32.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 6, 2026
Utama Blog Laman 275

Berjaya beli Proton Saga lama berusia 28 tahun, pasti ramai orang Malaysia cemburu dengan ‘YouTuber’ dari UK ini

0

Siapa sahaja yang tidak tahu dengan kereta jenama Malaysia yang pertama dikeluarkan? Pastinya nama Proton Saga menjadi kebanggaan ramai antara kita dan memiliki kereta itu pastinya memiliki sejarah dan nilai sentimental yang tersendiri.

Nampaknya bukan di Malaysia sahaja Proton Saga terkenal dan menjadi pilihan malah di United Kingdom juga kereta ini turut menjadi pilihan.

Pada 12 September lalu, dua orang ‘YouTuber’ di UK telah berkongsi kegembiraan mereka dengan dunia setelah salah seorang dari mereka membeli Proton Saga berusia 28 tahun.

Dalam video berdurasi hampir 15 minit itu, YouTuber dan peminat kereta klasik, Matt dari ‘furiousdriving’ ada menunjukkan kereta Proton Saga lama. Walaupun kereta tersebut telah dimakan usia, tetapi ianya masih lagi cantik dan elok kerana telah dijaga dengan baik oleh pemilik sebelum itu.

“Saya diberitahu, lelaki yang memiliki kereta ini, memandu dengan berhati-hati dan SORN (Pemberitahuan Jalan Raya Berkanun) pada tahun 2010,” katanya, sambil memberitahu bahawa tahun ini merupakan kali terkahir kereta tersebut dipandu.

Matt juga memperkenalkan Proton Saga kepada penontonnya, berkongsi pengetahuannya bahawa kenderaan itu diperbuat dengan menggunakan elemen yang kuat. Ia juga merupakan kereta yang banyak dijadikan teksi di Malaysia.

Pembeli kenderaan tersebut adalah Steph, yang juga peminat kereta klasik dan menjalankan saluran YouTube, idriveaclassic.

Dalam video tersebut, mereka berdua bertemu di depan garaj untuk meninjau dan melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut.

Apa yang menariknya, kenderaan tersebut bukan sahaja dalam keadaan baik di bahagian luarnya malah di bahagian dalamnya juga masih dalam keadaan cantik dan elok. Apa yang pali penting enjinya akan hidup selepas bateri yang berusia lebih daripada 20 tahun dihidupkan.

Pengelap cermin depan berada dalam keadaan baik kerana mereka tidak berada di bawah cahaya matahari selama 10 tahun yang lalu. Jet pada cermin depan berfungsi dan yang paling penting, pendingin hawa juga masih berfungsi.

Kedua-dua Matt dan Steph gembira sepanjang video itu, memuji pemilik sebelumnya yang sangat menjaga “kepingan sejarah” ini.

Steph begitu berpuas hati dengan pembeliannya dan berkata, “Semua orang di Malaysia begitu cemburu dengan saya.”

Dalam beberapa lagi, Steph akan meminta agar kereta Proton Saganya untuk diperiksa oleh Kementerian Pengangkutan UK (MOT) dan akan menukar tayarnya.

Berani curi makanan daripada pengawal keselamatan, wajah ‘pencuri’ berjaya dirakam CCTV

0

Pasti ramai yang bersetuju jika dikatakan monyet adalah haiwan yang sangat pandai dan licik. Sekiranya anda terjumpa dengan monyet dengan makanan di tangan anda, ada kemungkinan besar mereka akan merampasnya dan anda tidak boleh melakukan apa-apa untuk menghalangnya.

Pengalaman tersebut dikongsi oleh seorang pengawal keselamatan, @hafiz96 yang berhadapan dengan kejadian tersebut ketika bekerja. Peristiwa tersebut telah berjaya dirakam kamera CCTV dan dimuat naik ke laman sosial TokTok miliknya.

Apa yang berlaku ialah ketika dia sedang makanan di pondok pengawal tiba-tiba muncul seekor monyet di tingkap dan terus merampas cebisan roti dari tangannya. Tidak cukup dengan itu, monyet tersebut juga mahu mengambil kesemua roti milik Hafiz. Dalam keadaan terpaksa pemuda itu menyerahnya baki roti yang ada di dalam plastik.

Tidak disangka, tidak lama kemudian, monyet itu kembali semula untuk mencuri makanan milik Hafiz lagi. Rupa-rupanya bukan sekali dua dia melakukan kecurian itu tetapi banyak kali!

Mungkin ramai yang hairan mengapa Hafiz hanya membiarkan makanannya diambil oleh monyet yang sama berulang kali. Dia sepatutnya sudah boleh mengelakkan kejadian itu daripada terus berlaku.

Ternyata monyet tersebut adalah kawan baik Hafiz yang bernama Lisa. Sebelum ini Lisa memang sering datang ke tempat kerja Hafiz dan lama-kelamaan mereka mula berkenalan.

Walaupun Lisa sering mengambil makanan Hafiz, pemuda itu sebenarnya sangat menyayangi Lisa. Dia bahkan sering bermain dengan Lisa, memberinya makanan, dan merakam interaksi mereka berdua.

Videonya ‘dirompak’ oleh Lisa yang dimuat naik di TikTok telah ditonton lebih daripada 6.9 juta kali dan sejak itu dia mula dikenali serta mendapat ramai pengikut di laman sosial itu. Ramai yang memuji Hafiz kerana baik hati.

Walaupun Lisa sering mengambil makanannya Hafiz tidak kisah malah sangat menyayangi Lisa. Dengan kehadiran Lisa dia tidaklah begitu sunyi di tempat kerja.

Selalu ekori kita, kali ini Oyen jadi mangsa kena ikut dengan si arnab. Rasakan!

0

Sering dianggap gemar bersendiri namun kucing sebenarnya sangat suka mengekori ke mana sahaja langkah kita.

Mereka secara umumnya sangat menikmati masa apabila berada di sekitar insan tersayang, maka tidak hairanlah jika ada sahaja mereka di kaki kita.

Namun baru-baru ini tular satu video lucu menunjukkan kucing pula terpaksa berdepan dengan rasa rimas apabila langkahnya diekori.

Si Oyen pula menjadi mangsa. Rasakanlah!

Ataupun barangkali arnab tersebut hanya mahu berteduh dan berlindung daripada cahaya matahari?

Geliga juga si arnab ya!

“Aduhai.. Nak jalan pun susahlah macam ni”

Tahu pun rimas bukan? Kini barulah si kucing tahu apa yang kita rasa apabila sentiasa diekori mereka.

Tapi kasihan pun ada pada si Oyen ini. Nasib badan! Tontonlah videonya di sini.

Niat mahu ‘senangkan’ ibu, budak 10 tahun masak nasi 8 pot sekali untuk esok hari, raih perhatian warganet

0

Kanak-kanak sememangnya memiliki hati yang luhur, samalah seperti seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ini.

Baru-baru ini, seorang ibu telah berkongsi kisah lucu di Facebook mengenai anaknya yang berniat baik mahu membantu memudahkan tugasnya.

Ceq Erra Ceq Erra/Facebook

Difahamkan bahawa si ibu pada suatu hari berasa tidak larat dan kurang sihat setelah menghabiskan masa seharian melayan karenah anak-anak di hari sebelumnya.

Oleh kerana itu, dia kemudian telah meminta tolong anaknya untuk memasak nasi. Permintaannya itu lantas dilakukan oleh si anak.

Namun alangkah terkejutnya si ibu apabila mendapati bahawa nasi yang dimasak anaknya itu sungguh banyak!

Apabila ditanya mengapa anaknya menanak nasi begitu banyak, si anak dengan selamba menjawab, “Masak siap-siap untuk esok lah mama. Kan senang”.

Daripada 4 pot, terus jadi 8 pot!

Sungguhpun begitu, pujian harus diberikan kepada si anak kerana dia berjaya memasak nasi dengan baik.

Nasinya kelihatan cukup masak, tidak keras dan juga terlalu lembik.

Tidak terfikit dek akal akan jawapan kanak-kanak berkenaan. Sememangnya dia mahu memudahkan urusan ibunya bukan?

Khairy: Pelancong ke Langkawi wajib jalani saringan COVID-19

0

Semua pelancong yang berniat ke Langkawi diwajibkan untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum memulakan perjalanan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ujian itu (sama ada RT-PCR ataupun RTK-Antigen) perlu dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas.

“Projek rintis Pelancongan Gelembung Langkawi perlu dilaksanakan dengan berhati-hati”, tulisnya menerusi akaun rasmi Twitter.

Keputusan ujian itu juga perlu dibawa bersama bagi pemeriksaan di pintu masuk, tidak kira di lapangan terbang ataupun di terminal feri sebelum berlepas.

Pelancong juga boleh membeli kit ujian kendiri saliva dan membawanya ke lapangan terbang atau terminal feri untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 di tempat saringan yang disediakan.

Ataupun mereka boleh membeli kit ujian kendiri tersebut melalui perkhidmatan yang akan disediakan oleh pihak swasta di tempat saringan (lapangan terbang atau terminal feri) bagi menjalani ujian pengesanan di sana.

Ujian ini tambahnya akan dilakukan kepada individu dewasa 18 tahun ke atas serta remaja dan kanak-kanak (7 hingga 17 tahun).

Bagi kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah, hanya saringan gejala akan dilakukan bagi mengambil kira keupayaan mereka untuk mengeluarkan saliva.

“Kumpulan kanak-kanak ini mesti bersama ibu bapa atau penjaga yang sudah lengkap vaksinasi, bukan kes positif atau kontak rapat kepada kes positif dan hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan”.

Ujar Khairy, mereka yang didapati negatif COVID-19 dibenarkan untuk meneruskan perjalanan manakala mereka yang positif tidak dibenarkan dan akan diuruskan mengikut SOP pengurusan kes positif.

Menurutnya, kejayaan projek rintis ini sebagai gelembung pelancongan domestik pertama adalah sangat penting dalam menentukan hala tuju pembukaan destinasi gelembung pelancongan domestik seterusnya.

Beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu dilanda banjir kilat, air naik hingga ke paras dada

0

Hujan lebat dan angin kencang selama beberapa jam lalu membawa kepada banjir kilat di sebahagian besar kawasan sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

Antara kawasan yang terjejas disebabkan banjir adalah di sekitar Kolombong, Luyang, Inanam dan juga kawasan perkampungan di Penampang.

Air difahamkan mula naik sehingga ke paras hampir satu meter itu juga menyebabkan beberapa jalan utama sekitar bandar raya ini mengalami kesesakan.

Beberapa rakaman kejadian ini turut dikongsikan oleh pengguna di media sosial menunjukkan paras air yang tinggi, hingga mencecah ke paras dada.

Sehubungan itu, Ketua Balai Polis Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata pasukan bomba juga membantu memindahkan mangsa ke kawasan Damai.

“Pihak bomba masih menjalankan operasi pemeriksaan berikutan keadaan hujan yang masih berlanjutan”.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran kejadian ribut petir di beberapa kawasan – Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Pitas dan Kudat.

Selain itu, ia turut melibatkan kawasan pedalaman membabitkan Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort.

Cara membuat sandwic yang kemas, mudah anda memotongnya atau terus dimakan begitu sahaja

0

Biasa juga apabila anda hendak makan roti sandwic yang padat dengan pelbagai bahan pilihan, ada kala ia menjadi tidak kemas dan berterabur di sana sini.

Seorang netizen dari Jepun @lantern_utp berkongsi di Twitter ketika menemui cara membuat sandwic yang kemas.

Twitter

Guna ‘trick’ empat keping Turkey ham untuk anda membungkus bahan seperti telur hancur atau apa juga bahan pilihan yang mengandungi sos, mustard atau mayonis.

Twitter

Selepas ditutup rapi dengan sepasang roti bakar, sandwic boleh dimakan terus atau dipotong dua.

Twitter

Sandwic akan menjadi lebih kemas dan sangat mudah untuk dimakan, tanpa ada bahan yang tertumpah atau terkeluar.

Twitter

Netizen @lantern_utp menulis di Twitter, “Saya perhatikan… Semasa membuat sandwic, jika anda membungkus bahan-bahan dalam ham atau daun salad seperti yang ditunjukkan dalam gambar, ia tidak akan tertumpah..!!”

Twitter

“Mungkin ada orang telah menyebutkannya, tetapi ia satu revolusi ketika saya menemui cara ini sendiri …”

“Walaupun anda memotong kepada dua, lebih baik anda meletakkan timun di bawah telur,” tambah @lantern_utp.

Twitter

Nampak kemas bukan sandwic ringkas yang macam ini? Bolehlah cuba guna 4 keping Turkey ham atau empat helai daun salad sebagai pembungkusnya.

Seorang bapa ditahan selepas mencuri 3 tin susu formula dari sebuah kedai di Miri

0

Seorang lelaki ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri kerana mencuri tiga tin susu formula bayi dari sebuah premis kedai.

Lelaki berkenaan didapati telah mencuri 3 tin susu formula dari sebuah premis kedai di Miri Times Square dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang, 11 September.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata lelaki itu telah ditahan di sebuah rumah di Jalan Marigold Taman Desa Senadin sekitar jam 8 malam setelah laporan polis dibuat oleh pemilik kedai berhubung kejadian.

Paparan Skrin / Harian Metro

Tindakan suspek ketika mencuri susu formula telah dirakam dengan jelas oleh kamera keselamatan kedai berkenaan.

ACP Hakemal berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek kelihatan berjalan memasuki premis dan kemudian terus menuju ke sudut simpanan susu.

Dia kemudian meninggalkan premis dalam keadaan tergesa-gesa dan memasuki sebuah kereta.

Tiga tin susu formula bayi yang dicuri suspek bernilai RM294.

Suspek yang berusia 24 tahun itu sudah berkahwin dan merupakan seorang bapa kepada bayi yang masih kecil.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Gigih kerja untuk sara diri dan nenek, anak yatim 11 tahun ini syukuri bantuan orang ramai. “Terima kasih untuk segalanya..”

0

Mengambil berat atas nasib insan yang memerlukan di samping menghulurkan bantuan untuk mereka adalah satu usaha yang mulia.

Ada yang melakukannya untuk membuat golongan tersebut gembira dan ada juga yang benar-benar prihatin tentang kebajikan serta mahu keperluan mereka dipenuhi.

Seorang kanak-kanak lelaki menerusi satu video tular membuatkan warganet rasa tersentuh dan bersimpati.

Mana tidaknya, budak bernama Michael itu hidup tanpa belaian dan penjagaan sewajarnya daripada ibu bapa.

Apabila ditanya, Michael menjelaskan bahawa bapanya sudah meninggal dunia manakala si ibu pula bertindak meninggalkannya.

Situasi itu membuatkan kanak-kanak 11 tahun tersebut terpaksa bekerja bagi menyara diri dan neneknya yang cacat penglihatan.

Namun sikap prihatin insan berhati mulia di sana menghulurkan bantuan, sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka.

“Pastinya kami gembira kerana sebelum ini kami tidak mempunyai makanan namun kami sudah ada makanan sekarang”, kata Micheal.

Dengan sumbangan orang ramai, maka dapatlah Micheal membeli satu troli penuh makanan buat kelangsungan hidupnya bersama nenek tersayang.

Sungguhpun hidupnya diuji, Micheal masih lagi bangga dan gembira akan dirinya kerana dapat bekerja untuk menyara kehidupannya bersama dengan nenek.

“Terima kasih kerana datang. Terima kasih untuk segalanya yang telah kamu berikan kepada saya”, akhiri Micheal.

Benarlah, hidup ini umpama roda. Pada bila-bila masa sahaja keadaan boleh berubah. Justeru itu, cubalah sedaya upaya untuk membantu orang lain ya?

Anda boleh saksikan video Micheal di sini.

Lapar dan mahukan makanan, anjing milik penyampai cuaca ‘ganggu’ siaran langsung tuannya

0

Anjing sangat teruja melihat insan kesayangannya, terutamanya jika mereka menyangkakan bahawa mereka bakal diberikan makanan.

Baru-baru ini, seekor anjing milik penyampai dan juga ahli meteorologi Global Toronto, Anthony Farnell yang bernama Storm turut membuat penampilan di kaca televisyen.

Anjing comel bewarna keemasan daripada baka ‘doodle’ tersebut dilihat ‘mengganggu’ Anthony yang sedang bersiaran langsung.

Global News/YouTube

Storm sebenarnya mencari ‘treats’ di hadapan skrin hijau lantas menghalang laporan cuaca yang sedang disampaikan oleh tuannya.

Pada mulanya, Anthony cuba untuk mengalihkan perhatian penonton dengan berdiri di hadapan Storm.

Namun anjing comel itu bertekad untuk terus menikmati perhatian yang diberikan dan seperti menjelaskan dirinya sedang lapar dan mahu makanan.

Global News/YouTube

Sungguhpun diganggu, Anthony masih bersikap profesional dan meneruskan laporannya dengan gurauan.

“Ya, badai (Storm) ada di dalam bangunan, mahu makanan dan berjalan di atas udara yang nipis”.

Kehadiran Storm di studio bukanlah sesuatu yang asing kerana Anthony kerap membawanya ke pejabat.

Storm the Weather Dog/Instagram

“Saya suka membawanya bersama saya kerana agak kasihan apabila membiarkannya di rumah sendirian”.

“Ia malah memudahkan saya jika terpaksa bekerja dalam tempoh yang panjang dan mengetahui bahawa Storm gembira berada bersama saya”.

Anda boleh tonton video mereka berdua di bawah :