Usaha dalam menurunkan berat badan bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan komitmen dan motivasi agar berterusan dan tidak terhenti separuh jalan.
Samalah seperti seorang wanita dari Taiwan ini, apabila dia enggan menghampakan permintaan suaminya.
Difahamkan bahawa suami wanita tersebut bakal menyambut hari lahir, lantas wanita itu bertanya apa yang dimahukan suami kesayangannya itu sebagai hadiah.
Foto hiasan/Pixabay
“Dua tahun lalu, isteri saya bertanya saya apa yang saya mahukan sebagai hadiah hari lahir, saya serta merta menjawab tiada apa-apa”.
“Namun kemudian saya berkata, apa kata kamu cuba turunkan berat badan kamu demi saya sekali ini?”, ujar suami wanita tersebut.
Sumber juga mengatakan bahawa lelaki itu turut menawarkan hadiah berupa sebentuk cincin berlian kepada isterinya jika wanita itu berjaya menurunkan berat badan sebanyak 55 kilogram!
Siapa tidak mahu cincin berlian bukan?
Dua tahun kemudian, si isteri berjaya menurunkan berat badannya daripada 75 kilogram kepada 55 kilogram. Hebat sungguh!
Siapa sangka, setelah dicabar, wanita terbabit berjaya menurunkan berat badannya dengan mengamalkan pemakanan dan diet yang seimbang.
Foto sebelum dan selepas wanita ini..
Seperti yang dijanjikan suaminya, wanita itu turut dihadiahkan dengan sebentuk cincin berlian 1 karat semasa hari lahirnya.
Semestinya kecekalan dan kesungguhan ibu ini dalam meneruskan momentum untuk menurunkan berat badan adalah satu usaha yang boleh memberikan inspirasi.
Sungguhpun begitu, dalam kita berusaha untuk menurunkan berat badan, pilihlah cara yang sihat – bersenam dan amalan nutrisi seimbang.
Lebih bagus jika kita dapatkan nasihat pakar serta elakkan daripada mengambil apa-apa produk kurus yang tidak ditentukan keabsahannya.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: