31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaNasionalHilang selama 2 hari, remaja lelaki akhirnya ditemui jalan kaki sambil jinjing...

Hilang selama 2 hari, remaja lelaki akhirnya ditemui jalan kaki sambil jinjing selipar

Setelah hilang sejak 10 Januari lalu di Kampung Pasir Linggi, Gua Musang, seorang remaja ditemui selamat dalam jarak 1 kilometer dari rumahnya pada 12 Januari.

Remaja 13 tahun terbabit, Muhammad Iznun Al-Azim Mahadi, ditemukan pada jam 5:30 petang dalam keadaan sedang berjalan kaki sambil menjinjing seliparnya.

Menurut ibutnya, Khairul Nisa Hamzah, anak bongsunya itu ditemui oleh seorang wanita, Kak Yah yang kebetulan pergi ke lokasi kejadian selepas kisah kehilangan remaja itu tular.

Ujar Kak Yah pada Khairul Nisa, semasa dalam perjalanan, dia bersama rombongan lain melalui jalan terbabit dan ternampak seorang remaja lelaki berjalan dalam keadaan lemah dan kotor sambil memegang selipar.

“Kak Yah memberhentikan keretanya dan membawa Muhammad Iznun Al-Azim untuk diserahkan kepada saya”, kata ibu remaja berkenaan.

Namun menjadi persoalan apabila individu lain yang turut bersama Kak Yah pada ketika itu tidak nampak kelibat Muhammad Iznun seperti apa yang dilihat Kak Yag.

Mereka malahan mendakwa bahawa tidak dapat melihat Muhammad Iznun sewaktu Kak Yah berhenti mengambilnya.

Orang ramai difahamkan hanya dapat melihat remaja terbabit setelah dia selamat tiba di rumahnya.

Buat masa ini, Khairul Nisa berkata anaknya masih tidak dapat bercakap dan berada dalam kebingungan.

“Buat masa sekarang, saya sudah mandikan dan menukar pakaiannya. Cuma dia belum menjamah makanan. Dia masih berdiam diri dan trauma”, jelas Khairul Nisa.

Dalam masa yang sama, wanita itu turut menzahirkan rasa terima kasih kepada pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang membantu mencari anaknya.

Bahkan penghargaan turut dirakamkan wanita itu terhadap para penduduk kampung serta semua pihak yang bersungguh-sungguh menjayakan operasi mencari Muhammad Iznun.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Sik Choon Foo ketika dihubungi turut mengesahkan bahawa remaja itu sudah selamat ditemukan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI