30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024
UtamaGlobalHos stesen penyiaran Sichuan diseksa sehingga maut

Hos stesen penyiaran Sichuan diseksa sehingga maut

Pang Xun, hos Stesen Penyiaran Rakyat Sichuan, merupakan pengamal Falun Gong yang telah menyebarkan kebenaran tentang Falun Gong. Beliau diculik pada Julai 2020 dan dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun. Pang Xun diseksa sehingga maut di Penjara Jiazhou di Leshan pada 2 Disember 2022 dan mendiang baru berusia tiga puluh tahun. Ibunya dilaporkan kini sedang berusaha mendapatkan penjelasan.

Sumber dalaman memberitahu: Pegawai penjara memukulnya hingga mati. Pelbagai luka dan lebam ditinggalkan di seluruh badan, dan terdapat tanda-tanda renjatan elektrik, ikatan, dan pukulan di seluruh badan, dan beliau mengalami inkontinen. Alasan yang diberikan oleh pihak penjara ialah Pang Xun menghidap hipertiroid, tetapi rakan-rakan yang biasa mengenalinya berkata beliau berada dalam keadaan sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit yang boleh menyebabkan kematian.

Minghui.org

“Kawan saya dipukul sehingga mati di penjara Parti Komunis…namanya Pang Xun, baru berumur 30 tahun, seorang pemuda yang sangat cerdas dan kacak, hos penyiar, beliau seorang yang paling tulen dan terbaik pernah saya kenali, telah ditangkap. Sebabnya ialah beliau mengamalkan Falun Gong … Ini pastinya bukan alasan untuk PKC membunuhnya!” tulis seorang rakan.

Pada pagi Ahad, 26 Julai 2020, Pang Xun berada di rumahnya di Chengdu, Sichuan, apabila mendengar orang yang tidak dikenali mengetuk pintu, tetapi Pang Xun tidak mengendahkannya. Tidak lama kemudian, ketua unitnya turut menelefon bertanyakan di mana beliau berada dan memintanya datang ke unit bertugas dengan segera.

Pang Xun merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan meminta maaf. Kemudian, seseorang mengetuk pintu dan berkata terdapat kebocoran air dari tingkat atas hingga ke tingkat bawah, kemudian bekalan elektrik terputus, dan kedengaran orang ramai menunggu di koridor.

Pada hari Isnin, 27 Julai 2020, Pang Xun telah ditangkap ketika beliau dipaksa pergi bekerja. Sehari sebelum itu, pada 26 Julai, polis telah menyerbu rumah pengamal Falun Gong Wang Youping di Chengdu, menyelongkar rumahnya dan menahannya.

Minghui.org

Wang Youping, wanita berusia dalam lingkungan lima puluhan, menetap di Taman Yifeng berhampiran Pusat Konvensyen dan Pameran Yifeng; di mana unit kerjanya ialah Biro Hal Ehwal Etnik dan Agama Perbandaran Chengdu, seorang kader peringkat bahagian.

Pang Xun dan Wang Youping bertemu secara kebetulan di sebuah taman di Chengdu. Pada masa itu, Wang Youping sedang berehat di taman. Pang Xun memberitahu Wang Youping tentang kebenaran mengamalkan Falun Gong, dan kedua-duanya mengenali antara satu sama lain. Kemudian mereka pergi ke bangunan komuniti untuk mengedarkan terbitan berkala yang memberi penjelasan akan kebenaran Falun Gong.

Pang Xun disyaki dipantau dan dijejaki pihak berkuasa, ditahan secara salah oleh polis, dan dijatuhi hukuman secara menyalahi undang-undang. Pang Xun telah dianiaya di penjara sehingga membawa kepada kematiannya.

Penjara Jiazhou terletak di Bandar Quanfu, Bandar Leshan, Wilayah Sichuan. Ia merupakan gabungan Ladang Pembaharuan Buruh Wumaping di Wilayah Sichuan dan Penjara Shawan di Leshan. Menggunakan seksaan renjatan baton elektrik, pukulan kejam, makan secara paksa, serta lain-lain penyeksaan, juga memaksa banduan bekerja berjam-jam untuk mendapatkan keuntungan. Kawalan khas diberikan kepada pengamal Falun Gong yang telah dijatuhkan hukuman penjara dengan tuduhan palsu, dan mereka tidak dibenarkan bercakap antara satu sama lain.

Minghui.org

Sun Renzhi, seorang pengamal Falun Gong dari Bandar Mianyang, telah diculik dan dibawa ke Penjara Jiazhou bagi tujuan penganiayaan pada 9 Ogos 2018. Pada 5 September, anggota polis Shao memanggil Sun Renzhi keluar dari barisan di stadium untuk membacakan peraturan penjara. Di sebuah tempat tanpa kamera pengawasan, apabila dia duduk, mereka telah menyembur air lada ke muka Sun Renzhi. Serta-merta, seluruh mukanya menjadi panas, dengan air mata, air liur, dan hingus mengalir keluar. Shao mengugut: Saya ada cara untuk berurusan dengan anda. Apabila Sun Renzhi dibebaskan dari penjara pada 2020, keadaannya begitu kurus dan dia meninggal dunia pada 25 Jun 2022.

Cheng Huaigen mengamalkan Falun Gong di Daerah Tianfu, Chengdu, terselamat daripada situasi terdesak. Pada 13 Mei 2015, dia menggantung sepanduk dalam komunitinya dengan mengatakan, “Dunia memerlukan Sejati, Baik, Sabar” Cheng telah diculik dan dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan dianiaya sehingga mati pada 29 Mei 2017, pada usia 54 tahun.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI