25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024
UtamaGaya HidupSatu kelas ucap selamat hari jadi kepada murid Melayu di SJKC, cair...

Satu kelas ucap selamat hari jadi kepada murid Melayu di SJKC, cair bila ‘kasih hati’ siap berjoget sambil menyanyi

Uniknya berada di Malaysia ialah ibu bapa mempunyai pilihan untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah jenis kebangsaan. Di sini anak-anak akan mendapat kelebihan untuk mempelajari dan menguasai bahasa lain selain bahasa ibunda mereka.

Dan murid-murid berbilang kaum di sekolah ini juga tidak mempunyai apa-apa masalah dalam pergaulan mereka ketika menuntut ilmu.

Baru-baru ini tular sebuah video ceria dan menyentuh hati hasil perkongsian pengguna TikTok @eldenchan17 yang merupakan seorang guru di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Kuching, Sarawak.

Facebook

Rakaman video berkenaan memaparkan murid-murid dalam satu kelas di SJKC itu begitu ceria menyanyikan lagu ucapan selamat hari jadi kepada rakan sekelas mereka yang berbangsa Melayu, dalam bahasa Mandarin.

Paling menggelikan hati apabila salah seorang rakan sekelasnya telah berjoget sakan di hadapannya sambil menyanyikan lagu hari jadi.

Facebook

Dengan selamba dan tanpa segan silu, kanak-kanak lelaki bangsa Cina ini beraksi dalam tarian comel khas buat rakan Melayunya yang membuatkan rakan sekelas yang lain spontan tergelak melihat gelagatnya.

Mungkin adik ‘birthday girl’ ini ‘kekasih hati’ dia kot kita tak tahu..

Facebook

Apa yang pasti aksinya rancak berjoget untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada rakan sekelasnya yang berbangsa lain memang membuat hati kita semua cair.

Dan melihat aksi ceria mereka tanpa mengambil kira apa pun latar belakang dan bangsa masing-masing pastinya membuatkan hati kita menjadi sejuk dan menjadi lebih optimis akan masa depan negara.

Facebook

Malaysia yang kekal utuh dari segi keharmonian kaum serta mampu mengekalkan semangat perpaduan dengan hati terbuka.

Tonton video di sini.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI