27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024
UtamaGaya HidupPengalaman 'mewah' jalani kuarantin di Jepun buat ramai bandingkan bantuan kerajaan masing-masing

Pengalaman ‘mewah’ jalani kuarantin di Jepun buat ramai bandingkan bantuan kerajaan masing-masing

Pandemik yang masih tidak berkesudahan ditambah pula dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia baru-baru sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam kepada segelintir rakyat Malaysia. Ramai yang terpaksa memulakan kehidupan mereka dari awal memandangkan harta benda mereka terjejas teruk akibat banjir tersebut.

Justeru, bantuan dari segi kewangan dan sokongan adalah penting untuk membolehkan rakyat bangkit semula dan membina kehidupan yang baharu. Kita bersyukur kerana masih terdapat segelintir pihak yang sanggup turun padang bertungkus lumus dalam memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia.

Tetapi jika hendak dibandingkan dengan negara lain seperti Jepun, anda pasti akan merasa lebih beruntung lagi. Ini kerana di Jepun, kerajaan akan memberikan bungkusan bantuan yang berisi pelbagai jenis produk keperluan asas dan makanan secara percuma kepada setiap individu yang sedang menjalani tempoh kuarantin.

Sumber : FriedCheeseCurdz

Antara produk yang terdapat dalam setiap kotak bantuan adalah seperti udon, botol air, beras, makanan dalam tin, sup segera, buah-buahan, kopi dan beberapa jenis minuman lain. Kesemua barangan ini adalah terhad bukan untuk satu keluarga tetapi seorang sahaja!

Kisah ini telah dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Reddit yang berkongsi mengenai perjalanan hidupnya ketika menjalani tempoh kuarantin di Tokyo. Pada awalnya, pihak kerajaan ingin mempelawa individu ini untuk menginap di hotel semasa kuarantin, namun selepas ditolak, mereka diberikan bantuan makanan yang sangat memuaskan hati.

Sumber: Bureau of Social Welfare and Public Health

“Setiap pagi saya akan menerima panggilan telefon yang meminta saya mengemaskini status kesihatan saya dari segi suhu, simptom dan paras oksigen. Kerajaan juga bertanya sama ada saya ingin tinggal di hotel namun saya tolak memandangkan saya hanya seorang diri. Mereka kemudian bertanya sama ada saya ingin bungkusan makanan dihantar terus ke rumah secara percuma. Saya langsung tidak menjangkakan kandungan bungkusan yang sebegini”.
Perkongsian individu ini turut mendorong beberapa individu lain untuk berkongsi pengalaman peribadi masing-masing sepanjang menjalani kuarantin di Jepun.

“Saya menerima bento yang berkualiti tinggi. Botol air juga dihantar ke rumah sebanyak tiga kali sehari. Saya juga menerima panggilan telefon yang sama. Bilik yang disediakan agak kecil tetapi dengan pemandangan luar yang cantik”.
Beberapa pengguna dari negara seperti Thailand, Jerman dan New Zealand turut berkongsi pengalaman masing-masing yang lebih kurang sama seperti apa yang kerajaan Jepun lakukan. Namun situasinya agak berbeza bagi mereka yang menetap di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

“Di United Kingdom, kami terpaksa kuarantin selama dua minggu tanpa bekalan makanan. Kami buat pesanan atas talian untuk membeli barangan dapur tetapi diminta untuk datang dan ambil sendiri. Kawan-kawan juga tidak dibenarkan untuk merentas daerah untuk datang membantu”.

Sumber: MYPT3

Syukurlah kita masih mempunyai kerajaan yang sanggup turun padang menghulurkan bantuan apabila diperlukan. Meskipun bantuan tersebut agak lambat dan tidak semewah seperti yang kerajaan Jepun lakukan, kita tetap perlu mensyukuri segala nikmat yang kita perolehi.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI