Bapa merupakan sosok hebat yang sanggup berkorban dan berusaha mencari rezeki demi keluarganya.
Sebagai ketua keluarga, semestinya terlalu banyak pengorbanan mereka yang mungkin kita sendiri tidak sedar, khususnya perasaan mereka.
Ini kerana seorang bapa lazimnya begitu mahir menyembunyi kegusaran, kebimbangan dan kesedihannya daripada anak-anak.
Foto hiasan/Pixabay
Jadi, tidak salah kiranya jika kita ingin memberikan senyuman di wajah mereka dengan menghadiahkan sesuatu bukan?
Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan reaksi seorang bapa apabila menerima hadiah daripada anak tersayang.
“Bapa selalu mengadu sama kakak, handphonenya tidak bagus sudah”, tulis individu yang memuat naik video tersebut, @afdhaliza.w di TikTok.
@afdhaliza.w/TikTok
Bapa individu tersebut dilihat sedang duduk sambil matanya terpejam. Tidak lama kemudian, muncul kotak telefon bimbit baharu di atas tangannya.
Si bapa langsung tidak dapat menahan sebak dan gembiranya lantas mencium dan memeluk anak-anaknya.
Difahamkan bahawa si bapa sebelumnya mengadu bahawa butang pada telefon lamanya sudah keras lalu menyukarkannya melaras kekuatan bunyi.
@afdhaliza.w/TikTok
‘Semoga bapa dan mama sihat selalu, dipanjangkan umur supaya nampak anak-anak berjaya”, doa pengguna terbabit.
Sebak juga kita dibuatnya. Hargailah bapa kita sementara mereka masih ada ya? Anda boleh tonton video mereka di sini.