26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaGaya HidupTidak sanggup menghadapi kesesakan lalu lintas, pekerja pejabat nekad mendayung ke tempat...

Tidak sanggup menghadapi kesesakan lalu lintas, pekerja pejabat nekad mendayung ke tempat kerja

Mendayung di tengah-tengah kehidupan kota kedengaran agak mustahil dan pelik sebenarnya, apatah lagi jika tujuannya ialah ke tempat kerja. Namun itulah yang dilakukan oleh seorang pekerja pejabat di Chongqing, China yang nekad mendayung kanu ke tempat kerja kerana dia tidak sanggup lagi menghadapi kesesakan lalu lintas.

Rumah Liu Fucao terletak di Jalan Chenjiaba, selatan Sungai Yangtze. Walaupun jarak dari rumah ke pejabatnya hanyalah satu kilometer, namun Liu terpaksa memandu kereta selama satu jam setiap hari untuk sampai ke pejabatnya. Disebabkan sudah tidak tahan lagi menghadapi kesesakan lalu lintas, akhirnya Liu memutuskan untuk menukar medium pengangkutan iaitu dengan mendayung kanu.

Liu nekad untuk mendayung kanu menyeberangi Sungai Yangtze untuk ke tempat kerja. Berbanding menghabiskan masa selama dua hingga tiga jam di atas jalan raya, Liu hanya perlu mendayung selama beberapa minit sahaja untuk tiba di pejabatnya yang terletak di seberang sungai.

Walaupun segak berkemeja dan berbeg galas, Liu tidak sedikit pun berasa terbeban untuk mendayung kanu.

Menurut Liu, kedudukan pejabat yang berhampiran dengan limbungan memberikan faedah buat dirinya. Jika sebelum ini masanya banyak terbuang di atas jalan raya, kini masa yang terluang itu digunakan untuk melakukan perkara yang lebih penting.

Setiap kali ke tempat kerja, Liu akan mendayung kanu kecuali pada hari hujan atau hari cuti.

Walau bagaimanapun, menurut Liu dia mempunyai kemahiran profesional untuk mendayung kanu. Dia turut mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mendayung tanpa kelayakan dan ilmu pengetahuan.

Apa yang dilakukan oleh Liu ini sangat memberi inspirasi. Berbanding sakit kepala mengenangkan nasib kerana terperangkap di dalam kesakaan lalu lintas, Liu telah memikirkan cara lain untuk ke tempat kerja.

Jika anda juga menghadapi masalah seperti Liu, mungkin anda pun boleh mencuba cara lain untuk ke tempat kerja.

Berikut adalah panduan menghadapi kesesakan lalu lintas ke tempat kerja:

  • Menukar medium pengangkutan. Jika sebelum ini anda memandu sendiri ke tempat kerja, mungkin kali ini anda boleh menaiki pengangkutan awam ataupun menunggang motosikal.
  • Menggunakan laluan alternatif. Mungkin laluan alternatif agak jauh berbanding jalan biasa yang anda lalui ke tempat kerja, tetapi jika laluan alternatif itu tidak sesak dan anda pun dapat sampai ke tempat kerja dengan selamat, kenapa tidak anda mencubanya?
  • Berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Berkongsi kenderaan ke tempat kerja adalah idea yang bernas kerana dapat mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya. Apabila kenderaan berkurang, kesesakan lau lintas pun berkurangan.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI