25.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 25, 2021
Utama Gaya Hidup Beli barang dalam talian tanpa pengetahuan suami, aktiviti si isteri dikesan suami...

Beli barang dalam talian tanpa pengetahuan suami, aktiviti si isteri dikesan suami yang bekerja di syarikat kurier

Pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah semasa berlangsungnya promosi besar-besaran. Kaum wanita terutamanya pasti ramai yang berhabis duit membeli barang keperluan dan kehendak.

Oleh kerana itu, ada para isteri yang cuba merahsiakan aktiviti mereka daripada pengetahuan si suami kerana risau akan dileteri. Namun, tidak semua aktiviti belah-belah atas talian boleh disorokkan kerana ianya akan terbongkar juga seperti yang berlaku kepada seorang netizen di Facebook.

Perkara tersebut terbongkar apabila suaminya melihat barang yang dipesan kerana dia bekerja sebagai penghantar barang. Memandangkan dia bekerja dengan syarikat kurier jadi dia tahu akan barangan yang dibeli isterinya secara atas talian.

Pemuda tersebut walau bagaimanapun sempat menghantar mesej gurauan yang bertanya jika isterinya ada di rumah kerana dia mahu menghantar bungkusan tersebut. Tidak hanya itu, dia juga ada meminta beberapa jenis makanan sebagai upah kerana menghantar bungkusan berkenaan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

TREN TERKINI