34.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 18, 2025
Utama Blog Laman 277

Ikan yu paus seberat 5 tan metrik ditemui di Kuala Perlis

0

Jika sebelum ini tular mengenai penemuan ikan lumba-lumba jenis Irrawaddy di Kampung Sungai Berembang, Kuala Perlis, kali ini ikan yu paus pula ditemui.

Seekor ikan yu paus dengan berat angaran 5 tan metrik telah ditemui di perairan Kuala Perlis pada jarak 6 batu nautika dari Pantai Kuala Sungai Baru.

Ikan berkenaan ditemukan oleh salah seorang pengasas Perlis Nature and Wildlife (PNW), Khairul Anuar Abas ketika sedang membuat rondaan pada sekitar jam 2 petang di perairan tersebut.

Manakala pengasas bersama PNW, Syamil Abd. Rahman menjelaskan bahawa ikan yu paus itu adalah spesies yang jarang ditemui.

Tambahnya, ikan jenis itu tidak membawa sebarang bahaya kepada manusia dan sebaliknya hanya mengikut bot di perairan berkenaan.

“Tak sangka pula sahabat saya boleh menemukan ikan tersebut yang jarang-jarang dijumpai di sini. Ikan yu paus itu lebih besar daripada bot gentian kaca nelayan”.

Ujarnya lagi, ikan itu juga ditemui khususnya semasa cuaca cerah dan kebiasaannya berada di sekitar 3 hingga 6 batu nautika dari pantai.

Ikan yu paus atau nama saintifiknya, ‘Rhincodon typus’ merupakan sejenis ikan yang bergerak perlahan dan mengamalkan diet pemakanan bertapis.

Ianya juga merupakan spesies ikan besar dan bersaiz gergasi serta beratnya boleh mencapai 15 tan metrik.

Purata umur hidup ikan tersebut juga mencecah sehingga 70 tahun.

Selebriti Korea Selatan, Rain gembira dapat beli ayam goreng untuk ‘supper’ pertamanya dalam tahun ini

0

Budaya makan lewat malam ataupun ‘supper’ sememangnya tidak asing lagi buat masyarakat di Malaysia.

Mana tidaknya, jika sebelum pandemik melanda, kedai makan dan restoran mamak khususnya dibuka selama 24 jam membuatkan kita bebas untuk makan pada bila-bila masa bukan?

Namun nampaknya budaya itu turut diamalkan di luar negara termasuklah di Korea Selatan yang turut melibatkan selebriti terkenal.

Baru-baru ini, bintang terkenal Korea Selatan, Rain ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagramnya.

Menerusi foto itu, kita dapat lihat Rain sedang membawa bungkusan makanan yang dipercayai ayam goreng untuk makan lewat malam.

Jelas Rain, dia baru sahaja selesai bersenam pada malam itu dan secara ‘tidak sedar’, dia kemudian telah memasuki restoran itu dan secara ‘tidak sengaja’ membeli ayam goreng!

Jelas daripada gaya tubuh Rain menggambarkan perasaannya yang gembira apabila mendapat ayam goreng untuk makan lewat malam.

Kakinya juga kelihatan seperti sedang melompat kegirangan..

Sungguhpun begitu, Rain mengatakan bahawa itulah kali pertama dirinya menikmati makan lewat malam pada tahun ini.

Maka tidak hairanlah Rain masih dapat mengekalkan kecergasan tubuhnya. Ototnya juga masih sasa seperti sebelum ini.

Fenomena alam ‘Hari Tanpa Bayang’, Indonesia mengalaminya dua kali setahun yang terbaru sehingga Oktober

0

Biasa apabila kita berada di bawah sinaran matahari, pasti akan ada bayang-bayang. Pembentukan bayang-bayang itu kerana sifat cahaya yang bergerak lurus akan menyebabkan bayang-bayang terbentuk apabila sinar cahaya seperti sinaran matahari dihalang oleh objek yang legap.

Tetapi hari ini negara jiran, Indonesia sedang mengalami fenomena ‘Hari Tanpa Bayang’.

Gambar Hiasan / Facebook

Fenomena yang berlaku apabila apa-apa sahaja objek legap yang dibiarkan di bawah sinaran matahari tidak membentuk bayang-bayang seperti mana pada hari kebiasaan.

Menurut laporan Tribunnews, Indonesia mengalami fenomena alam ini sejak 6 September dan dijangka berlanjutan sehingga 21 Oktober 2021.

Paparan Skrin / Tribunnews

Fenomena Hari Tanpa Bayang di Indonesia bermula di bandar Sabang, wilayah Sumatera pada jam 12.36 tengah hari, 6 September.

Andi Pangerang, penyelidik Pusat Sains dan Angkasa dari Lembaga Penerbangan dan Angkasa Nasional Indonesia (LAPAN) berkata fenomena ini biasa berlaku di Indonesia sebanyak dua kali setahun. Yang pertama kali berlaku pada tahun ini adalah pada akhir bulan Februari sehingga awal April.

Paparan Skrin / Facebook

Jelasnya, fenomena hari tanpa bayang terjadi kerana Indonesia berada di 6 darjah Utara dan 11 darjah Barat serta dibelah oleh garisan Khatulistiwa. Ketika posisi matahari berada tegak di atas Indonesia, maka tiada bayang-bayang yang terbentuk dari objek tidak berongga semasa matahari terik waktu tengah hari.

“Fenomena ini biasa terjadi dua kali setahun di bandar-bandar atau wilayah yang terletak antara dua garis iaitu di sebelah Utara dan Selatan,” kata Andi.

Paparan Skrin / Facebook

“Kawasan yang terletak di Utara akan mengalami fenomena ‘Hari Tanpa Bayang’ pada solstis Jun, sementara di bahagian Selatan pada solstis Disember,” jelas Andi kepada Tribunnews

“Kenapa tinggalkan saya?” Pemilik tidak pulang dan anjingnya sangka ditinggalkan, berjalan sendiri sejauh 3.2 km dalam pencariannya kerana rindu

0

Ramai orang yang mempunyai haiwan peliharaan kucing atau anjing tahu bagaimana si comel ini memerlukan pemilik mendampingi dan bermain dengannya untuk beberapa waktu, dan jika tidak, mereka akan merasa sangat kesunyian.

Seekor anjing dari Amerika Syarikat bernama Indy berasa dia telah ditinggalkan oleh pemiliknya pada suatu hari. Dan oleh kerana masa menunggunya sudah seharian, jadi dia berjalan sejauh 3.2 kilometer untuk mencari tuan yang amat disayanginya!

Tuan Indy bernama Liza membesarkan anak anjing hitam itu dengan penuh kasih sayang. Semasa dia pergi bekerja, Liza akan memandu dengan membawa Indy keluar bersama.

Suatu hari, Liza telah menghadiri majlis perkahwinan rakannya di satu lokasi yang jauh, jadi dia meminta cuti dan tidak pergi bekerja, dan meninggalkan Indy dalam jagaan bapanya untuk hari itu.

Tanpa pula disangka, Indy menyedari yang Liza tidak membawanya pergi bekerja pada hari itu, membuatnya dalam anggapan di hati yang dia telah ditinggalkan oleh pemilik.

Jadi tanpa menunggu lagi, Indy yang rindu menyelinap keluar dari rumah bapa Liza, dan telah berjalan sejauh 3.2 kilometer, untuk menjenguk di hadapan tempat kerja Liza, mencari dan memanggilnya.

Perjalanan ke tempat kerja itu yang dihafal dalam kepala anjing yang bijak ini.

Rakan sekerja Liza terkejut melihat Indy berada di hadapan pintu pejabat, lalu dia segera menghubungi Liza dan memberinya makanan dan minuman. Majikan Liza kemudian menghantar Indy pulang.

Pengembaraan kecil Indy ini amat mengejutkan dan menyentuh hati Liza. Mujur dan syukur, Indy tidak mengalami apa-apa insiden malang dalam perjalanan ke pejabat sejauh 3.2 kilometer itu.

Cinta sepenuh hati Indy kepada pemiliknya benar-benar menyentuh hati semua.

Selepas ini, Liza kenalah terangkan kepada Indy yang amat memahami dengan penuh bijak itu, jika dia hendak berjalan jauh, dan Indy tidak akan pernah ditinggalkan terbiar buat selamanya!

Alami tekanan hidup, pasangan suami isteri ini nekad bawa bayi rentas 200km menaiki motosikal

0

Umum mengetahui bahawa pandemik COVID-19 sudah banyak menjejaskan kehidupan pelbagai lapisan masyarakat di dunia, tidak terkecuali juga di Malaysia.

Ramai yang hilang pekerjaan manakala banyak pengusaha perniagaan rugi dan terpaksa gulung tikar, sekaligus menyebabkan golongan ini hilang punca pendapatan untuk meneruskan kehidupan.

Baru-baru ini, kisah sepasang suami isteri bersama bayi mereka yang berusia 6 bulan mencuri tumpuan warga Facebook.

Kisah yang dikongsikan oleh akaun Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu berkisarkan tentang pasangan itu bersama bayi nekad merentas negeri gara-gara tekanan hidup.

Menurut LZS, mereka dikatakan menaiki motosikal dari Perak ke Selangor dan kini tiada tempat tinggal. Mereka juga ada meminta sumbangan orang ramai di sebuah stesen minyak.

“Anaknya yang berusia 6 bulan terpaksa dibawa bersama menaiki motosikal”, jelas pihak Skuad Saidina Umar (SSU) LZS.

Terdahulu, mereka sekeluarga pernah tersenarai sebagai penerima zakat di Selangor namun ia terhenti setelah mereka berpindak ke Perak pada tahun 2020.

Di Perak, mereka turut menerima pelbagai bantuan daripada pihak masjid, kampung dan juga Majlis Agama Islam Perak.

Mereka juga difahamkan merancang untuk menumpang di rumah keluarga di Selangor namun niat itu tidak dapat direalisasikan ekoran masalah keluarga.

LZS memutuskan untuk menempatkan keluarga ini di sebuah hotel bajet buat sementara waktu, bersama dengan bantuan kecemasan berjumlah RM500.

Semoga keluarga ini diberi terus kekuatan untuk menjalani kehidupan mendatang..

Si kenit Oyen hanya mahu duduk atas bahu setelah ‘pecah masuk’ rumah pemuda ini. Manja betul!

0

Kucing sememangnya haiwan comel yang suka bersosial, lebih-lebih lagi dengan manusia yang baik hati.

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi beberapa foto dirinya dengan seekor anak kucing bewarna jingga yang comel.

Menurut lelaki itu, anak kucing terbabit ‘memecah masuk’ rumahnya pada malam hari sebelum ianya disedari lelaki itu keesokan harinya.

Tambah lelaki itu, dia juga tidak pernah membela kucing sebelum ini.

“Tiba-tiba muncul si comel ini..”

Malah, si Oyen juga seperti enggan untuk meninggalkan lelaki itu dan rumahnya. Seronok ya di rumah orang?

Si Oyen langsung tidak mahu berganjak dan hanya mahu dirinya tetap berada di atas bahu lelaki terbabit.

Difahamkan bahawa pemuda tersebut juga mengedarkan poster dengan gambar kucing berkenaan bertujuan untuk mencari pemiliknya.

Tak mahu turun ke?

Bahkan si Oyen turut dibawanya ke klinik veterinar bagi menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan dirinya dalam keadaan yang sihat.

Baik betul pemuda ini bukan? Patutlah si comel Oyen ini ‘jatuh hati’ dan tidak mahu meninggalkannya..

Pemandu lori rempuh lima kereta di lampu isyarat disahkan positif dadah

0

Sebuah lori yang hilang kawalan merempuh lima kenderaan dalam kemalangan di lampu isyarat di Jalan Ipoh, Sentul, Kuala Lumpur pada petang Isnin, 6 September.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, lima kenderaan dirempuh dalam kejadian kemalangan kira-kira jam 2.40 petang melibatkan dua Perodua Myvi berwarna kuning dan putih, Proton X70, Honda HRV serta Peugeot 208 FL.

Paparan Skrin / Facebook

Siasatan awal mendapati lori yang dipandu dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul itu hilang kawalan di lampu isyarat dan merempuh dalam pergerakan yang laju ke atas lima buah kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Sejurus kemalangan, seorang pemandu berusia 45 tahun yang terlibat dalam kemalangan telah terperangkap dalam kenderaan Myvi berwarna kuning yang remuk teruk, namun telah berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Paparan Skrin / Facebook

“Pemandu kenderaan Myvi berwarna kuning cedera ringan di bahagian muka dan mendapat rawatan di zon hijau Hospital Besar Kuala Lumpur,” menurut ACP Sarifudin.

“Pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan kesemua mangsa mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang,” tambahnya dalam kenyataan kepada Bernama pada Isnin.

Paparan Skrin / Facebook

Sementara itu, pemandu lori berkenaan yang turut tidak mengalami sebarang kecederaan telah ditahan dan menjalani ujian alkohol.

“Hasil ujian awal alkohol mendapati pemandu tidak berada dalam pengaruh alkohol. Seterusnya dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing dan didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin,” kata ACP Sarifudin.

Paparan Skrin / Facebook

Siasatan diklasifikasikan di bawah Sek 44 (1A ) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tular pada malam Isnin 6 September dengan beberapa video di media sosial menyaksikan lori berwarna kuning yang berada di lorong kanan merempuh tiga kenderaan di hadapannya menyebabkan sebuah Perodua Myvi remuk teruk, dan pemandunya yang mengalami cedera ringan telah berjaya diselamatkan hasil kerjasama orang ramai di lokasi kejadian.

Tonton video di sini.

Ragam lucu kucing-kucing ini pasti buat anda tertanya-tanya adakah mereka haiwan atau sejenis cecair

0

Pernah anda melihat kucing masuk ke dalam bekas makanan, jag air atau mungkin pasu bunga? Bunyinya agak pelik dan mungkin ramai tertanya-tanya bagaimana haiwan itu boleh memuatkan tubuh mereka ke dalam bekas-bekas itu.

Sorang pengguna Twitter dari Jepun @nakamanian suka mengambil gambar kucing yang ditemuinya di jalanan. Suatu hari, dia terlihat dua ekor kucing yang sedang ‘melepak’ di atas bumbung seolah-olah sedang berjemur di bawah terik matahari. Gambar-gambar tersebut kemudian dimuat naik ke laman Twitter miliknya.

Walaupun atap bumbung tersebut tidak rata dan berbentuk V kucing-kucing tersebut terus berbaring di situ.

Apa yang lebih menarik tubuh mereka langsung tidak tertanggu dengan permukaan yang tidak rata itu malah tubuh salah seekor daripada mereka boleh melengkung mengikut bentuk atap. Sekali lihat pasti ada yang menyangka ia adalah kain yang berwarna hitam.

Jelas sekali tubuh mereka adalah sangat fleksible dan mudah terbentuk dengan apa juga keadaan. Benarkah orang kata, kucing adalah sejenis cecair!

15 amalan wanita ini dengan kehidupan minimalis, mudah dan menjimatkan tetapi menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen

0

Hampir semua orang mahu menjalani gaya hidup yang selesa dan menyenangkan untuk dilihat, terutama buat wanita dan gadis. Memperhatikan cita rasa dan kualiti kehidupan seharian, akan menjadikan diri mereka berasa lebih baik dan anggun.

NanaQ merupakan seorang selebriti dari Taiwan dan YouTuber terkenal, baru-baru ini telah memuat naik video di YouTube dan berkongsi kehidupan minimalisnya, yang menimbulkan kontroversi di kalangan netizen dan pengikutnya sendiri.

YouTube

Dalam video tersebut, NanaQ bermula dengan menunjukkan dirinya yang tinggal di sebuah pangsapuri dua bilik. Wanita ini menggambarkan rumahnya yang mana dia tinggal bersendirian sebagai “sesuatu dengan hanya beberapa perkara, tetapi penuh dengan kebahagiaan”, kemudian memperlihatkan amalan kehidupannya yang minimalis.

#1. Bilik hanya mempunyai 1 katil

YouTube

Tidak ada perkara lain, dan lain-lain gangguan, jadi anda akan dapat tidur nyenyak.

#2. Cuci muka dengan air sahaja

“Oleh kerana NanaQ tidak menggunakan kosmetik dan produk penjagaan kulit sekarang, dia hanya mencuci muka dengan air bersih. Tiada pencuci muka, atau lain-lain produk. Setelah mencuci muka, NanaQ hanya membiarkan wajahnya kering secara semula jadi tanpa menggunakan tuala atau tisu.

#3. Tidak perlu membilas cawan kumur

YouTube

Apabila menggosok gigi atau berkumur, NanaQ hanya menakung air dengan tangannya, yang katanya adalah menjimatkan untuk tidak membeli cawan kumur mulut.

#4. Tiada sabun atau gel mandi yang digunakan di dalam tab mandi

YouTube

NanaQ berkata dia mandi dua kali sehari, tetapi dia hanya mencuci badannya dengan air bersih dan tidak menggunakan sabun atau gel mandi.

#5. Tidak gunakan alas kaki

YouTube

Selepas selesai mandi, NanaQ membiarkan kakinya kering secara semula jadi.

#6. Hanya terdapat 25 helai pakaian di dalam almari

YouTube

Masa menyarung pakaian sebelum keluar tidak melebihi 3 minit, kerana hanya terdapat sedikit pakaian untuk dipilih sehingga waktu berharga dapat dikurangkan.

#7. Tanpa ada kabinet kasut

YouTube

NanaQ mendedahkan yang dia hanya mempunyai 4 pasang kasut, memilih dan kemudian meletakkannya di dalam rak cermin penuh.

#8. Tiada tong sampah di rumah

YouTube

Oleh kerana hanya terdapat jumlah sampah yang kecil, boleh dikatakan seperti tiada sampah di dalam tong sampah, dan NanaQ hanya menggunakan beg plastik yang digantung di sebelah kabinet dapur.

#9. Tidak perlu membuang penapis

YouTube

“Setiap kali anda selesai memasak, ambil sisa dengan tangan dan buang,” kata NanaQ.

#10. Tiada kertas tandas

YouTube

Apabila kerja mengelap diperlukan, NanaQ mengguna kain sapu tangan dan bukannya kertas atau tisu tandas.

#11. Ganti serbuk atau pencair pencuci dengan sabun semula jadi untuk membersih kelengkapan rumah.

YouTube

#12. Napkin pembersih menggunakan kain

YouTube

Untuk menjadikan kehidupan lebih mesra alam, NanaQ mengelak penggunaan napkin pembersih pakai buang dan menggantinya dengan napkin kain. 

#13. Tiada jam atau apa-apa hiasan di dinding

YouTube

Dinding rumah NanaQ hanya ada lukisan yang dia lukis dan lakaran impiannya.

#14. Tiada sofa di rumah

YouTube

NanaQ percaya bahawa sofa bukan keperluan baginya sekarang, jadi dia hanya duduk di atas lantai.

#15. Hanya miliki sebatang pen

YouTube

NanaQ secara kebiasaan akan menulis diari sebelum tidur, tetapi dia hanya mempunyai sebatang pen. Dia tidak menyimpan tempat meletak pen atau bekas alat tulis. 

Pada akhirnya, NanaQ berkata, “Mematikan pemberitahuan media sosial adalah rahsia kecil dalam hidup saya, dan diharapkan saya dapat mengambil inisiatif untuk memeriksa maklumat tersebut.”

Gaya hidup minimalis NanaQ yang mendapat perhatian dan rasa kurang senang segelintir netizen:

“Pencuri akan takut dan lari jika mahu mencuri.”

“Guna cawan kumur dengan mengisi air yang tidak mengalir adalah lebih menjimatkan.”

“Lampu pun mahu berjimat ketika waktu malam.”

“Duduk di atas lantai tidak baik untuk postur tubuh, tulang belakang dan pinggul.”

“Kehidupan ringkas anda boleh mendatangkan masalah kesihatan.”

Sambil lebih ramai yang memuji cara dan amalan hidup minimalis NanaQ dengan ada yang menulis, “Apa yang saya boleh kata, gaya hidup setiap orang itu adalah berbeza dan perlu dihormati.”

Tonton video di sini.

Penggubal undang-undang antarabangsa seru PBB siasat pembunuhan Uighur

0

Sekumpulan penggubal undang-undang antarabangsa telah meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat dakwaan pembunuhan beramai-ramai terhadap Uighur dan etnik minoriti lain di China, kata Perikatan Antara Parlimen mengenai China (IPAC).

Cadangan itu diminta ketika sesi ke-47 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (OHCHR) yang bermula di Geneva pada 21 Jun lalu.

Dalam surat kepada Presiden OHCHR, Nazhat Shameem Khan bersama 68 orang penggubal undang-undang dari 18 badan perundangan di seluruh dunia mendesak PBB untuk melancarkan suruhanjaya siasatan ke atas Wilayah Autonomi Xinjiang Uighur (XUAR) di China, bagi menyiasat tuduhan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Mereka mengatakan bahawa mandat membuat rekomendasi untuk mengakhiri pelanggaran hak asasi manusia di Xinjiang yang dilakukan oleh rejim Parti Komunis China (PKC) perlu dilakukan, di samping perlu melaporkan secara berkala keadaan itu kepada OHCHR.

Surat yang dikoordinasikan oleh IPAC – rangkaian penggubal undang-undang antarabangsa yang mendorong pendirian yang lebih keras terhadap rejim PKC, juga ditujukan kepada menteri luar lapan negara demokratik yang diwakili oleh OHCHR, iaitu United Kingdom, Belanda, Perancis, Jerman, Jepun, Denmark, Itali dan Republik Czech.

Terdapat banyak bukti yang mendokumentasikan penganiayaan kejam rejim PKC terhadap Uighur, Kazakhstan dan etnik minoriti yang dominan beragama Islam di XUAR, termasuk penahanan sesuka hati, kerja paksa, penyiksaan, indoktrinasi politik, penderaan seksual, pensterilan paksa, pengguguran paksa dan dasar kawalan kelahiran yang kejam.

IPAC mengatakan bahawa masyarakat antarabangsa ‘berkewajiban secara undang-undang dan moral’ untuk mencegah pelanggaran hak asasi manusia yang paling mengerikan ini daripada terus terjadi, melalui Konvensyen Pembunuhan Beramai-ramai, yang juga ditandatangani oleh China.

Anggota parlimen Britain yang juga bekas pemimpin Parti Konservatif, Sir Iain Duncan Smith, mengatakan OHCHR masih belum memenuhi tujuannya.

“Majlis Hak Asasi Manusia PBB ditubuhkan untuk mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia di seluruh dunia. Hari ini, ia digunakan sebagai ‘daun’ untuk rejim autoritarian untuk menyembunyikan pelanggaran hak asasi manusia yang paling mengerikan”, kata Duncan Smith dalam satu kenyataan.

“Kami tidak akan menerima ini. Semakin meningkat bukti yang menunjukkan pembunuhan beramai-ramai dan kejahatan terhadap kemanusiaan yang berlaku di Wilayah Uyghur, PBB mesti bertindak dan mewujudkan siasatan bebas terhadap penyalahgunaan ini”.

Anggota parlimen Jerman, Margarete Bause juga mengatakan bahawa OHCHR telah gagal mengikuti merealisasikan misi ini jika mereka menolak untuk menyiasat tuduhan kejahatan yang berlaku di Xinjiang.

“Hanya Suruhanjaya Siasatan yang diketuai oleh PBB yang dapat memberikan harapan terhadap keadilan bagi Uighur dan mangsa penganiayaan lain di wilayah itu”, katanya.

Anggota parlimen Jepun, Shiori Yamao mengatakan bahawa masyarakat antarabangsa telah menutup mata terlalu lama terhadap laporan mengerikan mengenai pelanggaran hak asasi manusia di XUAR.

“Bulan ini, Majlis Hak Asasi Manusia memiliki kesempatan untuk meletakkan hak ini dan menempatkan Xinjiang pada agenda utama”, katanya.

Berucap semasa pembukaan sesi OHCHR, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Michelle Bachelet mengatakan beliau berharap dapat bersetuju dengan syarat untuk lawatan tahun ini ke China, termasuk ke wilayah Xinjiang.

“Saya terus berbincang dengan China untuk melakukan lawatan, termasuk akses yang bermakna, ke Wilayah Otonomi Xinjiang Uyghur, dan berharap ini dapat dicapai tahun ini, terutama ketika laporan pelanggaran hak asasi manusia yang serius terus muncul,” kata Bachelet.

Ini adalah pertama kalinya Bachelet secara terbuka mencadangkan garis waktu lawatan, yang telah diatur oleh pejabatnya sejak September 2018.

Pada 15 Jun, Parlimen Belgium meluluskan usul yang menyatakan bahawa Uighur menghadapi ‘risiko serius’ pembunuhan beramai-ramai dan mereka menjadi mangsa kejahatan terhadap kemanusiaan oleh PKC.

Senat Czech juuga sebulat suara melancarkan usul pada 10 Jun, dengan menyatakan bahawa perlakuan rejim PKC terhadap Uighur dan minoriti Muslim yang lain adalah kejahatan terhadap kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai.

Parlimen di Kanada, Lithuania, Belanda, dan UK semuanya membuat sebutan yang sama. Pada bulan Januari, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo turut menyatakan tindakan Beijing dalam pembunuhan beramai-ramai di Xinjiang.

Tribunal rakyat di London, yang ditubuhkan untuk menilai sama ada pelanggaran hak Uighur oleh PKC merupakan pembunuhan beramai-ramai, turut mendengar tuduhan berat terhadap pihak berkuasa PKC selama empat hari perbicaraan awal Jun lepas.

Tribunal itu merancang untuk mengadakan perbicaraan selama empat hari pada bulan September dan berharap dapat mengeluarkan penghakimannya pada akhir tahun ini.

Pada masa ini, dua mahkamah antarabangsa yang berpotensi menangani pembunuhan beramai-ramai, telah ‘dilumpuhkan’.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang menangani pembunuhan beramai-ramai, tidak dapat menangani tuduhan pembunuhan beramai-ramai di PKC kerana kuasa veto negara itu dalam Majlis Keselamatan PBB.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa, yang menjadi tempat individu diadili untuk kejahatan berat, memerlukan negara tersebut untuk menjadi penandatangan Statut Rom, memandangkan PKC masih belum menandatanganinya.