27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 13, 2025
Utama Blog Laman 227

Dikepung oleh sekumpulan ketam yang dilepaskan di dapur, kucing ini tertunduk di tepi dinding kerana malu dan insaf dengan apa yang dilakukannya

0

Kalau bercerita tentang haiwan peliharaan pastinya banyak kisah lucu yang boleh dikongsikan. Rasanya hampir setiap hari ada sahaja hal-hal yang dilakukan mereka sehingga membuatkan ramai yang tergelak lucu. Itu kalau yang comel dan selamba tetapi ada juga yang sangat nakal. Dengan telatah nakal mereka kadangkala boleh buatkan pemilik mereka pening kepala dibuatnya!

Tidak semua kucing peliharaan mempunyai sifat peramah dan suka bergaul. Ada antara mereka yang yang sering bersikap dingin dan sombong walaupun dengan tuan mereka sendiri. Mereka sering menyendiri dan membuat aktiviti sendiri dengan langsung tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekitar mereka.

Seorang netizen baru-baru ini menceritakan sebuah kejadian lucu yang menimpa kucingnya yang nakal. Menurut netizen tersebut dia memiliki seekor kucing yang agak dingin sikapnya. Si comel itu juga nakal dan sering menimbulkan masalah sehingga terkadang membuatkan dia sakit kepala memikirkannya. Walaupun kucing tersebut membesar dalam jagaannya bertahun lamanya kucing tersebut walau bagaimanapun masih dengan sikapnya.

Suatu hari, sebuah kejadian berlaku membuatkan si comel itu malu sendiri. Semuanya bermula apabila netizen tersebut mahu menerima kedatangan tetamu di rumahnya. Sebagai hidangan untuk tetamunya yang akan datang pada sebelah malam dia bercadang untuk memasak lauk ketam. Jadi, dia telah membeli beberapa ekor ketam dan meletakkannya di dalam besen yang tertutup di dapur untuk dimasak nanti.

Namun, tidak lama selepas itu dia mendengar suara kucingnya dari arah dapur. Dia segera bergegas ke dapur untuk melihat apa yang sedang berlaku. Sampai sahaja di dapur dia melihat kucingnya sedang ‘dikepung’ oleh ketam-ketam yang diletakkan di dalam besen tadi. Ketam-ketam tersebut telah keluar dan mula bergerak seolah-olah mahu ‘menyerang’ kucing tersebut.

Rupa-rupanya kucing nakal itu yang telah membuka penutup besen tersebut sehingga menyebabkan ketam-ketam itu boleh bergerak keluar. Mungkin kerana ingin tahu apa yang ada di dalam besen atau dia mungkin berfikir boleh bermain dengan ketam itu membuatkan dia sengaja membuka penutup besen. Akhirnya, dia sendiri yang menerima padah apabila dia mula ketakutan kerana semua ketam bergerak ke arahnya.

Kucing nakal itu mula berundur ke belakang sehinggalah dia sampai ke tepi dinding di mana dia tiada ruang lagi untuk melarikan diri. Dia kemudian terkaku kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk melarikan diri. Dia juga tertunduk kerana malu dan insaf kerana sikap nakalnya telah membuatkan dia menerima padahnya.

Tuan kepada kucing itu terus ketawa kuat melihat kejadian yang berlaku di depannya. Itulah… nakal lagi, sekarang terima lah akibatnya! Harapnya si comel ini mendapatkan pengajaran terbesar dalam hidupnya supaya selepas ini jangan bersikap nakal lagi!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Baru tiga minggu berlatih, kanak-kanak 4 tahun ini sudah boleh pamerkan aksi bermain ski yang cukup mengagumkan

0

Kata orang kanak-kanak memang cepat meniru aksi atau perbuatan orang sekeliling mereka. Oleh sebab itu lah, ibu bapa khususnya perlu berhati-hati dalam melakukan sebarang kesilapan kerana bimbang anak-anak kecil mereka akan meniru sesuatu yang tidak elok daripada apa yang mereka lihat.

Tidak hanya itu, mereka juga cepat menangkap apa yang diajarkan kepada mereka. Sebab itulah ramai yang selalu mengajar anak mereka pelbagai aspek kehidupan sejak usia si kecil masih sangat muda. Ada yang mengajarkan bahasa, ada yang menghantar ke kelas kemahiran dan ada juga yang mengajar anak mereka bersukan.

Memandangkan mereka masih kecil jadi apa yang mereka pelajari akan lebih mudah untuk diingat dan diikuti. Contohnya seperti kanak-kanak di dalam video ini yang dengan bangga telah mempamerkan bakatnya yang cukup luar biasa.

Di dalam video tersebut jelas sekali menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dengan hebatnya telah menunjukkan aksinya bermain ski dengan menggunakan papan salji. Si kecil tersebut dikatakan hanya berlatih bermain ski selama tiga minggu sahaja sebelum dia berjaya mempamerkan aksi sebegitu.

Jika diperhatikan dia sangat bijak menyeimbangkan badannya untuk terus meluncur dengan lancar sekali. Bagi mereka yang mahu bermain ski atau apa sahaja aktiviti meluncur mereka perlu pandai menyeimbangkan diri kerana permukaan bersalji atau ais pastinya sangat licin. Jadi, sebelum boleh bergerak lebih jauh apa yang paling penting ialah keseimbangan diri kalau tidak memang akan terjatuh!

Selepas berjaya menyeimbangkan diri barulah boleh bergerak dan lama-kelamaan kelajuan sudah boleh ditambah. Apa yang penting ialah berani untuk terus bergerak ke hadapan. Jika lihat pada si kecil ini dia bukan sahaja boleh meluncur dengan laju malah dia berani untuk melepasi halangan-halangan yang ada. Permukaan salji yang tidak rata dan berbukit-bukit juga adalah sebuah cabaran dan nampaknya kanak-kanak ini berjaya berhadapan dengan apa sahaja halangan di hadapannya!

Apa yang dilakukan oleh si kecil ini pastinya bukan mudah. Tidak ramai yang boleh melakukan seperti yang dilakukannya walaupun berbulan berlatih. Namun, dengan bakat dan usaha yang dilakukan kanak-kanak perempuan ini berjaya membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan sesuatu yang lebih mencabar. Walaupun dia masih kecil tetapi dia semakin mahir bermain sukan lasak seperti itu.

Aksi luar biasanya itu telah membuatkan ramai yang kagum. Di Facebook ramai yang memujinya. Ada yang tertarik dengan topinya yang comel, ada yang mengatakan dia akan mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan itu. Tidak hanya itu, ada juga netizen yang mengatakan dia bakal menjadi atlet untuk Sukan Olimpik suatu hari nanti!

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Membesar bersama tiga ekor kawan anjingnya, kucing ini terikut-ikut dengan semua tingkah laku seolah-olah dia lupa dia adalah kucing

0

kanak-kanak kecil biasanya mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan apa yang dilihatnya. Kadang-kadang mereka juga boleh mengikut gaya bercakap orang di sekeliling mereka. Dengan hanya melihat apa yang terjadi di depan mata sekejap sahaja sudah boleh membuatkan mereka terikut-ikut. Contohnya, ada anak kecil yang boleh meniru aksi dalam iklan TV atau telatah kartun yang sering ditonton mereka.

Namun, bukan hanya anak kecil sahaja yang mudah dibentuk atau terpengaruh anak kecil haiwan juga sepertinya mudah sahaja untuk dipengaruhi. Tidak percaya? Lihat sahaja kucing ini yang telah hidup seperti kawan-kawan anjingnya. Daripada cara duduk hinggalah caranya makan!

Menurut tuannya, si comel ini telah dibawa pulang ke rumah pada usianya baru beberapa bulan. Ketika itu kucing itu berada dalam keadaan lemah dan tidak berdaya. Dia juga tidak boleh berdikari sendiri. Jadi, netizen tersebut membawa anak kucing itu pulang ke rumah untuk dijaga.

Ketika itu dia sudah pun mempunyai tiga ekor anjing jenis shiba inu. Dia memang mengakui bahawa dia merupakan seorang pencinta anjing shiba inu dan dalam masa yang sama dia memutuskan untuk membela seekor kucing pula.

Memandangkan ada tiga ekor anjing di rumah yang tinggal bersamanya, jadi anak kucing itu mula berkawan dengan mereka. Sejak kecil mereka membesar bersama dan anak kucing itu hanya mengikut apa sahaja yang ‘diajar’ oleh kawan-kawan anjingnya.

Tanpa diduga apabila dia menginjak usia setahun setiap perlakuan dan tindakan kucing itu sudah menyerupai seperti apa yang dilakukan anjing. Netizen itu ada memuat naik video pendek haiwan-haiwannya yang sedang makan. Apa yang comelnya, satu-satunya kucingnya itu turut duduk sama gaya seperti anjing-anjing yang lain. Dia bahkan mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh kawan-kawannya yang sedang menunggu arahan daripada tuan mereka sebelum mereka dibolehkan untuk makan.

Melihat tindakan selamba si kucing membuatkan tuannya terhibur. Netizen itu memberitahu bahawa dia sendiri tidak sedar bagaimana kucingnya boleh membesar dengan sifat semula jadi seperti anjing-anjingnya sehingga dia mengatakan, ‘saya mempunyai empat ekor shiba inu.’

Pada masa yang sama hidup membesar bersama sebenarnya memberi kebaikan kepada keempat-empat ekor haiwan peliharaan itu. Bukan hanya si kucing yang terpengaruh dengan kawan anjingnya malah anjing-anjing itu juga terpengaruh dengan kucing tersebut yang suka mencakar. Netizen itu kadangkala terfikir shiba inu miliknya itu sebenarnya anjing atau kucing.

Tidak hanya itu, anjing-anjing itu turut terpengaruh dengan sifat semula jadi kucing yang sememangnya lebih lembut, agak pendiam dan penyayang membuatkan mereka tidak sekasar anjing lain. Si kucing pula menjadi lebih berani kerana dibesarkan oleh tiga ekor ‘guru’ yang mengajarnya untuk hidup jadi dia tidak takut untuk melakukan aktiviti luar.

Walau apa pun yang terjadi, netizen itu bersyukur dan gembira kerana kesemua haiwan peliharaanya boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Mereka menjadi kawan yang baik dan selalu ada untuk satu sama lain. Walaupun berbeza tiada yang boleh menghalang persahabatan mereka berempat.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Dikritik juri terlalu ikut konsep barat, Sada Borneo tetap membanggakan harum nama Malaysia perkenal alat muzik tradisional ke mata dunia

0

Mungkin anda pernah menonton program realiti Asia’s Got Talent pada tahun 2015 di mana wakil dari Malaysia, kumpulan pemuzik tempatan yang memperkenalkan nama mereka, Sada Borneo telah berjaya memukau kesemua 4 juri dengan persembahan muzik etnik kreatif.

Kini, mungkin sebab ada antara kita yang berasa jemu dan bosan, persembahan mereka mula menjadi tular baru-baru ini di TikTok yang menunjukkan betapa berbakatnya lima orang anak muda dari Malaysia.

Facebook

Sada Borneo membawa maksud ‘muzik dari Borneo’ memperkenalkan konsep muzik akustik etnik kreatif gabungan instrumen moden dan tradisional.

Apa yang menarik perhatian juri David Foster, Anggun, Melanie C dan Vanness Wu pada pusingan saringan pertama Sada Borneo membuat persembahan ialah mereka memperkenalkan alat muzik tradisional unik dari Borneo yang buat orang Barat kagum. 

Facebook

Mereka memainkan alunan merdu dan memukau daripada sape, bungkau, genderang dan seruling di samping bunyi instrumen unik yang mengeluarkan bunyi katak, burung, guruh dan hujan atau air mengalir.

Facebook

Bunyi muzik yang magis membawa penonton berada ke alam lain seolah-olah dikelilingi alam semula jadi.

Facebook

Sebaik sahaja tamat persembahan, kumpulan Sada Borneo berjaya mendapat tepukan gemuruh daripada penonton dan juri berdiri Vanness Wu.

Facebook

Pada mulanya, gabungan muzik moden dan tradisional akhirnya berjaya memukau penonton, tetapi kemudian telah dikritik oleh David Foster pada pusingan ketiga.

Facebook

Pada pusingan pertama, David Foster ada menasihati Sada Borneo yang beliau tidak menyukai instrumen moden seperti gitar bass elektrik diselitkan bersama instrumen tradisional yang menyebabkan persembahan akan berubah menjadi biasa dan tidak lagi unik.

Facebook

“Pada persembahan seterusnya mereka masih menyelitkan alat muzik moden menyebabkan persembahan menjadi bosan, kerana elemen tradisional dan keunikan muzik juga kebudayaan yang mahu ditonjolkan telah hilang,” jelas David Foster ketika diminta mengulas mengapa beliau menekan butang ‘X’ menandakan yang beliau tidak menyukai persembahan itu.

Facebook

Tetapi David mengakui Sada Borneo memang berbakat besar dan mampu pergi lebih jauh sekiranya keunikan muzik gabungan instrumen tradisional dapat dikekalkan, dengan persembahan bersama gubahan lagu perlu menjadi kreatif menggunakan elemen tradisional dan kebudayaan tempatan bagi memberi impak kepada penonton.

Facebook

Memang mengagumkan apabila mereka memperkenalkan bunyi-bunyi yang unik itu untuk diketengahkan ke mata dunia, asal kurangkan bunyi instrumen moden yang semua orang sudah biasa mendengar.

Betullah orang Barat tidak mahu mendengar bunyi barat, jadi ketengahkan bunyi tradisional yang lain daripada yang lain serta tersendiri menjadi gubahan melodi indah. Baru betul menjadi muzik etnik kreatif yang mendamaikan dan yang terpenting melodi unik itu datang dari negara sendiri.

Facebook

Apapun, walaupun sudah 7 tahun berlalu ketika Sada Borneo tersingkir di pusingan ketiga Asia’s Got Talent, lima anak muda ini masih tetap membanggakan kerana membawa nama Malaysia ke mata dunia. Syabas diucapkan.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kucing bertuan buang najis merata-rata, terdapat denda sehingga RM1,000 menanti pemilik

0

Situasi kediaman menjadi sasaran kucing yang bertuan dalam kejiranan untuk membuang najisnya merata-rata sudah menjadi perkara biasa yang dilalui oleh para penghuni yang tidak memelihara haiwan. 

Selain kotor, bau kuat yang terhasil menyebabkan rasa kurang selesa di kalangan penghuni, tambahan penghuni itu adalah warga emas yang tidak larat untuk membersihkan kekotoran haiwan yang tidak dibela setiap hari.

Tidak dinafikan ada yang menyatakan rasa serba salah apabila teguran yang diberikan tidak diambil cakna oleh para pemilik dalam menguruskan najis haiwan peliharaan mereka.

Gambar Hiasan/Unsplash

Malah situasi kurang bertanggungjawab ini terus berulang menyebabkan kehidupan seharian dan keharmonian di kejiranan boleh terganggu.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam hantaran di laman sosial rasmi Facebook memaklumkan perbuatan itu dianggap sebagai ‘satu kacau ganggu.’

PPIM turut menjelaskan dengan terperinci undang-undang yang melibatkan kesalahan bagi pemilik kucing yang berbuat demikian.

Seksyen 80, Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976, menyebut sekiranya pihak berkuasa tempatan mendapati terdapat gangguan di kawasan awam atau kawasan persendirian, maka mereka boleh menghapuskan, atau menghentikan kacau ganggu ini dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi.”

Seksyen 81 akta sama pula menyebut apa-apa binatang yang disimpan di sesuatu tempat atau dengan sesuatu cara atau dengan sebegitu besar bilangannya sehingga menjadi satu kacau ganggu,” kata PPIM.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) / Facebook

Ini bermakna, seseorang yang merasakan haknya telah diganggu boleh melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya merasakan haiwan yang dipelihara jiran yang berkenaan telah mendatangkan kacau ganggu awam atau persendirian.

Hukuman denda yang dikenakan boleh mencecah sehingga RM1,000.

Berikutan itu, beberapa warganet memberikan komen mereka dengan menyambut baik perkongsian berkenaan.

“Alhamdulillah, terjawab akhirnya.”

“Nak bela boleh tapi jangan menyusahkan jiran-jiran.”

“Berak depan rumah, kencing dekat kasut kita. Sabar sahaja lah, pandai bela pandailah jaga. Sampai panjat atas kereta kencing atas tu.”

“Pelihara kucing ni kalau tidak kena cara memang busuk kawasan sekitar. Lebih-lebih lagi jika rumah di kawasan perumahan. Kalau rumah kampung lainlah situasinya.”

Gambar Hiasan/Unsplash

Sama ada kawasan perumahan bandar atau kawasan kampung, peraturan terpakai adalah sama sahaja, iaitu setiap pemilik perlu bertanggungjawab dengan haiwan peliharaan mereka. Jangan biarkan haiwan peliharaan berkeliaran membuang najis merata-rata, sehingga menyusahkan orang lain.

Jika anda tidak sanggup membela, maka janganlah membela! Kata sayang dan comel sahaja tidaklah mencukupi jika busuknya diberikan kepada orang lain yang tidak berkenaan untuk diuruskan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pistol pintar diperkenalkan di Amerika Syarikat, akan mula memasuki pasaran besar senjata api

0

Pistol pintar yang hanya boleh digunakan oleh pengguna yang ditetapkan akhirnya akan berada di kalangan pengguna Amerika Syarikat. Selama 20 tahun, kebolehpercayaan senjata pintar sentiasa dipersoalkan, mendakwa ia menimbulkan kebimbangan bahawa kerajaan akan menggunakannya sebagai penguatkuasaan peraturan baharu.

Syarikat LodeStar Works memperkenalkan pistol pintar 9mm kepada para pemegang saham dan pelabur di Boise, Idaho. Sementara sebuah syarikat yang berpangkalan di Kansas, SmartGunz juga mendedahkan pihak berkuasa dan penguatkuasa undang-undang sedang menguji produk ini, pistol pintar yang sama dengan LodeStar Works tetapi dengan model yang lebih ringkas.

Kedua-dua syarikat berharap untuk melancarkan pistol pintar komersial pada tahun ini.

Pistol pintar keluaran Armatix dari Jerman (Gambar oleh JOERG KOCH/DDP/AFP/Getty Images)

Pengasas bersama LodeStar Works, Gareth Glaser berkata beliau terinspirasi selepas mendengar tentang kematian kanak-kanak ketika bermain senjata api apabila dibiarkan tanpa pengawasan. Pistol pintar boleh menghalang tragedi sedemikian dengan menggunakan teknologi khusus untuk mengenal pasti pengguna yang sah dan tidak aktif sekiranya seseorang yang tidak dinyatakan cuba menembak pistol itu.

Pistol pintar ini sekaligus mampu mengurangkan kejadian bunuh diri, kehilangan atau kecurian senjata api dan menyediakan tahap keselamatan lebih tinggi untuk anggota polis dan pegawai penguatkuasa lain yang bimbang sekiranya senjata api mereka dirompak.

Tetapi usaha untuk membangunkan senjata pintar telah terhenti apabila Smith & Wesson memboikot; produk syarikat Jerman digodam; undang-undang New Jersey yang bertujuan mempromosikan senjata pintar telah menimbulkan kemarahan penyokong Pindaan Kedua Perlembagaan Amerika Syarikat kerana takut dipaksa untuk melepaskan hak terhadap senjata api biasa dan memihak kepada senjata pintar.

Pistol pintar LodeStar didedahkan akan dijual pada harga AS$895 (RM3,740).

Reuters melaporkan pegawai penguatkuasa menguji pistol pintar itu, dan prototaip generasi ketiga, tanpa sebarang masalah.

Gareth Glaser mengakui akan terdapat beberapa cabaran tambahan apabila ia melibatkan pengeluaran secara besar-besaran. Tetapi percaya bahawa selepas bertahun-tahun melakukan percubaan dan kesilapan, teknologi telah cukup maju dan mikroelektronik di dalam senjata itu kini dapat dilindungi dengan lebih baik.

“Kami akhirnya merasakan telah mencapai tahap di mana kami boleh … melancarkannya,” kata Glaser.

Kebanyakan pistol pintar prototaip awal menggunakan pembuka kunci cap jari, atau pengenalan frekuensi radio (RFID), yang boleh ditembak hanya apabila cip di dalam pistol sepadan dengan isyarat daripada cip lain yang dipakai pada cincin atau gelang.

Gambar oleh Reuters

LodeStar menyepadukan kedua-dua pengimbas cap jari dan cip komunikasi NFC yang diaktifkan melalui aplikasi telefon pintar, serta pad kemasukan kod PIN. Pistol pintar ini boleh digunakan oleh beberapa orang yang mempunyai kod PIN yang sah.

Pengimbas cap jari boleh membuka kunci pistol dalam mikro saat, tetapi memandangkan ia mungkin tidak berfungsi dalam keadaan basah atau keadaan teruk yang lain, pad PIN ialah kaedah sandaran untuk membuka kunci. LodeStar tidak menunjukkan cara pemadanan NFC akan berfungsi, tetapi ia boleh berfungsi sebagai sandaran kedua, membolehkan pengguna membuka kunci pistol secepat mungkin melalui telefon pintar mereka.

SmartGunz tidak mendedahkan agensi penguatkuasa undang-undang yang sedang menguji senjatanya. Senjata ini dilindungi oleh pengenalan frekuensi radio (RFID). Senator Tom Holland, anggota Demokrat Kansas, berkata SmartGunz telah membangunkan pistol pintar yang akan dijual pada harga AS$1,795 (RM7,500) untuk penguatkuasaan undang-undang dan AS$2,195 (RM9,170) untuk orang awam. Senator Tom Holland adalah salah seorang pengasas syarikat.

Biofire yang berpangkalan di Colorado juga sedang membangunkan senjata pintar dengan teknologi pengimbas cap jari.

Tetapi ramai yang ragu-ragu dengan percaya bahawa keadaan itu terlalu mengerikan buat seseorang yang sedang mencuba-cuba menggunakan pistol untuk melindungi keluarga atau pegawai polis di tempat kejadian dalam krisis.

Persatuan industri senjata api, National Shooting Sport Foundation (NSSF), berkata pihak mereka tidak akan membantah selagi kerajaan tidak mewajibkan penjualan senjata api pintar.

“Pihak lain cenderung menggunakan senjata pintar kerana mereka menggunakan senjata pintar untuk melarang segala perkara yang tidak pintar,” kata Scott Bach, pengarah eksekutif New Jersey Rifle & Pistol Clubs. “Perkara berkaitan senjata api itu ‘membangkitkan lelaki bersenjata.”

Lawrence Keane, naib presiden kanan National Social Security Fund berkata, “Jika dalam kerjaya saya, setiap kali saya mendengar seseorang berkata berkenaan pistol pintar kepada kami, saya mungkin sudah boleh bersara sekarang.”

Gambar oleh Reuters

Kemasukan senjata api tradisional ke pasaran pada masa hadapan boleh mencetuskan undang-undang New Jersey yang digubal pada 2019 yang memerlukan semua kedai senjata api di negeri itu hanya menawarkan senjata pintar sebaik sahaja ia tersedia. Undang-undang 2019 menggantikan undang-undang 2002 yang melarang penjualan mana-mana pistol selain pistol pintar.

Apabila Smith & Wesson mencapai perjanjian dengan kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 1999 yang berjanji untuk mempromosikan pembangunan senjata pintar, antara langkah keselamatan yang lain, NRA telah melancarkan boikot yang menyebabkan syarikat itu kehilangan hasil.

Pada tahun 2014, syarikat Jerman, Armatix melancarkan pistol pintar berkaliber 22, tetapi ia telah ditarik balik dari kedai selepas penggodam menemui cara untuk mengganggu isyarat radio (RFID) pistol dari jarak jauh dengan menggunakan magnet untuk menembak apabila ia sepatutnya dikunci.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Lelaki kini usia 30 tahun dedah masih terima royalti cecah RM1500 sebulan melalui watak ‘budak lelaki Ireland’ dalam filem Titanic

0

Pelakon kanak-kanak yang membawa watak ‘budak lelaki Ireland’ dalam Titanic mendedahkan dia masih menjana pendapatan daripada filem itu walaupun 25 tahun telah berlalu.

Reece Thompson, yang kini berusia 30 tahun muncul dalam filem ikonik itu ketika dia baru berusia lima tahun, memainkan watak penumpang kelas ketiga yang meninggal dunia bersama keluarganya apabila kapal Titanic tenggelam kerana melanggar aisberg.

@TitanicMovie/Twitter

Dalam adegan tragedi Titanic, budak lelaki itu bersama ibu dan kakaknya adalah antara ramai penumpang yang menunggu pintu kelas ketiga dibuka.

Bagaimanapun, mereka tidak pernah sampai ke dalam bot penyelamat yang kemudian dilihat berada di dalam kabin di mana ibu dan anak-anaknya telah meninggal dunia secara tragis.

Reece kini bekerja sebagai pengarah pemasaran digital di Brian Head Resort, sebuah pusat peranginan ski di Utah, Amerika Syarikat.

Reece Thompson/Facebook

Bermula sebagai model kanak-kanak apabila penjaganya menandatangani kontrak dengan ejen bakat selepas memenangi satu pertandingan.

Ejen itu memberi ibu Reece pilihan sama ada untuk membintangi iklan petrol atau muncul dalam peranan kecil untuk filem Titanic.

“Ibu saya berkata: ‘Mari kita lakukannya. Ia akan menjadi hebat. Walaupun filem itu mungkin jadi jelik, kita akan menontonnya.’ Jelas sekali, ia akhirnya pecah panggung menjadi popular, jadi itu bukan keputusan yang buruk di pihaknya, itu sudah pasti,” katanya kepada Business Insider.

Jenette Goldstein/Pinterest

Akhirnya, ia menjadi keputusan yang baik kerana bekas pelakon kanak-kanak ini masih menerima cek royalti untuk penampilannya dalam filem blockbuster itu.

Reece berkata, “Ia pelik kerana tidak pernah terfikir dalam kepala saya lagi. Ia bukan seperti, ‘Oh, bila lagi saya akan mendapat cek ‘Titanic’ baharu?’ Tetapi apabila ia berlaku, seperti, ‘Oh, baguslah, ada tambahan AS$100 (RM418)’ dalam akaun saya.”

“Terdapat beberapa kali seperti : ‘Oh, wow, itu cek AS$250 (RM1,045)’. Filem ini berusia 12 tahun. Itu agak pelik. Tetapi harap-harap, mereka terus memainkannya kerana itu bermakna lebih banyak wang untuk saya,” kata Reece.

Reece pada asalnya dibayar AS$30,000 (RM125,340) untuk peranannya dalam filem itu, dengan wang itu disimpan selamat dalam akaun dan digunakan untuk perbelanjaan pendidikan, membeli kereta dan sara hidupnya.

@TitanicMovie/Twitter

Gaji yang diterimanya amat jauh berbeza dengan AS$2 juta (RM8.36 juta) yang dilapor dibayar kepada bintang Kate Winslet, dan AS$2.5 juta (RM10.45 juta) yang dibayar kepada aktor Leonardo DiCaprio untuk filem itu.

Reece menjelaskan pada tahun-tahun sejurus selepas tayangan filem itu, cek royaltinya berada dalam ‘sedikit ribuan’ ​​dengan lonjakan ketika versi VHS dan DVD filem itu dikeluarkan pada tahun 1998 dan 1999.

Filem itu dikeluarkan semula dalam bentuk DVD pada tahun 2005, dan pelancaran Blu-ray pada tahun 2012, walaupun Reece berkata secara mengejutkan dia tidak menerima banyak selepas keluaran semula Titanic versi 3D 2012.

@ParamountPics/Twitter

Titanic diterbitkan pada tahun 1997 lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet, memenangi 11 Oscar dalam Anugerah Akademi dan merupakan filem pertama yang meraih kutipan lebih AS$1 billion (RM4.18 bilion) di box office dan kekal sebagai filem dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selain Avatar pada tahun 2010.

Berikutan tayangan semula pada tahun 2012 sempena Ulang Tahun ke-100 tragedi Titanic, box office filem itu melonjak kepada lebih AS$2 bilion (RM8.36 bilion).

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Bimbang jatuh sungai ada bunya, murid di Sandakan akui takut lalui jambatan uzur

0

Aspek keselamatan terutamanya buat para pelajar ke sekolah adalah satu isu yang masih lagi kurang dititik beratkan, khasnya buat yang tinggal di kawasan pedalaman.

Di Kampung Nelayan Tengah, Sandakan, murid sekolah rendah mengakui bahawa mereka berasa takut untuk melalui jambatan gantung ekoran keadaannya yang daif dan uzur.

Pun begitu, mereka terpaksa juga melaluinya setiap hari bagi membolehkan mereka ke Sekolah Kebangsaan Sibugal Besar yang terletak tidak jauh daripada kampung itu.

Murid Tahun 2, Nursyazana Rustaman berkata kebiasaannya dia ditemani ahli keluarga dewasa setiap kali menyeberangi sungai menggunakan jambatan terbabit.

Dia juga menceritakan bahawa dia pernah hampir terjatuh kerana cuba mengelak paku yang tercabut daripada kayu jambatan tersebut sebelum ini.

“Ia bergoyang dengan sangat kuat. Mujur sempat pegang besi di tepi jambatan. Kemudian abang yang temani saya bantu saya bangun dan teruskan perjalanan”, katanya.

Beberapa hari lepas, tular di media sosial menunjukkan pelajar di kampung tersebut menggunakan jambatan yang uzur untuk ke sekolah.

Manakala seorang murid Tahun 6, Biverlyn Abd Hadi mendedahkan bahawa dia pernah jatuh ketika waktu hujan disebabkan permukaan jambatan yang licin.

“Saya pernah jatuh ketika hujan. Tapi syukur tiada apa-apa yang serius”, ujarnya.

Seorang murid Tahun 5 pula, Ismail Abdullah berkata perkara paling seram adalah membayangkan jika mereka terjatuh di dalam sungai itu yang mempunyai buaya.

“Memang takut, lebih-lebih lagi jambatan ini sudah rosak, ada banyak lubang. Kalau nak menyeberang, kena ada kawan tiga atau empat orang”, katanya.

Laporan mendedahkan bahawa sudah banyak gesaan daripada pelbagai pihak yang mahukan jambatan berusia lebih 30 tahun itu digantikan dengan jambatan yang lebih kukuh.

Kata Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sungai Manila, Isgau Abdullah, jambatan sepanjang 150 meter itu telah usang dan dinaik taraf 20 tahun lepas, daripada bahan kayu sepenuhnya kepada struktur sokongan konkrit serta jaringan dawai dengan laluan berkayu.

“Peruntukan RM100,000 untuk membaik pulih jambatan ini telah dimohon dan diproses oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) pada 28 November lepas”.

 “Tetapi dengan keadaan sekarang, jumlah itu sudah tidak memadai, mungkin perlu sekitar RM500,000 untuk membina jambatan baharu yang lebih kukuh”, katanya.

Difahamkan bahawa lebih kurang 90% penduduk Kampung Nelayan Tengah dan Kampung Pampang menggunakan jambatan itu sebagai laluan utama ke SK Sibugal Besar dan ke Masjid Nurul Hidayah.

Katanya jurutera Unit Penyelarasan Pelaksanaan dan jurutera MPS dijadual meninjau jambatan itu serta membuat penilaian semula berdasarkan peruntukan RM100,000 yang telah dimohon.

Dalam pada itu, penduduk Kampung Nelayan Tengah, Hajiril Hajid berharap agar pihak kerajaan mengambil tindakan segera kerana keadaan jambatan itu boleh mengundang bahaya meskipun tidak pernah berlaku apa-apa insiden tidak diingini.

“Antara perkara yang merisaukan ialah keadaan sungai ini yang mempunyai buaya. Kita tidak mahu ada insiden membabitkan haiwan ganas itu lebih-lebih lagi jambatan ini sering digunakan anak-anak untuk ke sekolah”.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Hilang selama 2 hari, remaja lelaki akhirnya ditemui jalan kaki sambil jinjing selipar

0

Setelah hilang sejak 10 Januari lalu di Kampung Pasir Linggi, Gua Musang, seorang remaja ditemui selamat dalam jarak 1 kilometer dari rumahnya pada 12 Januari.

Remaja 13 tahun terbabit, Muhammad Iznun Al-Azim Mahadi, ditemukan pada jam 5:30 petang dalam keadaan sedang berjalan kaki sambil menjinjing seliparnya.

Menurut ibutnya, Khairul Nisa Hamzah, anak bongsunya itu ditemui oleh seorang wanita, Kak Yah yang kebetulan pergi ke lokasi kejadian selepas kisah kehilangan remaja itu tular.

Ujar Kak Yah pada Khairul Nisa, semasa dalam perjalanan, dia bersama rombongan lain melalui jalan terbabit dan ternampak seorang remaja lelaki berjalan dalam keadaan lemah dan kotor sambil memegang selipar.

“Kak Yah memberhentikan keretanya dan membawa Muhammad Iznun Al-Azim untuk diserahkan kepada saya”, kata ibu remaja berkenaan.

Namun menjadi persoalan apabila individu lain yang turut bersama Kak Yah pada ketika itu tidak nampak kelibat Muhammad Iznun seperti apa yang dilihat Kak Yag.

Mereka malahan mendakwa bahawa tidak dapat melihat Muhammad Iznun sewaktu Kak Yah berhenti mengambilnya.

Orang ramai difahamkan hanya dapat melihat remaja terbabit setelah dia selamat tiba di rumahnya.

Buat masa ini, Khairul Nisa berkata anaknya masih tidak dapat bercakap dan berada dalam kebingungan.

“Buat masa sekarang, saya sudah mandikan dan menukar pakaiannya. Cuma dia belum menjamah makanan. Dia masih berdiam diri dan trauma”, jelas Khairul Nisa.

Dalam masa yang sama, wanita itu turut menzahirkan rasa terima kasih kepada pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang membantu mencari anaknya.

Bahkan penghargaan turut dirakamkan wanita itu terhadap para penduduk kampung serta semua pihak yang bersungguh-sungguh menjayakan operasi mencari Muhammad Iznun.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Sik Choon Foo ketika dihubungi turut mengesahkan bahawa remaja itu sudah selamat ditemukan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pengalaman ‘mewah’ jalani kuarantin di Jepun buat ramai bandingkan bantuan kerajaan masing-masing

0

Pandemik yang masih tidak berkesudahan ditambah pula dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia baru-baru sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam kepada segelintir rakyat Malaysia. Ramai yang terpaksa memulakan kehidupan mereka dari awal memandangkan harta benda mereka terjejas teruk akibat banjir tersebut.

Justeru, bantuan dari segi kewangan dan sokongan adalah penting untuk membolehkan rakyat bangkit semula dan membina kehidupan yang baharu. Kita bersyukur kerana masih terdapat segelintir pihak yang sanggup turun padang bertungkus lumus dalam memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia.

Tetapi jika hendak dibandingkan dengan negara lain seperti Jepun, anda pasti akan merasa lebih beruntung lagi. Ini kerana di Jepun, kerajaan akan memberikan bungkusan bantuan yang berisi pelbagai jenis produk keperluan asas dan makanan secara percuma kepada setiap individu yang sedang menjalani tempoh kuarantin.

Sumber : FriedCheeseCurdz

Antara produk yang terdapat dalam setiap kotak bantuan adalah seperti udon, botol air, beras, makanan dalam tin, sup segera, buah-buahan, kopi dan beberapa jenis minuman lain. Kesemua barangan ini adalah terhad bukan untuk satu keluarga tetapi seorang sahaja!

Kisah ini telah dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Reddit yang berkongsi mengenai perjalanan hidupnya ketika menjalani tempoh kuarantin di Tokyo. Pada awalnya, pihak kerajaan ingin mempelawa individu ini untuk menginap di hotel semasa kuarantin, namun selepas ditolak, mereka diberikan bantuan makanan yang sangat memuaskan hati.

Sumber: Bureau of Social Welfare and Public Health

“Setiap pagi saya akan menerima panggilan telefon yang meminta saya mengemaskini status kesihatan saya dari segi suhu, simptom dan paras oksigen. Kerajaan juga bertanya sama ada saya ingin tinggal di hotel namun saya tolak memandangkan saya hanya seorang diri. Mereka kemudian bertanya sama ada saya ingin bungkusan makanan dihantar terus ke rumah secara percuma. Saya langsung tidak menjangkakan kandungan bungkusan yang sebegini”.
Perkongsian individu ini turut mendorong beberapa individu lain untuk berkongsi pengalaman peribadi masing-masing sepanjang menjalani kuarantin di Jepun.

“Saya menerima bento yang berkualiti tinggi. Botol air juga dihantar ke rumah sebanyak tiga kali sehari. Saya juga menerima panggilan telefon yang sama. Bilik yang disediakan agak kecil tetapi dengan pemandangan luar yang cantik”.
Beberapa pengguna dari negara seperti Thailand, Jerman dan New Zealand turut berkongsi pengalaman masing-masing yang lebih kurang sama seperti apa yang kerajaan Jepun lakukan. Namun situasinya agak berbeza bagi mereka yang menetap di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

“Di United Kingdom, kami terpaksa kuarantin selama dua minggu tanpa bekalan makanan. Kami buat pesanan atas talian untuk membeli barangan dapur tetapi diminta untuk datang dan ambil sendiri. Kawan-kawan juga tidak dibenarkan untuk merentas daerah untuk datang membantu”.

Sumber: MYPT3

Syukurlah kita masih mempunyai kerajaan yang sanggup turun padang menghulurkan bantuan apabila diperlukan. Meskipun bantuan tersebut agak lambat dan tidak semewah seperti yang kerajaan Jepun lakukan, kita tetap perlu mensyukuri segala nikmat yang kita perolehi.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: