26.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaOrang ramai dikejutkan dengan kemunculan api misteri seperti ombak yang membakar lapisan...

Orang ramai dikejutkan dengan kemunculan api misteri seperti ombak yang membakar lapisan rumput

Terdapat banyak hal-hal misteri yang berlaku di dalam dunia ini yang mungkin tidak dapat kita rungkaikan. Ada perkara yang berlaku tanpa diketahui sebab dan punca.

Antara perkara misteri yang masih menjadi tanda tanya ramai ialah bagaimana api yang aneh dan pelik boleh muncul secara tiba-tiba di sebuah taman di Sepanyol.

Kejadian misteri tersebut telah dirakam oleh orang awam yang menyaksikan peristiwa tersebut.

Video yang membingungkan itu menunjukkan bagaimana api telah merebak dengan membakar lapisan rumput yang ditutupi dengan biji benih berwarna putih yang datangnya dari pokok poplar (sejenis pokok kapas) yang ada di situ.

Pergerakan api tersebut seolah-olah seperti ombak dan apa yang lebih menghairankan api tersebut tidak membakar pokok atau bangku kayu yang ada di situ.

Anggota bomba dari komuniti autonomi Castilla dan Leon kemudian mengatakan mereka dihantar untuk membuang biji poplar di taman Cidacos, di Calhorra, La Rioja, Sepanyol utara di mana kejadian tersebut berlaku.

Tonton video di sini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI