Seorang wanita selamat melahirkan bayi perempuan dalam pikap di luar Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves, pada pagi 18 Januari dengan bantuan penganut Hindu ketika sambutan Thaipusam.
Kejadian berlaku ketika beberapa penganut yang sedang berjalan dalam perarakan ke kuil sempena sambutan Thaipusam mendengar tangisan meminta tolong wanita itu dan bergegas membantunya.
Mereka mendapati wanita itu sedang dalam kesakitan hendak bersalin. Suaminya yang memandu dalam perjalanan bergegas ke hospital terpaksa memberhentikan kenderaan pacuan empat rodanya di tepi jalan berhampiran kuil untuk membantu isterinya bersalin.
L.K. Savantharaja, yang berada di tempat kejadian, berkata wanita itu selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 7.24 pagi dan paramedik tiba tidak lama kemudian.
Savantharaja dan kumpulan penganut menggunakan sehelai kain untuk menutup tingkap pikap berkenaan yang melindungi pasangan itu sehingga selamat melahirkan bayi mereka serta panas terik matahari.
“Ia adalah satu pengalaman yang cukup mendebarkan macam dalam filem,” kata Savantharaja.
Sambil berkata dia percaya bayi itu adalah satu rahmat kerana dilahirkan betul-betul di luar kuil Lord Muruga.
Savantharaja berkata, suami wanita itu yang masih dalam keadaan terkejut sempat mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu serta Selamat Hari Thaipusam sebelum memandu isteri dan bayi perempuannya ke hospital.
“Walaupun kedua-dua ibu dan bayi kelihatan sihat, paramedik menasihatkan mereka mendapatkan rawatan ke hospital untuk pemeriksaan menyeluruh,” kata Savantharaja.
Semua orang pastinya tahu bahawa kanak-kanak sememangnya mempunyai ragam tersendiri dan tentulah kita sebagai orang dewasa, agak penat melayan mereka bukan?
Bukan hanya penat daripada segi fizikal sahaja, bahkan jika kita melayan kata-kata mereka pun boleh menguji kesabaran juga.
Namun ada kalanya telatah mereka itu agak menggelikan hati, memandangkan mereka masih lagi naif. Dalam pada masa yang sama, mereka jugalah peneman borak orang dewasa bukan?
Samalah seperti seorang murid lelaki ini, apabila dirakamkan sedang duduk di sebelah gurunya. Video tersebut dikongsikan sendiri oleh guru wanita dari Sarawak itu di laman TikTok.
Video berdurasi 38 saat itu memaparkan murid cikgu bernama Jina itu sedang berbual dengannya mengenai ikan.
“Banyak juga ikan Didi beli tapi jatuh ikan. Macam mana mahu makan? Ada telur ikan macam Upin Ipin tu”, kata murid terbabit.
Walaupun sedang melakukan tugasnya, cikgu Jina sentiasa sabar melayan bualan anak muridnya itu. Sempat juga dia mengukirkan senyuman mendengar celoteh murid terbabit.
Namun selepas itu, budak terbabit mula menyebut ‘tolol’ bagi menggantikan telur. Mungkin budak berkenaan sedikit pelat. Comel betul!
Cikgu Jina segera membetulkan perkataan telur anak muridnya itu, walaupun berkali-kali juga. Anda saksikanlah video mereka di sini.
Lembut sahaja nada suara cikgu Jina, tiada pun rasa mahu marah walau berkali-kali membetulkan kesalahan budak terbabit.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima surat peletakan jawatan daripada pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia pada 11 Januari lalu.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria.
Berhubungan dengan keputusan itu, pihaknya ada mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan Zii Jia bagi memujuknya untuk kekal bersama skuad kebangsaan, memandangkan pemain itu sudah bersama BAM sejak dirinya berusia 13 tahun.
“Saya memanggil mesyuarat Ahli Majlis BAM pada 17 Januari untuk mendengar permasalahan yang kita hadapi ini kerana dia adalah aset utama kita”.
“Sudah tentu kita tidak mahu lihat masa depan dia dipersia-siakan. Selepas kita mendengar penjelasan semua pihak, majlis sudah berbincang dan mengeluarkan satu keputusan.
Jelasnya lagi, mandat sudah diberikan kepada Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos untuk membuat satu sidang media pada 21 Januari ini.
Lee Zii Jia tidak menyembunyikan bahawa faktor tekanan yang diterimanya sebagai pemain perseorangan lelaki nombor satu negara agak hebat, lantas membuat keputusan itu.
Mengulas lanjut, pemain badminton nombor tujuh dunia itu turut menafikan dakwaan bahawa dirinya memberontak. Katanya, jika dirinya memberontak, kita semua tidak akan melihatnya berlatih di pusat latihan BAM sebelum ini.
Difahamkan bahawa Zii Jia mahu mencapai apa yang diinginkannya dengan caranya sendiri secara profesional.
Dalam pada itu, Norza turut mengakui secara peribadi bahawa dirinya kecewa dengan keputusan Zii Jia namun BAM pada masa yang sama akan cuba memahami situasi pemain itu tanpa sebarang prejudis.
Pusat membeli-belah Suria KLCC menerima kritikan netizen internet ekoran dekorasi Tahun Baharu Cina di luar pusat beli-belah tersebut yang kelihatan seperti ‘Qing Ming’.
Qing Ming merupakan “hari membersihkan kubur” atau Cheng Beng oleh etnik Cina dan pada tahun ini ia disambut pada 5 April nanti. Hari tersebut juga merupakan hari peringatan di mana orang ramai berkumpul untuk memberi penghormatan kepada nenek moyang mereka. Ketika perayaan ini beberapa ciptaan yang dibuat menggunakan kertas joss seperti wang kertas, peti harta karun, rumah agam dan kereta mewah akan dibakar untuk dijadikan persembahan kepada orang yang telah meninggal dunia.
Minggu lalu, laman Facebook Malaysia Shopping Mall menyiarkan beberapa gambar hiasan itu dan menarik perhatian netizen. Struktur hiasan seperti pagoda yang didirikan di luar pusat beli-belah itu dibina tinggi tetapi menurut netizen, ia hampir menyerupai peralatan sembahyang yang dibakar ketika Qing Ming.
Kedua-dua perayaan Tahun Baru Cina dan perayaan Qing Ming bersifat bertentangan, kerana Tahun Baru Cina adalah perayaan yang bertuah manakala perayaan Qing Ming merupakan perayaan yang suram. Tambahan lagi, memang menjadi pantang orang Cina, jika Tahun Baru mereka dikaitkan dengan kematian.
Sesetengah netizen berasa tersinggung dengan dekorasi tersebut kerana mereka percaya mengaitkan kematian dengan Tahun Baru Cina mungkin membawa nasib malang untuk tahun ini.
Seorang netizen Facebook mengatakan bahawa pihak KLCC seharusnya melakukan rundingan atau perbincangan dengan komuniti Cina atau melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan idea seperti itu.
Ekoran kecaman yang diterima pihak KLCC akhirnya melakukan operasi dekorasi semula. Bumbung pagoda dekorasi itu sudah dicat warna kuning, berbanding warna hijau pada asalnya.
Tidak hanya itu, tanglung merah yang menghiasi struktur itu juga telah diturunkan sebelum mereka mengecat semula bumbung pagoda tersebut.
Baru-baru ini, berlaku peralihan sistem pembayaran tol kepada penggunaan Radio Frequency Identification (RFID) yang dilaksanakan secara berperingkat.
Menerusi laporan, transaksi tol RFID dilaksanakan bagi kenderaan ringan dan mula beroperasi di semua 83 buah plaza tol di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dari Juru hinggalah ke Skudai pada 15 Januari lalu.
Ringkasnya, penggunaan RFID menggantikan sistem pembayaran tol terdahulu bertujuan untuk membolehkan para pengguna lebuh raya menikmat pengalaman perjalanan yang lebih lancar, seringin dengan perkembangan teknologi terkini.
RFID sememangnya sudah lama digunakan di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat dan ternyata ia memberikan pengguna pengalaman pemanduan yang lancar.
Namun berbeza di Malaysia apabila para netizen meluahkan rasa tidak puas hati pada 17 Januari lalu, di waktu pagi di mana ramai pengguna bergegas ke tempat kerja.
Trafik dilaporkan sesak di beberapa lebuh raya sekitar Lembah Klang pada pagi itu berikutan isu dengan lorong RFID.
Beberapa pengguna mendakwa bahawa sistem itu gagal mengesan pelekat RFID pada kenderaan masing-masing.
Di tol Bandar Seri Putra, trafik sesak dilaporkan bermula seawal jam 7 pagi. Sementara itu, di tol Sungai Besi, kesesakan dilaporkan berlaku kira-kira 10 kilometer ke arah Kuala Lumpur.
Hari ini plaza tol di kawasan rumah kami akhirnya 'robohkan' lorong Smart Tag dan tukar jadi RFID, manakala lorong Touch n Go kekal seperti biasa.
Kesihatan tubuh badan ternyata tiada galang gantinya. Setiap daripada kita dituntut untuk sentiasa menjaga kesihatan demi kelangsungan hidup yang berkualiti.
Namun baru-baru ini, kita semua dikejutkan dengan berita bahawa pengacara dan doktor selebriti terkenal, Dr Say Shazril yang dikhabarkan mengalami kerosakan buah pinggang.
Menurut sumber, pengacara rancangan My Doctor terbabit berasa terkejut dan terkedu setelah mengetahui berita tersebut.
Berkongsi keputusan ujian kesihatannya baru-baru ini, Dr Say mengakui dirinya terkedu dan bimbang mengenangkan keadaan buah pinggangnya berada dalam keadaan yang kurang baik.
Selain itu, juga, bacaan kolesterolnya juga membimbangkan. “Saya tidak terkejut dengan bacaan kolesterol kerana dalam keluarga, ibu dan bapa saya juga berdepan masalah yang sama”.
“Apa yang mengejutkan adalah keadaan buah pinggang saya. Keadaannya boleh saya katakana serius kerana terdapat darah dalam air kencing”, dedahnya.
Ujarnya lagi, hasil ujian air kencing walau bagaimanapun tidak mengesan sebarang jangkitan. “Kemungkinan ada batu pada buah pinggang saya”.
Dr Say sebelum ini ada berkongsi informasi mengenai keputusan ujian kesihatan menerusi laman Instagramnya, di mana bacaan kolesterol dalam tubuhnya adalah sekitar 7.0, manakala keadaan buah pinggangnya pula disahkan mengalami kerosakan tahap dua.
Dia tidak menolak kemungkinan bahawa pola pemakan, gaya hidup dan stress adalah punca kepada keputusan ujian kesihatannya yang membimbangkan itu.
“Tahun lalu, kita semua jalani hidup yang cukup menekan. Saya pula seorang yang gemar bersenam di gimnasium. Apabila ditutup, saya pun tak banyak bersenam. Mungkin itu juga antara faktornya”.
Katanya, meskipun bacaan kolesterol menurun namun ianya masih tinggi dan belum berada di tahap yang memuaskan.
Dia juga berkata bahawa dirinya perlu melakukan perubahan drastik khususnya daripada aspek gaya hidup dan pemakanan untuk memperbaiki tahap kesihatannya.
“Moga dengan keputusan medical checkup ini buat saya kekal motivated untuk teruskan healthy lifestyle saya”.
“Badan nak guna lama. Apa guna ada bini cantik, anak handsome, duit berkepok kalau kesihatan tunggang langgang”.
Dalam pada itu, dia turut menasihati orang ramai untuk turut membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui status kesihatan diri masing-masing.
“Siapa yang tak buat medical checkup lagi, nasihat saya mala mini puasa pukul 12 malam. Esok 8 pagi pergi klinik berdekatan untuk buat basic medical checkup”.
“The best investment you can make is in your own health”, tulisnya.
Burung ‘Lovebird’ ialah spesies kakak tua yang suka hidup berkelompok dan berkelakuan manja. Burung ini memang terkenal dengan sifat penyayangnya.
Pasangan burung kakak tua ‘lovebird’ tidak boleh dipisahkan daripada pasangan masing-masing, sering berpelukan antara satu sama lain, dan kebanyakannya akan tinggal bersama sepanjang hayat.
Oleh sebab itu, kebanyakan orang sangat percaya bahawa ‘lovebird’ mesti dipelihara secara berpasangan. Mereka datang dalam pelbagai warna yang sangat menarik.
Gambar oleh dogtime.com
Seorang pemilik haiwan peliharaan memiliki dua ekor burung kakak tua ‘lovebird’ yang cantik di rumah. Salah seekornya telah sakit beberapa hari dan pemilik dengan segera membawanya ke hospital haiwan untuk menjalani rawatan.
Selepas pemeriksaan, doktor haiwan memberikannya sinaran inframerah, yang boleh membantu membantunya menghadamkan makanan terkumpul di dalam perutnya dengan cepat.
Tidak sangka pula burung kecil ini menunjukkan wajah keseronokan tidak terhingga sepanjang proses fisioterapi yang buat semua orang di hospital haiwan terpegun kerana ekspresi mukanya itu tersangat comel.
Gambar oleh dogtime.com
“Apabila mencapai usia tertentu, anda mesti memulakan program anti-penuaan. Burung pun membuat Thermage hari ini..” kapsyen pemilik yang memuat naik gambar burung itu yang lucu.
Kemudian, pemiliknya meletakkan dua hirisan timun di matanya, dan dia segera terasa seperti seorang wanita, bukan?
“Thermage tidaklah begitu menarik untuk dinikmati,” tulis seorang netizen.
Sambil para netizen yang lain meninggalkan komen satu demi satu:
“Bulu itu akan menjadi sangat cerah kalau ia dilakukan setahun sekali.”
“Hahahaha nasib baik burung yang cantik.”
“Sakit perut tergelak tengok dia tenang dan elegan macam pelanggan wanita sebenar..”
Gambar oleh dogtime.com
“Saya berharap si comel cepat sembuh..”
“Ekspresinya sungguh menyeronokkan..”
“Sudah tentu, dia seekor burung yang telah melihat dunia.”
Menurut pemilik ‘lovebird’ peliharaan itu, dia sebenarnya bukan betina tetapi jantan dan sebab itulah ia lebih melucukan apabila dirinya seronok menikmati rawatan itu.
Ramai ibu bapa pernah menghadapi situasi anak tidak mendengar kata ketika proses didikan sehingga menyebabkan ramai ibu bapa menjadi naik darah hingga ada yang berasa tidak berdaya.
Baru-baru ini, seorang ibu dari Hsinchu, Taiwan berkongsi kisah anaknya yang berkelakuan degil seperti itu ketika dia memasuki sekolah rendah. Walaupun telah dimarahi bahkan dipukul, anak ini tetap tidak menunjukkan kelakuan bertambah baik, jadi si ibu membuat keputusan untuk memberi didikan yang mengejutkan.
Satu hari ibu ini membawa anaknya ke taman dan mereka menjadi gelandangan selama satu hari. Siapa sangka, kanak-kanak ini telah mengambil inisiatif pada keesokan harinya untuk menjadi anak yang lebih baik.
Gambar oleh TVBS
Anak ini membuat pengakuan bersalah dan berjanji untuk mengubah tabiat buruk, lalu muat naik kisah itu telah membangkitkan perbincangan hangat para netizen.
Si ibu menjelaskan keseluruhan proses itu dalam hantarannya di Facebook. Menurutnya, anaknya itu kini berada dalam darjah satu. Oleh kerana ramai ibu bapa pernah mengalami beberapa simptom anak tidak mendengar kata, seperti ketika meminta makan tetapi tidak mahu makan, membuat kerja rumah tetapi tidak menulis dengan betul dan berhati-hati, dan ketika disuruh mengemas meletakkan mainan tetapi tidak mahu berganjak, dan lain-lain lagi kelakuan keras kepala.
Anak ini tetap tidak mempunyai masa mencukupi untuk membuat persediaan dirinya. Walaupun si ibu terus membebel setiap hari, malah mula bergaduh dengan kerap, anak lelakinya diharap boleh berkelakuan baik dan ibu ini mula buntu.
Sehingga beberapa hari kemudian, si ibu tiba-tiba mendapat idea untuk dengan sengaja membiarkan anaknya kelaparan sehari suntuk di samping tidak membantunya mandi.
Gambar oleh TVBS
Anak lelakinya bermain kosmetik bersama kakaknya sehingga bajunya kotor seluruh badan, dan tanpa menukar pakaian, si ibu membawa anaknya itu bersiar-siar ke taman untuk menjadi gelandangan selama 1 hari. Apa rasanya menjadi pengemis kecil selama 1 hari?
Berdekatan taman permainan, si ibu membuka khemah dan membaling beg sampah kepada anaknya. Dia terus berkata kepadanya, “Kita akan tidur di sini malam ini!”
Malam itu, anak ini terpaksa menggunakan beg sampah sebagai tempat tidurnya. Mestilah ia terlalu sejuk untuk tidur dalam beg yang sama dengan ibu, bertahan dan bersabar sahajalah tidur bersama anak yang degil.
Ibu ini mengakui mereka tidak menjadi ibu bapa sejak awal, tetapi secara beransur-ansur belajar untuk mengumpul pengalaman. Selepas sehari suntuk didikan yang mengejutkan, keesokan hari anaknya tiba-tiba berubah membesar dengan pesat.
Bukan sahaja dia telah tunduk 90 darjah meminta maaf kepada ibunya, malahan turut bertaubat dan insaf, yang dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh serta mahu membuang tabiat buruknya. Tambahan, pengalaman menjadi gelandangan benar-benar telah mengubah personalitinya.
Gambar oleh TVBS
Melihat perubahan anaknya, ibu itu sambil ketawa sangat gembira telah berkata, “Saya mahu lihat sama ada dia akan berani memberi saya ‘sesuatu yang salah’ lain kali, sama ada dia tahu bagaimana untuk menghargai atau tidak, atau ada lagi perkara yang dia tidak berpuas hati.”
“Musim sejuk telah bermula, jadi saya mempertimbangkan untuk bersiap-siap untuk melakukan perjalanan percutian selama tiga hari, dua malam, ‘untuk mengalami versi yang dinaik taraf bagi kehidupan mengembara’ untuknya.” tulis ibu ini dalam hantaran di Facebook.
Para netizen memuji pendekatan ibu ini yang memang hebat. Hanya melalui langkah keras, anak-anak dapat menghargai didikan ibu bapa yang ikhlas berniat baik demi masa depan, malahan ada yang menantikan perkembangan ibu dan anak ini, dengan menunggu percutian tiga hari dua malam seterusnya untuk dikongsikan bersama mereka.
Jurugambar memainkan peranan yang penting bukan sahaja dalam memastikan gambar yang diambil kelihatan cantik tetapi juga mampu menyuarakan kisah di sebaliknya. Gambar yang terbaik mampu membawa kita pergi ke saat tersebut seolah-olah kita berada di situ.
Anak mak dah bangun?
Di Jepun, Masayuki Oki merupakan seorang jurugambar bebas dari Kobe yang terkenal kerana sering mengambil gambar jalanan. Namun, gambar jalanan yang dimaksudkan bukanlah gambar yang memaparkan bangunan, lanskap atau kawasan kebudayaan, tetapi beliau lebih gemar untuk menonjolkan sisi kehidupan kucing terbiar di sekitar Tokyo.
Beginilah kehidupan, kawan. Bunga bukan sekuntum. Mari ikut saya, kita tenangkan fikiran
Menyebut tentang kucing jalanan, kita pasti menggambarkan keadaan kucing yang tidak terurus, kurus, berkurap dan sebagainya. Namun, tugas Masayuki dalam bidang fotografi ini adalah beliau ingin memaparkan tarikan yang ada pada setiap kucing terbiar ini supaya ianya dapat mengubah persepsi orang ramai terhadap makhluk itu.
Kalau tengok gambar ini, automatik kita pun akan ikut menguap
Menurut Masayuki, beliau mula menceburi bidang ini sejak tahun 2013 dan kisahnya bermula sewaktu dia melihat beberapa kucing terbiar di sebuah taman berdekatan dengan pejabatnya. Dia mula mengambil gambar kucing-kucing tersebut dan memuat naik di laman sosial Instagram.
Macam adegan filem Titanic
Hampir setiap hari selama 9 tahun, Masahiko menghabiskan masanya bersama kamera jenis Canon EOS-1DX III untuk mengambil gambar kucing-kucing ini.
Aku kira sampai 10. 1, 2, 3, 4, …
Berkongsi gambar kehidupan kucing jalanan merupakan minat Masahiko dan menjadi pencetus kegembiraan buatnya.
Okay Oyen. 1, 2 3 senyum!
Menerusi gambar tersebut, kita mempelajari bahawa kucing juga mempunyai perasaan.
Rahsia saya kekal sihat adalah dengan bersenam setiap pagi
Mereka gemar bermain bersama dan adakala menunjukkan sifat kasih sayang serta menjaga kebajikan antara satu sama lain.
Covid-19 masih wujud. Jadi, pakailah topeng pelitup mulut dan hidung
Dalam setiap gambar yang dikongsikan oleh Masahiko, ianya membawa pelbagai erti yang tersirat.
Ingat pesan mak, dunia luar penuh dengan bahaya
Bagaimana seekor ibu kucing mempersiapkan anak-anaknya untuk menghadapi bahaya dunia, mengadaptasi kehidupan bersama manusia dan melakukan apa yang terbaik sebagai seekor kucing iaitu tidur.
Vitamin D baik untuk kesihatan kulit
Kucing juga sama seperti manusia biasa, memiliki identiti tersendiri di samping emosi dan hubungan yang kompleks.
Ingat! Kalau kena serang, lawan balik macam ini untuk pertahanan diri
Sehingga kini, hasil kerja Masahiko telah diterbitkan dalam pelbagai majalan dan dipaparkan di kaca televisyen.
Satu keluarga
Malah, beliau juga pernah menerbitkan sebanyak 10 buah almbum gambar komersial yang kesemuanya memaparkan sisi kehidupan kucing. Meskipun memiliki bakat yang besar, Masahiko tetap merendah diri.
Makan apa hari ini ya?
“Saya sebenarnya tidak pandai mengambil gambar lain selain kucing.Cuma kucing-kucing ini yang bijak bergambar. Mereka fotogenik”.
Macam manusia juga, pagi-pagi beratur beli roti canai
Perkongsian Masahiko tentang kehidupan kucing terbiar ini membuatkan kita sedar bahawa kita perlu sentiasa berkongsi rezeki dengan setiap makhluk yang ada di muka bumi ini. Malah, kewujudan mereka juga sebenarnya mampu merubah pandangan kita terhadap hidupan lain.
Beberapa tahun lalu, Rolls-Royce memperkenalkan program Rolls-Royce Coachbuild yang mana pelanggan perlu menempah kereta mewah Rolls-Royce mereka terlebih dahulu mengikut citarasa sendiri.
Dan dua tahun lalu, Rolls-Royce Boat Tail serta-merta meraih gelaran pengeluaran kereta ‘custom’ paling mahal di dunia pada tanda harga AS$28 juta (RM117 juta), yang dilaporkan dimiliki oleh pasangan ikon hiburan Beyonce dan Jay-Z.
Pembuat kereta mewah dari Britain itu mengumumkan Boat Tail kedua dalam siri tiga model unik hampir siap dan akan didedahkan di Concorso d’Eleganza Villa d’Este pada bulan Mei tahun ini.
Semua yang teruja perlu menunggu selama beberapa bulan sehingga beberapa tahun untuk melihat bagaimana Rolls-Royce Boat Tail itu muncul dan siap sepenuhnya, tetapi sementara itu lihatlah ciptaan indah buatan tangan ini yang juga sangat istimewa.
Anda mungkin mengenali YouTuber dan tukang kayu terkenal dari Vietnam, ND – Woodworking Art yang mereka cipta salinan mini Rolls-Royce Boat Tail terkenal itu dan ia menakjubkan kerana dihasilkan daripada kayu.
Untuk projek terbarunya, artis dan ayah terbaik ini membina versi mini ‘Rolls-Royce Boat Tail bernilai AS$28 juta’, yang turut merangkumi ‘ruang hospitaliti’ yang boleh dibuka seperti sayap rama-rama di bahagian belakang.
Rakaman video di YouTube memaparkan keseluruhan proses pembinaan Rolls-Royce Boat Tail mini itu yang nampaknya mengambil masa 68 hari untuk disiapkan.
Bermula dengan membuat lantai dengan kayu dan menambah dua gandar bersama-sama dengan motor elektrik tunggal yang memacu roda belakang dengan pemacu rantai.
Bahkan, keempat roda dibuat daripada ketulan kayu pejal dengan alur tapak diukir dengan pahat.
Perlahan-lahan dan selamba dengan kerja tukang kayu berani, panel lain dipasang di atas lantai yang dibentuk rapi dengan bantuan gergaji rantai dan pengisar tangan.