Terdapat banyak hal-hal misteri yang berlaku di dalam dunia ini yang mungkin tidak dapat kita rungkaikan. Ada perkara yang berlaku tanpa diketahui sebab dan punca.
Antara perkara misteri yang masih menjadi tanda tanya ramai ialah bagaimana api yang aneh dan pelik boleh muncul secara tiba-tiba di sebuah taman di Sepanyol.
Kejadian misteri tersebut telah dirakam oleh orang awam yang menyaksikan peristiwa tersebut.
Video yang membingungkan itu menunjukkan bagaimana api telah merebak dengan membakar lapisan rumput yang ditutupi dengan biji benih berwarna putih yang datangnya dari pokok poplar (sejenis pokok kapas) yang ada di situ.
Pergerakan api tersebut seolah-olah seperti ombak dan apa yang lebih menghairankan api tersebut tidak membakar pokok atau bangku kayu yang ada di situ.
Anggota bomba dari komuniti autonomi Castilla dan Leon kemudian mengatakan mereka dihantar untuk membuang biji poplar di taman Cidacos, di Calhorra, La Rioja, Sepanyol utara di mana kejadian tersebut berlaku.
Pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah semasa berlangsungnya promosi besar-besaran. Kaum wanita terutamanya pasti ramai yang berhabis duit membeli barang keperluan dan kehendak.
Oleh kerana itu, ada para isteri yang cuba merahsiakan aktiviti mereka daripada pengetahuan si suami kerana risau akan dileteri. Namun, tidak semua aktiviti belah-belah atas talian boleh disorokkan kerana ianya akan terbongkar juga seperti yang berlaku kepada seorang netizen di Facebook.
Perkara tersebut terbongkar apabila suaminya melihat barang yang dipesan kerana dia bekerja sebagai penghantar barang. Memandangkan dia bekerja dengan syarikat kurier jadi dia tahu akan barangan yang dibeli isterinya secara atas talian.
Pemuda tersebut walau bagaimanapun sempat menghantar mesej gurauan yang bertanya jika isterinya ada di rumah kerana dia mahu menghantar bungkusan tersebut. Tidak hanya itu, dia juga ada meminta beberapa jenis makanan sebagai upah kerana menghantar bungkusan berkenaan.
Setiap haiwan peliharaan pastinya punya ragam yang tersendiri. Tidak kiralah, anjing, hamster atau kucing dan kali ini seekor kura-kura pula menunjukkan ragam lucunya.
Kisah lucu ini diceritakan oleh seorang netizen dari Thailand di laman sosial TikTok miliknya. Di platform tersebut dia ada memuat naik video lucu yang menunjukkan telatah selamba kura-kuranya yang cuba lari dari rumah.
Apa yang dilakukan oleh kura-kuranya ialah dengan membuka pagar rumahnya. Kura-kura buka pagar rumah? Bunyinya seperti mustahil untuk dilakukan tetapi kura-kura bijak ini ada tekniknya!
Percubaan untuk lari dari rumah itu telah dirakam netizen tersebut menunjukkan kura-kuranya telah membuka pintu pagar sebelum berjalan ke luar dengan pantasnya.
Namun begitu, percubaannya kali ini gagal apabila ada jirannya yang melihatnya berada di jalan. Mereka kemudian mengambil kura-kura tersebut dan dipulangkan semula kepada tuannya.
Sebenarnya itu bukan kali pertama dan terkahir kura-kura tersebut melakukan percubaan untuk “lari dari rumah”. Dua hari kemudian, pemilik kura-kura tersebut sekali lagi memuat naik video baru yang menunjukkan kura-kuranya melakukan perkara yang sama.
Video menunjukkan bahawa kura-kura membuka pintu pagar sekali lagi dan terus berjalan keluar. Nasib masih tidak menyebelahainya apabila ada seorang lelaki yang menjumpainya dan membawanya pulang. Pintu pagar kemudian ditutup supaya kura-kura tidak boleh keluar lagi.
Nampaknya dia memang tidak suka tinggal di situ dan mahu bebas di dunia luar!
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat baru-baru ini membuat semakan semula definisi vaksin dan vaksinasi dalam laman web mereka, dengan mengatakan bahawa definisi baru kini “lebih telus” dan tidak boleh disalah tafsir.
“Walaupun terdapat sedikit perubahan dalam istilah dari masa ke masa kepada definisi ‘vaksin’ di laman web CDC, ia tidak mempengaruhi definisi keseluruhan,” kata jurucakap CDC kepada The Epoch Times.
“Definisi sebelum ini di Immunization Basic | CDC dapat ditafsirkan dengan maksud bahawa vaksin adalah 100 peratus efektif, yang mana ia tidak pernah berlaku untuk mana-mana vaksin sekali pun, jadi definisi semasa lebih telus, dan juga menjelaskan cara-cara di mana vaksin dapat dikendalikan.”
Bermula tahun 2015 hingga 31 Ogos 2021, vaksin didefinisikan sebagai “produk untuk merangsang sistem imun seseorang bagi tujuan menghasilkan kekebalan terhadap penyakit tertentu, melindungi individu daripada penyakit itu” dan vaksinasi adalah “satu tindakan memperkenalkan vaksin ke dalam tubuh untuk menghasilkan ‘kekebalan’ terhadap penyakit tertentu.”
Versi terdahulu dalam definisi vaksin juga memasukkan “kekebalan” dalam definisinya.
Definisi baru untuk vaksin kini berbunyi, “Persiapan yang digunakan untuk merangsang tindak balas imun tubuh terhadap penyakit,” sementara vaksinasi adalah “satu tindakan memperkenalkan vaksin ke dalam tubuh untuk menghasilkan ‘perlindungan’ daripada penyakit tertentu.”
Walaupun penyokong kepada semakan semula CDC berkata adalah wajar untuk menyemak semula definisi menurut perkembangan sains semasa, penentang pula berkata perubahan itu tidak ada kaitan dengan evolusi sains. Sebaliknya, CDC membuat semakan semula sebagai tindak balas terhadap vaksin COVID-19 yang kini ternyata kurang berkesan terhadap varian Delta.
Gambar oleh JUSTIN TALLIS/AFP/Getty Images.
Wartawan penyiasat yang pernah memenangi Anugerah Emmy juga penyumbang kepada Epoch Times, Sharyl Attkisson berkata definisi baru dibuat untuk “memenuhi kemampuan yang semakin merosot terhadap beberapa ‘vaksin’ hari ini, termasuk vaksin COVID-19,” sambil menambah “setelah vaksin COVID-19 diperkenalkan, dan didapati mereka tidak semestinya ‘mencegah penyakit’ atau ‘memberikan kekebalan’, CDC mengubah definisi vaksin sekali lagi untuk menyatakan yang mereka hanya ‘menghasilkan perlindungan’.”
Ahli Perwakilan Thomas Massie (R-Ky.) membawa pengertian definisi baru CDC ini ke Twitter dan membandingkannya dengan “1984” karya George Orwell, dengan menulis “Mereka begitu sibuk di Kementerian Kebenaran.”
Keberkesanan vaksin untuk mencegah individu daripada mendapatkan rawatan di hospital menurun antara 75 peratus dan 95 peratus, menurut CDC pada 30 Ogos. Agensi kesihatan berkata penurunan terbesar berlaku ke atas kumpulan rentan dan golongan yang berusia lebih 75 tahun. Walau bagaimanapun, vaksin masih efektif untuk melawan penyakit yang teruk.
Beberapa kajian mendapati keberkesanan vaksin COVID-19 semakin menyusut. Kajian berterusan di Amerika Syarikat mendapati keberkesanan vaksin COVID-19 menurun kepada 66 peratus dari 91 peratus setelah varian Delta menjadi dominan di negara itu. Satu kajian berbeza berkata varian yang disebut sebagai penemuan jangkitan itu meningkat kepada 25 peratus dalam kalangan semua jangkitan COVID-19 di Los Angeles County antara 1 Mei dan 25 Julai.
Israel negara dengan kadar vaksinasi tertinggi di dunia, akan memberikan dos keempat vaksin Pfizer kepada warganya setelah memberikan suntikan penggalak ketiga kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas pada bulan Ogos. Negara dengan populasi lebih 9 juta itu telah memberikan lebih 5 juta vaksin penuh kepada warganya, kini sedang mengalami gelombang keempat. Lebih 2.7 juta warga Israel telah menerima dos ketiga pada 8 September.
Definisi vaksin dan vaksinasi yang diperbaharui oleh CDC adalah sama seperti dalam kamus Merriam-Webster, yang telah mengubah istilah itu pada bulan Februari untuk memasukkan vaksin mRNA (messenger asid ribonukleik).
Pada bulan Januari, kamus Merriam-Webster masih mendefinisikan vaksin sebagai “penyediaan untuk membunuh mikroorganisma, organisme yang dilemahkan, atau organisme yang hidup sepenuhnya yang dikendalikan untuk menghasilkan atau meningkatkan imuniti terhadap penyakit tertentu.”
Definisi vaksin versi ‘yang lama’ masih boleh didapati menerusi kamus dalam talian lain, termasuk Oxford Languages.
“Penting juga untuk diperhatikan bahawa pengubahsuaian pada definisi ‘vaksin’ tidak mengubah fakta bahawa vaksin dan tindakan vaksinasi telah mencegah berjuta-juta penyakit berjangkit dan menyelamatkan banyak nyawa,” kata jurucakap CDC.
Seorang pelajar berusia 11 tahun, Maryam Muzamir telah memenangi anugerah pada 6th International Invention Innovation Competition (iCAN 2021) di Toronto, Kanada.
Ini berikutan ciptaan makanan ternakan yang diberi nama ‘YAM 2.0’ oleh Maryam yang dihasilkan daripada kulit udang dan juga siput sedut.
Menurut laporan, pelajar SK (P) Methodist Kuantan itu telah pun memenangi pelbagai anugerah diperingkat tempatan atas ciptaannya itu.
Walau bagaimanapun, bapanya berperanan sebagai pendorong agar Maryam membawa ciptaan itu ke peringkat antarabangsa.
Sehubungan itu, Maryam telah berjaya membawa pulang pingat emas untuk kategori Anugerah Khas Kanada dan juga Anugerah Pencipta Muda Terbaik di iCAN 2021.
Maryam menewaskan lebih 600 peserta dari 70 negara bertanding untuk merebut gelaran itu dan merupakan pemenang termuda untuk pertandingan ini.
Pelajar tahun 5 itu mendapat idea atas ciptaannya apabila dia sering melihat sisa buangan cangkerang siput sedut dan juga kulit udang ketika makan di restoran makanan laut di Kuantan.
Daripada situ, Maryam berhasrat untuk mengatasi masalah sisa buangan itu dan segera mengumpul, membersih dan mengisar cangkerang siput sedut dan kulit udang.
Tambah bapanya, Dr Muzamir Hasan, pemilihan nama ‘YAM’ itu adalah daripada ‘yummy’ (sedap) yang cenderung dikaitkan dengan apa yang disebut kanak-kanak.
“Saya membaca artikel mengenai sisa makanan dan kerang yang mengandung ‘kitin’ – bahan kimia penting untuk pengeluaran makanan haiwan”, kata Maryam.
“Oleh itu, saya berfikir mengapa saya tidak mencuba dan melihat sama ada ianya dapat berfungsi sebagai makanan ternakan alternatif”.
Penciptaannya itu dapat mengatasi masalah sumber makanan ternakan haiwan daripada jagung yang ternyata jauh lebih mahal.
“Berdasarkan pemerhatian kami, kos menghasilkan YAM 2.0 jauh lebih rendah berbanding produk makanan haiwan konvensional”, jelas bapa Maryam.
Malah ia juga dapat diberikan kepada ayam, kambing, ikan dan juga khinzir. “Oleh kerana produk ini menjimatkan kos, ia mampu mengawal kos pengeluaran di rantaian bekalan”.
“Jadi YAM 2.0 adalah penyelesaian yang berpatutuan dan berkualiti tinggi. Kami tidak mahu Maryam berhenti berusaha”, ujar bapanya lagi.
Muzamir turut mendedahkan bahawa langkah selanjutnya mungkin adalah untuk Maryam mendapatkan geran penyelidikan untuk mengkomersialkan produk berkenaan.
Biawak Komodo atau ‘komodo naga’, spesies cicak terbesar di dunia kini diklasifikasikan semula sebagai ‘Terancam’ oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Antarabangsa (IUCN), penurunan yang mengecewakan dari klasifikasi ‘Rentan’ sebelum ini.
IUCN yang mengemas kini laporan senarai spesies haiwan terancam pada 4 September di Marseilles, Perancis dengan menyebut akibat perubahan iklim dan akses komersial ke Pulau Komodo dan Pulau Flores sebagai faktor penyebab pengecilan habitat biawak Komodo.
Secara spesifik, kelangsungan hidup spesies ini terancam disebabkan oleh kenaikan suhu dan paras air laut, yang terkini berisiko mengecilkan habitat spesies kepada sekurang-kurangnya 30 peratus dan ia agak membimbangkan dalam tempoh 45 tahun akan datang.
Ini membawanya selangkah lebih dekat kepada kepupusan, walaupun spesies itu perlu melalui dua tahap – ‘Terancam Secara Kritikal’ dan ‘Pupus di Alam Liar’ – sebelum benar-benar dapat mengatakan yang haiwan itu telah pupus dengan sepenuhnya.
Pengumuman Senarai Merah IUCN juga merupakan yang pertama untuk biawak Komodo dalam tempoh lebih 20 tahun. Tepat pada masa untuk mempertimbangkan penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal ‘Ecology And Evolution’, yang memberi indikasi “tindakan pemuliharaan segera diperlukan untuk menangani risiko kepupusan”. Kajian tersebut turut memfokuskan bagaimana kenaikan suhu akan mempengaruhi habitat semula jadi biawak komodo.
“Berita mengenai haiwan pra-sejarah ini bergerak selangkah hampir kepada kepupusan akibat perubahan iklim adalah menakutkan,” kata Andrew Terry, pengarah pemuliharaan di Zoological Society of London.
Andrew berpendapat pemuliharaan biawak komodo perlu menjadi topik perbincangan dan tindakan utama dalam Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dijadualkan berlangsung di Glasgow, Scotland bermula 31 Oktober hingga 12 November 2021.
Spesies biawak Komodo hanya boleh ditemui di Taman Negara Komodo yang tersenarai dalam Warisan Dunia, dan juga di Pulau Flores, Indonesia. Pulau Komodo menjadi habitat kira-kira 2,800 biawak Komodo, yang masih dilindungi dengan baik.
Pembelian barangan mahupun makanan secara dalam talian merupakan satu kelaziman dan mungkin juga keperluan buat sesetengah individu pada masa kini.
Kita hanya ingin memudahkan diri untuk mendapatkan apa yang kita mahu namun pernahkah kita terfikir kadang kala sikap segelintir kita sebenarnya menyusahkan orang lain?
“Dia kerja dengan satu kurier ni, kena bayar COD. Call tak angkat, banyak kali. Kesian weh, sumpah. Dah nak dekat pukul 7”, tulisnya.
Pada ketika itu, pesanan yang perlu diselesaikan penghantar berkenaan juga masih lagi banyak. “Buang masa sahaja, patutnya pembeli kena bersedia jika membeli barangan secara online”.
Tambah Rudy, kebanyakan kondominium dan apartmen kini ada menyediakan meja dikhaskan untuk penghantaran barangan dan barangan meninggalkan pesanan di situ.
Jadi untuk pembeli yang sudah membuat pembayaran penuh secara dalam talian, penghantar boleh sahaja meninggalkan barangan ataupun makanan mereka.
Namun ia menimbulkan masalah buat mereka yang memilih pembayaran secara COD jika pembeli enggan menjawab panggilan.
Rudy turut menyentuh mengenai sikap lain pengguna di Malaysia.
“Dia beli barang online (COD). Lepas tu, bila rider dah sampai, tunggu dia turun sikit punya lama. Alih-alih cakap, “Ala dik, akak tiada cash, transfer boleh?”.
Sedangkan sudah terdapat pilihan pembayaran sebelum selesai membuat pembelian di platform dalam talian. Pening kepala dibuatnya!
Bertimbang rasalah sedikit sesama manusia. Jangan jadi seperti itu ya?
“Keluarga saya tidak sempurna tapi cukup luar biasa. Dibesarkan oleh seorang ibu yang kehilangan penglihatan, bagi saya umi merupakan wanita yang cukup sempurna”.
Jelas wanita itu, ibunya mencari rezeki dengan berniaga tisu pada waktu malam di kawasan sekitar Kuala Lumpur.
Tambahnya, kadang kala ada juga wartawan yang mengambil gambarnya sesuka hati dan menggelarkan ibunya sebagai pengemis pada tahun 2000.
“Saya pernah teman umi meniaga tisu ketika cuti PMR. Ramai yang melihat umi dan mereka arahkan umi untuk pergi”.
Menurutnya lagi, ibunya juga tidak pernah memaksa orang lain membeli tisunya. “Apa yang dikatakan hanyalah, “Cik, derma ikhas”.
“Saya berdoa hari demi hari. Bersama umi, saya mendapat keputusan semua A dalam PMR”. Ibunya juga pernah meluahkan bahawa insan normal lazimnya membenci golonan sepertinya.
Dia kemudian berkata kepada ibunya bahawa suatu hari nanti dia akan menjelaskan perkara sebenar agar tiada yang buruk sangka dan sombong dengan golongan istimewa itu.
Sungguhpun begitu, ibunya kini telah meninggal dunia kerana menghidap penyakit barah rahim tahap empat yang hanya diketahui 3 bulan sebelum itu.
Wanita itu turut berkata bahawa dia pernah digelar dengan bermacam-macam gelaran – tidak cantik, pelik, pendiam dan perahsia oleh orang-orang disekelilingnya.
“Tetapi saya dilahirkan oleh seorang wanita yang berani dan kuat, yang telah melahirkan 3 anak perempuan yang cantik. Itu yang membuatkan saya istimewa”.
Semestinya wanita yang hebat, dibesarkan dan dididik oleh wanita yang hebat juga.
MEXICO CITY: Gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter melanda Mexico semalam berhampiran pantai Pasifik, menurut Khidmat Seismologi Kebangsaan.
Pusat gegaran 14 kilometer (km) ke tenggara pantai peranginan Acapulco di negeri Guerrero menyebabkan bangunan di ibu negara sejauh beberapa ratus km turut mengalami gegaran.
Pihak utiliti elektrik negara Mexico, Comision Federal de Electricidad dalam satu kenyataan mengatakan, 1.6 juta pengguna telah terjejas akibat gempa tersebut terutama penduduk Mexico City dan mereka yang tinggal di negeri-negeri yang berhampiran seperti Guerrero, Morelos dan Oaxaca.
Pihak Berkuasa Perlindungan Awam di negeri Guerrero mengatakan, gempa itu menyebabkan berlakunya runtuhan batu dan tanah berlaku. Perkhidmatan metro di bandar itu dalam satu kenyataan mengatakan bahawa perkhidmatan kereta api telah disambung semula setelah tinjauan protokol akibat gempa dilaksanakan.
Presiden Mexico, Andres Manuel juga memberitahu orang ramai mengenai bencana di akaun Twitternya dan mengatakan tidak ada kerosakan yang besar berlaku di Guerrero, pusat gempa, atau di Morelos, Oaxaca, Puebla atau Mexico City.
Datuk Bandar Mexico City, Claudia Sheinbaum, menerusi ciapan Twitter-nya pula memberitahu bahawa tiada laporan mengenai kerosakan serius setakat ini di ibu negara.
Bersempadankan lautan Atlantik dan Pasifik, Mexico adalah antara kawasan seismik paling aktif di dunia, terletak di atas lima plet tektonik termasuk tiga plet utama.