26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaGaya HidupPemuda ini ambil masa 2 jam untuk sampai ke tempat kerja menggunakan...

Pemuda ini ambil masa 2 jam untuk sampai ke tempat kerja menggunakan pengangkutan awam, setiap hari pasti meletihkan

Semua sedia maklum memandu ke tempat kerja akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, jadi seorang pemuda baru-baru ini cuba mengambil inisiatif dengan menggunakan pengangkutan awam. Tetapi hasilnya bukan lebih baik, malahan mengambil masa 2 jam untuk tiba ke tempat kerjanya!

Seorang pengguna TikTok @nabilersyad berkongsi di platform itu dengan merakam dirinya menaiki pengangkutan awam selama dua jam untuk ke tempat kerja, yang serta-merta mendapat perhatian warganet lain.

TikTok

Menurut Oriental Daily, pemuda itu bekerja di Bangsar dan menaiki pengangkutan awam dari Puncak Alam. Dia menaiki bas terlebih dahulu untuk sampai ke stesen komuter KTM. Ia mengambil masa 2 jam pergi dan balik (4 jam kesemuanya), dengan harapan sistem pengangkutan awam dapat dipertingkatkan.

Video itu memaparkan yang dia perlu bangun pada jam 5 pagi untuk menaiki bas, dan kemudian menaiki komuter KTM untuk sampai ke pejabat. Ia mengambil masa 2 jam 10 minit untuk perjalanan 40 hingga 50 kilometer ke tempat kerja. Pemuda ini mendedahkan dia cuba pergi bekerja dengan waktu yang lebih lewat, tetapi situasi menjadi lebih teruk.

TikTok

“Saya cuba keluar pada jam 6:40 pagi, tetapi semuanya sudah sesak, dan perjalanan menjadi hampir 3 jam. Tempat duduk di dalam kereta api semuanya penuh. Apabila masa saya terlewat, saya akan menghadapi situasi ‘sardin’.”

TikTok

Katanya, tujuan memuat naik video itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kehidupan bekerja penduduk yang tinggal di pinggir bandar, dengan harapan pihak berwajib dapat menambah baik sistem pengangkutan awam.

“Saya berharap perkhidmatan pengangkutan awam dapat menambahkan lagi perjalanan terutama di pinggir bandar. Saya bertolak dari rumah pada jam 5:15 pagi, kerana bas paling awal tiba jam 5:40 pagi, seterusnya jam 6:15 pagi, dan jarak waktu menunggu bas adalah 40 minit. Jika kekerapan bas meningkat, bas mungkin tiba pada jam 5:50 pagi, jadi saya tidak perlu bangun awal dan tergesa-gesa pada setiap masa,” jelasnya.

TikTok

Memandu kenderaan sendiri, anda akan mengharungi kesesakan di jalan raya tidak berkesudahan, sementara menggunakan pengangkutan awam, anda akan mengalami rasa terbeban serta meletihkan. Itulah yang dialami kebanyakan warga bekerja di Malaysia yang tinggal di pinggir bandar.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI