27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaBerita UtamaBiawak Komodo kini dalam senarai spesies terancam, kemungkinan pupus

Biawak Komodo kini dalam senarai spesies terancam, kemungkinan pupus

Biawak Komodo atau ‘komodo naga’, spesies cicak terbesar di dunia kini diklasifikasikan semula sebagai ‘Terancam’ oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Antarabangsa (IUCN), penurunan yang mengecewakan dari klasifikasi ‘Rentan’ sebelum ini.

IUCN yang mengemas kini laporan senarai spesies haiwan terancam pada 4 September di Marseilles, Perancis dengan menyebut akibat perubahan iklim dan akses komersial ke Pulau Komodo dan Pulau Flores sebagai faktor penyebab pengecilan habitat biawak Komodo.

Gambar Hiasan / Pixabay

Secara spesifik, kelangsungan hidup spesies ini terancam disebabkan oleh kenaikan suhu dan paras air laut, yang terkini berisiko mengecilkan habitat spesies kepada sekurang-kurangnya 30 peratus dan ia agak membimbangkan dalam tempoh 45 tahun akan datang.

Ini membawanya selangkah lebih dekat kepada kepupusan, walaupun spesies itu perlu melalui dua tahap – ‘Terancam Secara Kritikal’ dan ‘Pupus di Alam Liar’ – sebelum benar-benar dapat mengatakan yang haiwan itu telah pupus dengan sepenuhnya.

Gambar Hiasan / Pixabay

Pengumuman Senarai Merah IUCN juga merupakan yang pertama untuk biawak Komodo dalam tempoh lebih 20 tahun. Tepat pada masa untuk mempertimbangkan penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal ‘Ecology And Evolution’, yang memberi indikasi “tindakan pemuliharaan segera diperlukan untuk menangani risiko kepupusan”. Kajian tersebut turut memfokuskan bagaimana kenaikan suhu akan mempengaruhi habitat semula jadi biawak komodo.

“Berita mengenai haiwan pra-sejarah ini bergerak selangkah hampir kepada kepupusan akibat perubahan iklim adalah menakutkan,” kata Andrew Terry, pengarah pemuliharaan di Zoological Society of London.

Gambar Hiasan / Pixabay

Andrew berpendapat pemuliharaan biawak komodo perlu menjadi topik perbincangan dan tindakan utama dalam Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dijadualkan berlangsung di Glasgow, Scotland bermula 31 Oktober hingga 12 November 2021.

Spesies biawak Komodo hanya boleh ditemui di Taman Negara Komodo yang tersenarai dalam Warisan Dunia, dan juga di Pulau Flores, Indonesia. Pulau Komodo menjadi habitat kira-kira 2,800 biawak Komodo, yang masih dilindungi dengan baik.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI