendalikan. Alhamdulillah semua kepayahan ini adalah punca rezeki,” tulisnya.
Afiqah kemudian berkongsi bagaimana mengendalikan mesin pencuci karpet yang juga agak berat dan sukar untuk bergerak.
“Mesin pembersih ini berat dan pada mulanya, sukar untuk belajar menggunakannya. Karpet yang kawal saya dan bukan saya yang kawal dia. Terbang kiri kanan dia yang bawa saya,” selorohnya.
Namun selepas bertahun-tahun berlatih, Afiqah berjaya mempelajari teknik menggunakannya dengan betul. “Selepas mengetahui cara menggunakannya, saya cuba mencari pelanggan di kawasan kejiranan. Permaidani pertama yang saya bersihkan adalah permaidani saya sendiri!” katanya.
Afiqah memberitahu perniagaan pembersihan karpet itu dimulakan sejak 5 tahun lalu bersama abangnya.
“Saya mengendalikan karpet yang saya mampu dan mana yang saya tidak mampu, saya serah kepadanya. Permaidani terbesar yang pernah kami kendalikan adalah lebih panjang daripada van. Tiga lelaki terpaksa memikulnya,” jelasnya.
“Baru 5 tahun, pernah terfikir mahu jual sahaja semua mesin dan bekerja makan gaji macam biasa. Tetapi setiap kali terfikir mahu berhenti, saya berasa berat hati kerana saya telah berkorban terlalu banyak untuknya. Jadi saya tetap teruskan mencuci karpet sambil menangis,” tambah Afiqah.
“Ia adalah satu perasaan kepuasan yang sangat hebat apabila anda dapat mencuci permaidani yang kotor dan lusuh apabila dia kembali cantik. Seperti memberi peluang kedua kepada mereka,” kata Afiqah.
Sempena hari lahir abangnya, Afiqah menulis, “Hari ini adalah hari lahirnya. Saya harap kami tidak akan berputus asa dalam perniagaan ini. Menangis bersama dan semoga berjaya bersama. Dan harap kami tidak bertukar menjadi watak dalam filem yang berebut syarikat dan aset pada masa hadapan.”
Oleh kerana menghidap skoliosis, Afiqah memberitahu WOB yang beliau sering mengalami sakit belakang pada setiap malam selepas bekerja, tetapi menurutnya, “Ia tidak serius. Cuma sakit belakang yang biasa.”
Aku ada google correct posture untuk lift heavy objects lepastu aku nak tergelak sebab aku literally tak boleh slouch. Ada 16 titanium rods dalam spine aku sejak 13 tahun lepas (scoliosis surgery). Badan aku akan maintain straight walau macam mana pun aku try untuk bongkok. + pic.twitter.com/LwD9LSR5V9
Bebenang itu telah menarik perhatian netizen yang mendoakan perniagaan Afiqah dan abangnya berkembang dengan baik dan terus maju. Beberapa pengguna Twitter juga menyatakan kebimbangan mengenai keadaannya dan bagaimana dia boleh mengangkat barang berat setiap hari.
“Sungguh saya menangis lihat kamu dan abang kamu memulakan perniagaan sendiri. Saya faham perasaan penat buat bisnes dan fikiran mahu berputus asa itu.”
“Inilah yang mereka maksudkan dengan menjual cerita, bukan produk; kerana apabila seseorang dilaburkan secara emosi, mereka lebih berkemungkinan untuk membeli apa sahaja yang anda jual,” tulis seorang netizen.
“Gadis ini menghidap skoliosis tetapi masih kuat. Saya menghidap skoliosis dan saya tidak boleh mengendalikan barang berat. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk kamu,” tulis netizen lain.
Setiap kali aku pergi rumah customer untuk hantar & pick up carpet, mesti diorang macam full of doubts sebab aku perempuan, keding pulak tu. Carpet pula berat. Tapi aku dah biasa. Yang aku tak mampu memang ada team lelaki handle. Alhamdulillah semua kepayahan ni punca rezeki. pic.twitter.com/mCZJJ7Yh9X
Sebuah asteroid menerangi langit Selat Inggeris pada awal pagi 13 Februari selepas saintis meramalkan laluan melintasi bumi dengan tepat, yang mana kali ketujuh fenomena menakjubkan ini pernah berlaku.
Agensi Angkasa Eropah (ESA) melaporkan objek bersaiz 1 meter itu akan memasuki atmosfera Bumi dan melintasi langit di bandar Rouen, Perancis. BBC kemudian melaporkan ia dilihat di Selat Inggeris, mencipta efek bintang jatuh yang indah dan menakjubkan.
ESA menggelar asteroid kecil yang memasuki atmosfera Bumi pada 13 Februari itu dengan nama Sar2667, sambil menambah ramalan mereka adalah “tanda kemajuan pesat dalam keupayaan pengesanan asteroid global”. BBC memetik Pertubuhan Meteor Antarabangsa, yang berpangkalan di Belgium, berkata objek itu akan memasuki kira-kira 4km dari pantai Perancis, dan akan mencipta efek “bebola api”.
Para saintis ESA menerangkan bagaimana ramalan sebelum ini, dengan “penemuan awal asteroid 2022 WJ1 oleh Catalina Sky Survey – salah satu projek utama yang didedikasikan untuk penemuan dan susulan objek berhampiran Bumi” telah berlaku pada 19 November 2022.
Mereka berkata asteroid itu mula-mula dirakam oleh teleskop Catalina dan selepas empat pemerhatian dalam tempoh kira-kira setengah jam, ia dilaporkan kepada Minor Planet Centre.
“Empat pemerhatian ini sudah cukup untuk memetakan laluan asteroid di langit,” kata mereka, sambil menambah dalam beberapa minit data diterbitkan, perisian pemantauan dalaman ESA sendiri telah mencadangkan objek itu mungkin menghentam di suatu lokasi di Amerika Utara dalam dua hingga tiga jam berikutnya.
“Berikutan pemberitahuan impak berpotensi, pemerhati di Catalina dan tempat lain di seluruh Amerika Syarikat melakukan pemerhatian susulan asteroid baharu itu. Kurang 30 minit dari cetusan awal, impaknya telah disahkan dengan ketepatan yang sangat baik: asteroid kecil, berkemungkinan kurang daripada satu meter diameter, akan mendampak di suatu tempat antara Tasik Erie dan Tasik Ontario yang berada berhampiran sempadan AS-Kanada,” jelas mereka.
Ia diramalkan mengimpak bumi pada kira-kira jam 8.30 dan 9.30 pagi waktu United Kingdom. “Tepat pada masa yang diramalkan, asteroid berukuran 1 meter memasuki atmosfera bumi menjadi bebola api yang menakjubkan pada lokasi yang dijangkakan,” kata ESA.
Kemahiran bercakap bagi setiap anak-anak adalah berbeza-beza. Oleh yang demikian, sekiranya anak kecil terkini anda lambat bercakap berbanding anak-anak terdahulu, mungkin itu bukanlah sesuatu yang perlu anda bimbangkan. Apa yang perlu dan boleh ibu bapa lakukan untuk elak anak lambat bercakap ialah dengan mengikuti 7 tips ini.
1. Membaca bersama-sama
Antara cara untuk menggalakkan perkembangan anak-anak sejak bayi ialah membaca bersama-sama mereka.
Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2016 mendapati bahawa bayi yang dibacakan buku bergambar mempunyai lebih banyak perbendaharaan kata berbanding bayi yang hanya mendengar percakapan orang dewasa.
Kajian pada tahun 2019 pula mendapati pada ketika anak-anak memasuki tadika, mereka telah terdedah kepada lebih 1.4 juta perkataan walaupun dibacakan sehari sebuah buku, berbanding anak-anak yang tidak dibacakan apa-apa langsung sejak bayi.
Untuk mengajar anak-anak bahasa isyarat, ibu bapa tidak perlu mahir dalam menguasai bahasa isyarat tersebut.
Antara bahasa isyarat yang boleh diajarkan kepada anak-anak ialah ‘nak lagi’, ‘dah habis’, ‘nak susu’, ‘nak makan’, ‘nak buang air’ dan lain-lain.
Tunjukkan isyarat sambil menyebut perkataan dengan betul. Contohnya, goyangkan tangan sebagai isyarat sesuatu sudah habis sambil katakan pada anak “dah habis”. Lakukan secara berulang-ulang supaya anak akan ingat isyarat dan perkataan tersebut.
Penggunaan bahasa isyarat juga membantu anak-anak bercakap dengan lebih yakin dan kurang tertekan. Ini kerana, melalui isyarat mereka dapat meluahkan perasaan mereka tanpa perlu berkata-kata.
3. Tidak menggunakan ‘bahasa bayi’ ketika berbual
Bagi sesetengah orang, mereka berpendapat bahawa ‘bahasa bayi’ itu ‘comel’. Namun tahukah anda kekerapan menggunakan ‘bahasa bayi’ boleh menjejaskan percakapan bayi?
Apa yang perlu anda lakukan ialah jangan betulkan sebutan mereka (yang menggunakan ‘bahasa bayi’). Sebaliknya, anda lah yang perlu membalas percakapan mereka dengan menggunakan perkataan dan sebutan yang betul. Dengan cara ini, lama-kelamaan mereka akan sedar yang mana satu perkataan atau sebutan yang betul.
4. Kenalkan dan ajarkan anak kecil nama-nama barang
Sesetengah kanak-kanak hanya menunjuk barang yang dia mahukan tanpa memintanya. Apa yang boleh anda lakukan ialah memberikan barang yang diminta dengan menyebut nama barang tersebut.
Contohnya jika anak anda nampak kambing dan cakap “kambing,” anda bolehlah panjangkan perbualan tersebut dengan mengatakan, “Ya, itu kambing hitam yang gemuk.”
Anda boleh juga gunakan teknik yang sama apabila anak anda tertinggal perkataan yang hendak diucapkan. Contohnya, “kambing gemuk”, anda katakan “Kambing itu gemuk.”
6. Berikan pilihan kepada anak anda
Galakkan perbualan dengan memberikan pilihan kepada anak anda.
Contohnya, anda ada dua cawan jus dan mahu anak anda memilih sama ada jus epal atau jus oren. Jadi anda tanya anak anda, “Awak nak jus oren atau jus epal?” Jika anak anda hanya menunjuk, galakkan dia untuk bercakap menggunakan perkataan yang betul.
Satu kajian pada tahun 2018, menunjukkan pertambahan masa penggunaan skrin gajet menyebabkan bayi berusia 18 bulan lewat bercakap.
Pakar mendapati bayi yang tidak didedahkan dengan gajet pada awal usianya mengalami perkembangan yang lebih baik.
Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), masa skrin yang disarankan untuk kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun ialah tidak melebihi satu jam sehari.